Thursday, March 06, 2008

jOM tRy uNdi

Banyak blog dan site politik yang saya layari menerusi internet mengadakan undi secara percubaan menerusi blog atau site masing-masing sempena pilihanraya yang bakal berlangsung pada 8hb Mac 2008 nanti. Fikir-fikir tadi rasa macam nak buat jugak undi percubaan ni kat blog ni tapi nak mencari software pilihan undi macam site politik tu malas la pulak nak cari rasanya. Tapi boleh juga rasanya nak try buat dengan mengadakan percubaan undi menerusi komen dan tak payah sebut nama, cuma gunakan anonymous sahaja atau kalau tak kisah tu nak identify nama sendiri di alu-alukan juga lah. So, tulis je kat ruangan komen tu seperti contoh :

1. Anonymous said : Gua undi Pembangkang.
2. Anonymous said : Gua undi BN

Ni sebenarnya suka-suka jer untuk mengetahui pendirian ahli-ahli budiMaN dalam politik negara kita ini. Itu pun kita tak dapat nak sahkan kerana penggunaan anonymous tidak menjamin bahawa beliau adalah budiMaN. Tapi saja untuk seronok kata orang Kedah, at least nanti kita boleh teka-teka sikit macam mana keputusan pilihanraya umum pada 8hb Mac 2008 nanti. Dengan hampir 100 hits sehari di blog ini maybe kita boleh dapat 100 undi percubaan ini... ok kengkawan...mari mengundi.

80 comments:

Anonymous said...

Hehe... Tetap Undi Pembangkang dari dulu kini dan selamanya, Yo.

Anonymous said...

Koi undi PAS n Barisan Alternatif. TAKBIRRRRRRR......
BN makin korup n tak tahu nak menguruskan negara

Anonymous said...

EMM....DAH DUA PEMBANGKANG SO GUA UNDI BN LA TAPI NAK CHECK DULU SAPE CALON2 NYA KAT N082

Anonymous said...

Gua ttp berdiri teguh di Barisan Nasional.. sbb Barisan lain dpt mimpi jer.. hidup mesti realiti..

Anonymous said...

Koi malas mengundi, klu undi pun koi dah buat undi rosak, sbbnya koi marah sangat, sbb husband koi askar, alamat tempat tinggal koi dari dari kem tu, sepatutnya masuk dalam kawasan lain, tapi bila semak kat spr, nama koi termasuk dalam UNDI POS...ada ke patut, peluang koi sebagai pengundi di perkotak-katikkan oleh mereka yag tak bertanggungjawab.
Kalau dulu tak jadi macam ni, bukan tahun ni aje koi mengundi, dah bnyk kali dah...harap2 perancangan mereka akan tewas dgn perancangan Allah swt.

Takbir.......Allahu Akbar

Anonymous said...

Dulu, Kini dan Selama-lamanya tetap PAS...kalau tak undi PAS, korang sumer tak lePAS dari tanggungajawab di hadapan Allah s.w.t kelak.

Jangan gadaikan agama demi kepentingan duniawi...akhirat adalah matlamat hidup.

PAS...PASti PAS

Anonymous said...

Dun gua undi BN... BN banyak duit.
Parlimen gua undi Pembangkang... jgn bagi kuasa besar sgat.. mcm2 BN buat ikut suka dia aje...

Anonymous said...

siapa berdiri teguh dengan BN mesti kaya kan? ya betul.. hidup mesti reality tapi be realistic pun perlu kan? tak gitu?

undi BN pun buat BN makin kaya aja tapi rakyat tak senang-senang jugak jadi aku undi parti alternatif lah pulak kali ni.

Anonymous said...

rapat2kan barisan.....tiada barisan percubaan, tiada barisan tiruan... undilah barisan nasional..Hidup BN!!

Anonymous said...

SQUAD!
MASUK BULATAN...... KELUAR BARISAN!

Ceh... of course la gua undi PAS sebab gua ni Islam

Gua nak ikut saranan Azmil Mustafa, kita kena jadikan negara ni negara Islam. Tiada lagi kes buang bayi, tiada lagi kes culik budak. Macam kat MEkah, kedai tak kunci pun, tuan kedai tak de, gi solat. Amannya hidup! Dari sejak keluar ITM, gua memang undi PAS dan bekerja untuk PAS. Habis duit tak apa, gua puaih hati

Anonymous said...

fikir bulat-bulat... jangan timbang-timbang

undilah kepimpinan ulamak
undilah PAS

Anonymous said...

koi undi stability, track record, capability. Walar pon dalam BN ada a few bad apples tapi majority nya pemimpin BN berkaliber untuk memimpin...koi tetak undi BN...

SaYanG kidA said...

wah sapa anonymous yg letak tagline "squad masuk bulatan keluar barisan ", "fikir bulat2 jangan timbang2"
chomei jer tagline tu ahaks!

Anonymous said...

1. klu yg bertanding tu cina@ india dgn Islam, wa undi yg Islam tu le..

2. klu dua-dua calon tu Islam, dan pembangkangnya PAS, wa pilih PAS

3. klu dua-dua calon tu Islam, dan pembangkangnya PKR, wa undi PKR

4. klu dua-dua calon tu cina..wa bikin undi tu rosak

*wa tak pilih parti, wa pilih calon dan AGAMA NO. 1 jadi pilihan wa*

Anonymous said...

Sy dulu, kursus DPA, masa belajar tu dah didedahkan politik semasa dan politik Islam. masalahnya politik Islam yg diajar tu tak begitu mendalam..

As conclusion...Islam Memerintah bukan diperintah.

Anonymous said...

Tok n nenek wa dulu penah cakap.. susah senang semua datang dari Allah. Itu ujian dariNya.. Kenalah berusaha n jgn jadi orang malas yang hanya tau tadah tangan utk rezeki dtg sendiri dari langit. Tgk langit minta kat Ayah Pin pun dia tak blh tolong..Satu lagi pesan mereka ialah klu dah senang dari susah, jgn lupa kat orang2 yang pernah tolong n berjasa kat kita...Pikir2kan lah...

Anonymous said...

gua suka duduk atas pagar, gua sapu semua. Tapi kalau dapat, jangan la BN menang 2/3, depa tak boleh buat keputusan sesuka hati.

Anonymous said...

APA BENDA KAMU SEMUA NI MEREPEK. DULU KATA BLOG NI BUKAN BLOG POLITIK. DULU CAKAP LAIN SEKARANG CAKAP LAIN. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. SAPA PUN YANG KAMU SOKONG KENAPA MESTI DIPERDEBATKAN. TEPUK DADA TANYA SELERA. JANGAN LAH KERANA KAMU BERPIHAK SESEBUAH PARTI POLITIK MAKA KAMU BERI ALASAN YANG TAK LOGIK. KONON TAKUT KENA SOAL DIAKHIRAT LAH, TAK MAHU PILIH KAUM ASING LAH, MERAJUK KENA UNDI POS DAN ENTAH APA-APA LAGI ALASAN. TAPI KADANGKALA TERFIKIR PULA, SAPA LAH AKU UNTUK MEMPERTIKAIKAN ARTIKEL MILIK TUAN PUNYA BLOG INI.

Anonymous said...

Cadangan:
1. Boleh tak jawatan PM ni dipilih oleh rakyat, bukan dari ketua parti yang menang.

2. Tempoh semua wakil rakyat (DUN dan Parlimen) cuma 2 penggal aje, tak boleh le. Makin lama, makin banyak peluang rasuah.

Anonymous said...

Kepada anonymous yg bagi komen ni "KONON TAKUT KENA SOAL DIAKHIRAT LAH, TAK MAHU PILIH KAUM ASING LAH, MERAJUK KENA UNDI POS DAN ENTAH APA-APA LAGI ALASAN"..

Persoalannya ?
Adakah soal akhirat masih lagi dikatakan KONON...tak percayakah anda pada akhirat?...utk anda, nasihat saya, dalamkanlah ilmu agama...lupakah anda bahawa segala yg kita lakukan didunia ini akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? walau sebesar zarah sekalipun kebaikan dan keburukan yg kita lakukan. Memangkah undi tu juga termasuk dari amalan kita di dunia ini.

Pikir2kan dan Selamat beramal.

Anonymous said...

anonymous 5.59 pm; marah nampak? siap pakai tulisan beso-beso...

"Dunia hanya persinggahan sementara, akhirat jua tempat abadi"

Anonymous said...

ingat 24/2 ni Hari Penamaan Calon, jom ramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon dan yang penting 8/2 ni Hari Mengundi...

