Ada satu kempen yang dinamakan "Turn Off The TV Week" sedang di jalankan oleh Consumer Research and Resource Center Malaysia (CRRC) bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan melalui tiada tontonan TV, Komputer ataupun Alat Permainan Games. Rupa-rupanya kempen ini telah di mulakan semenjak tahun 1995 lagi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CRRC, kempen ini perlu kerana banyak masa keluarga di habiskan dengan menonton TV, komputer dan permainan PS2 dan ini menyebabkan kurangnya komunikasi antara ahli keluarga.
Saya berpandangan kempen ini ada baiknya kerana dengan tiada tontonan TV, masa tersebut boleh di gunakan untuk lebih berkomunikasi antara keluarga seperti makan malam bersama keluarga dan kemudian boleh pula bersembang sambil minum kopi dan sebagainya tanpa gangguan TV. Selain dari itu, keluarga juga boleh bersembahyang jemaah bersama. Tanpa TV juga, anak-anak kita boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa memikirkan rancangan kegemaran yang sedang di tayangkan di TV.
Mungkin dengan kempen ini, kita boleh mengurangkan penggantungan pengisian masa lapang semata-mata dengan menonton TV dan boleh mencari alternatif lain seperti pembacaan, berkomunikasi dengan keluarga atau mengadakan suatu perbincangan ilmiah bersama-sama keluarga. Kurangnya penggantungan kepada TV saya percaya membawa banyak kesan yang positif kepada diri dan keluarga, insyaallah.
1 comment:
salam
sy sangat setuju dengan program ni. memang pon tv tu sangat melalaikan kanak2 even sy sendiri amat terasa. bila ada program yang berkenan tu keja umah pon tergendala.
Post a Comment