Tuesday, February 27, 2007

bUdiMaN - LoGo, caP n T'sHiRt

Semalam masa pergi bayar bil kat Pejabat Pos berhampiran rumah saya, sementara menunggu giliran no kaunter, saya sempat meninjau sebuah kedai yang menjual T'shirt dan topi atau Cap untuk tempahan khas yang ada berdekatan di situ. Saja-saja saya tanyakan harga untuk T'shirt berkolar seperti T'shirt golf dan Cap untuk tempahan. Terfikir dalam kepala saya untuk membuat satu T'shirt bagi BUDIMAN serta Cap yang mungkin kita boleh gunakan untuk sebarang aktiviti kita nanti. Namun begitu BUDIMAN masih tidak mempunyai logo dan hari itu tak silap saya Ummi pun ada cadangkan agar BUDIMAN membuat satu logo khas. Bila saya tanyakan harga T'shirt jika beserta dengan emboss wording di kiri kanan depan baju serta di lengan baju (macam T'shirt golfer lebih kurang) harganya tak lebih dari RM25 manakala Cap pula dalam lingkungan RM8. Tapi kalau negotiate lagi rasanya boleh dapat T'shirt dan Cap RM30 sahaja. Untuk perempuan maybe boleh buat T'shirt lengan panjang. Walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada kawan-kawan semua kerana kalau ada permintaan maybe bolehlah tempah tapi itupun minima tempahan 50 unit. Jadi kalau ada seramai 50 orang nak T'shirt tu ok jugaklah. Tapi kalau ada kengkawan yang tahu ada tempat lain yang lebih murah dan kualiti yang sama, lagi eloklah. Slambe pun maybe ada tempat yang lebih murah untuk buat benda-benda macam ni kot sebab hari tu dia tolong emboss kan handtowel tempahan Bilal untuk pregathering. Oleh itu saya minta pandangan dan pendapat anda semua berkaitan cadangan ini samada ianya praktikal untuk di buat sekarang dan design yang sesuai serta apakah wording yang ingin kita emboss di T'shirt dan Cap nanti.

8 comments:

Anonymous said...

koi setuju dgn cadangan awak tu kida...tapi bila nak design tu hope biar yg original jgn ciplak logo org lain dan jgn lak logo tu nampak kelakar lak...

Anonymous said...

Cadangan yg baik.Minta Rodongs Budiman semua beri cadangan design.Siapa nak kontek kida.Boleh pakai masa gathering nanti.AJK GATHERING harap beli utk promosi BUDIMAN.Buat utk anak2 juga.Tempahan pertama 50 utk lelaki 30 utk perempuan dan 50 utk kanak2.Jual masa gathering nanti

Anonymous said...

salam
setuju sesgt. design?..mm nanti walid cuba design tp kena ada idea la dulu. Kpd rodong yg lain, if ada design sila kemukan kat Kida.
satu lagi...sticker kat keter.

Anonymous said...

bak bak design ni mintak idea joe malady....jgn design kitchen cabinet udah le yea

Anonymous said...

CANTIKKK.....MASA BANJIR TU ARI ADA TERFIKIR JUGA, TAPI TAKUT TAK ADA FUND. ANYWAY, KALAU BOLEH LOGONYA TAK LARI DARI ITM BUKAN UITM (HIJAU KUNING)ADA GADING GAJAH (HITAM PUTIH)SINONIM DGN NAMA DATUK BAHAMAN DAH DEKAT BUNYI DGN BUDIMAN. DAN PARA PARA BUDIMAN YG KRETIF SILA TUNJUK IDEA KRETIF ANDA YG TAK LUPUT DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS TUU.

Anonymous said...

Kat CM pun okay gak..... cuba try

Pokcik Zam said...

huhuhu..yg emboss tu Bilal ygt buat. Dia beli towel yg kosong je dari Mydin. coba tanya Bilal kat ne dia emboss

Anonymous said...

hai anonymous,

Ko pergi la tolong tanyakan berapa...habis tu ko nak suroh sape tolong tanyakan ni...