Monday, April 20, 2009

beRitA

1. Apamz ada mengirimkan gambar Aqilah yang kini sudah boleh berdiri dan merangkak. Aqilah dah nak masuk 7 bulan umurnya berada dalam sihat walafiat begitu juga dengan Miza. Begitu juga anak-anak Apamz yang lain. Shafiq masih lagi belajar di MRSM Bentong dan Apamz beritahu berkemungkinan nanti akan ditukarkan ke MRSM Pekan pula. Apamz masih lagi terpaksa membawa keluarganya bersama-sama apabila beliau berniaga di pasar-pasar malam sekitar Kuantan.

2. Fadil Sutok khabarnya hari ini tiba di KLIA setelah melancung ke Surabaya dari hari Sabtu yang lalu. Begitu juga Antu @ Amy Jarr dpA hari ini khabarnya akan pulang dari Batam, Indonesia setelah mengadakan Kejohanan Golf di sana dari hari Khamis yang lalu. Antu akan berada di Kuala Lumpur mulai Rabu minggu ini sehingga Jumaat.

3. Semasa bertemu Kudin semalam kerana menghantar kereta Iswara saya, beliau beritahu Bilal dpA ada datang untuk membaiki kereta Volvo beliau pada sebelah pagi. Bilal nampaknya sibuk dengan urusan kerja beliau akhir-akhir ini dan beliau ada e-mail kepada saya memberitahu kesibukan beliau dan masalah kereta Volvo beliau yang kerap meragam sekarang ini sejak dari kemalangan beberapa bulan yang lalu.

4 comments:

ummi said...

Salam..amboiihhh besauuu dah Aqila eh..kejap je masa berlalu, tup-tup nak berjalan dah dia...hehe..Harap dia akan jadi anak yang baik dan bijak satu hari nanti..Amiiinn

Anonymous said...

Assalamulaikum,Maaf lama tak mencelah.. Kawan baru baca akhbar utusan, Ruangan MODE Gaya Hidup..Menitis air mata kawan mengenangkan nasib mereka.. Ada tak kekawan kat jerantut yang boleh locate ibu tunggal dengan 15 orang anak ni..Boleh tak Budiman berbuat sesuatu...

zula said...

alaaa...comelnya...bestnya kalo dapat golek2!!!! ni yang terasa nak beradik kecik semula nih!!!

Tajam-tajam said...

...kudin kalu Iswara bocor bonet senang nak repair ker?..pengsan aku selaulu bocor