Wednesday, February 28, 2007

teH taRiK beRsaMa biLaL

Malam ini kalau ada kawan-kawan yang free, jom lah teh tarik bersama-sama Bilal kat area sekitar Jalan Bukit Bintang maybe dalam pukol 9-30 malam. Mungkin kita boleh buat sedikit perbincangan berkaitan beberapa perancangan kita untuk BUDIMAN.

bUdiMaN - LoGo, caP n T'sHiRt : siRi 2




Bilal ada e-mail kepada saya beberapa skecth yang telah dibuat oleh beliau untuk logo BUDIMAN untuk pandangan dan pendapat dari kawan-kawan semua.


Tuesday, February 27, 2007

bUdiMaN - LoGo, caP n T'sHiRt

Semalam masa pergi bayar bil kat Pejabat Pos berhampiran rumah saya, sementara menunggu giliran no kaunter, saya sempat meninjau sebuah kedai yang menjual T'shirt dan topi atau Cap untuk tempahan khas yang ada berdekatan di situ. Saja-saja saya tanyakan harga untuk T'shirt berkolar seperti T'shirt golf dan Cap untuk tempahan. Terfikir dalam kepala saya untuk membuat satu T'shirt bagi BUDIMAN serta Cap yang mungkin kita boleh gunakan untuk sebarang aktiviti kita nanti. Namun begitu BUDIMAN masih tidak mempunyai logo dan hari itu tak silap saya Ummi pun ada cadangkan agar BUDIMAN membuat satu logo khas. Bila saya tanyakan harga T'shirt jika beserta dengan emboss wording di kiri kanan depan baju serta di lengan baju (macam T'shirt golfer lebih kurang) harganya tak lebih dari RM25 manakala Cap pula dalam lingkungan RM8. Tapi kalau negotiate lagi rasanya boleh dapat T'shirt dan Cap RM30 sahaja. Untuk perempuan maybe boleh buat T'shirt lengan panjang. Walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada kawan-kawan semua kerana kalau ada permintaan maybe bolehlah tempah tapi itupun minima tempahan 50 unit. Jadi kalau ada seramai 50 orang nak T'shirt tu ok jugaklah. Tapi kalau ada kengkawan yang tahu ada tempat lain yang lebih murah dan kualiti yang sama, lagi eloklah. Slambe pun maybe ada tempat yang lebih murah untuk buat benda-benda macam ni kot sebab hari tu dia tolong emboss kan handtowel tempahan Bilal untuk pregathering. Oleh itu saya minta pandangan dan pendapat anda semua berkaitan cadangan ini samada ianya praktikal untuk di buat sekarang dan design yang sesuai serta apakah wording yang ingin kita emboss di T'shirt dan Cap nanti.

seDiKit ceRiTa aPaMZ - siRi 3

Ini e-mail yang saya terima dari Ummi beserta keratan akhbar Kosmo. Buat Ummi saya siarkan semua kandungan e-mail tu sebab saya tak sempat nak edit. Nak tengok keratan akhbar tu secara lebih besar sila klik kat keratan akhbar di atas.

Assalamualaikum Lan dan semua BUDIMAN,

Bersama-sama ini disertakan keratan akhbar Kosmo bertarikh 24 Februari 2007 baru-baru ini yang menyelitkan berita penderitaan keluarga Apamz dalam menjalani hidup ini. Harap dapat dimuatkan dalam blog kita untuk tatapan semua BUDIMAN dan moga dapat membuka mata hati kita semua untuk mengambil langkah seterusnya demi meringankan beban yang ditanggung oleh rakan baik kita. Ya lah, dalam kita bergelak ketawa, ada insan lain di luar sana yang sering menangis dan mengharapkan bantuan. Sanggupkah kita hanya mendengar dan berpeluk tubuh sahaja atau sekadar memerhati dari jauh?? Lebih-lebih lagi mereka yang malang adalah orang yang kita sendiri kenali dan pernah kenali suatu masa dulu.

Selepas dapat nombor hp Apamz dari Lan, Ummi dah contact Apamz bertanyakan kedudukan persekolahan anak-anaknya dan isterinya juga. Walaupun berita mengenai isterinya pernah terpampang di dada akhbar, tetapi sehingga kini masih tiada berita dari pihak berwajib atau sebarang bantuan diterima. Ummi juga dah beberapa kali bercakap dengan kawan di Yayasan Pahang (YP) mengenai langkah yang patut dibuat oleh Apamz untuk memohon sebarang bantuan persekolahan anak-anaknya. Menurut pihak YP, bantuan kewangan persekolahan hanya boleh diberikan kepada anak sulung beliau yang kini berada di Sek. Men. Sri Kuantan di Tingkatan 2, sekiranya dapat, akan diberikan RM500.00 setahun dan dimasukkan ke dalam akaun anak. Biasiswa ini akan berterusan sehingga pelajar berada di Tingkatan 5. Sementara bagi anak istimewa Apamz (11 tahun) yang berada di Pendidikan Dalam Komuniti (PDK), difahamkan sebarang bantuan sepatutnya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah kerana PDK bukanlah sekolah, tetapi lebih berbentuk pusat jagaan (*kalau tak silap Ummi). Dan YP tidak boleh lah melangkau fungsi Jabatan Kebajikan pula.

Jadi, Jumaat lepas Ummi dah minta Apamz buat surat rayuan beserta dokumen sokongan (keratan akhbar/rawatan isteri/sokongan Penghulu/Wakil Rakyat dsb.nya) kepada YP (Unit Bantuan Pendidikan) untuk anak sulung beliau Muhammad Shafiq. Bila siap Ummi akan ambil dan hantar sendiri kepada YP. Pagi ni, Ummi baru sahaja bercakap dengan Apamz bertanyakan surat kepada Yayasan Pahang untuk permohonan/rayuan Bantuan Sekolah Menengah (BSM). Tetapi Apamz baru saja nak mula draf kerana dia demam dalam 2 hari ini. InsyaAllah, surat tu akan disegerakan. Mengenai anak istimewa beliau, Apamz cakap, cikgu sekolah anaknya tu baru sahaja ingin berurusan dengan pihak Jabatan Kebajikan pagi ini. Ummi pun sekali lagi dah bercakap dengan PA kepada Exco Pembgn Keluarga dan HE Wanita N.Pahang. So, Apamz disaran mengemukakan apa-apa surat yang pernah dibuat kepada Jab. Kebajikan dan surat rayuan beserta keratan akhbar/dokumen lain untuk dibuat "follow up" oleh YB Dato'. Takpe lah kita cuba selesaikan satu-persatu dulu.

Ok lah Lan, anggaplah semua usaha ini adalah usaha BUDIMAN sekeluarga. Ummi di sinipun hanya cuba melakukan yang terbaik dan tak manis rasanya dicanang-canangkan. Yang penting, kita sama-samalah berusaha dan berdoa agar dipermudahkan laluan bantuan untuk keluarga Apamz ini. Memang sokongan moral yang tidak berbelah-bagi harus diberikan kepada Apamz sekeluarga biarpun dia berada di dalam kesusahan, sekurang-kurangnya dia tahu, bahawa sahabat-sahabat BUDIMAN tidak pernah melupakannya. Salam..

Monday, February 26, 2007

seDiKit ceRiTa aPaMZ - siRi 2


Semalam dalam akhbar Kosmo Edisi Timur telah tersiar penderitaan keluarga Apamz dengan tajuk "Derita Bapa Jadi Ibu". Ummi ada menghantar MMS kepada saya gambar keratan akhbar yang menyiarkan berita tersebut. Walaubagaimanapun Ummi akan menghantar scan berita tersebut esok kepada saya untuk disiarkan disini insyaallah pada hari Isnin atau Selasa nanti. Kepada kawan-kawan yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Apamz bolehlah menghubungi beliau terus di talian 019-9451043. Kalau tak dapat hulurkan bantuan tenaga atau material sekurang-kurangnya dengan menelefon beliau mungkin akan memberikan satu moral support kepadanya agar beliau mengetahui bahawa kawan-kawan sentiasa mengingati beliau sekeluarga.

Sunday, February 25, 2007

seDiKit ceRiTa aPaMZ

Ummi ada sms kepada saya semalam memberitahu bahawa berita berkaitan keluarga Apamz ada di siarkan di dalam akhbar Kosmo edisi Timur pada hari Sabtu semalam. Berita tersebut bertajuk " Derita Bapa Jadi Ibu ". Insyaallah Ummi akan scan berita tersebut untuk di siarkan di sini pada hari Isnin nanti. Ummi juga memberitahu bahawa suaminya Abang Nu juga akan compilekan berita berkaitan Apamz untuk disampaikan kepada wartawan TV3 iaitu Khaidir Ahmad. Ummi juga ada menghubungi PA YB Dato Maznah Mazlan (Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang) untuk bantu Miza, isteri Apamz dan anak istimewa Apamz iaitu Muhd Amry. Anita DSS juga ada menghubungi saya melalui telefon untuk membantu Apamz bagi menyiarkan berita berkaitan penderitaan keluarga isterinya kepada TV3. Alhamdulillah, sejak tersiarnya berita berkaitan Apamz ini, banyak kawan-kawan yang sudi menghulurkan bantuan. Saya pun ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi membantu Apamz sekeluarga dan inilah antara salah satu tujuan di adakan blog ini bukan sahaja untuk menjalin kembali silatulrahim antara kita tetapi yang paling penting sekali dapat menjalinkan permuafakatan, keperihatinan dan kesempatan untuk saling bantu membantu sesama kita. Blog inilah sebagai saluran kita semua untuk menyampaikan sesuatu kepada kawan-kawan kita dan peluang bagi kita untuk membuat sedikit amal kebajikan yang termampu oleh kita. Semuga usaha murni kita semua akan diberkati Allah swt dan semuga di murahkan rezeki dan dikurniakan tubuh badan yang sihat kepada kita semua di sini bagi kita meneruskan usaha-usaha murni ini selagi hayat di kandung badan.

