Thursday, February 22, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh - tHe diScusSioN




Semasa Potluck di Temerloh tempohari terdapat beberapa perkara yang disembang dan dibincangkan bersama kawan-kawan. Antaranya ialah saranan dari Che Dat dan Walid untuk mengadakan acara sukan keluarga di Komplek Sukan Air Keroh, Melaka yang mana segala kemudahan sukan seperti futsal, badminton, tenis dan lain-lain terdapat di situ beserta dengan kemudahan penginapan sekali. Dari apa yang difahamkan kemudahan tersebut boleh diperolehi secara percuma dan mungkin kita cuma perlu membayar untuk makanan dan sedikit cenderamata untuk hadiah bagi acara sukan yang di adakan. Acara tersebut mungkin boleh diadakan untuk 3 hari 2 malam dan kita juga boleh menjadikan ianya acara percutian kekeluargaan dengan lawatan ke Bandar Melaka Bersejarah atau ke A Famosa untuk riadah disana selain dari acara sukan keluarga yang akan diadakan. Jika ianya mendapat persetujuan dan sambutan ianya akan menjadi suatu acara kekeluargaan bagi semua kita disini. Tarikh yang sesuai bergantung kepada saranan dari anda semua nanti.

Selain itu sebelum bersurai tempohari, saya, SK, Kitang dan Lily sempat berbual dengan Apamz dimana Apamz ada menceritakan berkaitan penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau Miza. Rupa-rupanya baru-baru ini sekitar penghujung tahun lepas abang kepada Miza, iaitu Mohd Shukor telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit yang serupa setelah menghidapinya selama 20 tahun. Miza mempunyai 5 orang adik beradik yang mana 4 daripadanya telahpun menghidapi penyakit ini. Cuma adik yang bongsu, Shukri yang kini bekerja di Kuala Lumpur sahaja yang tidak menghidapi penyakit itu setakat ini. Penderitaan 4 beradik yang mengidap penyakit ini bermula dari arwah ibu mereka telah mendapat perhatian DYMM Sultan Pahang baru-baru ini di mana Sultan telah menitahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan bantuan khas secepat mungkin kepada 4 beradik ini dan keluarga mereka dan berita ini telahpun dikeluarkan didalam suratkhabar. Namun begitu sehingga ke hari ini bantuan yang diharapkan masih sepi tanpa sebarang berita. Apamz masih menyimpan semua keratan akhbar berkaitan berita yang dikeluarkan seperti kisah penderitaan 4 beradik bersama ayahnya, cerita kematian abang iparnya dan titah Sultan Pahang. Apamz juga ada memberitahu bahawa bantuan biasiswa anak sulongnya juga masih tiada dan rayuan tempohari melalui blog ini kepada kawan-kawan di Kuantan yang mempunyai kontek dengan Yayasan Pahang nampaknya hanya tinggal janji kosong jua.

Inilah antara tujuan kita mengadakan Potluck untuk mengenali lebih mesra, bertanyakan khabar antara kita, berbincang secara panjang lebar dan cuba mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah yang boleh dikongsi bersama-sama kita semua. Di harap dengan ini ada insan yang akan tampil bagi membantu Apamz atau ada antara kita dapat memberikan sebarang cadangan bagi 2 perkara di atas.

7 comments:

Anonymous said...

Kalau ada kawan-kawan yang kenal wartawan TV3, suroh Apamz siar kat TV3 jer, barulah berlari semua JKM ker atau Yayasan Pahang ker... nak tengok pejabat DYMM Sultan Pahang mengamuk cubalah buat macam tu..tak cukup tanah Pengarah JKM Pahang dgn Yayasan nak lari...suroh Apamz tunjukkan keratan akhbar tu semua... geng Kuantan takkan takde yang tak kenal wakil TV3 kat Kuantan tu...

Come on guys, this is the time to show your caring to our beloved friends...

Sukan keluarga kat Melaka..very interesting..maybe cuti sekolah on March or June or weekend pun takpe rasanya...pergi petang Jumaat sampai tengahari Ahad..anyway lodging free..why bother

A very touchy song Kida..very meaningful..

From : Ria Resty batch 87

Anonymous said...

la abg ni...napelah letak gambo anim kat artikel tu bang oiiii...kita tak sukalah nanti kena chop cari glamour plak!
tukar gambor lain

Pokcik Zam said...

Betul kata Ria tu, klu ada coverage baru semua bagai lipas kudung.

Tapi Apamz, dolu masa aku nak loan YP, aku redah je MD nya, Datuk Shariff Shamsudin masa tu kat Kompleks Teruntum. Call dia nye sekretari, set date & bawak sume keratan2 & dokumen sokongan ko tu. Klu kwn2 x de yg link, sendiri redah je la rodong wey. Susah YP nak cari ko, ko kena ketuk pintu diaorang.

Banyak benda yg blh selesai kalau ko sanggup terjah sendiri...harap kan rodong2, isk isk faham2 je ler.

Pokcik Zam said...

Anim posing maut, cam Perempuan Melayu Terakhir jer....

Anonymous said...

Sdr Apamz,
Saya bersetuju dgn pandangan slambe jr. Pada masa yang sama, cuba Apamz berhubung dgn Tok Muda Dato' Halim, h/p: 0128912281. Dia baik dan berpengaruh di Istana Pahang, maybe he can do something, insya'alah.

NST

Anonymous said...

alhamdulillah petang tadi Anita call dan msg saya memberitahu beliau akan cuba mengusahakan supaya masalah Apamz ini di bawa kepada pengetahuan TV3 melalui seorang kenalannya.

Terima kasih kepada semua yang membantu.

Anonymous said...

Mudah2an ringan sikit bebanan yg ditanggung oleh Apamz...terimakasih juga dari koi kepada mereka yg membantu