*marilah mari, kita mengundi, tunaikan kewajipan pada negara*..lagu kempen utk kuar mengundi

Undi adalah RAHSIA...sebab kat sini diaorang tak tau siapa saya, maka saya tetap undi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PAS

nak jugak merasa, macamaner PAS memerintah Malaysia, sebab kat Kelantan tu ok aje, tak de pun rusuhan, malah bertambah banyak pembangunan dan orang cerdik pandai kebanyakan dari Kelantan...berkat ilmu agama ada kat dada

Anonymous said...

Salam semua,
Nampaknya masih belum ada keputusan muktamad lagi kerana saingan masih lagi neck to neck setelah hampir 22 komen di terima. Penyokong BN dan Pembangkang nampaknya masih sama banyak di kalangan budiMaN. Jadi terus nyatakan undian anda di sini.

Kepada Anonymous yang berkenaan, blog ini insyaallah tidak akan menjadi blog politik dan artikel ini hanyalah sebagai memeriahkan lagi musim pilihanraya yang bakal kita hadapi tidak lama lagi. Setiap budiMaN yang ada di sini seharusnya mereka2 yang layak untuk mengundi dan memilih kerajaan. Kot macam manapun setiap budiMaN mempunyai pegangan politik masing-masing. Jadi pernyataan pegangan politik mereka sedikit sebanyak sebenarnya turut memberi kesan kepada kesatuan kita ini juga nanti.

Saya pernah di beritahu bahawa terdapat sebilangan budiMaN yang tidak dapat menyertai beberapa kerja amal yang pernah dilakukan oleh budiMaN sebelum ini kerana politik. Kononnya tempat2 amal yang kita buat seperti Rumah Anak Yatim Darul Izzah dan Surau Kg Tg Belengu di pengaruhi oleh parti politik tertentu bukan dari parti pegangan mereka. Dari itu mereka tidak mahu di lihat membantu parti-parti politik tertentu demi menjaga kepentingan mereka.

Walaubagaimanapun saya berharap perbezaan pegangan politik tidak akan memecahbelahkan budiMaN dan kita boleh bersatu walaupun berpandangan politik yang berbeza. Pada saya yang penting niat suci kita untuk membuat seberapa banyak kerja amal secara ikhlas sebagai suatu sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara tanpa mengira kaum, bangsa dan pegangan politik mereka.

Kalau dilihat kerja amal yang pernah dibuat oleh budiMaN tidak mengira pegangan politik mana-mana kerana yang susah seharusnya di bantu dan kita pernah menolong kampung UMNO semasa Ekspedisi Banjir Johor dan juga kampung PAS. Yang penting pada saya untuk seberapa ramai budiMaN tampil untuk pergi sendiri ketempat-tempat kerja amal tersebut dari hanya berbicara soal politik atau hanya berselindung diam dan bagi duit sahaja.

Teruskan untuk nyatakan undi anda di sini....

Anonymous said...

Bravo kida, koi akan tetap undi BA untuk pilihanraya kali ini... jemu dah koi tengok BN ni memerintah hampir 50 tahun ...acu cuba try tukor pulok hok laing.

Anonymous said...

Wah...meriahnya komen artikel ini. Koi pun nak komen juga lah. Hehe.. Sapa pun pilihan anda, diharap warga budiman tidak bermusuh. Koi lagi pening kepala nak undi ADUN mana (area koi nak undi) sebab kedua-dua calun tu kamceng dgn family koi (berdasarkan pilihanraya lepas). Cuma nasihat koi gunakan hak anda dan undi lah dengan bijak. Undi adalah rahsia. Apa-apa pun jangan jadi seperti Singapura kerana Melayu terpinggir.

Anonymous said...

Kawe ingat nok undi PAS tapi rodong-rodonng kawe kato nanti puak tu kalau memerintah, habis dia tutup Magnum, Toto dengang Kuda. Habislah tempat kawe nok cari duit extra.

Nampok gayenya keno undi BN jugoklah.

Anonymous said...

Komen 5.20 pm >>"Islam Memerintah bukan diperintah"...saya sokong 100%. Kenapa politik ISLAM dijadikan sebagai Pembangkang?

"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"..Islamkan cara hidup kita, kita sepatutnya menyokong Islam. Jangan gadaikan aqidah kita dek fahaman politik yang sempit.

Adakah iman kita ibarat lapisan bawang yg terlalu nipis dan mudah koyak...
1. Silaukah kita dek kekayaan dunia?
2.Tegakkah kehidupan kita dek berkawan dengan para hartawan?
3. Bersama-sama dengan kitakah di alam barzakh kelak apa yang kita agungkan di dunia ini?

Bawalah bersama-sama kita Akidah Islam dan peganangan yang jitu, jangan nafsi2 (separuh-separuh). Islam telah lengkap segala-galanya termasuk hal kepimpinan (dari sekecil-kecil perkara hingga melibatkan apa jua).

Insya Allah, bersama membawa perubahan. Hadiahkan sempena 50 tahun kemerdekaan ini kepada yang haq.

Letakkan Islam ditempatnya, persetankan anasir-anasir yang memburukkan Islam.

Akhirnya...Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut yang mengubahnya.

Undilah PAS.

Anonymous said...

Yesssssssss!!!!
.
.
.
P
A
S

Anonymous said...

PARA BUDIMAN SEMUA
8/2 NI MARILAH KITA KELUAR SEMUA UNTUK JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA NEGARA DAN AGAMA (SECARA TAK LANGSUNG) MEMANG KALAU DIFIKIRKAN HATI YG MARAH (CEMBURU KOT) KITA NAK BUAT UNDI ROSAK LA UNDI BA LA....BUAT LA TAPI JANGAN MENYESAL JIKA DISEBABKAN TINDAKAN KITA YG MELULU TANPA BERFIKIR SECARA RASIONAL KITA KEHILANGAN SESUATU YG BERNILAI (KUASA ORANG MELAYU...ISLAM???) UNTUK ANAK CUCU KITA KELAK (SPT SINGAPORE) MELAYU (ISLAM???) HANYA TINGGAL PADA NAMA JALAN SAJE....ITU PUN KALAU ADELAH...SALAH SAPE....ANAK2 KITA KE...MOH KITA KELUAR NGUNDI NAK PANGKAH BA K BN K PANGKAH LA JGN NANGIS KEMUDIAN HARI UDAH LA..TRAK REKOD ORANG MELAYU DAH BANYAK -SELALUNYA ORANG MELAYU KECUNDANG SEBAB MELAYU SENDIRI BUKAN DARI BANGSA LAIN......HIDUP MELAYU....HIDUP UMNO.....PANGKAH BN??? SKUAD69

Anonymous said...

Surat khabar kempen BN, TV kempen BN, radio kempen BN...hanya kat internet aje PAS boleh berkempen.

So...ini adalah salah satu saluran untuk saya berkempen bagi calon PAS.

Jangan letak hal selain selain dari agama, kalau perjuangan kerna kaum, kaum akan lenyap, kalau perjuangan berdasarkan Islam, Islam akan kekal dari DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA...

Anonymous said...

PAS adalah Parti Islam Semalaysia.. kenapa tak PIS?

Cuba penyokong PAS dikalangan BUDIMAN, dapat menerangkannya.

Walau bagaimanapun, saya sedikit sebanyak terpengaruh juga dengan kempen-kempen yang telah dilakukan oleh PAS. Rasanya nak pangkah PAS le

Anonymous said...

Atas pagar?
...ayam jantan pun tak duduk atas pagar
...mana ada rumah atas pagar, kebanyakannya ada pagar dan dalam pagar
...pagar le keputusan kita dengan Kalimah Allah...Bismillah

P A S = PAS

Anonymous said...

Kida, bila pulok awok nak bertanding kat Temerloh tu? koi gerenti kalau awok bertanding ats parti mana2 pun mesti budiman ramai2 pakat berkumpul kempen untuk awok. Kita buat kempen style potluck, goner rodong lain setuju?

Undilah PAS

Anonymous said...

apa kata untuk DUN kita undi PAS dan untuk Parlimen kita undi BN kalau takut sangat Melayu terpinggir.... tapi kalau berani kita undi PAS semua sekali.

Anonymous said...

PAS..PAS...PAS...PAS...PAS...tiada yang lain selain PAS... Kasi tutup itu Magnum, Toto dan Kuda serta bagi semua GRO night club balik kampung tanam jagung. Kasi tutup semua tempat minum arak, Genting Casino dan tegakkan HUDUD. Kasi dedah kes Altantuya, Scomi, ECM Libra dsb. Hanya dengan PAS kepada semua BUDIMAN!

LaN KidA said...

Salam semua,
Nampaknya pembangkang sudah ada sedikit kelebihan dari segi jumlah undian budiMaN setakat ini. Nampaknya penyokong BN kena buat sesuatu untuk meraih sokongan.