Saturday, February 24, 2007

caMPfiRe di taMaN neGaRa

Niazor ada sms kepada saya memberitahu bahawa beliau, Pablo dan FG akan mengadakan satu acara Campfire ala-ala BoyScout pada 10 dan 11 Mac 2007 ini bertempat di Taman Negara, Jerantut, Pahang. Acara itu nanti akan bermula pada hari Sabtu 10 Mac dengan berkemah dan tidur di sana. Perkemahan akan dilakukan di pasir berhampiran Jeram Panjang, Nusa Camp, Taman Negara. Kemah kena bawa sendiri, tempat camping free cuma tambang bot dan makanan sahaja perlukan perbelanjaan. Acara ini menurut Niazor bukanlah acara untuk family kerana ianya memerlukan aktiviti lasak. Oleh itu acara ini khas untuk orang bujang atau family yang nak jadi bujang sekejap. Sesuai untuk kaki pancing macam Slambe dan sesiapa yang sukakan aktiviti hutan. Kepada sesiapa yang hendak menyertai acara campfire ini, keterangan lebih terperinci boleh di dapati dengan menghubungi Niazor, Pablo atau FG sendiri. Maybe FG boleh bagi maklumat terperinci tentang rancangan ini dalam Blog Cinta View Finder beliau.

Friday, February 23, 2007

maNa kaWaN-kaWaN LAiN


Hari demi hari, acara demi acara yang kita adakan menerusi blog ini seperti Pregathering di Kuantan, PotLuck, Ekspedisi eM2bJ, Teh Tarik Session dan sebagainya tetapi nampaknya penyertaan kawan-kawan semua samada interaksi di dalam blog mahupun penyertaan dalam acara-acara yang diadakan masih tetap di sertai oleh muka-muka yang sama. Mana pergi kawan-kawan yang lain? Adakah mereka tidak mengetahui tentang kewujudan blog ini? Adakah mereka tidak mahu menyertai acara-acara yang diadakan? Kenapa mereka tidak mahu langsung berinteraksi samada di sini atau menyampaikan khabar menerusi kawan-kawan di sini?

Kita cuba susur kawan-kawan kita menerusi setiap kursus di ITM dahulu dan kita mulakan dengan kursus DSS. Yang kita lihat selalu berinteraksi di sini hanyalah Ummi, FG, Dona dan Kudeng. Anita pula walaupun tidak berinteraksi disini tetapi selalu mengikuti perkembangan dan menyertai acara yang kita adakan. Mana pergi yang lain terutamanya batch Julai 85 seperti Muzlina, Syed Mahdi, Syed Sham dan lain-lain lagi.

Bagi geng DIA pula agak ramai sikit namun penyertaan geng wanita amat menyedihkan. DIA kita ada Kitang, Walid, Lan Kentei dan Pablo yang selalu berinteraksi di sini. Namun begitu kita juga ada Man Troq, Mat Rock, Zailan yang ada mengikuti acara yang diadakan seperti Potluck. Tapi mana pergi seperti Sabri Cigak, Suhaimi, Bulu, Bob MG dan yang lain-lain lagi.

DBS pula yang selalu ada di sini ialah SK, Niazor. Kemana pergi Jepun, Mat Dwan, Shema, Adenan dan yang lain-lain. Dah tak mahu berkawan lagi ker agaknya?

Geng DIB pula langsung tiada yang berinteraksi mahupun menyertai sebarang acara yang dijalankan oleh kita disini. Cuma ada Fadil Othman sahaja. Mana pergi geng DIB ni?

Geng DPA pula yang selalu menyertai acara kita adalah Slambe, Che Dat, Apek dan Arash. Tapi mana perginya Clark Gable, Siti Minah, Rambo, Golden, Husin Moh dan yang lain. Skodeng saja atau tak mahu lagi terlibat dengan kawan-kawan lama semula?

Agak-agaknya apakah solution yang kita boleh cari bagi bertemu kembali mereka-mereka ini atau mengajak mereka untuk bersama-sama dalam meramaikan lagi kesatuan kita ini agar lebih banyak aktiviti-aktiviti berfaedah dan bermanfaat dapat dijalankan dengan lebih baik lagi. Apa pandangan anda semua? Dalam kita berusaha untuk mengadakan satu grand gathering pada tahun ini bertujuan untuk menemukan semula SEMUA kawan-kawan ITM kita dahulu secara besar-besaran, apakah dengan tindakan pasif mereka ini akan dapat mencapai matlamat itu nanti? Apa cadangan anda semua?

Thursday, February 22, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh - tHe diScusSioN




Semasa Potluck di Temerloh tempohari terdapat beberapa perkara yang disembang dan dibincangkan bersama kawan-kawan. Antaranya ialah saranan dari Che Dat dan Walid untuk mengadakan acara sukan keluarga di Komplek Sukan Air Keroh, Melaka yang mana segala kemudahan sukan seperti futsal, badminton, tenis dan lain-lain terdapat di situ beserta dengan kemudahan penginapan sekali. Dari apa yang difahamkan kemudahan tersebut boleh diperolehi secara percuma dan mungkin kita cuma perlu membayar untuk makanan dan sedikit cenderamata untuk hadiah bagi acara sukan yang di adakan. Acara tersebut mungkin boleh diadakan untuk 3 hari 2 malam dan kita juga boleh menjadikan ianya acara percutian kekeluargaan dengan lawatan ke Bandar Melaka Bersejarah atau ke A Famosa untuk riadah disana selain dari acara sukan keluarga yang akan diadakan. Jika ianya mendapat persetujuan dan sambutan ianya akan menjadi suatu acara kekeluargaan bagi semua kita disini. Tarikh yang sesuai bergantung kepada saranan dari anda semua nanti.

Selain itu sebelum bersurai tempohari, saya, SK, Kitang dan Lily sempat berbual dengan Apamz dimana Apamz ada menceritakan berkaitan penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau Miza. Rupa-rupanya baru-baru ini sekitar penghujung tahun lepas abang kepada Miza, iaitu Mohd Shukor telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit yang serupa setelah menghidapinya selama 20 tahun. Miza mempunyai 5 orang adik beradik yang mana 4 daripadanya telahpun menghidapi penyakit ini. Cuma adik yang bongsu, Shukri yang kini bekerja di Kuala Lumpur sahaja yang tidak menghidapi penyakit itu setakat ini. Penderitaan 4 beradik yang mengidap penyakit ini bermula dari arwah ibu mereka telah mendapat perhatian DYMM Sultan Pahang baru-baru ini di mana Sultan telah menitahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan bantuan khas secepat mungkin kepada 4 beradik ini dan keluarga mereka dan berita ini telahpun dikeluarkan didalam suratkhabar. Namun begitu sehingga ke hari ini bantuan yang diharapkan masih sepi tanpa sebarang berita. Apamz masih menyimpan semua keratan akhbar berkaitan berita yang dikeluarkan seperti kisah penderitaan 4 beradik bersama ayahnya, cerita kematian abang iparnya dan titah Sultan Pahang. Apamz juga ada memberitahu bahawa bantuan biasiswa anak sulongnya juga masih tiada dan rayuan tempohari melalui blog ini kepada kawan-kawan di Kuantan yang mempunyai kontek dengan Yayasan Pahang nampaknya hanya tinggal janji kosong jua.

Inilah antara tujuan kita mengadakan Potluck untuk mengenali lebih mesra, bertanyakan khabar antara kita, berbincang secara panjang lebar dan cuba mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah yang boleh dikongsi bersama-sama kita semua. Di harap dengan ini ada insan yang akan tampil bagi membantu Apamz atau ada antara kita dapat memberikan sebarang cadangan bagi 2 perkara di atas.

Wednesday, February 21, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh - tHe eVEnt




Potluck BBQ seperti yang dirancang untuk diadakan di Temerloh pada Ahad 18hb Februari 2007 yang lalu telah pun berjalan dengan meriahnya. Sehingga tengahari Ahad, hanya lebih kurang 5 keluarga sahaja telah mengesahkan kehadiran di Potluck tersebut. Namun begitu pada waktu tengahari itu ramai kawan-kawan yang telah menelefon di saat-saat akhir untuk turut serta di dalam Potluck tersebut. Maka akhirnya seramai 15 keluarga atau lebih kurang 100 orang telah menghadiri Potluck terbesar yang pernah kita semua adakan setakat ini. Berikut adalah senarai keluarga yang hadir di Potluck tersebut dengan makanan yang telah dibawa oleh mereka.

