Setelah bertungkus lumus dengan Slambe bersama-sama Kitang dan Fadil Othman di Kedai Mydin Nilai dari pukol 5-30 petang sehinggalah selesai pada pukol 10-00 malam bagi menyusun dan membahagi-bahagikan pakaian-pakaian lama yang dikirimkan oleh Bilal maka eM2bJ telah siap sedia untuk dilaksanakan. Kitang pula terpaksa menyambung kerja-kerja pembungkusan baju-baju lama di rumahnya di Taman Melati sehingga tengah malam kerana Man Troq dan Rod Steward DiB pun turut menyumbang pakaian lama.
eM2bJ pun bermulalah pada 3hb Feb 2007 jam 6-45pagi dengan saya dan keluarga, Kitang dan Lily serta Walid dan Rod Steward berkumpul di Bandar Tasik Selatan kerana Walid akan meletakkan keretanya di situ. Setelah itu kami pun bertolak pula ke Hentian Serdang dimana Fadil Othman telah siap menunggu sejak jam 7-00 pagi lagi. Rod Steward menaiki kereta bersama Fadil Othman dan Walid menaiki kereta saya. Kedua-dua kereta Avanza yang dibawa oleh Fadil dan Kitang sarat dengan muatan barangan yang akan disumbangkan. Begitu juga dengan bonet kereta saya yang penuh juga.
Dari Hentian Serdang kami menuju pula ke Hentian R&R Seremban dimana menunggu pula Anita dan adiknya AR serta Kudeng dan 4 orang anak-anaknya. Kami sampai di Hentian R&R Seremban lebih kurang pukol 7-35 pagi dan kami mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu. Terima kasih kepada LK dan Jun yang telah bersusah payah menyediakan sarapan pagi iaitu Sandwich, Muffin dan Kuih Lapis serta minuman mineral water dan pisang. Terima kasih juga kepada Walid yang sudi mengambil sarapan tersebut di rumah LK seawal jam 5-30 pagi untuk di bawa kepada peserta-peserta konvoi.
Lebih kurang jam 8-30 pagi kami semua bertolak pula ke Yong Peng Utara. Perjalanan pagi yang di sinari cahaya matahari pagi yang terik menandakan cuaca baik yang bakal kami tempuhi pada hari itu. Kesemua 5 buah kereta bergerak secara cermat dan berhati-hati meredah Lebuhraya Utara Selatan menuju ke negeri Johor. Walid sudah tidak menaiki kereta saya lagi kerana Anita meminta Walid untuk memandu keretanya.
Kami tiba di Tol Yong Peng Utara lebih kurang jam 10-15 pagi dimana Che Dat sudah sedia menunggu kami disitu. Sempat juga kami menjamu selera sekali lagi dengan dilayan oleh Walid yang menghidangkan bekalan sarapan dari LK dan Jun yang masih ada lagi serta kek sponge yang disediakan oleh SK. Sementara itu kami menunggu ketibaan Ummi dan Bilal yang akan tiba dari Kuantan. Lebih kurang 15 minit menunggu, Ummi sekeluarga 4 beranak pun tiba dan tidak lama kemudian Bilal sekeluarga juga tiba.
10-30 pagi kami bertolak dari Tol Yong Peng Utara untuk menuju ke Sri Medan. Dipertengahan jalan kami di pandu pula oleh Encik Rohisham dan Cik Sanisah pegawai Jabatan Belia & Sukan Batu Pahat. Kami di bawa ke sebuah perkampungan yang bernama Kampung Parit Basri Laut dimana penduduknya baru sahaja pulang ke rumah masing-masing lebih kurang 3 hari yang lalu. Kampung tersebut telah ditenggelami air selama 34 hari.
Apabila sahaja memasuki kampung tersebut pada lebih kurang jam 11-30 pagi, kami semua dapat melihat kesan-kesan banjir yang amat nyata akibat terlalu lama sesuatu tempat itu berendam dengan air ditambah pula dengan kawasan pokok kelapa sawit yang merata. Setelah rombongan kami ditemukan dengan Ketua Kampung berkenaan, beliau telah mengarahkan seorang AJK kampung iaitu Pakcik Kaskon untuk membantu kami membuat penyerahan barangan kepada penduduk-penduduk kampung. Kami terpaksa menyerahkan barangan sumbangan dari rumah ke rumah. Jadi saya berempat dengan Kitang, Rod dan Fadil telah menyusuri rumah-rumah di setiap penjuru kampung tersebut bagi menyerahkan sumbangan barangan dan pakaian lama.
