Friday, May 15, 2009

aGGp 2009 - thAiLaNd

Seminggu saya tidak menulis apa-apa di dalam blog kerana terdapat beberapa perkara yang perlu di bereskan sehingga tidak sempat memikirkan artikel blog. Namun dari pemerhatian saya di dalam blog dan beberapa sms dan panggilan dari rakan budiMaN, program AGGP 2009 nampaknya mendapat perhatian dari sebilangan rakan budiMaN. Oleh itu saya mencadangkan agar program AGGP 2009 ini dilaksanakan seperti berikut :

Program aGGp 2009 :
Tarikh : 19hb Jun 2009 - 21hb Jun 2009
Hari : Jumaat sehingga Ahad
Tempat berkumpul : Pusat Bandar Wangsa Maju dekat Carefour
Tempat : Southern Thailand
Waktu bertolak dari KL : 3-00 petang atau selewatnya 6-00 petang
Waktu bertolak pulang : 3-00 petang dari Thailand
Golfing : Pagi Sabtu dan pagi Ahad ( 2 round )

Anggaran perbelanjaan :
Minyak dan Tol : RM100 seorang (kalau ada lebihan kita akan guna untuk makan)
Hotel : RM35 x 2 malam (twin sharing - kalau nak tidor seorang jadi RM70 semalam)
Golfing : Kalau nak main Southern Hill memang mahal sedikit tapi kalau Tongthai Banrai murah sikit jadi terpulanglah nanti.

Ada 2 buah Naza Ria yang saya rasa boleh digunakan iaitu Padil Sutok dan Kitang dan ianya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Kalau ada lebih mungkin boleh minta SUV Sangyong Kyron Antu dpA yang boleh muat lagi 4 orang.

Kepada Non-Golfer pun saya rasa ramai yang nak turut serta jadi boleh buat gathering Tom Yam nanti. Penginapan saya rasa bersesuaian di Danok tetapi kalau Tuan Konsulat kita cadang di Hadnyai, terpulang lah. Dokumen perjalanan yang perlu, saya minta Tuan Konsulat kita e-mailkan kepada saya untuk saya khabarkan kepada peserta yang ingin pergi.

Jadi kepada yang telah menghubungi saya untuk pergi, sila sahkan penyertaan anda sekali lagi dengan menghubungi saya melalui e-mail, sms atau call dan saya akan beritahu anda dokumen perjalanan yang perlu dibawa.

6 comments:

LaN KidA said...

Salam Mizi,
Gua dah email lu pakai lu punya akaun hotmail la. Nanti please reply.

waleed said...

salam..
non golfer nanti nak wat pa kat sana???...

p/s rodong tentu leh rekomen..hehe

Mizi said...

Salam Mazlan,
saya dah balas emel tu.


Salam Waleed,
non golfer boleh berborak dengan caddie. Caddie di sini semua pompuan. To be fair kpd non golfer, saya cadangkan stay di Hatyai sebab banyak aktiviti bermoral boleh dilakukan disana.

lan kida said...

Salam Mizi,
Boleh cerita sikit apa aktiviti bermoral yang boleh buat kat Hatnyai bagi non-golfer. Antara yang aku tahu ialah...
1. Shopping
2. Makan Tom Yam
3. Makan Pulut Ayam
4. Makan Pulut Pelam
5. Makan Somtam
6. Pergi Urut Tradisional
7. Melawat Songhkla

Yang lain aku tak tahu...minta Mizi explain...

sutoq said...

tolong check... syarat nk bawak masuk kete kat sana...

Mizi said...

Salam semua,

Lain-lain aktiviti selain golf yang boleh dilakukan di Hatyai ialah:
i. Shopping:- pelbagai grade pakaian yang berjenama tetapi immitation seperti Vercase, Boss, Lacoste, Armani dan macam-macam lain.

ii. Sight Seeing:- Samila Beach, Pulau Koh Yor, Mermaid Statue etc. Di Pulau Koh Yor ada menjual buah gajus, sotong dan ikan kering dengan harga yang murah.

iii. Makan-makan:- Nikmatilah original thai food spt tom yam, somtam, manggo salad, pulut durian, pulut mangga dan lain-lain, tak sama seperti di KL.

iv. Thai Tradisional foot and body Massage:- Harga tersangat murah berbanding di KL. Body massage cuma RM25 je selama 1jam 30 minit. Di KL RM60 sejam.

Untuk tuan punya kenderaan:-
i. Sila bawa salinan geran kenderaan yang disahkan oleh pegawai bank atau pegawai polis bagi tujuan mendapat permit import sementara dari kastam thai.

ii. Cara mendapakan permit import:
Selepas cop pasport di kaunter imigresen, pemilik kenderaan perlu pergi ke kaunter kastam dan serahkan pasport dan salinan geran kenderaan. Permit adalah percuma. Permit ini mesti diserahkan semula kepada kastam thai semasa pulang.

iii. Insuran kenderaan:- Tiba di Pekan Danok, pemilik kenderaan dikehendaki beli insuran thai untuk tempoh seminggu, harga RM30.