1. Keluarga Kitang dan Lily - Air minuman, Nasi Goreng Kg, Daging Cucuk, Lompat Tikam dan peralatan
2. Keluarga Sidi - Laksa Utara
3. Keluarga Raman Shakri - Air Minuman
4. Keluarga Ummi - Meehoon Singapore
5. Keluarga Khairuddin Mekanik -
6. Keluarga Walid - datang dari KL semata2 untuk Potluck
7. Keluarga NorMazidah DBS - Kuih Cara Berlauk dan Kacang
8. Keluarga Rozain -
9. Keluarga NorAnita, AR dan adiknya - Nasi Putih, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Roti Jala
10. Muslim @ FG - Spaghetti
11. Keluarga Shakri @ Pablo
12. Keluarga Arash
13. Keluarga Nasrun @ Mat Rock
14. Keluarga Apamz - Air Minuman dan Sos BBQ
15. Keluarga saya sendiri - Ayam, Sausage dan peralatan


Sambutan diluar jangkaan ini menyebabkan kemeriahan yang amat sangat dimana acara Potluck telah bermula pada jam 4-00 petang yang mana yang paling awal sekali tiba adalah keluarga Apamz yang tiba dari Kuantan. Begitu juga dengan keluarga Ummi yang juga tiba dari Kuantan. Namun yang paling jauh sekali ialah Keluarga Sidi @ Che Dat yang tiba dari Melaka dengan Laksa Utara special yang licin dalam masa 1 jam sahaja. Walaupun jauh, dengan keadaan isteri yang sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak yang ke 6, keluarga Sidi masih sanggup lagi menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk berjumpa dengan kawan-kawan semua.

Keluarga Walid juga datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri Potluck sedangkan pada keesokannya beliau sekeluarga akan ke Perak pula untuk menghantar anak sulongnya yang akan memasuki Asrama Penuh di MRSM Lenggong. Begitulah terujanya Walid dan keluarga untuk berjumpa kawan-kawan dan bersama-sama dalam Potluck.

Begitulah semangat kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh seperti Apamz, Ummi, Sidi, Walid, FG, Kudin Mekanik, Arash dan lain-lain yang ingin bersama-sama dan berjumpa dengan kawan-kawan semua. Anita yang datang bersama AR membawa nasi putih dan lauk ikan patin masak tempoyak memang menyelerakan sekali dan saya sempat tambah nasi 3 pinggan. AR macam biasa memang ramah melayani kanak-kanak hari itu dan semuanya bersama-sama membantu beliau membakar ayam, daging dan sausage BBQ. Habis licin. Setelah 7 jam bersama-sama akhirnya Potluck telah berakhir pada jam 11 malam setelah Kitang, Lily, Apamz membantu bersama-sama membersihkan peralatan dan membuang sisa makanan yang tinggal maka kami semua pun bersurai.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir pada hari itu dan meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan semasa berlangsungnya Potluck tempohari. Tapi saya rasa semua yang datang Potluck tu memang puashati dapat berjumpa dengan kawan-kawan semua sambil menikmati makanan yang disediakan oleh kawan-kawan sendiri. Ramai yang berbakat menyediakan makanan rupa-rupanya. So Potluck di KL dah sudah, di Temerloh juga dah sudah.... Kuantan nampaknya belum lagi...maybe bulan April ni boleh fikirkan pulak oleh orang Kuantan.

Friday, February 16, 2007

sELaMAt beRCuti

Mulai esok kita semua akan bercuti panjang sehingga hari Selasa dan ada sesetengah sekolah cuti sampai seminggu sehingga hari Ahad minggu depan. Jadi kepada sesiapa yang nak berjalan jauh samada balik kampung atau pergi bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat peranginan atau melawat saudara mara, saya memperingatkan diri saya sendiri dan anda semua supaya dapat memandu dengan berhati-hati agar dapat sampai ke tempat tujuan dengan selamatnya.

Kepada Kudeng dan isteri, saya nak ucapkan selamat menunaikan keluar 3 hari Jemaah Masturat. Susah nak cari pasangan suami isteri yang sanggup keluar 3 hari di zaman sekarang ni. Gua salute lu brother.

Apa-apapun kami 5 keluarga Insyaallah, akan bersama-sama dalam Potluck BBQ di Temerloh pada hari Ahad nanti, maybe lepas tu banyak gambar dan cerita boleh disiarkan disini. Anyway kepada semua, Selamat Bercuti dan Beristirehat.

Thursday, February 15, 2007

ceRitA uMMi

Ummi ada hantar e-mail berkaitan satu cerita. Bawah ni saya siarkan e-mail beliau :

Asalamualaikum Kida,

Memandangkan Kida cakap dah takde idea nak masuk kat blog kita, so ummi nak Kida masukkan cite ala-ala Kisah Dan Tauladan ni..Boleh la kot? Ada moral di sebalik citer ni, harap-harapnyaaa...

Pagi ni, ummi baca akhbar BH ("semua BUDIMAN baca kot..) kisah perebutan Kerbau yang terjadi di Pasir Putih Kelantan....(ni tempat org rumah Che Dat ni...hehe,.jgn marah). Ya lah, gamat gak kan sampai rebut binatang siap buat ujian DNA lagi...At last, tuan punya sebenar kerbau tu dapat jugak heret kerbau yang dah sah-sah milik dia tu balik ke kandangnya. Siap kena bayar kos RM500 lagi... Cerita ni agak lama dah ummi dengar kat satu stesen radio...Radio Malaysia Pahang le..ruangan Ayah Ngah & Ayah Teh, memang cukup famous segmen ni satu masa dulu...ingat dah 10 tahun dah, tp kalau ummi citer kat semua orang sekarang pun...rata-rata semua gelak..Citenya gini...:-

Dalam satu majlis di sebuah kampung terpencil yang rata-rata penduduknya adalah penternak dan petani, adalah seorang Menteri nak menyampaikan sedikit sumbangan ataupun subsidi kepada penduduk di situ... Baguslah...semua penternak dan petani teruja sangat nak menerima pemberian yang memang dinanti-nantikan. Untuk petani, beberapa baka anak pokok telahpun diserahkan untuk mereka kerjakan di ladang atau tanah yang sekangkang kera tu..Siap bantuan baja dan peralatan kerja lagi...Subsidi diberi sama rata, tak ada beza. Tapi yang satu kes subsidi binatang ternakan ni...hah, wujud sikit perebutan dalam diam. Ada 10 ekor kerbau (*ibu kerbau lah rasanya) telah diperuntukkan untuk 10 orang penternak yang dikenal pasti potensi masing-masing. Dalam banyak-banyak kerbau tu, ada seekor kerbau tu, matanya punya lah cantik....dah la bulu mata panjang...biji matanya lak warna biruuuu...!!! Perghhh...kalau manusia, memang cantik sangat dan jadi rebutan le..Masing-masing penternak ni berdoa nak sangat KERBAU BERMATA BIRU nI (*yalah, lain dari yang lain...). Lalu, setiap penternak pun dipanggil dan diserahkan lah seekor kerbau. Kerbau yang telah siap ditindik dan bertali tu pun dibawa pergi seekor demi seekor oleh penerima-penerima subsidi. Dengan sekali tarik dan tepuk saja, kerbau-kerbau ini terus saja mengikut tuan masing-masing. Akhirnya, tinggallah seekor KERBAU BERMATA BIRU yang belum lagi bertuan. Dan...tuan yang terakhir (Pak Jali namanya) ni tentulah berasa seronok sekali kerana dia bakal jadi tuan kepada KERBAU BERMATA BIRU nih...Dalam hati berkata, mesti baka kerbaunya nanti bermata biru belaka - kira cantik-cantik lah..(mat salleh gitu...) . Lantas, bila nama Pak Jali dipanggil.....dengan perasaan gembira beliau pun terus ke kandang KERBAU BERMATA BIRU. Di situ, Menteri telah menunggu untuk menyerahkan tali yang mengikat hidung KERBAU BERMATA BIRU itu kepada Pak Jali. Sukanya hati, Tuhan saja yang tahu...!!! Malangnya..puas ditarik KERBAU BERMATU BIRU ni...ditepuk, dibelai...dia tak nak jugak ikut Pak Jali...keluar dari kandang sementara tu pun tak mahu..Ramai yang mula mengerumuni KERBAU BERMATA BIRU tersebut untuk melihat apa yang tidak kena. Macam-macam cara dibuat, tak berjaya jugak...Pak Jali dah naik berpeluh dibuatnya di bawah sinaran matahari tu. "Apa hal dengan binatang ni?", detik hati Pak Jali...Tiba-tiba adalah antara pengunjung yang mendekati haiwan tersebut (doktor haiwan kot...) berkata: "Pakcik, KERBAU BERMATA BIRU ni sebenarnya buta, tu sebab dia susah nak berjalan/bergerak ikut pakcik, dia tak tau betul ke ni tuan dia...". "Hah!, buta??" kata Pak Jali terkejut dan terdiam sebentar, "Emmm, dah nasib aku...harap-harap anak-anak kerbau ni nanti tak buta macam ibunya", kata Pak Jali.