Setakat ini takde terniat lagi untuk menyertai mana-mana parti politik walaupun ayah saya kat kampung tu memang terkenal kat Temerloh berpihak kepada sebuah parti politik. Tapi terkilan juga kerana calun bagi Temerloh pada kali ini samada dari BN atau BA bukanlah orang asal Temerloh. Mana perginya anak jati Temerloh?

Teruskan undian anda di sini....

Anonymous said...

Ada tiga faktor utama yang perlu diperhatikan rakyat Malaysia dalam mendepani pilihan raya akan datang untuk menentukan perubahan besar demi memulihkan kehidupan yang semakin sulit masa ini.

1. Bermula dengan salah laku pemimpin kerajaan dan UMNO, seperti pembinaan Istana mewah, pelantikan ahli keluarga dalam majlis kerajaan tempatan, campur tangan ahli parlimen dalam isu balak, kereta mewah dan kastam, dakwaan skandal khalwat Senator, pembelian banglo mewah oleh kerajaan negeri untuk para exco, meroboh rumah setinggan dan surau rakyat dan peruntukan RM600 juta wang kerajaan untuk bahagian UMNO seluruh negara.

2. Yang keduanya, isu-isu yang tidak ditangani dengan sempurna oleh kerajaan seperti gejala murtad, isu status agama yang mengakibatkan perebutan mayat, produk makanan yang tidak jelas hukum halalnya, gejala maksiat yang kian berleluasa dan paling menyentuh sensitiviti ialah percubaan menubuhkan IFC dan kempen Kumpulan Artikel 11.

3. Akhirnya tindakan kerajaan yang semakin menindas dan mempermainkan nasib malang rakyat apabila menaikkan harga bahan bakar, tarif air, elektrik dan terkini menaikkan kadar tol dengan memberikan alasan yang boleh dipertikaikan. Yang paling tersiksa ialah majoriti rakyat biasa macam kita inilah yang tersiksa. Bukan menteri, bukan peminpin kita. Hidup mereka tak ada apa-apa kesan pun dari tindakan ini. Pemimpin anda adalah perompak besar yang merompak duit dan kekayaan rakyat.

Buatlah pilihan bijak. Sokong benda yang betul. Kita mesti berani melakukan perubahan, pemimpin UMNO semakin korup dan menyeleweng. Jangan takut hilang mata pencarian atau periuk nasi. Rezeki datangnya dari Allah swt, bukan kerajaan BN. Rata-rata yang menyokong kerajaan UMNO/BN ni adalah orang melayu yang berpendapatan rendah. Bagi yang "Berakal" dan "Celik" ternyata mereka sudah nampak berbezaan ketara diantara kehidupan pemimpin BN dan Pemimpin pembangkang.

Bagi yang muslim, "al islam yaklu wala yukla alaih" - yang tinggi itu Islam. Tidak salah menyokong kepimpinan yang ada sekiranya mereka berada di landasan yang "betul". Sama-sama kita renungkan nilai wang kita pada hari ini. Bukan gaji kecil yang menjadi ukuran, tetapi kuasa beli yang semakin menipis disebabkan inflasi yang semakin meningkat. Jadi, jang menrunguk jikalau kehidupan lebih

Use your Brain - vote for Change!!

Undi PAS.

Anonymous said...

Wa mau tengok Kelantan ditawan balik oleh BN sbb wa malu tgk orang Melayu yang mengaku Islam dan lebih Islam dari orang Islam yang lain GAGAL utk membuktikan Melayu Islam tu pandai n berkebolehan... Takat pandai bercakap, Lan Kida pun boleh jadi orang politik... Serupa mcm ayam jantan, kuat berkokok tapi bontot penuh tahi.. menang sorak, kampung tergadai.. Ya Allah, jgnlah cucu cicit ku meludah di kuburku... (Wa Melayu Islam BN)...

Anonymous said...

UMNO ATAU PAS...PAS ATAU UMNO...BA ATAU BN.....BN ATAU BA......BO PALEH PENING KOI DIBUATNYE...TAK YOH NGUNDI LAH......TIDO LAGI SEDAK...OK RODONG, AWOK PANGKOH LA MANE YANG AWOK SUKE....

Anonymous said...

Betul la apa yang Tun Mahathir cakap... MELAYU MUDAH LUPA.. Wlupun kerajaan Tun ni ada buat silap tp jasa kerajaan dia kat Mak Bapak aku utk membesarkan aku dlm suasana politik n ekonomi yang baik, aku dpt membesar bersama2 dgn adik beradik aku dlm kehidupan yang baik sekali.. Mak Bapak aku dpt bekerja utk mencari rezeki yang Allah turunkan dgn suasana yang aman sejahtera...Sehinggakan ITM yang ditubuhkan oleh MARA oleh Kerajaan Barisan Nasional dpt dimenafaatkan oleh semua orang Melayu dan Bumiputra tak kira parti apa pun... Aku tak rasa semua benda kat depan mata aku ni diturunkan dari langit tanpa ada usaha dan wawasan dari kerajaan yang berwibawa dan bermisi..Aku taknak jadi orang Melayu Islam yang mudah lupa diri...Begitu jugak aku taknak didik anak2 aku jadi orang yang riak, bongkak, biadap dan menjadi pengkhianat bangsa dan tanahairku....Hidup Melayu Islam....Hidup BN!!

Anonymous said...

salam...byk tul anonymous kat sini.
saya pun anonymous jugak ler yek..
anyway..pilihan adalah di tangan anda..hari mengundi pada 8/3/2008 bukan 8/2/2008..
tp sebagai contoh le...kat GOmbak Setia..penyandang BN da kena buang sal kontroversi nya...itu lah pilihan org 4 tahun yg lalu..skrg terbukti pilihan mrk salah.Itu satu contoh jer yg nyata...yg tersirat..mungkin ada..baik penyokong atau pembangkang..
ANYWAY...IT IS UP 2 U ALL 2 VOTE.
saya?...undi saya rahasia lerrrr..

Anonymous said...

Rasanya dengan memilih atau menukar pemerintah (lebih tepat pilih lah PAS) tak bermakna melayu mudah lupa. PAS juga parti islam dan terdiri dari org melayu. Oleh itu pengkhianat bangsa tidak menjadi persoalan disini. Sebagai umat islam kita perlu bijaksana membuat pemilihan pemimpin kerana salah memilih kita tak lari dari di soal di akhirat. Sebagai sebuah parti yang memerintah BN MEMANG WAJIB adakan semua kemudahan dan menjana ekonomi demi negara dan rakyat. Itu dah MEMANG TANGGUNGJAWAB sebagai kerajaan yang di pilih untuk memerintah. Jadi tak ada persoalan melayu mudah lupa jasa dan sebagainya. Habis tu kalau PAS memerintah tak adalah sekolah? tak adalah universiti? Ekonomi akan jatuh merudum dan mundur? Tak berwibawa dan bermisi? Sedihnya melihatkan orang yang berfikiran sebegini. Sebenarnya rata-rata yang takut menerima perubahan kerana tidak yakin. Dan paling tepat berasa selesa pada diri sendiri. Cuba buka mata dan minda luas-luas sikit agar dapat nilai dengan tepat. Melayu tak mudah lupa cuma perlu di sedarkan sikit kerana terlalu banyak sangat termakan propaganda BN!

Undi PAS!

Anonymous said...

Tips untuk semua, hari mengundi bawa pemadam sebab tiap2 kali undi no ic kita ditulis dgn pensil kat atas kertas undi. Depa tulis very2 light you know. So be velly2 careful. Perasan X? Ramai yang tak perasan, jadi hati-hati..........Demi masa depang anak cucu cicit cocot etc, etc...bawalah pemadam, tu je. Jadi undi kita baru betul2 rahsia. Undi den totap rahsia...

Anonymous said...

Betul la kata orang yang sokong BN tu..Melayu ni banyak bercakaran sesama sendiri utk dptkan kuasa politik utk menjadi jaguh kampung.. Kuasa sebenarnya ialah kuasa ekonomi yang terang2 dikuasai oleh orang2 Cina yang akan support bangsa mereka tak kira mereka dari parti MCA, Gerakan maupun DAP. Orang Melayu lebih suka bergaduh dan menjatuhkan sesama sendiri. Sifat hasad dengki n dendam memang menjadi tradisi n turun temurun orang2 Melayu. Islam adalah utk semua orang. Bukan hak mutlak orang Melayu sahaja. Bangsa asing juga ramai yang beragama Islam...Kenapa Melayu perlu berhasad drp mendokong antara satu sama lain? Belajarlah n bukak lah mata luas2 wahai bangsa Melayu.... Jangan teruskan kita menjadi bahan ketawa oleh orang2 yang memang tau kelemahan kita.. Jangan jadi Melayu Bodoh selama2nya...Sedih tengok bangsa Melayu yang tak pernah nak bangun2 dari tidur...Mungkin dah terlalu selesa...Tetapi tetap akan dengki bila orang lain mendapat lebih dari diri sendiri wlupun orang itu lebih rajin, lebih usaha, lebih melonjak... Sbb Melayu ttp Melayu.. Bodoh n Malas...