Sementara itu satu pasukan lagi yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang diketuai oleh Che Dat dan Bilal telah membuat kerja-kerja gotong royong bagi membersihkan balai raya kampung tersebut. Kaum perempuan pula membersihkan pinggan, periuk, kuali dan macam-macam peralatan memasak yang tersimpan di balai raya itu yang telah terendam di dalam lumpur banjir selama 34 hari. Memang semua yang kami lakukan amat-amat memenatkan tetapi jelas terpancar di mata masing-masing kepuasan dapat memberikan sumbangan tenaga sebegitu kepada penduduk kampung berkenaan. Sambutan yang kami terima daripada penduduk Kg Parit Basri Laut begitu mengharukan kami semua dengan layanan yang begitu mesra dan baik sekali sehinggakan sanggup menumpangkan anak-anak kami bermain di rumah mereka dan mengajak kami semua bermalam di sana.
Selesai saya dan kawan-kawan membahagi-bahagikan barangan dan pakaian lama dari rumah ke rumah dimana penduduk kampung yang kami temui mengucapkan syukur dan berterima kasih yang amat sangat terutama apabila melihat sumbangan senaskah Al-Quran yang diberikan. Kami pun berkumpul semula dan menuju pula ke Surau kampung berkenaan yang juga ditenggelami air selama 34 hari. Sesampai di sana kami lihat terdapat peserta-peserta IKBN Alor Gajah sedang bergotong royong membersihkan surau lalu kami turut serta bersama-sama mereka.
Jam 2-00 petang kami semua menikmati makanan nasi bungkus yang disediakan dan terasa enak menikmati makanan dalam keadaan letih dan lapar dengan suasana kampung yang tenang dan nyaman. Setelah menunaikan sembahyang jamak zohor dan asar, kami semua bergerak dari Kg Parit Basri Laut di Sri Medan lebih kurang jam 3-00 petang. Sempat berjumpa Ketua Kampung untuk menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM642 dari hasil tabung sumbangan tunai kita untuk kegunaan surau berkenaan. Ketua Kampung dan Pak Kaskon mengucapkan terima kasih yang amat sangat mewakili penduduk kampung kerana kata mereka jika tiada pihak yang datang membantu membersihkan balai raya dan surau maka tentulah lambat lagi penduduk di situ akan membersihkannnya kerana penduduk masih sibuk membersihkan rumah sendiri. Rata-rata penduduknya bekerja kampung bertanam kelapa sawit dan telah kehilangan punca pendapatan akibat banjir dan bantuan kita yang tidak seberapa itu sangat-sangatlah dihargai oleh mereka yang telah mengalami banjir selama 34 hari disitu.
Dari Sri Medan kami berkonvoi pula menuju ke Pekan Parit Yanni terletak kira-kira 45 minit dari situ. Kami menuju ke sebuah Pusat Pemindahan Banjir yang terletak di Sekolah Agama Teluk Seri dimana masih terdapat beberapa keluarga di situ. Sewaktu kami sampai lebih kurang jam 4-00 petang, kami lihat anak-anak kecil bersama ibu bapa mereka telah siap sedia menunggu kami untuk memulakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di sebuah kemah.
Kami pun menyerahkan beg kertas berisi pensil warna, set alat tulis bersama kotak alat tulis serta buku rampaian sebanyak 10 buah setiap seorang kepada kanak-kanak di situ. Hampir 100 kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna tersebut yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu pra sekolah dan sekolah rendah. Keadaan menjadi riuh rendah dengan keramahan yang ditunjukkan oleh penghuni di situ bersama-sama kami di tambah dengan keceriaan yang ditunjukkan oleh AR ( adik Anita), Lily dan Walid. Kanak-kanak semua telah menyanyi dan menari mengikut rentak yang di lagukan oleh AR dan Lily. Terbayang keceriaan di wajah kanak-kanak itu kerana selama ini bila ada majlis, tumpuan hanya kepada penghuni dewasa sahaja. Begitu terhibur sekali kanak-kanak di situ pada petang itu.