Dan moralnya melalui cerita ini (ini pandangan ummi je).:-

(1) Janganlah kita terlalu memilih, apa-apa yang diterima oleh kita, itulah rezeki kita dan selayaknya untuk kita, kena sentiasa bersyukur. (Yalah, pilih punya pilih nanti terkena ruas tebu kan..)
(2) Jangan memandang rendah kepada orang lain.
(3) Kalau kita nak berjaya, kena berusaha, takpun jangan harap yang baik-baik itu akan datang kepada kita.
(4) Kalau ada kekayaan (duit, harta benda dsb.), tapi ilmu nak mengurus tak ada, kekayaan akan habis begitu saja dalam sekelip mata.
(5) Manusia di muka bumi ini sama sahaja, janganlah kita membeza-bezakannya. Amalan adalah segala-galanya di sisi Allah swt. Dan yang lain-lain tu, sendiri-sendiri lah fikir dan renung-renungkan...hehe..
Salam...

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh - siRi 2

Potluck BBQ yang saya rancang bersama SK untuk diadakan di Temerloh masih samar lagi dengan kehadiran kawan-kawan semua. Setakat ini yang saya katakan confirm untuk datang ialah 3 keluarga iaitu keluarga Kerbau ( bawak kerang bakar), Apamz ( bawak sos pencicah BBQ terlazat dari Balok) dan keluarga Ummi (meehoon Singapore). Yang lain-lain tu masih belum confirm lagi so kepada yang datang tu just bawak makanan untuk 3 keluarga saja ye. Nanti takut tak habis. Membazir pulak. Saya pun sebenarnya last minute semalam ayah saya beritahu ada kenduri di Pekan rumah sepupu saya yang mengahwinkan anaknya tetapi nampaknya saya tidak dapat hadirlah kerana sudah berjanji nak buat Potluck BBQ ni tambahan pula ada keluarga Ummi dan Apamz yang sanggup datang dari Kuantan. (Maybe pergi kenduri tu on Saturday tolong dia orang then balik Temerloh malam tu or pagi Ahad). Anyway Potluck kita berempat keluarga pun insyaallah meriah nanti sebab Apamz kata dia nak bawak gitar dan pasangkan kaset jamming kat Kuantan dulu, so memang tak sabar nak tunggu Potluck ni.

Wednesday, February 14, 2007

sECeBiS keNanGaN fG


Ini e-mail dari FG minta saya siarkan untuk tatapan anda semua.

Assalamualaikum semua,

Buat tatapan semua rakan-rakan, semasa meneliti artikel Kida pasal gerai Abang Sham Kak Dib, Restoran Mira, kedai Bundle dan lain-lain tu, FG terpanggil untuk mencari semula gambar-gambar lama yang mana mungkin dah berabuk kat dalam gerobok (almari) lama tu. Selak punya selak, maka gambar sentimental value ini akhirnya FG jumpa jugak. Kah kah kah... mula2 terjumpa macam nak gelak separuh maut. Teruknya muka FG masa tu... Bibir macam Ning Baizura. Gelap gelita. Tetapi gambar tu mengingatkan FG pada suatu tarikh... Nak tahu tarikh apa tak? Gambar itu diambil sempena Hari Terbuka ITM pada tahun 1986. Tarikhnya: 14 Februari 1986. Diambil pada Hari Valentine. Camera-man nya FG tak pasti... Tapi gambar itu diambil di gerai iaitu Gerai Ayam Bakar budak-budak DSS. Kebetulan esok adalah Hari Valentine satu dunia. Kebetulan pulak ya...?

Masa tu, FG tak ingat Gerai Kursus apa yang menjual bunga-bunga ros untuk diberi kepada pasangannya sebab hari tu kan Hari Memperingati Kekasih. FG tak ingat gerai mana sebab FG tak dapat bunga, ahaks ! Anyway, masa tu, kita semester kedua belajar di ITM Kuantan Pahang.

Memori seperti ini memang sukar kita lupakan kerana walaupun sekejap, tetap kawan2 FG seperti Zuhairi, Ahmad Shakri, Wan Rozain, Fadhil Yaakob, Alias, Khairuddin, Syed Sham, Azmi Zam dan juga Zambran sentiasa berada di keliling FG. Kepada Zambran, thanks for the 20 years of friendship. Begitu juga dengan rakan-rakan yang ada di blog itm. Thanks to Kida for make it all happen. Welcome back to our friendship. Semoga ingatan kenangan manis itu semua menjadikan kita sahabat sehingga ke akhir hayat.

Salam Rindu.

FG
5.00 pm
13 Februari 2007

Tuesday, February 13, 2007

reSToRan miRa, geRAi abG sHaM daN teMPat2 nOStaLgiA

Masa kita semua di ITM Kuantan dulu-dulu, ada beberapa tempat yang saya rasa selalu kita kunjung dan penuh nostalgia bila kita ingatkan kembali. Antara tempat-tempat yang saya masih ingat ialah seperti di :

1. Restoran Mira

Restoran Mira ni terletak di bangunan yang menempatkan Asrama Bahaman iaitu sebuah bangunan di depan kilang Astec. Biasanya restoran Mira ni menjadi tumpuan apabila malam iaitu kira-kira pukol 10-00 malam ke atas. Ini kerana pada waktu ini biasanya kita semua balik dari kelas malam dan Restoran Mira ini adalah salah satu tempat kunjungan bagi teh tarik dan roti canai. Macam-macam cerita jugak pasal Restoran Mira ni. Ada cerita budak-budak ITM yang makan tak bayar lah, ada cerita budak ITM ngurat anak towkey Mira la dan macam-macam lagi. Saya rasa kawan-kawan semua pun mesti ada kenangan tersendiri kat restoran ni. Ada sekali tu Restoran Mira buat kenduri makan percuma kepada budak-budak ITM, habis semua yang pergi makan hari tu sakit perut ( ada sebab rasanya disebalik peristiwa tu). Walaubagaimanapun dengar khabarnya selepas budak-budak ITM tidak lagi menetap di Asrama Bahaman, restoran Mira pun turut tutup sekali kerana tiada pelanggan lagi. Khabarnya juga tawkey Restoran Mira tu pun dah meninggal baru-baru ni.

2. Gerai Abang Sham dan Kak Dib

Gerai Abang Sham dan Kak Dib ni terletak di pintu pagar Hostel Remaja. Ianya sebuah gerai biasa dengan pangkin kayu dan meja dan menjual keropok lekor, goreng pisang dan kuih-kuih untuk budak-budak ITM yang sentiasa lapar. Ada juga jual air sirap dan limau. Selalunya gerai ni jadi tumpuan masa sebelum makan tengahari dan waktu petang bila balik dari kelas terutama bagi mereka yang naik bas sebab Bas Bombay ITM warna hijau kusam tu memang berhenti di depan gerai tu. Gerai Abg Sham ni juga selalu jadi tempat budak-budak lelaki Blok C nak teropong awek yang pergi minum kat situ.

3. Pasar Malam Tanjung Api

Pasar Malam Tanjung Api ni kira famous jugak dengan budak-budak ITM. Almaklumlah kalau yang geng couple tu memang kira nak dating bolehlah bawak awek masing-masing pergi Taman Gelora lepas tu jalan-jalan kat Pasar Malam ni. Saya pun suka pergi pasar malam ni sebab nak pekena Steamboat celup-celup 20 sen. Memang tak lepas peluangnya. Gian beb.

4. Gerai Bundle depan Bas Stand Pokok Buluh

Ini juga salah satu tempat yang kerap dikunjungi untuk cari pakaian bundle. Maklumlah nak beli yang ori masa tu fulusnya tak cukup. Jadi main bundle je la. Selalunya pergi cari T'Shirt, Jeans dan Vest Jacket. Nak dapat yang baik-baik kena datang awal pagi Ahad. Lepas beli kena alter pulak kasi seluar Jeans tu fit-fit dengan pinggang dan kaki. Maklumlah rock kapak. Bab alter ni nasib baiklah ada member yang terrer buat seperti Joe Malady. So dari dulu sampai la ke tua Joe ni asyik ambik ukuran dengan tali tape je lah... (dulu ukur seluar skrg Joe ukur rumah nak buat kitchen cabinet plak)

Tempat-tempat nostalgia yang lain-lain tu ada jugak lagi seperti Gerai Taman Gelora, Taman Teruntum, Restoran Swan, Komplek Teruntum dan sebagainya nanti kita cerita kemudian lah sebab saya pun dah takde idea ni. Maybe kalau ada kengkawan yang nak share xperience tu di alu-alukanlah.

Monday, February 12, 2007

iKLaN kuDiN meKaNiK

Kudin Mekanik ada call saya minta tolong iklankan kepada sesiapa yang nak beli kereta kerana di workshopnya terdapat 2 buah kereta iaitu satu Proton Wira dan sebuah lagi Perodua Kancil kedua-duanya buatan tahun 2001 hendak di jual. Wira di jual pada harga RM25,000 manakala Kancil pula pada harga RM13,000. Kedua-duanya manual transmission. Pinjaman 100% boleh diuruskan oleh Kudin. Jadi kepada sesiapa yang tengah cari kereta Wira atau Kancil secondhand bolehlah hubungi Kudin di 012-3909591

Man Troq atau Syed Azman DIA juga hari tu ada memberitahu untuk jual Perdana V6 beliau model tahun 2005. Semasa dia beritahu saya tu katanya kalau dapat lepaskan loan beliau yang sedia ada pun dah ok. Mungkin dalam sekitar RM65,000. Man Troq nak jual kereta tu kerana beliau telah beli kereta lain. Kalau ada yang berminat hubungilah Man Troq di 019-9882907

Sunday, February 11, 2007

biRThdaY aiMiN daN jUMpa meMBeR LamA


Dekat 3 hari sebenarnya dari hari Jumaat baru-baru ni saya tak sempat nak update blog kerana biasanya malam-malam sebelum tidur tu saya jengok dan update blog ni sekejap. Ini kerana dari hari Jumaat dulu agak sibuk sikit dengan beberapa urusan dan keletihan mengakibatkan tiada idea nak update blog.