Anonymous said...

Kalau saya memilih PAS adakah ianya bermakna saya melupakan jasa-jasa kerajaan dahulu yang telah membangunkan negara? Saya tidak pernah lupa bahawa Tuanku Abd Rahman yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Saya tidak lupa Tun Razak yang telah berjuang menyelamatkan orang Melayu semasa tragedi 13 Mei dan seterusnya menjadi Bapa Pembangunan negara. Saya juga tidak lupa kepada Tun Hussein Onn yang telah berjuang menyatukan orang Melayu. Dan saya tidak akan lupa sama sekali kepada Tun Mahathir yang telah membawa Malaysia ke peta dunia dengan pembangunan moden dan kelantangan bersuara serta membawa ramai orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam perniagaan dan ekonomi. Saya tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka di atas yang berjuang dengan penuh ikhlas dan jujur demi memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

Namun begitu mereka semua sudah tiada. Mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan tiada lagi untuk menguruskan negara kita. Yang tinggal hanyalah kenangan dan terima kasih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan kehidupan rakyat dan membangunkan negara seluruhnya.

Adakah pengganti mereka-mereka ini telah menunaikan tanggungjawabnya pula? Adakah pengganti mereka ini berjuang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Islam sebagai agama sebenar di muka bumi ini, bangsa Melayu dan negara ini?

Saya impikan sebuah negara di mana pemimpinnya tidur beralaskan tikar di masjid seperti Saidina Umar, pemimpin yang memulangkan gaji beliau kepada Baitullah seperti Saidina Abu Bakar, seorang pemimpin yang hidup penuh zuhud dan ala kadar semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah swt sebagai seorang pemimpin sebuah negara. Saya impikan seorang pemimpin yang akan berucap dan terpampang didada akhbar menyeru semua muslimah menutup aurat dan di temani muhrim sentiasa. Saya impikan pemimpin yang menyeru mat-mat rempit supaya memperbanyakkan zikir, sembahyang sunat dan memperbanyakkan membaca AlQuran. Saya impikan pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya beramal, bersedekah dan tidak meninggalkan solat. Saya impikan sebuah negara yang mana tiada tempat-tempat perjudian, tiada disko-disko dan tempat maksiat, tiada arak yang dijual, tiada maknyah dan golongan penkid dan tiada rumah-rumah pelacuran.

Saya impikan tender-tender perniagaan di buat secara telus dan jujur tanpa campurtangan dari mana-mana golongan politik, tiada kronism, tiada pilih kasih. Saya impikan lesen-lesen di berikan tanpa ada wang kopi, tanpa kena ada tandatangan dan sokongan pihak-pihak tertentu.

Saya impikan sebuah negara di mana kita tidak perlu merafak sembah kepada manusia, tidak perlu terlalu memuliakan manusia hanya kerana mereka kaya, berpangkat dan bergelar pemimpin. Saya impikan pemimpin yang akan menundukkan kepalanya apabila bertemu rakyat. Saya impikan pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus bersama-sama dengan peminta sedekah di tepi jalan. Saya impikan seorang pemimpin yang diam-diam keluar malam untuk menolong orang-orang yang kesusahan dan kebuluran bersama-sama isterinya.

Itu impian saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpemimpinkan seorang Islam. Memang impian saya sesuatu yang mustahil di dunia akhir zaman ini. Insyaallah impian saya akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s dan Imam Mahadi yang akan tiba di penghujung waktu yang akan memuliakan Islam dan membawa kemakmuran kembali. Waktunya hanya Allah swt yang mengetahui dan saya mungkin sudah berada di alam barzakh semasa itu.

Namun hidup perlu diteruskan dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Kita mesti berhadapan dengan realiti semasa.

Saya sedih apabila mendengar kanak-kanak diculik dan diperkosa dan pihak berkuasa tidak dapat melakukan apa-apa. Saya sedih penjenayah yang sentiasa berleluasa. Saya sedih terpaksa melibatkan diri untuk projek-projek kerajaan yang menjual negara tetapi dilihat seolah-olah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah dan untuk negara. Saya sedih apabila di tahan di tepi jalan oleh pihak berkuasa dan terpaksa memberikan duit kopi kepada mereka. Saya sedih terpaksa melayan karenah mereka yang mahukan perempuan, night club dan wang kopi semata-mata kerana saya cuba dapatkan tender dari kementerian mereka.

Saya sedih melihat anak beranak menjadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan serta GLC dan menjual kepentingan negara. Saya sedih melihatkan isteri pemimpin kita sendiri tidak menutup aurat, berciuman dengan aktor-aktor Hindi dan berpegangan seolah-olah kita ini bukan Islam dan tidak mempunyai peraturan agama.

Saya sedih melihatkan rakyat berpendapatan rendah terkial-kial setiap hujung bulan membayar segala keperluan hidup sedangkan pemimpin kita menaiki kereta mewah berharga jutaan ringgit dan hidup di dalam rumah bagaikan istana. Saya sedih mendengarkan isteri pemimpin kita memakai bag tangan berharga RM650 ribu dan jam tangan berharga ratusan ribu juga sedangkan TV3 menyangkan rancangan Bersamamu yang menyebakkan. Saya sedih harga barangan terus dinaikkan dan pemimpin kita cuma berkata itu fenomena dunia dan kita terpaksa menerima. Saya sedih apabila rakyat di suruh berjimat cermat sedangkan pemimpin kita boleh bercuti ke luar negara dan membeli jet baru dengan wang cukai rakyat jelata.

Saya sedih melihatkan ramai remaja Melayu Islam terkinja-kinja sehingga dinihari di disko-disko dan night club sambil minum arak dan bercampur sebebas-bebasnya. Saya sedih melihatkan ramai orang Melayu Islam yang berkunjung ke Magnum, Toto dan Kuda setiap hujung minggu. Saya sedih dengan ramainya mat rempit di jalanan terdiri dari remaja Melayu Islam.

Saya sedih dengan pemimpin yang boleh memberikan ucapan tentang moral dan akidah tetapi beliau seorang kaki perempuan dan suka berpoya-poya. Saya sedih dengan pemimpin yang katanya tahu tentang keperitan hidup rakyat sedangkan dirinya tidak pernah pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil2 bulanan. Saya sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.

Saya hanya mahukan seorang pemimpin dan kerajaan yang sanggup berjuang seperti dahulu seperti Tuanku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir, perjuangan ikhlas untuk menegakkan Islam dan bangsa Melayu. Pemimpin yang tidak akan tunduk dengan desakan-desakan untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu. Saya inginkan pemimpin yang dapat membentuk negara Islam yang sebenar berpaksikan AlQuran dan Hadith, hidup penuh zuhud dan menjadikan Islam itu asas tertinggi dalam segala bentuk tindakan dan pengurusan.

Saya inginkan pemimpin yang apabila beliau ingin menyuapkan nasi ke mulutnya akan segera teringatkan, adakah rakyatnya mempunyai makanan yang cukup dan seenak sepertinya. Apabila ia baring untuk tidur, adakah rakyatnya dapat tidur seenak tilamnya. Apabila isterinya berbelanja, adakah rakyatnya sudah mendapat keperluan asas kehidupan. Apabila anak menantunya mendapat kontrak kerajaan, adakah kerana ketelusan atau hanya berbinkan dirinya. Pemimpin yang sentiasa takut akan perkara-perkara yang boleh mendorong datangnya fitnah keatas diri dan keluarganya. Pemimpin yang akan meletakkan kepentingan rakyatnya lebih dari kepentingan diri dan keluarganya.

Salahkah saya menukar seorang pemimpin Islam yang gagal kepada seorang pemimpin Islam yang lain? Adakah ini akan membuatkan saya lupa kepada jasa-jasa mereka-mereka yang terdahulu? Apakah impian saya untuk mencari pemimpin seperti Saidina Abu Bakar dan Umar boleh direalisasikan dengan memilih pemimpin Islam yang ada sekarang? Tidak perlukah ditukar kepada seorang Islam yang lain jika saya merasakan elok di buat perubahan moga-moga Allah swt kabulkan impian saya?

Anonymous said...

