Tuesday, February 27, 2007

seDiKit ceRiTa aPaMZ - siRi 3

Ini e-mail yang saya terima dari Ummi beserta keratan akhbar Kosmo. Buat Ummi saya siarkan semua kandungan e-mail tu sebab saya tak sempat nak edit. Nak tengok keratan akhbar tu secara lebih besar sila klik kat keratan akhbar di atas.

Assalamualaikum Lan dan semua BUDIMAN,

Bersama-sama ini disertakan keratan akhbar Kosmo bertarikh 24 Februari 2007 baru-baru ini yang menyelitkan berita penderitaan keluarga Apamz dalam menjalani hidup ini. Harap dapat dimuatkan dalam blog kita untuk tatapan semua BUDIMAN dan moga dapat membuka mata hati kita semua untuk mengambil langkah seterusnya demi meringankan beban yang ditanggung oleh rakan baik kita. Ya lah, dalam kita bergelak ketawa, ada insan lain di luar sana yang sering menangis dan mengharapkan bantuan. Sanggupkah kita hanya mendengar dan berpeluk tubuh sahaja atau sekadar memerhati dari jauh?? Lebih-lebih lagi mereka yang malang adalah orang yang kita sendiri kenali dan pernah kenali suatu masa dulu.

Selepas dapat nombor hp Apamz dari Lan, Ummi dah contact Apamz bertanyakan kedudukan persekolahan anak-anaknya dan isterinya juga. Walaupun berita mengenai isterinya pernah terpampang di dada akhbar, tetapi sehingga kini masih tiada berita dari pihak berwajib atau sebarang bantuan diterima. Ummi juga dah beberapa kali bercakap dengan kawan di Yayasan Pahang (YP) mengenai langkah yang patut dibuat oleh Apamz untuk memohon sebarang bantuan persekolahan anak-anaknya. Menurut pihak YP, bantuan kewangan persekolahan hanya boleh diberikan kepada anak sulung beliau yang kini berada di Sek. Men. Sri Kuantan di Tingkatan 2, sekiranya dapat, akan diberikan RM500.00 setahun dan dimasukkan ke dalam akaun anak. Biasiswa ini akan berterusan sehingga pelajar berada di Tingkatan 5. Sementara bagi anak istimewa Apamz (11 tahun) yang berada di Pendidikan Dalam Komuniti (PDK), difahamkan sebarang bantuan sepatutnya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah kerana PDK bukanlah sekolah, tetapi lebih berbentuk pusat jagaan (*kalau tak silap Ummi). Dan YP tidak boleh lah melangkau fungsi Jabatan Kebajikan pula.

Jadi, Jumaat lepas Ummi dah minta Apamz buat surat rayuan beserta dokumen sokongan (keratan akhbar/rawatan isteri/sokongan Penghulu/Wakil Rakyat dsb.nya) kepada YP (Unit Bantuan Pendidikan) untuk anak sulung beliau Muhammad Shafiq. Bila siap Ummi akan ambil dan hantar sendiri kepada YP. Pagi ni, Ummi baru sahaja bercakap dengan Apamz bertanyakan surat kepada Yayasan Pahang untuk permohonan/rayuan Bantuan Sekolah Menengah (BSM). Tetapi Apamz baru saja nak mula draf kerana dia demam dalam 2 hari ini. InsyaAllah, surat tu akan disegerakan. Mengenai anak istimewa beliau, Apamz cakap, cikgu sekolah anaknya tu baru sahaja ingin berurusan dengan pihak Jabatan Kebajikan pagi ini. Ummi pun sekali lagi dah bercakap dengan PA kepada Exco Pembgn Keluarga dan HE Wanita N.Pahang. So, Apamz disaran mengemukakan apa-apa surat yang pernah dibuat kepada Jab. Kebajikan dan surat rayuan beserta keratan akhbar/dokumen lain untuk dibuat "follow up" oleh YB Dato'. Takpe lah kita cuba selesaikan satu-persatu dulu.

