Thursday, February 15, 2007

ceRitA uMMi

Ummi ada hantar e-mail berkaitan satu cerita. Bawah ni saya siarkan e-mail beliau :

Asalamualaikum Kida,

Memandangkan Kida cakap dah takde idea nak masuk kat blog kita, so ummi nak Kida masukkan cite ala-ala Kisah Dan Tauladan ni..Boleh la kot? Ada moral di sebalik citer ni, harap-harapnyaaa...

Pagi ni, ummi baca akhbar BH ("semua BUDIMAN baca kot..) kisah perebutan Kerbau yang terjadi di Pasir Putih Kelantan....(ni tempat org rumah Che Dat ni...hehe,.jgn marah). Ya lah, gamat gak kan sampai rebut binatang siap buat ujian DNA lagi...At last, tuan punya sebenar kerbau tu dapat jugak heret kerbau yang dah sah-sah milik dia tu balik ke kandangnya. Siap kena bayar kos RM500 lagi... Cerita ni agak lama dah ummi dengar kat satu stesen radio...Radio Malaysia Pahang le..ruangan Ayah Ngah & Ayah Teh, memang cukup famous segmen ni satu masa dulu...ingat dah 10 tahun dah, tp kalau ummi citer kat semua orang sekarang pun...rata-rata semua gelak..Citenya gini...:-

Dalam satu majlis di sebuah kampung terpencil yang rata-rata penduduknya adalah penternak dan petani, adalah seorang Menteri nak menyampaikan sedikit sumbangan ataupun subsidi kepada penduduk di situ... Baguslah...semua penternak dan petani teruja sangat nak menerima pemberian yang memang dinanti-nantikan. Untuk petani, beberapa baka anak pokok telahpun diserahkan untuk mereka kerjakan di ladang atau tanah yang sekangkang kera tu..Siap bantuan baja dan peralatan kerja lagi...Subsidi diberi sama rata, tak ada beza. Tapi yang satu kes subsidi binatang ternakan ni...hah, wujud sikit perebutan dalam diam. Ada 10 ekor kerbau (*ibu kerbau lah rasanya) telah diperuntukkan untuk 10 orang penternak yang dikenal pasti potensi masing-masing. Dalam banyak-banyak kerbau tu, ada seekor kerbau tu, matanya punya lah cantik....dah la bulu mata panjang...biji matanya lak warna biruuuu...!!! Perghhh...kalau manusia, memang cantik sangat dan jadi rebutan le..Masing-masing penternak ni berdoa nak sangat KERBAU BERMATA BIRU nI (*yalah, lain dari yang lain...). Lalu, setiap penternak pun dipanggil dan diserahkan lah seekor kerbau. Kerbau yang telah siap ditindik dan bertali tu pun dibawa pergi seekor demi seekor oleh penerima-penerima subsidi. Dengan sekali tarik dan tepuk saja, kerbau-kerbau ini terus saja mengikut tuan masing-masing. Akhirnya, tinggallah seekor KERBAU BERMATA BIRU yang belum lagi bertuan. Dan...tuan yang terakhir (Pak Jali namanya) ni tentulah berasa seronok sekali kerana dia bakal jadi tuan kepada KERBAU BERMATA BIRU nih...Dalam hati berkata, mesti baka kerbaunya nanti bermata biru belaka - kira cantik-cantik lah..(mat salleh gitu...) . Lantas, bila nama Pak Jali dipanggil.....dengan perasaan gembira beliau pun terus ke kandang KERBAU BERMATA BIRU. Di situ, Menteri telah menunggu untuk menyerahkan tali yang mengikat hidung KERBAU BERMATA BIRU itu kepada Pak Jali. Sukanya hati, Tuhan saja yang tahu...!!! Malangnya..puas ditarik KERBAU BERMATU BIRU ni...ditepuk, dibelai...dia tak nak jugak ikut Pak Jali...keluar dari kandang sementara tu pun tak mahu..Ramai yang mula mengerumuni KERBAU BERMATA BIRU tersebut untuk melihat apa yang tidak kena. Macam-macam cara dibuat, tak berjaya jugak...Pak Jali dah naik berpeluh dibuatnya di bawah sinaran matahari tu. "Apa hal dengan binatang ni?", detik hati Pak Jali...Tiba-tiba adalah antara pengunjung yang mendekati haiwan tersebut (doktor haiwan kot...) berkata: "Pakcik, KERBAU BERMATA BIRU ni sebenarnya buta, tu sebab dia susah nak berjalan/bergerak ikut pakcik, dia tak tau betul ke ni tuan dia...". "Hah!, buta??" kata Pak Jali terkejut dan terdiam sebentar, "Emmm, dah nasib aku...harap-harap anak-anak kerbau ni nanti tak buta macam ibunya", kata Pak Jali.

Dan moralnya melalui cerita ini (ini pandangan ummi je).:-

(1) Janganlah kita terlalu memilih, apa-apa yang diterima oleh kita, itulah rezeki kita dan selayaknya untuk kita, kena sentiasa bersyukur. (Yalah, pilih punya pilih nanti terkena ruas tebu kan..)
(2) Jangan memandang rendah kepada orang lain.
(3) Kalau kita nak berjaya, kena berusaha, takpun jangan harap yang baik-baik itu akan datang kepada kita.
(4) Kalau ada kekayaan (duit, harta benda dsb.), tapi ilmu nak mengurus tak ada, kekayaan akan habis begitu saja dalam sekelip mata.
(5) Manusia di muka bumi ini sama sahaja, janganlah kita membeza-bezakannya. Amalan adalah segala-galanya di sisi Allah swt. Dan yang lain-lain tu, sendiri-sendiri lah fikir dan renung-renungkan...hehe..
Salam...

2 comments:

Pokcik Zam said...

Pokcik ingat bukannya kerbau tu buta. tapi masa pak Jali tari, dia jerit "jalan..jalan". manalah kebau tu nak jalan. Kena jerit.."go..go". mesti jln nye. xpu terus joget agogo..

Anonymous said...

Moral citer/pandangan yg patut kita sema fikir2 & renung2kan...
Lepas ni koi kena berhati-hati kalu jumpa anok dara or Mak Jan yg bermata biru!...takut kena mcm citer Ummi ni...