Saturday, May 30, 2009

jeMputAN

Ada 2 jemputan kepada rakan-rakan budiMaN yang di wakilkan kepada saya untuk di sampaikan kepada semua rakan-rakan budiMaN.

1. Jemputan dari Antu @ Amy Jarr dpA
Antu mewakilkan saya untuk menjemput semua rakan-rakan budiMaN ke kenduri menyunatkan anak beliau pada 31hb Mei 2009 bertempat di rumah beliau di alamat : 14, Lorong IM 2/65, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Kenduri bersunat tersebut bermula pada pukol 12-00 tengahari. Kepada rakan-rakan budiMaN yang tinggal di Kuantan, Antu meminta supaya dapat hadir jika ada kelapangan begitu juga kepada sesiapa rakan budiMaN yang ke Kuantan juga dipersilakan hadir.

2. Jemputan dari Haji Charlie Koy @ Hafaz diB
Kad seperti yang tertera di atas pula adalah jemputan dari Charlie kepada semua rakan-rakan budiMaN ke Majlis Perkahwinan adik bongsu beliau pada 12hb Julai 2009 yang akan di langsungkan di 38, Jalan Kolam Air, Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Semoga rakan-rakan budiMaN yang kelapangan dapat sudi hadir bagi memeriahkan kenduri tersebut nanti.

Sunday, May 24, 2009

seMiNggU

Hampir seminggu saya tidak menulis apa-apa di dalam blog. Bagaimanapun seminggu ini beberapa perkara berlaku dan di tempuhi oleh saya ialah :

Isnin
Saya mempunyai beberapa urusan di Putrajaya pada sebelah pagi di Jabatan Imigresen dan sebelah petangnya pula saya sempat bergolfing dengan geng golf saya Mat Sani, Mat Nan dan Mat Sam ( bekas Pengarah Keselamatan UitM) di Kelab Golf Bukit Unggul. Malamnya pula saya bersembang dengan Raman Kerbau dbS, adik beliau Zamzuri dan sepupu beliau Aris di Pandan Perdana sampai pukol 3-00 pagi jugak. Raman Kerbau dbS datang ke KL kerana temuduga kerja di Jalan Ampang.

Selasa
Paginya saya teruskan urusan di Putrajaya dan sebelah petangnya saya bergolfing lagi dengan geng golf Temerloh di Kelab Golf Kinrara pula. Sambung sembang selepas golf sampai pukol 12-30 malam di Club House.

Rabu
Sebelah pagi saya free n easy tetapi pada tengahari saya dapat berita yang amat menyedihkan di mana salah seorang rakan karib saya semasa bekerja kerajaan iaitu Sabri Hat telah kembali ke rahmutallah di Hospital Putrajaya setelah collapsed di Nilai. Arwah Sabri Hat ialah Penerbit Berita RTM bekas pelajar UitM MasCom berusia sekitar 47 tahun dan dulunya menjadi jiran dan rakan sepejabat saya semasa di BPR. Bukan perokok dan aktif bergolfing. Putter Ping yang saya guna sehingga sekarang adalah pemberian Allahyarham dan saya terasa sangat sedih dengan kehilangan beliau. Jenazah beliau telah di bawa ke kampung beliau di Kedah untuk dikebumikan pada tengah malam itu juga dan di Kedah, Pengarah BPR Perlis, Dato' Yusuf Shamsudin memaklumkan kepada saya melalui sms setiap detik sehingga jenazah dikebumikan. Al-fatihah untuk Arwah Sabri.

Khamis
Sebelah paginya saya free n easy dan sebelah petangnya saya bergolfing dengan Mat Sani, Mat Nan dan Komando (Bekas Pegawai Khas kepada Dato Dr Latif, Tim Menteri Pertahanan) di Kelab Golf Tunku Jaafar Seremban. Semasa menunggu Mat Nan dan Mat Sani di stesyen minyak Esso MRR2 untuk ke Seremban, saya terserempak dengan Rodzi diB. Beliau berkerja membawa lori menghantar barang-barang makanan ringan ke stesyen-stesyen minyak sekitar Kuala Lumpur. Hampir setengah jam saya mengeteh dan bersembang dengan beliau tentang keluarga dan sebagainya. Saya lihat ketabahan beliau mengharungi kehidupan di KL walaupun saya masih ingat lagi semasa PreGtahering Kuantan pada 2006 dahulu beliau baru sahaja di berhentikan kerja.