Apa kesimpulan cerita diatas?..
rentikan mengundi BN atau UMNO. Buatlah perubahan agar kita semua tidak menyesal dimasa hadapan. Hanya yang benak saja masih belum dapat befikir akan kebenaran fakta diatas.

Undi PAS atau BA

Anonymous said...

TAKBIRRRRRRR..........
UNDILAH PAS N BARISAN ALTERNATIF
MEREKA BUKAN PEMBANGKANG, MEREKALAH YG MAMPU MENGUBAH SEGALA KEROSAKAN N KEBOBROKAN YG TELAH DILAKUKAN OLEH BN. PEMERINTAHAN PAS DI KELANTAN TLH MEMBUKTIKAN PAS MAMPU MENTADBIR DENGAN BAIK. NAMPAK NEGERI TAK MAJU TAPI RAKYAT BANYAK HARTA. GEJALA SOSIAL KURANG. KOS HIDUP RENDAH. ILMU BERKEMBANG. PENTADBIRAN MENGIKUT SYARIAH ISLAM. RAKYAT DAPAT PELUANG SAMA RATA. PEMBANGUNAN SEMAKIN RANCAK. SO BULATKAN TEKAD, KUKUHKAN ILTIZAM.
UNDILAH PAS

Anonymous said...

Bila orang sokong PAS, orang BN akan kata orang yang sokong PAS bodoh. Bila orang sokong BN, orang Pas akan kata orang yang sokong BN benak.. Masing2 dgn pendirian masing2. Yang nyata disini ialah dua2 orang yang sokong PAS atau BN, berpegang teguh pada kumpulan masing2.. So, undilah sesiapa yang kau orang fikir baik utk negara Malaysia ni.. Jgn sampai orang Melayu yang sesama Islam terus rendah mentalitinya dan terputus silaturrahimnya disebabkan taksub pada parti masing2..

Anonymous said...

gua tido guna tilam empok ada pasang aircon lagi. kalau suruh tido pakai tikar macam org PAS gua tak sanggup sebab badan sakit. kenapa dah ada tilam empok nak pakai tikar mengkuang. kui kui kui

Anonymous said...

Betui jugak kata hang.. buat pa aku belajaq kat dlm n luaq negeri semata2 nak layan orang yang asyik pandang kat belakang.. Sesekali pandang belakang takpa la.. Ini asyik nak pandang belakang mcm mat rempit dok tengok ekzos bila tgh henjut.. Terus hentam belakang pungkok lembu...Aku banyak duit pun boleh jugak aku bantu orang yang suka dok mintak2 ni.. Orang malaih mmg kena suapkan makan selalu...Aku muak tengok orang dok dengki kat aku.. Bila aku lebih sikit kata aku bagi rasuah sbb nak dptkan projek n tender kerajaan.. Aku aktif UMNO so of coz la orang UMNO kena dahulukan orang yang mcm aku dulu.. Bila dah dapat pun bukan teruih aku senang.. Aku pun rasa susah dulu. So aku bersetuju la klu x bagi kat orang yang mcm melepaskan anjing tersepit..!!??

Anonymous said...

AKU RASALAH KALAU PILIH BA ATAU PAS SAMALAH MACAM TIKUS BAIKI LABU
KALAU UMNO ATAU BN PUNCA KEROSAKAN SEGALA MORAL ORANG MELAYU.....SAMALAH JUGA PAS ATAU BA ORANG MELAYU JUGAKAN ORANG MELAYU YG AKAN TERUS MELAYU BILA DIRAYU ....TERLALU BANYAK SIKAP TOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.....TERLEBIH LENTUK BILA DIHIBUR.....SALAH ORANG JE YG NAMPAK SALAH SEDIRI BUAT TAK KISAH PUN...HUKUM AGAMA HANYA PADA ORANG LAIN TAPI DIRI SENDIRI DIHALALKAN..
SOKONG PAS ATAU BA TAPI CARA HIDUP TETAP MACAM UNMO ATAU BN CARA PEMIKIRAN SAMA TAK ADE BEZA KAN???????? SO KALAU MACAM NI LA MAI PANGKAH BEBAS JE.....

Anonymous said...

KALAU PAS MEMERINTAH BELUM TENTU PEMIMPIN MEREKA BERSIKAP ADIL JUGA. KALAU PEMIMPIN PAS SENDIRI BOLEH KATA TUHAN MENCARUT, AGAKNYA MACAM MANA PERANGAI DIA KAT RUMAH AGAKNYA. KINI DAH TIADA MODAL TUDUH PULA ORANG UMNO ORANG UTAN. KEMUDIAN SANGGUP BERDOA SEMOGA PENDUDUK KELANTAN YANG BALIK UNDI BN DITIMPA MUSIBAH. ITUKAH PEMIMPIN YANG KAU ORANG AGUNGKAN SANGGUP DOAKAN BENCANA ORANG ISLAM SENDIRI.
AKU NAK TANYA KEPADA KAMU SEMUA, DIMANA LETAKNYA KUIL BUDDHA TERBESAR DI ASIA TENGGARA. JAWAPANNYA TENTULAH NEGERI KELANTAN PIMPINAN KERAJAAN PAS. KATA AGUNGKAN ISLAM TAPI HARIANKAN ADA PULA MAHLUK TERBESAR KAT NEGERI ITU. MACAM MANA TU?

Anonymous said...

Ishh..Ishh..Itu yang aku heran sangat.. Tapi apa nak kisah.. Kuman di seberang Sg Golok boleh nampak tp tokpekong didepan mata dah bertukar jadi bulan mengambang.. Mata yang pernah lebam sebelah pun dah berjangkit kat semua orang yang memang amik kesempatan demi kepentingan diri sendiri... Memang dah dasar hati hitam...Nauzubillah...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Pada ana, takyah nak selindung disebalik "anonymous". Why nak sembunyi from people, tapi Allah SWT nampak segalanya? Undi itu rahsia, tapi Allah SWT itu Maha Mengetahui.

Ana insyallah balik ngundi ke Kuala Terengganu. Insyallah ana akan undi calon yang nakkan agama. Dalam Quran ada sebut "wa ati ullah ha wa rasulahu in kuntum mukminin". Mafhum lebih kurang "taatlah kamu kepada Allah dan Rasul, itulah sebaik2 orang mukmin". Ada jugak disebut "taatlah kamu kepada ulul amri", tapi rasanya ulul amri ni dah takde zaman la ni.

Tapi sekarang ni, it's very obvious yang cuma parti bulan je yang nakkan agama. Yang parti incumbent...tahlah. Ana bercakap dari pengalaman dan pemerhatian ana sendiri. Memang betul incumbent ruling party kita la ni bawak development untuk kita, tapi a government is like a father to a child. He has to make sure that his child live a good life. Semua ayah akan berusaha utk memberikan yg terbaik utk anak dia. Same goes to any other party who will eventually becomes the government. Dacing ke, Bulan ke...ana rasa they won't be crazy enough to dessert us and let us die in hunger.

Tapi kejayaan sebenar manusia adalah dalam agama. Sejauh mana dapat taat perintah Allah SWT, dan sejauh mana dapat ikut sunnah Rasul SAW. Bila Allah SWT berkata "masuklah kamu ke dalam jannah Ku"...itulah dia sebenar2 kejayaan.

Pembangunan hebat, skycrapers, rapid transportation system, the best airport in the world, various corridors, strong GDP, strong CI, crystal mosque, islamic park...is of no value in the sight of Allah SWT, if we do not have "IMAN".

Wallahu Taala A'lam.

Anonymous said...

Rerodong sakalian

Wa undi orang Islam. Tak kira BN ke BA. Kalu taruk keling estet atau cina sepet kita undi gak...alamat tua nak mampus.

Sl Jr

Anonymous said...

UNDILAH PAS N BARISAN ALTERNATIF UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA YG LEBIH BAIK, TELUS, BERHEMAH,BERKEBAJIKAN, MAJU, BERDAYASAING DAN MENGUTAMAKAN HAK RAKYAT
NEGARA BERKEBAJIKAN ADALAH UNTUK SEMUA KAUM DAN AGAMA
TAKBIRRRRRRRRRRRR............

Anonymous said...