Hari Jumaat baru-baru ni ada tournament golf di Bukit Unggul anjuran beberapa kawan-kawan golf saya di Kelab Bekas Askar-Askar Melayu. Jadi saya yang dah dekat 3 minggu tak pegang kayu golf pun terpaksalah layan kawan-kawan golf saya seperti Dato' Badrus, Kol Che Ojang, Kol Ramlay dan lain-lain lagi. Bila dah jumpa kat Kelab Golf ni biasalah sembang sampai pukol 1-00 pagi pun tak habis-habis lagi.

Hari Sabtu 10hb Februari pula birthday Aimin, anak bujang saya yang dah pun mencapai umur 12 tahun. Dah boleh buat I/C dah. Jadi malam tu bawak SK, Aimin dan Sarah makan Pizza sebab Aimin mintak saya belanja Pizza untuk dinner. Selepas dinner dengan family saya dapat call dari seorang kawan lama dekat 3-4 tahun jugak tak jumpa. Geng masa BPR dulu. So jumpa dia orang minum kat Melting Pot Concorde Hotel sampai pukol 3-00 pagi jugak. Macam-macam cerita. Seorang member saya tu dah ambil keputusan untuk bermastautin di Mekah untuk berniaga sambil menguruskan orangramai yang nak buat umrah dan upah haji. Katanya kalau berniaga kiosk makanan kat Mekah pun boleh tahan pendapatannya. Sewa kiosk kat sana memanglah mahal iaitu hampir RM10,000 tetapi boleh dapat pendapatan lebih kurang RM1,000 sehari. Suka, sedih, macam-macam bila dengar cerita member-member yang lama tak jumpa ni.

Hari Ahad pula ada member saya yang dah hampir setahun tak jumpa juga buat house warming kat Wangsa Melawati. Jadi bawaklah family saya pergi ke jamuan tersebut. Jumpa pula ramai member-member yang dah lama tak jumpa juga. Macam-macam cerita lagi. Jadi balik letih, hilang idea nak menulis, tulah sebab dekat 3 hari blog ni tak update, asyik-asyik lagu Awie tu jer sampai naik tepu dah nak dengar bab kata Joe Malady.

Saturday, February 10, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh




Pada cuti Tahun Baru Cina ini, saya dan SK bercadang untuk menghoskan PotLuck BBQ di Temerloh seperti berikut :

Tarikh : 18hb Februari 2007
Masa : 4 petang
Venue : 20, Taman Jaya 3, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.

PotLuck ni saya adakan di Temerloh di salah sebuah rumah ayah saya yang masih kosong dan kalau ada sesiapa yang nak bermalam pun boleh disitu. Tapi kena potluck bawak toto dan bantal sekali la kerana rumah tu memang betul-betul kosong setelah ayah saya berpindah ke rumah lain baru-baru ini. Rumah tu ada 6 bilik dan kalau anda dari Temerloh selepas traffic light Hospital Temerloh, ada gerai buah-buahan dan selepas itu nampak surau berwarna putih dan disitulah Taman Jaya 3 dan rumah tersebut adalah salah sebuah rumah yang berhadapan dengan surau tersebut. So ada surau dan ada tempat ngeteh skrin besar lagi kat depan rumah tu.

Saya cadang nak buat PotLuck BBQ dan bolehlah kita pakat-pakat untuk membawa seperti ayam, daging, sausage, kerang dan lain-lain lagi untuk di bakar pada petang itu supaya boleh dimakan bersama-sama. Peralatan BBQ akan saya sediakan dan begitu juga ayam dan sausage. Jadi kawan-kawan bolehlah bawa makanan lain seperti daging, kerang, coleslaw, fries, meehoon, sata atau tak kisah la apa saja janji makanan yang boleh dimakan. Jadi kalau yang comfirm nak datang tu harap beritahu kat komen makanan apa yang nak dibawa supaya nanti takdelah sama dengan kawan yang lain, tapi kalau dah pakat nak bawak makanan sama, tak boleh nak kata apa jugak lah.

Ini kali ke 2 di adakan acara PotLuck ini setelah kali pertama dulu diadakan dirumah Walid dan tujuan saya buat PotLuck di Temerloh ini supaya mudah kalau ada kengkawan dari Kuantan atau KL yang nak datang selain dari kengkawan di Temerloh sendiri. Kalau di rumah Walid dulu seramai 7 family yang hadir jadi di Temerloh ini harap lebih ramai lagi yang akan hadir. PotLuck ni bila buat memang seronok kerana masing-masing bawa makanan dan boleh bersembang dan mengenal lebih dekat lagi antara kita, pasangan kita serta anak-anak kita semua. Macam satu family adik beradik berkumpul sama-sama. Saya pun ingat nak pesan kat kengkawan yang datang nanti supaya bawa album gambar-gambar lama masa kita di ITM dulu dan untuk Ummi dan Lily, bawak album masa kat sekolah ABS sekali.

Cuma satu jer peringatan bila PotLuck ni, bersedialah untuk balik lewat, sebab dah banyak kali buat acara macam ni selalunya akan berlanjutan sampai 7-8 jam. Sebab itu kalau ada sesiapa yang nak tidur kat rumah tu pun boleh kerana kipas angin, api dan air semuanya ada kat tiap-tiap bilik. Cuma kena bawa toto dan bantal sendiri.

Friday, February 09, 2007

suDuT beRceRitA

Oleh kerana saya takde idea nak tulis apa hari ini maka saya bukalah kembali sudut bercerita yang asalnya telah di asaskan oleh Slambe suatu ketika dulu. Kali ini saya nak cerita satu pengalaman menarik semasa saya duduk di Kuantan pada tahun 1989 dahulu iaitu selepas menamatkan pengajian di ITM dan mula bekerja di Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang. Masa itu saya di tempatkan di Bahagian Pelaburan LKPP dan di berikan sebuah kereta oleh pihak jabatan. Jadi senanglah saya nak berulang alik ke pejabat atau membuat pemeriksaan ladang dan sebagainya. (minyak semua LKPP tanggung)

Suatu malam tu lebih kurang pukol 2-00 pagi saya baru sahaja selesai urusan pejabat di LKPP Jalan Gambut dan nak balik rumah saya yang terletak di Permatang Badak. Saya pun tak ingat masa tu saya balik berseorangan atau ada member sepejabat yang ikut sekali. Jadi saya pun memandu kereta perlahan-lahan menyusuri Jalan Wong Ah Jang untuk balik ke Permatang Badak. Sampai sahaja selepas Jambatan Tanah Puteh dan selepas kilang papan lama kat situ, keadaan agak gelap.

Dalam kegelapan malam di suluhi lampu kereta saya tu, saya lihat di hadapan saya iaitu di tepi jalan, 2 orang kanak-kanak lengkap berpakaian baju melayu sedang berjalan kaki sambil membawa bungkusan macam bungkusan pakaian. Saya memperlahankan kereta dan saya perhatikan dari belakang, kanak-kanak tersebut dalam lingkungan umur 5-6 tahun sahaja. Nak kata rasa seram tu memanglah ada tambahan pula masa tu takde pulak kereta yang lalu dan keadaan amat gelap.

Namun begitu saya beranikan diri, saya berhentikan kereta dan membuka pintu, keluar dari kereta. Saya panggil ke dua-dua kanak-kanak tersebut dan saya lihat mereka berhenti berjalan dan berpaling kearah saya. Memang sah mereka kanak-kanak betul tetapi apabila saya bertanyakan kepada mereka, mereka tidak mahu menjawab. Saya tanya hendak kemana dan mana rumah serta ibubapa mereka. Mereka tidak juga menjawab. Saya ajak mereka menaiki kereta saya dan nasib baik tanpa sebarang masalah mereka mahu menaiki kereta saya.

Saya pun tak tahu nak bawak mereka berdua kemana cuma saya kasihan menengok keadaan kedua-duanya yang saya kira berumur dalam lingkungan 5-6 tahun nampak begitu keletihan sekali. Saya tanya mereka dah makan ke belum dan mereka tidak menjawab. Saya lihat ada sebuah gerai masih lagi dibuka di tepi jalan, lalu saya berhentikan kereta dan saya ajak mereka berdua makan di situ. Saya order nasi goreng dan air minuman dan saya lihat mereka makan dengan begitu lapar sekali. Kasihan betul kalau sesiapa yang menengoknya.

Dalam pada mereka berdua sedang makan, saya cuba berfikir kemanakah saya nak bawa kedua-dua kanak-kanak ini. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa mereka berdua ke Balai Polis Kuantan. Saya fikir mereka berdua mesti lari dari rumah dan mungkin ada lapuran kehilangan mereka ini di Balai Polis.