Pertandingan mewarna telah di mulakan pada kira-kira jam 3-50 petang selama satu jam. Cuaca yang mendung telah bertukar menjadi hujan gerimis tetapi reda tidak lama selepas itu. Sementara menunggu kanak-kanak mewarna kami telah dijamu dengan minuman petang oleh penghuni-penghuni disitu. Kami semua telah bergaul mesra dengan kanak-kanak dan penghuni disitu dengan begitu ceria sekali dan sedikit sebanyak ianya dapat menghilangkan kebosanan kanak-kanak yang telah terperap di Pusat Pemindahan Banjir itu selama kira-kira sebulan yang lalu. Jelas terpancar penderitaan yang ditanggung oleh penghuni-penghuni disitu yang kehilangan punca pendapatan dan harta benda akibat banjir.
Walaupun banyak pihak menyatakan sudah menghantar bantuan tetapi apa yang kami lihat keadaan di Pusat Pemindahan itu begitu daif sekali. Makanan yang ada memanglah banyak tetapi hanya ala kadar sahaja. Banyak keperluan seperti pampers kanak-kanak, keperluan wanita dan lain-lain lagi, tiada. Walaubagaimanapun kami semua telah dijamu dengan makan nasi di dalam talam dan kami dapat merasakan kedaifan mereka dengan nasi dan lauk yang ala kadar sahaja. Itulah makanan mereka dan terasa sayu mengenangkan kita yang sentiasa enak dengan pelbagai makanan sedangkan mereka hidup dengan makanan sebegitu. Terasa sayu serasa mahu menitiskan air mata seadanya. Rata-rata semua peserta konvoi merasakan satu pengalaman baru bila menjamah makanan sebegitu. Bukan tidak pernah makan di dalam talam kerana masa belajar dahulu semasa tabligh pernah makan sebegitu tetapi tidak dengan lauk sebegitu. Rugi benar kepada yang tidak pergi dan tidak dapat merasakan sendiri pengalaman begitu.
Selesai kami semua mengumumkan hadiah pertandingan mewarna dan mengucapkan terima kasih kepada semua penghuni yang telah bersedia melayan kami dengan begitu mesra dan baik sekali. Wakil kepada penghuni pula telah menyatakan amat berbesar hati kerana kami dapat melayan kanak-kanak di situ dengan riang dan penuh bersemangat pada petang itu. Akhirnya kami semua bertolak balik kira-kira jam 6-00 petang dari situ menuju kembali ke Kuantan dan Kuala Lumpur. Sesungguhnya perjalanan membantu mangsa banjir Johor ini adalah suatu pengalaman yang sangat bererti dan amat membawa keinsafan kepada kami semua. Insyaallah, rasanya walaupun tanpa kerjasama dan maklumbalas serta effort dari orang lain, saya dan kawan-kawan yang ada akan tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan sebegini kerana manfaat dan hikmahnya begitu banyak sekali.
Akhirkata saya dan semua pihak yang terlibat dalam Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah membuat sumbangan samada dalam bentuk tunai, barangan, pakaian lama, sarapan pagi atau apa sahaja sumbangan secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan eM2bJ ini dengan begitu jaya sekali. Semuga usaha-usaha kita ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt dan akan membuka mata lebih banyak kawan-kawan kita untuk bersama-sama dalam kerja-kerja sebegini di masa-masa akan datang.
(Gambar-gambar besar di Link Baru iaitu link eM2bJ yang akan di siarkan pada hari Selasa nanti.)
15 comments:
Syabas BUDIMAN dan syabas rakan-rakan yang turut terlibat secara langsung mahpun tidak langsung. Moga usaha ikhlas ini dapat meringankan beban mereka yg terlibat. Dgn bermulanya aktiviti seumpama ini ia akan menjadikan silatur rahim rakan rakan BUDIMAN semakin bermakna, berkekalan dan akrab. Saya dapat lihat keihlasan dan kesungguhan setiap mereka yang amat komited membantu dan menghulurkan tangan seperti walid, Che Dat, suami Ummi, Kudeng serta SK and the gang ketika membasuh pinggan mangkuk dan rakan-rakan yang lain. Malah secara tak langsung menjadikan persatuan tak rasmi ini tidak hanya sebagai platform chit chat semata sebaliknya dapat menjana aktiviti berfaedah jangka masa panjang untuk ahli dan masyarakat. Syabas sekali lagi buat semua.