Jumaat
Hari Jumaat memang hari free n easy saya setiap minggu kalau boleh, sebab memang sejak dari sekolah dan UitM lagi, Jumaat ni untuk rilek dan memang malas nak pergi kelas terutama kelas petang. Memang TGI Friday betul la kiranya. Lepas sembahyang Jumaat dan hantar Aimin ke sekolah, saya makan tengahari dan rilek lepak sampai petang di Pavilion bersama Mejar Yahya yang menemani saya sampai pukol 6-30 petang. Malam pula saya, SK dan Aimin pekena Nasi lauk Ikan Siakap masak 2 Jiwa di Restoran Tahara di Kampung Pandan. Kenyang giler sebab dari tengahari duk mengunyah jer...

Sabtu
Sebelah paginya saya sekeluarga rilek kat rumah dan tengaharinya kami ke rumah emak SK di Ukay Perdana sebab emak SK sms kat saya dia buat Laksa Utara banyak dan semua adik-beradik kena datang perabihkan laksa tu. So kami semua lepak kat rumah emak SK sampai mahgrib baru balik ke rumah kami di Taman Bukit Permai.

Hari ini takde aktiviti sangat cuma petang nanti nak pergi tengok Sarah pula di asrama dan SK nak singgah kat Pavilion kat The Loaf sebab nak beli CheeseCake Cup yang sedap sesangat nak bagi anak pompuan dia makan kat asrama. Terpaksa la jugak masuk town nak pergi Pavilion yer.. Apa-apa pun alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, kita semua masih lagi dapat bernafas, dipermudahkan segala urusan kita dan kita semua budiMaN sentiasa sejahtera dan bahagia, alhamdulillah.

Monday, May 18, 2009

2-3 peRkaRa

Ada 2-3 perkara yang nak saya sampaikan di sini antaranya ialah :

Jemputan Kenduri
Amin dsS ada mengirimkan sms kepada saya minta wakilkan menjemput semua rakan-rakan budiMaN ke Majlis Perkahwinan adik beliau yang akan di adakan di rumah Amin di alamat : 16, Persiaran Siakap, Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang pada 7hb Jun 2009. Kepada rakan-rakan budiMaN yang berkesempatan atau berada di sebelah utara harap dapat hadir ke rumah Amin dsS nanti.

aGGP 2009 - Southern Thailand
Saya telah berbincang dengan Mizi diB, Konsulat Malaysia di Songhkla berkaitan AGGP 2009 dan beliau telah mengaturkan pelbagai program sebagai menyambut kehadiran rakan-rakan budiMaN yang bakal menyertai nanti. Aturcara program insyaallah akan saya siarkan nanti setelah semuanya di finalise antara saya, Mizi dan kesemua peserta yang akan pergi. Setakat ini saya kira sudah ada 8 peserta yang almost confirm akan menyertai AGGP 2009 ini dan saya menjangkakan bilangan peserta akan bertambah lagi kerana masih ramai potential candidates yang masih tidak saya hubungi secara personally untuk memberikan comitment mereka. Saya cuma bimbangkan dengan keadaan wabak influenza H1N1 mungkin menjejaskan sedikit program kita nanti.

Friday, May 15, 2009

aGGp 2009 - thAiLaNd

Seminggu saya tidak menulis apa-apa di dalam blog kerana terdapat beberapa perkara yang perlu di bereskan sehingga tidak sempat memikirkan artikel blog. Namun dari pemerhatian saya di dalam blog dan beberapa sms dan panggilan dari rakan budiMaN, program AGGP 2009 nampaknya mendapat perhatian dari sebilangan rakan budiMaN. Oleh itu saya mencadangkan agar program AGGP 2009 ini dilaksanakan seperti berikut :

Program aGGp 2009 :
Tarikh : 19hb Jun 2009 - 21hb Jun 2009
Hari : Jumaat sehingga Ahad
Tempat berkumpul : Pusat Bandar Wangsa Maju dekat Carefour
Tempat : Southern Thailand
Waktu bertolak dari KL : 3-00 petang atau selewatnya 6-00 petang
Waktu bertolak pulang : 3-00 petang dari Thailand
Golfing : Pagi Sabtu dan pagi Ahad ( 2 round )

Anggaran perbelanjaan :
Minyak dan Tol : RM100 seorang (kalau ada lebihan kita akan guna untuk makan)
Hotel : RM35 x 2 malam (twin sharing - kalau nak tidor seorang jadi RM70 semalam)
Golfing : Kalau nak main Southern Hill memang mahal sedikit tapi kalau Tongthai Banrai murah sikit jadi terpulanglah nanti.

Ada 2 buah Naza Ria yang saya rasa boleh digunakan iaitu Padil Sutok dan Kitang dan ianya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Kalau ada lebih mungkin boleh minta SUV Sangyong Kyron Antu dpA yang boleh muat lagi 4 orang.