TOK GURU KATA ORANG UMNO MACAM ORANG UTAN SEBAB MEREKA GUBAL UNDANG2 TAPI MEREKA LANGGAR, TAK IKUT, TAK ADA PERATURAN JADI MACAM ORANG UTAN LAH. DATO'HUSAM MUSA TAK DOA KAN PENGUNDI YG BALIK KE KELANTAN AKAN DI TIMPA KEMALANGAN TAPI SURUH BERHATI-HATI APABILA BERGERAK DALAM JUMLAH YG RAMAI KERANA MUDAH BERLAKU KEMALANGAN. JANGAN PUTAR BELITKAN KENYATAAN. PAS PUN TAK SURUH RAKYAT HIDUP SUSAH TAPI MESTI MENDAPATKAN HARTA DENGAN CARA HALAL, TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN, TIDAK KETERLALUAN DALAM MENGUMPUL HARTA HINGGA LUPA UTK BERIBADAT KPD ALLAH SWT. PARTI YG MEMERINTAH MESTI MEMBERI KEBAJIKAN KPD SEMUA RAKYAT MALAYSIA SECARA ADIL N SAKSAMA BUKAN UNTUK AHLI PARTI YG MENANG SAJA. UNDILAH PAS

Anonymous said...

Wa dah boring la dgn blog ni... Yang boleh ngundi tu g la undi.. pangkah betul2.. buat keputusan sendiri.. jgn gatal mulut nak caci orang lain pulak.. berdosa tu.. wa dah banyak g dgr ceramah politik selain ceramah agama kat surau wa.. ada PKR, ada PAS, ada BN.. DAP x mau dgr.. Wa seronok sbb masing2 berhujah n cuba mempengaruhi dgn modal politik n cara masing2.. BA dgn org PKR,PAS(DAP join sekali x..?? BN ada UMNO, MCA, MIC dll.. Kita tgklah 8/3/08 nanti mcmana keputusannya... So far, kat tempat wa.. sungguh meriah...

Anonymous said...

Ikuti petikan dari salah satu komen di atas yang telah mendapat tempat di sebuah laman politik terkenal iaitu Laman Marhaen. Penulis komen telah memberikan kebenaran untuk Lan Kida menghantar dan komen tersebut telah di terbitkan di Laman Marhaen sebuah site politik yang amat terkenal. Anda boleh ikuti komen yang telah diberikan caption gambar dan dijadikan artikel oleh editor web tersebut melalui add ini :

http://fisher.globat.com/~marhaen.org/v1/mar_a_neo_kida01.html

Anonymous said...

Ini petikan dari satu site mengenai panduan mengundi kepada orang Islam :

Bagaimana mahu memilih calon? Ada sesetengah kawasan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, kedua-dua calon BN dan BA adalah Melayu dan Muslim. Ada juga yang salah satunya Melayu Muslim manakala di satu pihak yang lain adalah bukan-Melayu dan bukan-Muslim. Malah ada juga kawasan yang kedua belah pihak adalah bukan Melayu dan bukan Muslim.

Cara saya mengkategorikannya pun sudah tidak sedap dibaca. Macam ada yang tidak kena. Memang ada yang tidak kena!

Bagi yang tidak mempunyai rujukan agama, atau mempunyai agama tetapi tidak menyandarkan pilihannya kepada agama, tidak sulit untuk mereka membuat pilihan. Maka kelihatannya tidak sulit untuk kaum Cina dan India, Buddha dan Hindu atau Kristian dan sebagainya, membuat pilihan.

Fikir logik sudah memadai. Penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tak serupa bikin…. ditolak. Komited dengan integiriti, memperjuangan keadilan, ketelusan, kebersihan pentadbiran negara dan menghormati pendirian rakyat… akan dipilih. Soal agama apa, bangsa apa… bukan isunya.

BAGI KITA MUSLIM, ORANG ISLAM

Akan tetapi bagi orang Melayu, yang beragama Islam lantas dikenali sebagai Muslim, Melayu Muslim… pelbagai cabang kepala dan idea terbit di musim pilihan raya. Makin merujuk kepada agama, makin bercelaru panduan-panduan mengundi tersebar di alam siber maya.

Bagi yang pemalas, mudah sahaja, "ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!"

Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputusasaan anda dalam pilihan raya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara.

Lantas calon bagaimana yang harus dipilih?

BOLA SEPAK DAN BUKANNYA BADMINTON

Pertamanya…

Wakil rakyat, sama ada di Dewan Undangan Negeri, khususnya di Parlimen seumpama mereka yang bermain bola sepak. Mereka bukan bermain badminton. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berpasukan. Seorang ahli parlimen tidak akan bertindak atas pertimbangan peribadi, sebaliknya mereka bersepakat di atas satu keputusan bersama oleh pasukan yang diwakili.

Maka, kelebihan personaliti seorang calon hanya mewakili bahagian yang kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seorang calon, adalah urusan parti untuk meneliti dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bukan menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.

Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?

Berat soalan ini.

Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

"Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap 'Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, "TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI 'ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!" [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.

Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.

Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.

KISAH UMAR DAN AMRU BIN AL-'AAS

Kita tidak lupa kepada kisah seorang warga Mesir yang bukan Muslim telah datang mengadu kepada Umar al-Khattab, bagaimana kejayaannya di dalam lumba kuda telah dinafikan oleh Muhammad iaitu anak kepada Amru bin al-'Aas, Gabenor Mesir ketika itu. Muhammad telah menempelak lelaki itu dan menghinanya sebagai orang kebanyakan sedangkan beliau adalah anak seorang Gabenor, seorang yang mulia.

Lelaki itu telah mengadu kepada Umar al-Khattab tentang kezaliman yang menimpa dirinya, lalu Umar memerintahkan Amru bin al-'Aas dan anaknya Muhammad datang bertemu beliau di Madinah. Umar telah memerintahkan lelaki itu mengkasari semula Muhammad sebagaimana ia telah diperlakukan olehnya. Lantas Umar telah melafazkan ucapannya yang masyhur:

Wahai Amru, bagaimana kamu boleh memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka bebas merdeka!"

KEADILAN UNTUK SEMUA

Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.

Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

Daripada Anas Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI". Para sahabat berkata, "wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?". Baginda SAW menjawab, "CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA" (hadith riwayat al-Bukhari)

TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI

Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

TOLONG MEREKA YANG ZALIM

Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.

Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.

TOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, "ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!"

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, "Wahai zalim", maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

Salam. Moga2 boleh dijadikan panduan.

Anonymous said...

Melihat sejarah Islam dan kepimpinan Khalifah ArRasyidin sebagai panduan kepada kita memilih pemimpin dan kerajaan bukanlah bermakna kita menolak pembangunan dan kemajuan.PAS tidak pernah menolak kemajuan dan pembangunan selagi ianya selari dengan prinsip2 Islam. Memilih kepimpinan Islam tidak bermakna kita mengabaikan hak penganut agama lain. Sebab itu patung budha terbesar di Kelantan tidak dirobohkan kerana Islam mengambil kira hak kebebasan beragama. Kepimpinan Islam adalah untuk semua kerana Allah Swt telah mengamanahkan kepada Islam untuk mentadbir sekalian alam.

Anonymous said...

Betul la cakap ko tu.. Apa yang kerajaan BN buat selama ni semuanya salah. semuanya x betul.. Semuanya haram.. Klu kena kat batang hidung sendiri, yang haram pun boleh dihalalkan... Klu dah berfikiran sempit mcm tu lah.. Lantak korang la.. Janji Melayu mcm aku hidup bersederhana.. tak terlalu fanatik n terlalu sempit pemikiran.. Pandai2 lah korang nak putarbelitkan semua benda demi kepentingan fahaman korang..Kang kejap lagi ada la yg kata aku mcm2... Tak semua pemimpin dlm BN aku suka n dlm masa yang sama tak semua orang dlm BA aku suka.. Lebih kurang sama jugak perangainya..Topeng je yang lain2...

Anonymous said...

Artikel dipetik dari:
APA KATA KALAU KITA BELAJAR SEMULA "DEMOKRASI"
oleh Suhaimi Said, Kg. Lubok Kawah, Termerloh, Pahang.
Wednesday, December 19, 2007

"Demokrasi" di Malaysia ini sudah bercelaru. Yang termaktub didalam elemen-elemen dan ciri-ciri demokrasi telah "dipenjarakan". Segala elemen-elemen otokrasi, kukubesi, penindasan dan kezaliman diisytiharkan sebagai "demokrasi".
Kerajaan buta demokrasi, Barisan Nasional Buta Demokrasi, UMNO buta demokrasi, MCA buta demokrasi, MIC buta demokrasi, Gerakan buta demokrasi, PPP buta demokrasi. Sedikit demi sedikit semua elemen ANTI-DEMOKRASI diisytiharkan sebagai "Demokrasi", mereka mula sebut Demokrasi ala-Malaysia, bermakna, mereka tolak demokrasi, mereka gantikan dengan kukubesi (dictatorship) dan mereka kata itulah Demokrasi.