sape anonymous ni? alhamdulillah semuanye berjalan lancar. wah sk dah ada ganglah *wink* yang bertungkus lumus tu rohani, ummi, lily(isteri kitang), anita, AR (adik anita), anak2 ummi - yg pompuan najihah, yg lelaki aiman (aiman yg kisah),sarah - ni kira compliment anak sendirilah... ngeeee nanti sok2 leh mintak tolong lagi ahaks!
anyway whhoever you are anonymous thank you :D
Syabas semua yang menjayakan eM2bJ dengan meriah sekali. Semasa di Sek Agama Seri Teluk yang menjadi Pusat Pemindahan Banjir, berkali-kali kita dengar nama BUDIMAN di laungkan oleh pengacara pada petang itu. Terasa bersemangat sekali semua xITM Pahang yang ada pada masa itu.
Kagum dengn Rohani, isteri Bilal yang walaupun baru sahaja menjalani pembedahan tetapi turut sama bertungkus lumus menjayakan gotong royong sehinggakan kawan2 pun risau melihatkan kesungguhannya.
AR dan Lily betul2 menceriakan suasana sehinggakan mereka berdua dilayan semacam artis oleh kanak-kanak di situ.
Ummi dan SK antara yang paling kuat bekerja. Begitu juga yang lain2 semuanya bekerja seolah-olah akan mendapat ganjaran yang tak terkira nilainnya. Syabas sekali lagi.
Maybe selepas ini kita akan pergi ke tempat dimana penduduknya lebih daif lagi seperti di sempadan Siam iaitu di Naka,Kedah atau di Pahang atau di Terengganu atau juga di Kelantan bagi membantu anak2 yatim dan orang2 susah fakir miskin, Insyaallah.
Salam kpd semua.. Alhamdulillah syukurrrrr... Semuga Allah SWT terus merahmati mereka yg sentiasa mengingatiNya dan sentiasa jua di dalam ROH yg tinggi utk menolong mereka yg memerlukan di dlm apa jua keadaan, masa dan kemampuan.. BUDIMAN.. Mmg sedap di dgr, bersesuaian dgn perjuangan mereka yg bernaung di dlmnya.. Allahuakbarr.. HIDUP BUDIMAN..
Lan Kentei, Jun & fmly..
Salam semua BUDIMAN,
Penat tak terasa bila melihatkan kegembiraan kanak2 yang teruja menanti orang-orang yang sudi menjengah mereka. Bagi yang dewasa, walau pun lebih sebulan berada di situ, air mata mereka kembali gugur bila menceritakan kepada kami musibah yang dialami..
Rasanya BUDIMAN telah meletakkan satu tanda aras baru kepada saya dan family agar lebih mendekati golongan yang daif dan memerlukan. Berlainan sungguh perasaan bila melihat sendiri kesusahan mangsa-mangsa ini... Bersyukurlah kita dengan apa yang ada dan terjamu di depan mata..
Syabas kepada semua yang telah menyertai eMBJ ini..Semoga selepas ini akan dilorongkan hati untuk berbuat kebaikan dan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt kepada kehidupan yang lalu dan akan datang..InsyaAllah.
Salam BUDIMAN kpd semua RODONGS.Alhamdulillah cadangan kita utk membantu mangsa banjir tlh dpat dilaksanakan dgn jayanya.Semoga usaha kita ini tlh dpt meringankan sedikit bebanan yg ditanggung oleh mangsa2 banjir ini.Saya berharap n berdoa semoga usaha kita ini akan berterusan kpd program2 kebajikan yg lain.Kpd RODONGS yg terlibat menjayakan program ini n yg menyumbang saya ucapkan jutaan t/kasih.Kpd RODONGS yg X sempat menyumbang kali ini INSYAALLAH akan bersama dgn kita pada masa akan dtg.Semoga usaha kita ini diterima oleh ALLAH SWT.HIDUP BUDIMAN
salam seme rodong n BUDIMAN..actually x sabar nak tgk monday sbb nak baca artikel n gambar2 EmBJ serta citer2 dari rodong yg melalui pengalaman sebegini.
walid sekeluarga mengucapkan ribuna n jutann trima kasih yg x terhingga kpd semua rodong n BUDIMAN kerana memberi ruang utk walid & famili (w/pun x dpt bersama)bersama2 menjayakan program ini dan secara ikhlas dpt meningkat n menambahkan rasa keinsafan n kesedaran kpd walid n keluarga tentang kehidupan.