Ok lah Lan, anggaplah semua usaha ini adalah usaha BUDIMAN sekeluarga. Ummi di sinipun hanya cuba melakukan yang terbaik dan tak manis rasanya dicanang-canangkan. Yang penting, kita sama-samalah berusaha dan berdoa agar dipermudahkan laluan bantuan untuk keluarga Apamz ini. Memang sokongan moral yang tidak berbelah-bagi harus diberikan kepada Apamz sekeluarga biarpun dia berada di dalam kesusahan, sekurang-kurangnya dia tahu, bahawa sahabat-sahabat BUDIMAN tidak pernah melupakannya. Salam..

5 comments:

LaN KidA said...

Kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dalam segala aktiviti yang dijalankan menerusi blog ini baik secara langsung atau tidak langsung, usaha saya memaparkan effort anda semua bukanlah dengan tujuan untuk mencanangkan atau membangga-bangga tetapi dengan niat penuh ikhlas dan jujur untuk membawa berita kepada kawan-kawan semua supaya kita semua mengetahui bahawa semua kawan-kawan kita yang ada di blog ini mempunyai hati yang sangat mulia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan selagi terdaya dan termampu oleh kita semua tidak mengira masa dan kesibukan penat bekerja dan urusan keluarga serta masalah dunia.

Bagi kawan-kawan yang selama ini skodeng dan tidak bersama-sama dalam usaha-usaha kebajikan ini, marilah hulurkan tangan anda bersama-sama agar kesatuan yang dibentuk ini dapat memberikan satu impak kebajikan yang dapat di jadikan contoh kepada anak cucu kita nanti. Tunjukkanlah kemuliaan hati anda semua disini dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.

Anonymous said...

Salam BUDIMAN semua...
U r right Kida..bukan nak canang tp keihklasan tu ..n for Ummi..a tremendous job u hv done.
Mudahan semua kebajikan n bantuan kita kpd BUDIMAN mendpt balasan yg setimpal dari NYA.

Pokcik Zam said...

salam sume.
Tahniah bg blog kida yg menjadi wadah utk memperjuangkan nasib kwn & org yg tidak bernasib baik

Juga kpd ummi yg buat keje tanpa bising2, tau2 jadi je. Ni la namanya keje..bukan kokok bederai taik penuh diekor.

Caiyo caiyo.

Anonymous said...

Salam semua...
Apa yang cuba diusahakan mungkin telah digerakkan hati oleh Allah swt. Tak perlu pujian, tapi semangat dan sokongan semua yang diperlukan. Dipohon agar ada insan-insan di luar sana yang belas akan kesusahan dan keperitan hidup Apamz ataupun siapa2 jua yang kurang bernasib baik.

Bersyukurlah, kita ini diberikan kesihatan dan kelapangan dan melalui blog ini marilah kita sama-sama membantu setakat yang terdaya dan selebihnya bertawakal kepada Dia Yang Maha Mengasihani akan hamba-hambaNya. (*eh eh cam ceramah lak!)

Ok lah, diharap apa yang diusahakan akan nampak hasilnya, walaupun sedikit, tetapi dapat juga mengurangkan beban keluarga Apamz. Dan melalui blog ini (*thanks a lot to Kida & sk) juga akan terpancar hati-hati yang mulia, dilorongkan hati untuk berbuat kebajikan dan terjalin silaturrahim yang berpanjangan. Aminnn..

LaN KidA said...

Baru bercakap dengan Apamz kira-kira jam 1145 malam tadi dan beliau beritahu ramai kawan-kawan yang menelefon beliau memberi kata-kata semangat seperti Walid, Man Troq, Bulu, Zambran dan Mail Rodzi... Begitulah dan harap kawan-kawan akan sentiasa bertanyakan khabar Apamz setidak-tidaknya 2 minggu sekali atau kalau dapat lebih kerap dari itu kerana itu akan membuatkan beliau lebih tabah dan cekal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.