Apa makna demokrasi?
Majoriti memerintah, minoriti dilindungi hak! Keadilan untuk semua! Rakyat dilindungi (majoriti dan minoriti), mereka ada hak, dan hak ini mesti dipelihara dan dihormati! Rakyat diberi kebebasan! Mereka dilindungi oleh undang-undang bagi menjalani kebebasan itu! Rakyat diberi hak kepada tuntutan ekonomi, pendidikan, kebudayaan, agama, dan tidak ada penindasan berlandas kepada agama, kaum dan warna kulit!
Rakyat berhak untuk bersuara, berhimpun, berorganisasi, dan berpolitik!

Lihat apa berlaku di Malaysia?
Kita ada Perlembagaan yang mengisytiharkan DEMOKRASI (Artikel 10(1)), tetapi fungsi demokrasi terus dihalang diawah Artikel 10(2) dan undang-undang yang diperbuat dibawahnya.

Akta Polis yang diperbuat dibawah Pelembagaan beroperasi lebih berkuasa dari Perlembagaan.
Ada Akta Hasutan, ada Akta Mesin Citak, ada Akta Rahsia Rasmi, ada ISA, ada AUKU, menjadikan Kanun Kesiksaan Negara seolah-olah tidak ada fungsi bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan kebebasan. Kerajaan pula (khususnya parti-parti politik pemerintah) menggalakkan sikap kukubesi dan pemikiran dangkal dikalangan ahli-ahlinya. Kerajaan pula menyalahgunakan kuasa di bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, kebudayaan dan military.

Kerajaan membawa Negara ini kearah pemerintahan kukubesi. Badan-badan yang sepatutnya bebas seperti Kehakiman, BPR, Polis, SPR dsb dijadikan alat untuk pemerintah. Pandangan yang bertentangan ditekan dan ditindas. Apabila pemerhati-pemerhati dari Negara demokrasi bertanya kita: Inikah Demokrasi? Kita malu nak jawab, sebab di Negara Demokrasi mereka, perkara-perkara yang dilakukan oleh pemerintah di Malaysia ini adalah dianggap perkara-perkara yang
bertentangan dengan demokrasi.

Kalau kita nak jadi Negara demokrasi, dan dikenali sebagai Negara Demokrasi dan amalan kita adalah amalan Demokrasi, maka, yang utamanya semua rakyat kita kena kembali ke bilik darjah, dan belajar demokrasi, betul-betul belajar supaya apa yang dilakukan benar-benar demokrasi, cakap serupa bikin, dan bikin serupa cakap. Yang paling khusus yang kena belajar

DEMOKRASi itu adalah pemimpin-pemimpin BEBAL yang sekarang ini berada dalam BN dan semua ahli parti-parti BN, kerana
mereka itu benar-benar BUTA DEMOKRASI. Kalau dah buta demokrasi, kita nak harapkan mereka memperjuangkan demokrasi? Serupalah bagi BUNGA kepada BERUK! Kepada semua pihak, marilah kita kembali kepada demokrasi sebenar, kerana sistem demokrasi adalah sistem yang terbaik.

Jangan cemarkan sistem itu. Jangan ingat kukubesi itu demokrasi, kekerasan itu demokrasi, salahgunakuasa itu demokrasi, kezaliman itu demokrasi.

Pilih, nak demokrasi atau kukubesi! BN menuju kearah kukubesi. Demokrasi akan punah di Negara ini jika BN terus dibiarkan memerintah dengan kejahatan yang dilakukan kini!

Kepada yang masih memikirkan kerajaan BN masih baik, bagus tolonglah renungkan kebenaran ini, lainlah kalau kalau anda kakitangan kerajaan. Apakan daya nak berbunyi takut jadi, duduk diam-diam aje lah...

Anonymous said...

HALOOO BUDIMAN
ENGKAU ORANG SUKA TOLONG ORANG KAN APA KATE BUDIMAN BUAT XPDC MAIMUN CALON BEBAS YG BERHATI BESAR TU...
TAK YAH KEMPEN TOLONG TAMPAL POSTER JE.....WALID RASANYE SESUAI JADI PROMOTER NEK MAIMUN.....
AYUH BUDIMAN BERBUDI TANPA MENGIRA USIA.....PANGKAH PARTI KUNCI (MAIMUN)...

Anonymous said...

salam semua...byk tul komen kat sini...especially "Anonymous".
ada yg "ke kiri" ada yg "ke kanan"
(depan n blkg x der tau)..
tapi kan...nape x dere yg tul2 tonjolkan nama??..
by the way..."WALID sesuai jadi promoter KUNCI a.k.a. AKAK MAIMON?..hehe...kalu akak Mas Idayu xper...hahahaaaa...
anyway terpulang kpd individu utk mengundi..so jgn lupa...8/3/2008 hari penentuan di dunia aje...di 'SANA' nanti...sendri mau ingat.....salam.

Anonymous said...

Apa yg diperjuangkan BERSIH Sebenarnya mendapat sokongan majoriti rakyat kerana terlalu banyak kerosakan yg telah dilakukan oleh SPR kepada sistem pilihanraya kita.Sepatutnya SPR bebas dari parti yg memerintah dan tidak berat sebelah dalam melaksanakan pilihanraya. Tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan dan penerangan kpd rakyat adalah baik dan tidak memberi kesan buruk kpd kestabilan ekonomi, sosial mahupun keselamatan negara. Tindakan kerajaan yg menyekat dan menghalang kebebasan rakyat dengan pelbagai undang2 spt ISA,AUKU,Akta Mesin Cetak dsbnya akan menyebabkan negara akan hilang daya saing,rakyat menjadi tidak kreatif,pemikiran terbelenggu dan boleh meningkatkan rasa tidak puas hati rakyat yg tertindas.Peranan kerajaan mestilah memberikan suasana kehidupan yg selesa kpd semua rakyat dlm semua aspek. Undang2 adalah utk memudahkan kehidupan rakyat bukan untuk menyusahkan mereka.

Anonymous said...

Sebenarnya negara kehilangan peabur asing bukan kerana demonstrasi jalanan tetapi dasar-dasar pelaburan asing negara yang kurang menarik serta kos kehidupan yang semakin meningkat di Malaysia. Sebab itulah kebanyakan pelabur asing lebih suka melabur di Thailand dan Vietnam. Pertumbuhan GDP di Vietnam adalah 7.7% manakala di Indonesia ialah 7% sedangkan di Malaysia hanya 5.6% sahaja.

Ini adalah di sebabkan ketidakbijaksanaan pembuat dasar-dasar pelaburan negara yang semakin lama semakin merugikan rakyat. Tanpa pelaburan asing negara akan susah membangun.

Yang nampak dan jelas pelaburan asing di Mesia hanyalah dari Temasik Group yang melabur di WPI dan serata GLC milik kerajaan. Sedangkan kita tahu tujuan Temasik Group bukan sekadar melabur tapi untuk menguasai ekonomi sesuatu negara dan seterusnya menjajah negara tersebut tanpa di sedari.

Pilihlah dan undilah mereka-mereka yang bijak bekerja, telus, tiada rasuah dan bukan mereka yang bodoh, menguntungkan ahli keluarga sahaja dan seterusnya membuatkan pelabur asing tidak berminat melabur di Mesia.

Undi untuk perubahan.

Anonymous said...

Dalam ceramah DSAI beliau telah berjanji:

1. Harga minyak akan diturunkan serta merta pada 9hb Mac jika BA memerintah sebanyak 30 sen.

2. Pada 1hb April, semua pendidikan dari sekolah rendah hingga universiti adalah percuma.

3. Untung Petronas selepas cukai sebanyak RM80 billion bagi tahun berakhir 2007 akan di bahagikan kepada rakyat dalam bentuk penurunan harga barangan dan kemudahan lain demi keselesaan hidup rakyat. ( Ini tidak, staff Petronas dapat bonus 24 bulan gaji dan minima 6 bulan - duit siapa tu...bukankah duit rakyat marhaen)

Apa lagi yang nak tunggu? DAP hanya bertanding 44 kerusi parlimen dan selebihnya 180 kerusi di tandingi oleh PAS dan Keadilan. Tidak timbul DAP akan mengetuai pemerintahan jika BA menang. PAS dan Keadilan yang diketuai Melayu Islam akan memerintah.

Undi untuk perubahan. Undilah Barisan Alternatif (BA).

Anonymous said...

UNDILAH PAS DAN BA UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA YG LEBIH MAJU DAN MENGUTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT.

Anonymous said...

SALAM WALID.....
APE SALAH NYE NEK MAIMON....CALON GAK TAK CIAN KE TENGOK DIA KAYOH BASIKAL GI KEMPEN.....
APE KATE WAKIL BUDIMAN DARI GANU KE...TOLONG NEK MAIMON JADI DREBAR DIA KE...CALON SESUAI AKU RASA KAN KUDIN DSS KUANG KUANG KUANG....