Secondly..sybas walid ucapkan kpd rodong2 BUDIMAN yg telah menyumbang material or non- material kpd program ini utk membantu mangsa2 disana. Walid mendoakan agar rodong2 mendapat berkat dan pahala yg sebaiknya dari YANG MAHA ESA.
Finally..mmg sambutan mrk kpd BUDIMAN amatlah meriah n terasa satu pemberian kekuatan n semangat kpd BUDIMAN apabila program tersebut dpt dilaksankan n berjalan dgn lancar. Diharap akan ada program2 yg lain dan insyallah..Count me in n juga diharap rodong2 yg lain akan bersama2 menjayakan program yg akan dtg. Insyallah.
Salam ceria seme..
Tahniah kpd semua yg menjayakan projek ini terutama sekali yg turun ke Johor hari tersebut. Moga di lain kali dapat berbakti di tempat lain. Buat post mortem sbb apa projek ni initially tersengok2.
tahniah sekali lagi dari kaca terhempas..
pokcik nape lak pokcik ni kaca terhempas..pokcik dah sumbang tenaga, tempat, bg diskaun lagi, pastu beg mydin lagi.. ni mata sk dah silau2 nak type panjang2...pokcik ni antara permata gaks...*tgk beg pockik yg penuh batu permata* pokcik kasi batu nilam ni satu leh cantik ahhh.
post moterm? tak yah lah kot nanti banyak yang berkecil hati. lagi pun post moterm ni kalau di lakukan pun masaalah nye tetap sama sejak dari tahun 1995 lagi..masalah ini bukan saja di blog dan batch ini saja pokcik ...cuba tanya dona psl batch dia plak....
Assalamualaikum...
Tahniah diucapkan kpd rodong2 yg dengan ikhlas hati membantu mangsa2 banjir di BP tempohari samada secara langsung atau tidak langsung, yang kelihatan atau yg terselindung. Bak kata pepatah, seberat-berat mata melihat, berat lagi bahu yg memikul. Hanya mangsa yg terlibat sajalah yg tahu berat beban yg harus dipikul. Sesungguhnya usaha gigih rodong2 BUDIMAN semua sebenarnya tak ternilai dengan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Teruskanlah usaha murni ini pada masa akan datang sebagai pelaburan di dunia untuk akhirat. Wassalam...
Salam untuk semua.. Syukur alhamdulillah dan syabas kepada semua yang menjayakan usaha yang ikhlas ini.. Insyaallah setiap perbuatan baik kita adalah amal yang tidak ternilai..Amin..
Man Teroq & Family
Syabas & Tahniah kepada semua yang menjayakan eM2bj. Next kalau BUDIMAN nak buat projek bantuan masyarakat Islam Selatan Siam spt di Tak Bai, saya akan terlibat 120%.
Salam BUDIMAN,
Sesungguhnya saya merasakan keseronokan dan silaturrahim yang terjalin bersama konvoi eMBJ xitm pahang baru-baru ini. Syabas kepada ketua konvoi eMBJ atas kejayaan misi pertama ini dan diharap ianya sebagai langkah permulaan untuk program-program kebajikan akan datang.
InsyaAllah, semoga usaha-usaha murni ini akan berterusan dan mendapat penglibatan yang lebih ramai lagi dari semua ahli keluarga exitmpahang.
Wassalam..
Terima kasih Abg Abu Hasan dan Ummi kerana sudi bersama-sama kami pada hari tersebut. Kehadiran Abg sekeluarga membantu kami semua menjayakan eM2bJ tempohari sememangnya adalah bantuan yang amat di harapkan.
Semoga dalam program akan datang Abg Abu Hasan akan terus bersama-sama kami dan semoga lebih ramai ahli keluarga yang lain akan turut serta.
Congratulation to the Group!!
Teruskan usaha murni dan niat yang ikhlas bagi membantu sesama insan akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
Post a Comment