Kepada Non-Golfer pun saya rasa ramai yang nak turut serta jadi boleh buat gathering Tom Yam nanti. Penginapan saya rasa bersesuaian di Danok tetapi kalau Tuan Konsulat kita cadang di Hadnyai, terpulang lah. Dokumen perjalanan yang perlu, saya minta Tuan Konsulat kita e-mailkan kepada saya untuk saya khabarkan kepada peserta yang ingin pergi.

Jadi kepada yang telah menghubungi saya untuk pergi, sila sahkan penyertaan anda sekali lagi dengan menghubungi saya melalui e-mail, sms atau call dan saya akan beritahu anda dokumen perjalanan yang perlu dibawa.

Friday, May 08, 2009

haRi ibU

Hari Ahad akan datang ini iaitu pada 10 Mei 2009 adalah Hari Ibu. Sesungguhnya jasa ibu kepada kita sememangnya sesuatu yang tidak ternilai dan termampu di balas oleh kita semua. Saya percaya rakan-rakan budiMaN ada menerima e-mail dari Khatilah dsS berkenaan pengorbanan seorang ibu dan membaca beberapa artikel dari blog Suhaimi diA yang berkaitan dengan ibu. Artikel berkenaan pengorbanan dan jasa seorang ibu juga saya rasa telah ditulis oleh saya beberapa kali di dalam blog ini di masa-masa yang lepas.

Sesungguhnya melalui pengalaman saya, untuk mencapai ketenangan dan keberkatan dalam hidup ini, bukan semestinya dengan belajar tinggi-tinggi atau membina kekayaan melangit. Bukan itu sebenarnya yang menjamin kejayaan hidup. Ibubapa adalah punca kejayaan hidup kita. Jika kita rebut peluang ini dengan tulus ikhlas semasa mereka masih hidup, insyaallah hidup kita akan di permudahkan dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Jadikan ibubapa sebagai perkara priority yang paling utama melebihi dari diri sendiri, isteri dan anak-anak kita, insyaallah, hidup kita dipermudahkan dan di berkati. Itu pengalaman dan miracle yang saya lihat sendiri. Rebutlah peluang keemasan ini sementara mereka masih hidup!

Bagi diri saya yang sudah hampir 7 tahun kehilangan ibu, apa yang tinggal hanyalah surah yassin, tahlil dan Al-Fatihah untuk di sedekahkan kepada ibu. Tiada lagi bakti yang dapat di sumbangkan dengan menatap sendiri wajah seorang ibu.

tEh taRik

Hari Rabu malam yang lepas, saya bersama rakan-rakan budiMaN berteh tarik di Taman Seri Gombak pada pukol 9-30 malam. Antara yang datang malam itu ialah Kitang diB, Kudin dbS, Mat Rock diA, Arash dpA dan Apek dpA. Macam-macam yang kami sembangkan selain dari bertanya khabar masing-masing. Program amal budiMaN dan aktiviti budiMaN antara topik yang hangat pada malam itu.

Antara cadangan malam itu ialah untuk mengadakan aGGp (All Guys Golfing Party) 2009 di Southern Hill Golf Club Thailand seperti undangan yang dibuat oleh saudara Mizi diB, Konsulat Malaysia di Songkhla kepada saya tidak lama dahulu. Insyaallah kalau tiada aral melintang ianya akan di buat dalam masa terdekat dengan rombongan konvoi Club Naza Ria budiMaN. Boleh kongsi-kongsi kos transport dan pergi beramai-ramai. Pergi pada petang Jumaat dan balik pada hari Ahad.

Wednesday, May 06, 2009

cWAb - caR waSh aMaL budiMaN

Semasa bertemu dengan Kitang dan Lily di kedai Avon mereka di Mentakab baru-baru ini, saya ada menyampaikan satu cadangan yang sebenarnya sudah lama saya rancangkan untuk program amal budiMaN. Cadangan ini sebenarnya sudah lama saya fikirkan tetapi perlaksanaannya masih tidak menjadi kenyataan kerana saya rasa banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sedangkan ianya memerlukan tindakan secara berkumpulan.