LaN KidA said...

Salam semua,
Nampak gayanye dah tak terkira dah mana paling banyak antara BN dan pembangkang ni. Nampak2 macam pembangkang leading.... tapi yang sokong BN pun ramai jugak. Kita tengok jelah nanti keputusannya 8hb Mac nanti sebelah malamnya.

Syiok jugak kalau dapat kumpul ramai-ramai sambil tunggu2 keputusan pilihanraya ni. Pekena kopi O, teh tarik sambil sembang-sembang ramai2 depan TV catit keputusan, layan gitar sikit selagu, main 400 ke...hehe..kena buat rancangan ni...kumpul kengkawan. Amacam?

Sambil tu terus nyatakan pendapat dan pandangan anda di sini untuk memeriahkan lagi suasana pilihanraya yang tinggal lagi 3 hari saja.

Anonymous said...

HIDUP BEBAS.....UNDILAH KUNCI
OOI MAI LAH SOKONG BEBAS

LaN KidA said...

Salam,
Sape nak sokong Bebas kat DUN Batu Caves pun ada calun Bebas cap Payung kat area rumah Kudin. Poster dia lagi banyak dari calun BN dan PKR. Calun Bebas ni Melayu. Khabarnya nak kasi pecah undi sebab BN India, PKR Melayu dan Bebas tu Melayu...jadi BN ada chance menang sebab undi Melayu berpecah. Tu area rumah Kudin Mekanik.

Anonymous said...

Saya ada membaca sebuah buku karangan Imam Al-Qurtubi berkenaan dengan akhir zaman. Garapan beliau dalam buku itu sungguh menyedarkan saya. Sememangnya di saat ini, alam semakin hampir kepada kemusnahanya. Antara tandanya ialah sesuatu kaum/bangsa itu ditadbir oleh mereka yang bukan haknya, hukum agama di perlekehkan, ulama di persendakan, dan akan tiba satu saat di mana ilmu akan diangkat dari bumi sehingga manusia tidak mampu membezakan halal dan haram.

Saya tahu apa yang menjadi dasar PAS dalam memperjuangkan Agama. Dulu saya amat benci parti ini. Saya sering tertanya kenapa PAS tak jemu berjuang sedangkan mereka sering kalah. Saya melihat parti ini seperti miskin. Sehinggakan saya pernah bertanya mampukah parti yang miskin ini membangunkan negara? Dan sekiranya parti ini memerintah, adakah semua nikmat dunia yang kita sukai ini seperti artis glamour, sosial yang melampau dan pelbagai ini dinikmati lagi.

Tetapi sekarang saya faham kenapa PAS terus berjuang walau pun mereka di cemuh. Saya faham kenapa Nik Aziz tak pernah jemu dan sering tersenyum walau pun beliau di keji. Semuanya kerana dengan niat yang satu iaitu untuk mengelakkan kemusnahan itu berlaku akibat dari kelalaian manusia yang semakin teruk.

Pasti ada yang berkata kalau alim sangat Nik Aziz tu, kenapa beliau sanggup mencemuh orang lain. Saya nak tanya pembaca semua, jika kita tidak suka melihat keburukan itu terus berlaku, adakah kita harus berdiam diri sahaja dan jadi seperti batu dan hanya bertindak bila natijah dari keburukan tersebut kelihatan? Dan adakah kita harus memandang sahaja sesuatu keburukan itu sehingga akhirnya kita juga yang rasa akan kesakitannya. Sedangkan di dalam Islam bukan begitu. Kita dinasihatkan seandainya kita tidak suka kita harus tunjukkan dengan perbuatan, jika kita lemah kita boleh berbicara dan sekiranya kita tidak berdaya menghalang keburukan itu, kita menolaknya di dalam hati. Saya bersyukur sebab parti BA tidak menggunakan kaedah yang pertama sebab otak mereka ini masih berfungsi dan waras.

Saya amat sayangkan Malaysia ini, saya juga terlalu mencintai Agama ini. Banyak perkara yang berlaku disekeliling amat menyedarkan saya dan membuatkan saya semakin matang. Sepupu saya yang berkelulusan Al-Azhar dalam bidang Tahfiz hancur ditangan BN bila di sogok dengan segala kemewahan. Anak saudara kakak ipar yang bijak pandai dalam bidang undang-undang musnah di tangan BN bila diberi kemewahan. Dan sekarang gah memegang jawatan tinggi dalam kabinet. Undang2 dipraktiskan utk kroni dan bukan berjuang untuk rakyat. Abang2 saya berkelulusan Tahfiz pernah di pelawa menyokong kerajaan tetapi di tolak dengan dasar Islam itu harus dijunjung. Mereka masih dgn PAS dan hidup sederhana. Hidup mereka tidak melarat, sentiasa tersenyum, amat merendah diri, begitu tenang dalam keadaan apa sekali pun. Mereka amat disukai oleh masyarakat sekeliling dan saya bersyukur kerena menjadi adik mereka.

Cerita ini bukan dongeng dan juga bukan untuk bermegah diri tetapi untuk memberitahu kepada teman-teman semua, duit itu boleh dicari, kekayaan itu boleh dicari, segala nikmat dunia boleh dicari tetapi jangan kita tertipu bahawa nikmat dunia yang Allah beri adalah 1% sahaja dari 100% nikmat yang Allah sediakan dan lebih 99% itu akan dicampur kembali dgn 1% = 100% dan akan diberi semuanya kepada mereka yang berhak di syurga nanti. Itulah janji Allah pada makhluknya.

Pada penganut agama lain, usahlah takut sekiranya BA menang. Dalam agama apa pun menyeru kepada kebaikan. Sekiranya anda ditadbir oleh mereka yang betul2 memerintah secara Islam, anda akan melihat sendiri betapa indahnya Islam itu. Dan anda akan mengakui bahawa sekiranya Malaysia ini ditadbir mengikut Islam sebenarnya dari dulu lagi, pembangunan itu akan lebih pesat dan lebih berjaya serta lebih bermakna.

Wassalam.
Undilah PAS..hanya PAS sahaja jemaah yang memperjuangkan islam.

Anonymous said...

Kejayaan BA semakin hampir dan rata-rata yang ditemui yang jadi pengundi totok kepada BN dah tukar kepada BA. Insyaallah sekurang-kurangnya majoriti 2/3 BN tidak akan tercapai dan barisan pembangkang yang kuat akan duduk di parlimen. Itupun jika PU12 ini dapat dijalankan secara telus dan adil tanpa penipuan.

Undi Barisan Alternatif untuk perubahan!

Anonymous said...

info : harga minyak di negara pengeluar minyak 1 liter. Malaysia RM1.92, Iran RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkmenistan RM0.39, Saudi RM0.19, Mesir RM0.81. Undilah BN(Barang Naik)

Anonymous said...

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

Banyak sungguh bumi yang kita pijak sekarang ni milik Cina. Kenapa sampai bumi yg kita pijak ni milik Cina? siapa yang perintah Malaysia ni sampaikan bumi yg kita pijak milik orang lain? PAS ke? eh UMNO la yg perintah. maka tolaklah UMNO.

Dulu masa perjanjian kemerdekaan Malaysia, semua Melayu akan dapat biasiswa. Sekarang, mana biasiswa? Semua dah jadi loan, semua kita kena bayar. Mana hak keistimewaan orang Melayu? Anak koi, koi boleh tanggung, koi tak kisah. Tapi anak sepupu koi yang suami sepupu koi tu yang tak sekolah tinggi tu, tapi anak dia cerdik macam koi tu, siapa nak tanggung? Anak dia 6 orang wo! Koi tak larat nak tanggung. Anak abang koi yg jual ikan kat Besut tu, yang 7 orang dan cerdik-cerdik belaka tu, camne kalau dia nak masuk U nanti?

Dulu kita janji semua orang Melayu boleh dapat Biasiswa, kenapa UMNO mansuhkan biasiswa? Siapa yang memerintah tu? oooo UMNO

Anonymous said...

JANGAN LUPA UNDILAH BN......

Anonymous said...

Kalau rasa masih x sedar lagi(maklumlah asyik dok tido aje!)& mau diri diperbodohkan oleh pemerintah...engka orang undilah BN!!!

Anonymous said...

AIK P88/N30 MARAH NAMPAK......
KPD P88/N30 MARI KITA TENGOK SAPA YG TIDO ATAU DITIDOKAN......
YG TERTIDO TAK PE LA TAK SENGAJA KAN..
TAPI YG DITIDOKAN TU YG BAHAYA LEKA DIULIT MIMPI YG TAK REALITI..