Tengahari semalam saya dapat satu sms dari seorang rakan budiMaN. Sms tersebut berbunyi :
"Belanja-belanja besar jangan kira lah dulu, tapi yang ke hulu ke hilir, makan minum, anak sekolah, api air, hutang dengan orang kampung, tu yang tak tahan tu. Tak tahu dah nak buat apa nak cari duit. Nak buat projek takde modal, nak kerja tak dapat kerja, kalau ada kengkawan nak suruh jadi driver pun tak apa dah."
Manakala malam tadi pula saya dapat satu e-mail dari rakan budiMaN juga yang berbunyi :
"Syarikat saya dah tak mahu kat saya lagi so dia tamatkan kontrak saya. Takde kerja lah sekarang, pening saya memikirkan macam mana nak teruskan kehidupan...."
Itu 2 luahan sahabat budiMaN yang saya terima dalam 1 hari iaitu semalam. Nampaknya kesan kemelesetan ekonomi yang baru bermula di negara kita telah mula mengigit sahabat-sahabat terdekat kita di sini.
4 comments:
salam.
Soalanya?
SAPA LA GAMOKNYE NIE YEK...
Tak kirala saper orgnya, marilah kita sama berkongsi keperitan yang dilalui oleh sahabat2 kita, sama2 lah kita membantu apa yang termampu.
Kida kwn harap projek amal yg awk cadgkn aritu masih lagi on.... insyaAllah kwn akan bantu apa yg kwn mampu...
ini la masanya kita patut bersyukur dgn apa yg ada...
dulu RM1 makan sorang sskrg RM1 makan 5 org...
tabik sama kida
Alahaiii..kesian dengan nasib yang menimpa kawan2..harap2 kita yang masih lg dipanjangkan rezeki ni, sama2 la boleh menghulurkan bantuan wpun x banyak, sedikit tetap berguna juga..Syukur kepada yang masih elok bekerja tu dan wpun gaji x naik xpalah..asalkan, kerja ada jgk, xpun mmg pening kepala kan..nak menyelesaikan segala yang committed selama ni..ish ish..
Post a Comment