Cadangan saya sebenarnya seperti berikut. cWAb adalah suatu program amal budiMaN untuk tahun 2009 bagi mengutip sumbangan amal untuk di sedekahkan kepada individu atau organisasi yang berkelayakan untuk menerima bantuan. cWAb akan di jalankan dengan cara rakan-rakan budiMaN berkumpul bersama keluarga dan mengadakan kutipan derma melalui cara membasuh kereta yang terbuka kepada semua budiMaN dan orang awam yang ingin menyumbang atau bersedekah. Kereta-kereta yang ingin di cuci akan di cuci oleh rakan-rakan budiMaN dan ahli keluarga. Setiap cucian kereta akan di kenakan harga di cadangkan RM30 yang mana ianya akan di sumbangkan mungkin 95% daripadanya sebagai sedekah jariah untuk program amal budiMaN kepada penerima berkelayakan.

cWAb akan di jalankan selama 1 hari atau 2 hari di suatu tempat membasuh kereta yang strategik dengan peralatan yang mencukupi dan kemudahan yang elok. Mungkin juga rakan budiMaN boleh mengadakan PotLucK dan menyediakan minuman dan makanan ringan kepada tuanpunya kereta yang dicuci. Saya juga terfikir untuk mengadakan program amal cWAb ini bersama-sama dengan persatuan sekolah yang mungkin membolehkan budiMaN mendapat venue yang lebih baik dan bersesuaian.

Nampaknya semasa saya bertemu dengan Kitang dan Lily tempohari, respon mereka menggalakkan. Namun kesibukan saya 2-3 menjak ini sedikit menyukarkan walaupun mungkin saya sanggup korbankan jika ada kerjasama rakan budiMaN yang menggalakkan, insyaallah.

Tuesday, May 05, 2009

baLiK kaMpuNG

Hari Khamis malam yang lepas, saya sekeluarga pulang ke kampung saya di Temerloh, Pahang. Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11-00 malam dan kesesakan di MRR2 dan di Lebuhraya Karak membuatkan kami sampai di Temerloh kira-kira jam 3-00 pagi. Seperti yang saya ada khabarkan dalam artikel di bawah pada sebelah petang Jumaat selepas saya bersembahyang Jumaat di Masjid Besar Maran ( Khatib yang baca kutbah Jumaat di Masjid Maran memang power bacaan kutbahnya), saya dan beberapa rakan-rakan berjanji bermain golf di Kelab Golf Maran.

Saya sampai di Kelab Golf Maran kira-kira jam 2-15 petang dan sempat berjumpa dengan Sidi dpA dan Joe Malady diB yang bermain golf pada sebelah pagi. Itu pun kata mereka tak sempat menghabiskan permainan kerana sudah azan Jumaat. Joe Malady beritahu saya Mat Taib diB pun ada bermain golf pada pagi Jumaat tu dan Mat Taib sekeluarga bermalam di chalet Kelab Golf Maran pada malam Khamis.

Saya bersama 5 orang rakan saya kemudiannya memulakan permainan golf kami (kat Kelab Golf Maran ni satu flight boleh sampai 5-6 orang) dan di lubang terakhir kira-kira dah dekat senja jugak, saya dapat telefon dari Mat Taib diB yang memberitahu bahawa kereta beliau overheating dan beliau sekeluarga terkandas di Temerloh. Beliau cuba mencari hotel untuk bermalam tetapi malangnya semua hotel di Temerloh sudah fully book. Saya kemudiannya menelefon Kitang meminta bantuan beliau dan dengan jasa baik Kitang (memang payah nak cari sahabat macam Kitang yang suka menolong kawan ni), beliau membawa Mat Taib sekeluarga mencari hotel di sekitar pekan Mentakab. Akhirnya dapatlah bilik bujang di sebuah hotel di Bukit Bendera dan kereta Mat Taib terpaksa di tinggalkan di Temerloh. Keesokannya Kitang sekali lagi telah membawa Mat Taib berjumpa dengan mekanik untuk membaiki kerosakan kereta Mat Taib dan nampaknya kereta beliau terpaksa di tinggalkan 2-3 hari untuk di baiki. Kitang kemudiannya menghantar Mat Taib sekeluarga menaiki bas ekspress ke Kuantan untuk pulang ke Kemaman. Raman Kerbau ada sms kepada saya sebentar tadi memberitahu Mat Taib akan mengambil keretanya yang telah siap pada hari ini. Mat Taib dalam komen menerusi artikel di bawah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kitang atas pertolongan beliau itu. Terima kasih banyak-banyak Kitang, hanya Allah swt yang dapat membalas segala jasa baik saudara.

Pada tengahari Sabtu, saya bersama SK kemudiannya mengunjungi kedai Avon Kitang dan Lily di pekan Mentakab di mana SK sempat juga memborong beberapa barangan Avon. Saya, SK, Kitang dan Lily kemudiannya menjamu selera nasi Ikan Patin Tempoyak di sebuah restoran berdekatan. Terima kasih kepada Lily dan Kitang yang bersusah payah melayan saya bersama SK.

Insyaallah pada hari Rabu malam nanti pula, saya dan Kitang dan beberapa rakan budiMaN yang lain akan bertehtarik di Kuala Lumpur. Saya pun ada menelefon Walid petang tadi dan memberitahu beliau agenda pada hari Rabu nanti.