Monday, November 02, 2009

seMbaNG

Seminggu takde idea nak tulis apa-apa dalam blog. Sebenarnya satu lagi sebab bila kat rumah malas dah nak buka komputer dan menulis...macam rasa nak rilek jer memanjang...mengunyah sambil tengok TV. Rakan budiMaN pun tak banyak yang menghubungi atau menyampaikan apa-apa perkembangan terkini, tu pun satu hal jugak. Cuma macam biasa minggu lepas ada jumpa Sutok dbS dan Raman dbS mengeteh kat ofis Sutok. Semuanya mengeluh sebab bisnes slow giler dan tak tahu apa planning nak buat. Charlie diB pulak ada call saya Jumaat lepas beritahu Antu dpA ada datang KL dan ajak bergolfing pada pagi Ahad tapi saya tak dapat nak join plak.

SK pulak sibuk memanjang sekarang dan balik pun dah malam jadi terpaksa ambil alih tugas untuk jemput Aimin dari sekolah tiap-tiap petang. 11hb Nov ni SK ada Prudential Asia IT Meeting lagi 4 hari kat Kota Kinabalu, jadi macam biasa kena jadi pengurus rumahtangga lagi la. Januari ni SK maybe terbang lagi ke Macau, China selama 5 hari untuk BCP Meeting. Cadang-cadang macam nak tumpang sekaki jugak sebab dia orang kata Macau tu macam Venice kat Italy tambahan pulak Januari, musim winter kat sana dengan suhu 14 C. Kena kumpul duit slow-slow sehari RM10 maybe boleh beli tiket AirAsia kot kalau kena time murah.

Musim periksa pun dah tiba..periksa Akhir Tahun, periksa SPM dan sebagainya. Aimin yang Tingkatan 2 akan start periksa akhir tahun mulai hari ini sampai Jumaat. Sementara Sarah akan ambil SPM mulai 18hb Nov ni dan berakhir pada 10hb Disember nanti. Anak-anak budiMaN yang akan ambil SPM tahun ini yang saya tahu ialah anak Sutok dbS dan anak Kudin Mekanik. Mudah-mudahan anak-anak budiMaN yang akan mengambil peperiksaan akan dapat menjawab dengan tenang, dipermudahkan dan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang nanti. Amin. Kita doakan semua sekalilah anak-anak budiMaN samada yang ambik UPSR, PMR, SPM, STP dan semua peperiksaan yang diduduki oleh mereka. Amin sekali lagi.

Lepas peperiksaan nanti, cuti sekolah pulak. Pening pulak nak fikir mana nak holiday atau apa nak bagi budak-budak ni buat dari duduk melangut kat rumah. Dalam kepala saya ada dah plan sikit-sikit nak bagi budak-budak ni adventurous dengan belanja yang murah sikit tapi nanti la announce kat dia orang lepas periksa nanti kot.

Banyak pulak cerita saya tulis malam ni. Ni sambil tengok EPL kat TV Birmingham lawan Man City. Musim EPL ni nampak makin seronok terutama kepada penyokong-penyokong MU dan Chelsea serta Arsenal macam saya. Penyokong Liverpool mungkin ada sedikit tak syiok la. Tapi saya percaya Arsenal mungkin akan dapat satu piala tahun ini kalau dengan persembahan yang berterusan macam ni. Apa-apa pun saya tetap penyokong Arsenal walaupun tak dapat piala....setia beb.

Sebelum merapu kot lain rasanya baik stop dulu la dan tengok game kat TV tu... apa2 pun stay healthy, kuatkan ibadat and enjoy life and enjoy yourself...hahaha

5 comments:

zula said...

anak teruna den pun peksa spm tahun ni....

Mizi Songkhla said...

anak dara den pun amik SPM tahun ni. Dia belajar kat SMS Muzafar Syah Melaka.

walid said...

salam
hehe..sorang teruna n sorang lagi dara...chantikkk la tu.

p/s pandai2 je kawan nie....hehe

musdeng said...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

zula said...

saje je nak tambah info, sahabat DIA Julai 85, Maznah Sulaiman dimaklumkan telah berangkat ke Tanah Suci pada 5 November lepas...didoakan moga selamat pergi dan kembali, dimudahkan segala urusan dan mendapat haji mabrur...Ameeen...