Selesai mereka makan sehingga kenyang, saya bawa mereka menaiki kereta dan menuju ke Balai Polis Kuantan. Di Balai Polis saya berjumpa dengan Pegawai Bertugas dan saya ceritakan apa yang berlaku. Pegawai tersebut terus memberitahu saya memang ada kes kehilangan kanak-kanak yang melarikan diri. Pegawai tersebut meminta saya menyerahkan kanak-kanak tersebut kepadanya dan meminta saya pulang. Saya berikan nombor telefon saya kepada pegawai tersebut dan minta beliau menghubungi saya jika ada apa-apa bantuan yang diperlukan.

Keesokan harinya semasa di pejabat, saya di hubungi oleh pegawai Polis berkenaan dan memberitahu bahawa kedua-dua kanak-kanak tersebut adalah dari sebuah Sekolah Kanak-Kanak Pekak dan Bisu di Kuantan. Kanak-kanak tersebut telah melarikan diri dari sekolah berkenaan kerana amat merindui ibubapa mereka yang tidak pernah menjengok mereka sejak di masukkan disitu. Mereka berdua melarikan diri dari sekolah berkenaan setelah keluar untuk sembahyang Jumaat dan bercadang untuk mencari ibubapa mereka dengan berjalan kaki dari tengahari sehinggalah saya berjumpa mereka pada dinihari. Patutlah mereka sungguh lapar dan dahaga semasa saya temui mereka. Selepas itu saya di fahamkan pihak sekolah telah mengubungi ibubapa mereka.

Kesimpulannya saya ingin memberitahu diri saya sendiri dan anda semua, sesibuk mana kerja kita, sebesar mana wang yang kita kejar dan setinggi mana pangkat dan harta keduniaan yang kita cari, luangkanlah masa dengan anak-anak dan keluarga kita, ibubapa kita, adik beradik kita. Mereka sebenarnya amat rindukan kita.

Satu lagi, kalau anda memandu ditengah-tengah malam dan terjumpa sesuatu yang mencurigakan, berhati-hatilah dan teliti apa yang anda lihat, mungkin sesuatu itu amat memerlukan pertolongan anda.

Thursday, February 08, 2007

ditERjaH haBiB dbS


Malam sebelum Hari Wilayah dan cuti Thaipusam pada 1hb Februari 2007 yang lalu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Syed Ismail b Syed Mohd atau lebih dikenali sebagai Habib iaitu bekas pelajar DBS batch pioneer ITM Pahang Januari 85. Rupa-rupanya Habib atau saya panggil Achid telah berjumpa dengan Kudin Mekanik dan terus bertanyakan Kudin nombor telefon saya.

Achid ni sebenarnya classmate saya masa saya bersekolah di Ipoh pada tahun 1982 dahulu. Memang saya dan ada beberapa kawan-kawan yang lain di Ipoh dulu kamceng sangat, kiranya tidur sebantal makan lain-lain pinggan lah. Cuma masa di ITM Pahang dulu mungkin kerana berlainan kelas dan jarang berjumpa maka persahabatan dengannya menjadi renggang sedikit. Jadi kira-kiranya hampir 20 tahun sebenarnya saya tak berjumpa dengan Achid iaitu sebaik sahaja beliau berpindah ke ITM Shah Alam.

Jadi pada malam Thaipusam tu saya terus ajak Achid yang kebetulan bermalam di rumah kakaknya di Taman Jasa Selayang untuk pekena teh tarik di Taman Seri Gombak. Malam itu juga setelah berjumpa Achid saya dapat menghubungi beberapa kawan sekolah kami di Ipoh dan teh tarik sekali di sana setelah tidak berjumpa hampir 25 tahun. Achid ni juga kalau tak silap saya adalah senior semasa sekolah di Bentong kepada Mat Dwan, Amir Tombey dan Slambe sebab Achid ni asal dari Kg Sega, Raub.

Achid telah berkahwin semasa last semester di Shah Alam dengan classmate saya juga di Ipoh iaitu Puan Sharifah Intan dan kini dikurniakan dengan 5 orang anak. Anak yang sulong kini sedang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Behrang. Isteri Achid, Intan kini menjadi Pensyarah di Politeknik Behrang.

Achid pula seperti Name Card yang diberikan kepada saya pada malam itu kini menjadi Pengetua Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim dan sebagai pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di situ. Achid kini juga dalam proses meneruskan pengajian di peringkat PhD dan tak lama lagi boleh lah panggil Dr Achid. Achid juga pada malam itu memberitahu saya beliau dan isteri baru sahaja balik kira-kira 2 minggu lepas dari menunaikan fardu haji, alhamdulillah dah jadi Haji Achid dan Hajjah Intan. Saya pun ada memberitahu beliau berkenaan blog ini dan blog Dona yang mana beliau tidak tahu menahu pun pasal kewujudan blog-blog tersebut.

Wednesday, February 07, 2007

aBS teMeRLoh




Bila masuk chatbox pada petang semalam dan bersembang dengan Ummi dan Dona terkeluarlah cerita masa di ABS iaitu Abu Bakar School kat Temerloh dulu. Lily pun ada skodeng juga masa kita orang tengah sembang tu. Malamnya pula ada kat Channel 4 Astro Ria program Trek Seleberiti yang mengenang kembali Allayarham Sudirman Hj Arshad yang mana aruah juga merupakan salah seorang bekas pelajar ABS.

Rupa-rupanya ramai juga geng BUDIMAN kita yang merupakan bekas pelajar ABS. Ini seperti Kitang, Ummi, Muzlina, Lily, Anita, Nasrun (Mat Rock) dan saya sendiri. Memang macam-macam nostalgia dan kenangan masa kat sekolah tu dan akhirnya diketemukan juga menerusi BUDIMAN di sini. Selalu bila saya balik Temerloh memang akan lalu kat sekolah tu dan dulu ada 2 lukisan mural di dinding sekolah hasil tangan lukisan saya bersama beberapa rakan-rakan semasa di situ. Apa-apa pun maybe masa PotLuck BBQ nanti boleh bercerita panjang dengan beberapa kerat xABS nanti.

Tuesday, February 06, 2007

haSHim jUSoH @ RoD diB




Rod DIB atau Hashim Jusoh ada menyertai eM2bJ. Semasa pregathering di Kuantan pun beliau ada datang tengahari sebelum kita semua bersurai masa di Mercu Resort Cherating hari tu. Rod kini bekerja di CIMB Nominee dan tinggal di Gombak. Masih bujang lagi dan tengah mencari katanya. Suara Rod masih macam dulu serak-serak basah sebab itulah orang panggil dia Rod Steward

aNiTa dSS 86




Nor Anita adalah bekas pelajar DSS batch Januari 86. Beliau turut menyertai eM2bJ bersama-sama adiknya AR yang begitu menceriakan sepanjang ekspedisi ke Johor. Anita kini bekerja sebagai Senior Executive HR di Standard Chartered Petaling Jaya dan tinggal di Subang. Masih solo juga lagi. Mula muncul di blog semasa membantu Razani @ Bulu untuk membuat pendaftaran anak ke 3 nya di Jabatan Pendaftaran Negara.

Monday, February 05, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - tHe eVEnt 2

Gambar-gambar sepanjang Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor (eM2bJ) yang diambil oleh saya dan Ummi akan disiarkan pada hari Selasa tengahari di link eM2bJ di bawah Chat Box. Khabarnya Walid pun akan menghantar gambar-gambar yang diambil menerusi kameranya so akan di siarkan juga nanti.

Sunday, February 04, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - tHe eVEnt




Setelah bertungkus lumus dengan Slambe bersama-sama Kitang dan Fadil Othman di Kedai Mydin Nilai dari pukol 5-30 petang sehinggalah selesai pada pukol 10-00 malam bagi menyusun dan membahagi-bahagikan pakaian-pakaian lama yang dikirimkan oleh Bilal maka eM2bJ telah siap sedia untuk dilaksanakan. Kitang pula terpaksa menyambung kerja-kerja pembungkusan baju-baju lama di rumahnya di Taman Melati sehingga tengah malam kerana Man Troq dan Rod Steward DiB pun turut menyumbang pakaian lama.

eM2bJ pun bermulalah pada 3hb Feb 2007 jam 6-45pagi dengan saya dan keluarga, Kitang dan Lily serta Walid dan Rod Steward berkumpul di Bandar Tasik Selatan kerana Walid akan meletakkan keretanya di situ. Setelah itu kami pun bertolak pula ke Hentian Serdang dimana Fadil Othman telah siap menunggu sejak jam 7-00 pagi lagi. Rod Steward menaiki kereta bersama Fadil Othman dan Walid menaiki kereta saya. Kedua-dua kereta Avanza yang dibawa oleh Fadil dan Kitang sarat dengan muatan barangan yang akan disumbangkan. Begitu juga dengan bonet kereta saya yang penuh juga.

Dari Hentian Serdang kami menuju pula ke Hentian R&R Seremban dimana menunggu pula Anita dan adiknya AR serta Kudeng dan 4 orang anak-anaknya. Kami sampai di Hentian R&R Seremban lebih kurang pukol 7-35 pagi dan kami mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu. Terima kasih kepada LK dan Jun yang telah bersusah payah menyediakan sarapan pagi iaitu Sandwich, Muffin dan Kuih Lapis serta minuman mineral water dan pisang. Terima kasih juga kepada Walid yang sudi mengambil sarapan tersebut di rumah LK seawal jam 5-30 pagi untuk di bawa kepada peserta-peserta konvoi.

Lebih kurang jam 8-30 pagi kami semua bertolak pula ke Yong Peng Utara. Perjalanan pagi yang di sinari cahaya matahari pagi yang terik menandakan cuaca baik yang bakal kami tempuhi pada hari itu. Kesemua 5 buah kereta bergerak secara cermat dan berhati-hati meredah Lebuhraya Utara Selatan menuju ke negeri Johor. Walid sudah tidak menaiki kereta saya lagi kerana Anita meminta Walid untuk memandu keretanya.

Kami tiba di Tol Yong Peng Utara lebih kurang jam 10-15 pagi dimana Che Dat sudah sedia menunggu kami disitu. Sempat juga kami menjamu selera sekali lagi dengan dilayan oleh Walid yang menghidangkan bekalan sarapan dari LK dan Jun yang masih ada lagi serta kek sponge yang disediakan oleh SK. Sementara itu kami menunggu ketibaan Ummi dan Bilal yang akan tiba dari Kuantan. Lebih kurang 15 minit menunggu, Ummi sekeluarga 4 beranak pun tiba dan tidak lama kemudian Bilal sekeluarga juga tiba.

10-30 pagi kami bertolak dari Tol Yong Peng Utara untuk menuju ke Sri Medan. Dipertengahan jalan kami di pandu pula oleh Encik Rohisham dan Cik Sanisah pegawai Jabatan Belia & Sukan Batu Pahat. Kami di bawa ke sebuah perkampungan yang bernama Kampung Parit Basri Laut dimana penduduknya baru sahaja pulang ke rumah masing-masing lebih kurang 3 hari yang lalu. Kampung tersebut telah ditenggelami air selama 34 hari.


Apabila sahaja memasuki kampung tersebut pada lebih kurang jam 11-30 pagi, kami semua dapat melihat kesan-kesan banjir yang amat nyata akibat terlalu lama sesuatu tempat itu berendam dengan air ditambah pula dengan kawasan pokok kelapa sawit yang merata. Setelah rombongan kami ditemukan dengan Ketua Kampung berkenaan, beliau telah mengarahkan seorang AJK kampung iaitu Pakcik Kaskon untuk membantu kami membuat penyerahan barangan kepada penduduk-penduduk kampung. Kami terpaksa menyerahkan barangan sumbangan dari rumah ke rumah. Jadi saya berempat dengan Kitang, Rod dan Fadil telah menyusuri rumah-rumah di setiap penjuru kampung tersebut bagi menyerahkan sumbangan barangan dan pakaian lama.

Sementara itu satu pasukan lagi yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang diketuai oleh Che Dat dan Bilal telah membuat kerja-kerja gotong royong bagi membersihkan balai raya kampung tersebut. Kaum perempuan pula membersihkan pinggan, periuk, kuali dan macam-macam peralatan memasak yang tersimpan di balai raya itu yang telah terendam di dalam lumpur banjir selama 34 hari. Memang semua yang kami lakukan amat-amat memenatkan tetapi jelas terpancar di mata masing-masing kepuasan dapat memberikan sumbangan tenaga sebegitu kepada penduduk kampung berkenaan. Sambutan yang kami terima daripada penduduk Kg Parit Basri Laut begitu mengharukan kami semua dengan layanan yang begitu mesra dan baik sekali sehinggakan sanggup menumpangkan anak-anak kami bermain di rumah mereka dan mengajak kami semua bermalam di sana.

Selesai saya dan kawan-kawan membahagi-bahagikan barangan dan pakaian lama dari rumah ke rumah dimana penduduk kampung yang kami temui mengucapkan syukur dan berterima kasih yang amat sangat terutama apabila melihat sumbangan senaskah Al-Quran yang diberikan. Kami pun berkumpul semula dan menuju pula ke Surau kampung berkenaan yang juga ditenggelami air selama 34 hari. Sesampai di sana kami lihat terdapat peserta-peserta IKBN Alor Gajah sedang bergotong royong membersihkan surau lalu kami turut serta bersama-sama mereka.

Jam 2-00 petang kami semua menikmati makanan nasi bungkus yang disediakan dan terasa enak menikmati makanan dalam keadaan letih dan lapar dengan suasana kampung yang tenang dan nyaman. Setelah menunaikan sembahyang jamak zohor dan asar, kami semua bergerak dari Kg Parit Basri Laut di Sri Medan lebih kurang jam 3-00 petang. Sempat berjumpa Ketua Kampung untuk menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM642 dari hasil tabung sumbangan tunai kita untuk kegunaan surau berkenaan. Ketua Kampung dan Pak Kaskon mengucapkan terima kasih yang amat sangat mewakili penduduk kampung kerana kata mereka jika tiada pihak yang datang membantu membersihkan balai raya dan surau maka tentulah lambat lagi penduduk di situ akan membersihkannnya kerana penduduk masih sibuk membersihkan rumah sendiri. Rata-rata penduduknya bekerja kampung bertanam kelapa sawit dan telah kehilangan punca pendapatan akibat banjir dan bantuan kita yang tidak seberapa itu sangat-sangatlah dihargai oleh mereka yang telah mengalami banjir selama 34 hari disitu.

Dari Sri Medan kami berkonvoi pula menuju ke Pekan Parit Yanni terletak kira-kira 45 minit dari situ. Kami menuju ke sebuah Pusat Pemindahan Banjir yang terletak di Sekolah Agama Teluk Seri dimana masih terdapat beberapa keluarga di situ. Sewaktu kami sampai lebih kurang jam 4-00 petang, kami lihat anak-anak kecil bersama ibu bapa mereka telah siap sedia menunggu kami untuk memulakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di sebuah kemah.

Kami pun menyerahkan beg kertas berisi pensil warna, set alat tulis bersama kotak alat tulis serta buku rampaian sebanyak 10 buah setiap seorang kepada kanak-kanak di situ. Hampir 100 kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna tersebut yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu pra sekolah dan sekolah rendah. Keadaan menjadi riuh rendah dengan keramahan yang ditunjukkan oleh penghuni di situ bersama-sama kami di tambah dengan keceriaan yang ditunjukkan oleh AR ( adik Anita), Lily dan Walid. Kanak-kanak semua telah menyanyi dan menari mengikut rentak yang di lagukan oleh AR dan Lily. Terbayang keceriaan di wajah kanak-kanak itu kerana selama ini bila ada majlis, tumpuan hanya kepada penghuni dewasa sahaja. Begitu terhibur sekali kanak-kanak di situ pada petang itu.

Pertandingan mewarna telah di mulakan pada kira-kira jam 3-50 petang selama satu jam. Cuaca yang mendung telah bertukar menjadi hujan gerimis tetapi reda tidak lama selepas itu. Sementara menunggu kanak-kanak mewarna kami telah dijamu dengan minuman petang oleh penghuni-penghuni disitu. Kami semua telah bergaul mesra dengan kanak-kanak dan penghuni disitu dengan begitu ceria sekali dan sedikit sebanyak ianya dapat menghilangkan kebosanan kanak-kanak yang telah terperap di Pusat Pemindahan Banjir itu selama kira-kira sebulan yang lalu. Jelas terpancar penderitaan yang ditanggung oleh penghuni-penghuni disitu yang kehilangan punca pendapatan dan harta benda akibat banjir.

Walaupun banyak pihak menyatakan sudah menghantar bantuan tetapi apa yang kami lihat keadaan di Pusat Pemindahan itu begitu daif sekali. Makanan yang ada memanglah banyak tetapi hanya ala kadar sahaja. Banyak keperluan seperti pampers kanak-kanak, keperluan wanita dan lain-lain lagi, tiada. Walaubagaimanapun kami semua telah dijamu dengan makan nasi di dalam talam dan kami dapat merasakan kedaifan mereka dengan nasi dan lauk yang ala kadar sahaja. Itulah makanan mereka dan terasa sayu mengenangkan kita yang sentiasa enak dengan pelbagai makanan sedangkan mereka hidup dengan makanan sebegitu. Terasa sayu serasa mahu menitiskan air mata seadanya. Rata-rata semua peserta konvoi merasakan satu pengalaman baru bila menjamah makanan sebegitu. Bukan tidak pernah makan di dalam talam kerana masa belajar dahulu semasa tabligh pernah makan sebegitu tetapi tidak dengan lauk sebegitu. Rugi benar kepada yang tidak pergi dan tidak dapat merasakan sendiri pengalaman begitu.

Selesai kami semua mengumumkan hadiah pertandingan mewarna dan mengucapkan terima kasih kepada semua penghuni yang telah bersedia melayan kami dengan begitu mesra dan baik sekali. Wakil kepada penghuni pula telah menyatakan amat berbesar hati kerana kami dapat melayan kanak-kanak di situ dengan riang dan penuh bersemangat pada petang itu. Akhirnya kami semua bertolak balik kira-kira jam 6-00 petang dari situ menuju kembali ke Kuantan dan Kuala Lumpur. Sesungguhnya perjalanan membantu mangsa banjir Johor ini adalah suatu pengalaman yang sangat bererti dan amat membawa keinsafan kepada kami semua. Insyaallah, rasanya walaupun tanpa kerjasama dan maklumbalas serta effort dari orang lain, saya dan kawan-kawan yang ada akan tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan sebegini kerana manfaat dan hikmahnya begitu banyak sekali.

Akhirkata saya dan semua pihak yang terlibat dalam Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah membuat sumbangan samada dalam bentuk tunai, barangan, pakaian lama, sarapan pagi atau apa sahaja sumbangan secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan eM2bJ ini dengan begitu jaya sekali. Semuga usaha-usaha kita ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt dan akan membuka mata lebih banyak kawan-kawan kita untuk bersama-sama dalam kerja-kerja sebegini di masa-masa akan datang.

(Gambar-gambar besar di Link Baru iaitu link eM2bJ yang akan di siarkan pada hari Selasa nanti.)

Saturday, February 03, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - peNYatA pERbeLanJaaN

eM2bJ yang telah dilaksanakan pada 3hb Februari 2007 telah selamat berjalan dengan lancar, meriah dan jayanya. Berikut adalah penyata perbelanjaan dan penerimaan secara ringkas yang telah di lakukan bagi menjayakan program tersebut.

Hasil Sumbangan Tunai : RM2,992-00

Perbelanjaan :
Pembelian barangan di Mydin Nilai : 1,721-65
Pembelian Al-Quran : RM 230-00
Pembelian Buku Rampaian : 399-00
Sumbangan Tunai Untuk Surau Kg Parit Basri Laut : 641-35
Jumlah Perbelanjaan : RM 2,992-00

Sebanyak RM20 lagi telah dikutip semasa eM2bJ dari sebahagian peserta konvoi bagi menampung perbelanjaan makanan sebanyak RM200 yang di berikan semasa gotong royong di Kg Parit Basri Laut, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Friday, February 02, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - aKaUn baNK

Tabung Derma Bantuan Mangsa Banjir Johor dan No Telefon AJK. Tabung sumbangan akan ditutup pada petang ini pukol 5-00pm. Kepada yang belum menyumbang harap dapat berbuat demikian dengan segera.

A/C Maybank : 114254123223
Nama pemegang akaun : Zainordin Awang Samah (Kitang)
Telefon : 03-22972584 (O), 019-7567799 (H/Phone), 03-22832491 (Fax)
E-Mail : zainordin@maybank.com.my

Muslim@ FG - Ketua Penyelaras Ekspedisi ( 016-6267708)
Sidi @ Che Dat - Penyelaras Urusan di Johor ( 013-6843639)
Azmi @ Bilal - Penyelaras di Kuantan ( 013-9864049)
Zainordin @ Kitang - Bendahari ( 019-7567799)
Nizam @ Slambe - Penyelaras Pengankutan ( 012-3931159)

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 13




Sehingga tengah malam tadi senarai peserta yang akan menyertai konvoi ke Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan, Batu Pahat, Johor pada hari Sabtu 3hb Februari 2007 adalah seperti berikut :

1. Bilal dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
2. Saya dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
3. Kitang dan Lily : 2 dewasa
4. NorAnita dan adiknya : 2 dewasa
5. Ummi dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
6. Kudeng dan keluarga : 1 dewasa dan anak2
7. Syed Hamid : 1 dewasa
8. Sidi@ Che Dat : 1 dewasa
9. Fadil Othman : 1 dewasa
10. Kudin Mekanik : 1 dewasa
11. Rod Steward : 1 dewasa

Clark Gable tidak dapat menyertai kerana terpaksa bertugas dalam Operasi JPJ sempena CNY sementara Raman Shakri juga tidak dapat menyertai kerana mempunyai urusan mesyuarat PIBG di sekolahnya. Jadi jumlah orang dewasa hanyalah seramai 16 orang dan kita masih lagi kekurangan seramai 4 orang dewasa seperti yang dijanjikan dengan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat yang bersusah payah menganjurkan acara ini untuk kita semua. Di harap ada kengkawan yang akan tampil di saat-saat akhir pada petang ini untuk menyertai kita semua nanti.

Slambe juga ada mengirimkan gambar barangan yang akan disumbangkan yang telah siap di pack ke dalam beg kertas untuk 30 buah keluarga dan 100 kanak-kanak nanti. "Terkangkang katanya dia dan staffnya nak menyiapkan barangan kita itu ". Terima kasih kepada Slambe dan staff-staffnya yang telah bersusah payah untuk kita semua demi menjayakan eM2bJ ini.

NorAnita DSS yang akan menyertai kita nanti memberitahu bahawa adiknya juga akan menyertai kita dan telah membuat kutipan sumbangan pakaian terpakai di pejabatnya. NorAnita juga telah membuat kutipan sumbangan tunai di Human Resource Department, Standard Chartered PJ dan ramai kakitangan di situ telah membuat sumbangan untuk eM2bJ ini. Terima kasih dan terharu betul mendengarnya kerana telah bersusah payah demi untuk menjayakan eM2bJ ini.

Ada 2-3 orang yang akan menyertai konvoi nanti akan pergi berseorangan dan mungkin akan membuat car pool jadi tempat untuk meletak kereta masing-masing bagi yang tidak membawa kereta eloklah dibincangkan sesama saudara dan saudari yang terlibat. Saya cadangkan anda semua meletak kenderaan di depan Shell Bandar Tasik Selatan iaitu berhadapan kedai-kedai disitu tetapi terpulanglah kepada anda semua.

Breakfast pada pagi 3hb Februari 2007 semasa konvoi nanti yang akan bermula di Hentian Serdang pada jam 7-00 pagi akan di sediakan oleh Lan Kentei dan Jun sekeluarga. LK telah menelefon saya untuk menyampaikan khabar tersebut dan minta Walid untuk menguruskan dengan LK pada pagi Sabtu nanti.

Selain itu juga kalau ada sesiapa yang dapat membantu pergi ke Mydin USJ untuk membeli buku rampaian single line yang akan disumbangkan kepada 100 kanak-kanak nanti amatlah di hargai kerana stok buku rampaian di Mydin Nilai tiada. Harga satu bundle buku tersebut yang mengandungi 10 buah buku rampaian single line 80 muka surat adalah sekitar RM3-40. Jadi kalau ada sesiapa yang dapat tolong membeli buku rampaian tersebut di sana, nanti saya akan uruskan dengan Kitang untuk membayar balik kepada anda. Kita memerlukan 100 bundle buku rampaian tersebut. Apa-apa sila hubungi saya dahulu.

Sehingga ke waktu ini tiada sebarang perubahan berkaitan aturcara kita seperti di artikel yang lepas dan harapan semoga semua perancangan kita akan diberkati Allah swt dan berjalan dengan lancar. Jangan lupa pakaian konvoi : Baju T'Shirt putih kolar dengan seluar jeans/khakis biru gelap atau hitam. Jangan lupa juga untuk membawa pakaian spare kerana kita akan membuat kerja gotong royong nanti. Saya dapat merasakan keterujaan menantikan esok yang mana bagi yang telah pernah melalui kerja-kerja amal sebegini sudah tentu mengetahui kemanisan dan pengalaman membuat kerja-kerja sebegini. Bagi yang pertama kali membuat kerja-kerja amal sebegini pesan saya :

"Buckle your seatbelt, start your engine. This gonna be a ride that you will never forget..."

Bagi yang belum membuat keputusan samada ingin menyertai, ayuh lah bersama-sama, masih belum terlambat lagi untuk anda semua....




pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 12




Semalam saya sekeluarga dan Kudeng juga dengan semua keluarganya telah berkunjung ke Nilai untuk membeli barang-barang keperluan yang akan disumbangkan kepada 30 buah keluarga dan hadiah-hadiah serta cenderahati untuk 100 kanak-kanak yang akan disampaikan di Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan, Batu Pahat pada hari Sabtu nanti.

Kami semua sampai Kedai Mydin Nilai lebih kurang pada pukol 1-00 tengahari dan disambut oleh boss besar Mydin Nilai iaitu Slambe. Setelah meneliti dan berbincang dengan Slambe berkenaan barang-barang yang diperlukan maka kami semua telah bersetuju untuk menyediakan barangan seperti berikut :

Untuk sumbangan kepada 30 buah keluarga mangsa banjir :

1. Kain Pelikat dan Kain Batik
2. Sejadah
3. Telekung
4. Senaskah Al-Quran

Untuk sumbangan kepada kanak-kanak bagi pertandingan mewarna pula :

1. 5 hadiah utama untuk kategori Pra-sekolah
2. 5 hadiah utama untuk kategori sekolah rendah
3. Pensil warna, kotak alat tulis dan alat tulis serta 10 buah buku rampaian kepada 100 kanak-kanak yang menyertai pertadingan mewarna tersebut.

Kesemua barangan tersebut telah diberi diskaun yang banyak oleh Slambe dan barangan tersebut akan di isi ke dalam beg kertas dengan label " Sumbangan ikhlas dari : BUDIMAN ( Bekas Pelajar ITM Caw Pahang ) http://budakitmpahang.blogspot.com ."

Kami semua selesai memilih barangan lebih kurang jam 3-00 petang dan Slambe telah membawa kami semua untuk makan tengahari di sebuah restoran yang berhampiran. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Slambe moga Allah swt jua akan membalas budi baik saudara.