Ummi ada sms kepada saya semalam memberitahu bahawa berita berkaitan keluarga Apamz ada di siarkan di dalam akhbar Kosmo edisi Timur pada hari Sabtu semalam. Berita tersebut bertajuk " Derita Bapa Jadi Ibu ". Insyaallah Ummi akan scan berita tersebut untuk di siarkan di sini pada hari Isnin nanti. Ummi juga memberitahu bahawa suaminya Abang Nu juga akan compilekan berita berkaitan Apamz untuk disampaikan kepada wartawan TV3 iaitu Khaidir Ahmad. Ummi juga ada menghubungi PA YB Dato Maznah Mazlan (Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang) untuk bantu Miza, isteri Apamz dan anak istimewa Apamz iaitu Muhd Amry. Anita DSS juga ada menghubungi saya melalui telefon untuk membantu Apamz bagi menyiarkan berita berkaitan penderitaan keluarga isterinya kepada TV3. Alhamdulillah, sejak tersiarnya berita berkaitan Apamz ini, banyak kawan-kawan yang sudi menghulurkan bantuan. Saya pun ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi membantu Apamz sekeluarga dan inilah antara salah satu tujuan di adakan blog ini bukan sahaja untuk menjalin kembali silatulrahim antara kita tetapi yang paling penting sekali dapat menjalinkan permuafakatan, keperihatinan dan kesempatan untuk saling bantu membantu sesama kita. Blog inilah sebagai saluran kita semua untuk menyampaikan sesuatu kepada kawan-kawan kita dan peluang bagi kita untuk membuat sedikit amal kebajikan yang termampu oleh kita. Semuga usaha murni kita semua akan diberkati Allah swt dan semuga di murahkan rezeki dan dikurniakan tubuh badan yang sihat kepada kita semua di sini bagi kita meneruskan usaha-usaha murni ini selagi hayat di kandung badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment