Monday, March 10, 2008

apAbiLa rAkyAt beRSuaRA

Pagi Sabtu 8hb Mac 2008, saya sekeluarga memulakan perjalanan pilihanraya kami bertolak keluar dari rumah kira-kira jam 9-00 pagi dan terus menuju ke Sek Men Cochrane berhampiran Taman Maluri bagi SK menunaikan kewajipan melakukan pengundian. Sampai disana kelihatan ramai orang dan pihak Polis mengawal lalulintas. Pondok-pondok panas parti BN dan BA yang terletak agak jauh dari tempat mengundi menyebabkan peraih-peraih undi tidak begitu aggresif. Mungkin di KL, peraturan pilihanraya di terapkan dengan agak tegas sedikit. Bagaimanapun keadaan nampak teratur dan tidak sampai setengah jam, SK sudahpun siap melakukan pengundian.

Selesai SK mengundi, kami sekeluarga singgah sebentar untuk minum dan makan tengahari di sebuah restoran di Taman Maluri, sebelum melangkah menuju ke Pahang untuk destinasi pengundian seterusnya. Mengharungi Lebuhraya MRR2 yang penuh sesak bermula dari Kg Pandan menyebabkan saya mencari alternatif melalui jalan-jalan di Keramat dan pusat bandar. Rupa-rupanya kesesakan ke Lebuhraya Pantai Timur telah bermula sejak dari hari Jumaat lagi kerana banyak kenderaan yang ingin ke Kelantan, Pahang dan Terengganu. Hampir satu jam barulah saya dapat melepasi Kuala Lumpur dan sampai ke Tol Gombak untuk ke Temerloh.

Saya sampai di Sek Men Jalan Bahagia, Temerloh, Pahang kira-kira jam 2-30 petang dan kelihatan kenderaan begitu banyak di kiri-kanan jalan. Pondok-pondok panas BN dan BA di tempatkan betul-betul dipintu masuk ke pusat mengundi dan kelihatan ramai peraih-peraih undi berkeliaran. Suasana begitu meriah walaupun agak kelamkabut dengan kenderaan lalulalang. Sebaik sampai, saya di sambut oleh peraih-peraih BA yang bertanyakan khabar dan menyampaikan mesej mereka. Sementara itu di pondok panas BN, peraih dan petugas yang kesemuanya terdiri dari orang-orang kampung saya iaitu Kg Bukit Kelulut telah menyedari kehadiran saya dan mereka mula menjerit nama saya dari jauh. Saya meninggalkan peraih BA dan terus ke pondok panas BN berjumpa dengan semua petugas, kawan-kawan sekampung, kakak2 dan makcik2 yang semuanya orang-orang sekampung dengan saya dan mereka bertanyakan khabar dan mengerumuni saya.

Saya minta diri kepada mereka untuk ke tempat mengundi dan mereka mengiringi saya sehingga ke bilik pengundian. Selesai mengundi, hujan lebat turun dengan tiba-tiba dan saya terperangkap di tempat undian. Namun begitu 10 minit kemudian hujan tiba-tiba reda dan setelah bersalaman dengan orang-orang kampung saya, saya terus meninggalkan pusat pengundian kira-kira jam 4-30 petang.

Apabila keputusan pilihanraya di umumkan lewat tengah malam, Parlimen Temerloh telah dimenangi oleh BN sementara DUN Semantan pula di menangi oleh PAS. Alhamdulillah, tidak sia-sia juga saya balik ke Temerloh melakukan undian.

Sesungguhnya keputusan PRU ke 12 ini yang menyaksikan kejutan-kejutan yang menyebabkan BN cuma mampu meraih majoriti mudah sebanyak 140 kerusi Parlimen dan BA telah menyapu 82 kerusi sesuatu yang agak memeranjatkan dengan jangkaan pilihanraya ini di jalankan dengan penuh tipuhelah seperti tahun 1999. Namun ternyata perancangan jahat sesetengah pihak di gagalkan oleh Allah swt dan pengundian telah dapat menggambarkan isi hati rakyat. Kejatuhan 5 negeri di tangan BA mencerminkan suara rakyat yang inginkan perubahan. Kini telah ada suara-suara di dalam BN yang mahukan tindakan-tindakan drastik di buat untuk menyelamatkan BN dari terus menjadi tidak relevan dalam arena politik tanah air.

Penguasaan BN keatas Terengganu dan Perlis agak memeranjatkan saya juga kerana dijangka 2 buah negeri tersebut akan mengalami perubahan undi yang ketara. Namun akhirnya rakyat negeri tersebut masih memilih BN untuk terus memerintah walaupun kedengaran terdapat penipuan dalam pengundian. Pahang pula masih tidak berubah dengan sentimen BN masih lagi begitu kuat dikalangan rakyat Pahang terutama di kampung-kampung dan suatu tindakan yang istimewa perlu dilakukan oleh BA jika ingin menambat hati pengundi di Pahang.

Kini PRU12 telahpun selesai dan kita semua telah memilih kerajaan untuk 5 tahun akan datang. Namun debaran kita semua masih belum berakhir lagi kerana pembentukan kerajaan di negeri-negeri masih dalam proses tindakan. Barisan Exco dan nama Menteri Besar baik di negeri yang dikuasai BN atau BA di tunggu-tunggu. Desakan-desakan dan tekanan pihak-pihak tertentu ke atas pucuk pimpinan negara di kalangan BN begitu kuat dan barisan kabinet baru BN juga di tunggu. Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan November nanti tentunya akan menjadi gelanggang halatuju pemerintahan negara jika tiada tindakan drastik di lakukan sekarang dalam pembentukan kabinet negara.

PRU12 pada saya telah mencapai sebahagian matlamat rakyat dan kini perubahan drastik dalam operasi pemerintahan negara begitu di tunggu2. Itu cerita saya berkaitan PRU12 dan terima kasih kepada kengkawan seperti Walid, Fadil, Kudin, Niazor, Kitang, Wani dan yang lain-lain yang telah call dan mengirimkan sms kepada saya di malam keputusan pilihanraya untuk menyuarakan pandangan mereka. Apa pandangan anda pula? ( Nak guna anonymous lagi pun boleh juga)

24 comments:

Anonymous said...

Salam,

Baru jumpa blog ni..menarik. Saya asal dari Jerantut, skrg tinggal dikwsn di mana hampir setiap hari tolong menggantung poster/bendera untuk Dr. Dzulkifli Ahmad dan Hairi Darmo...kat mana agaknye tu??? hehehe...tapi mengundi untuk Nurul Izzah..cadang next election tukar ke sini sbb tak puas rasanya pangkah satu shj...kg saya DUN Damak..walaupun sedih kerana calon MCA masih menang tapi nampaknya majoriti dah jauh kurang kalau takde calon Bebas mungkin kita boleh menang...tapi saluran undi di kg saya BN kalah...ada peningkatan..saya rasa pengundi di Pahang masih belum sedia terima perubahan atau mungkin masih belum sedar lagi..harap2 anak2 Pahang di yang perantauan ni kalau balik kg bantulah sedaya mungkin utk sedarkan org kg...moga pilihanraya akan datang kita berjaya..amin..insyaallah..

Anonymous said...

masa PRU12, saya bertugas PACA-polling agent counting agent. Giliran pertama dan terakhir mengira undi. Seronok! Pengalaman pertama, selama ni merayu undi je.

Walaupun tempat saya kalah, tapi bagi saya seluruh negara menang kerana dapat menafikan 2/3. Yang untungnya rakyat.

polling agent tak susah, orang datang, kerani akan terikan no siri dia, kita cari dan potong. saya dapat tangkat kerani yg potong kertas undi tu tulis no siri pengundi kat kertas undi, saya tegur dan dia berhenti. kawan saya lak dapat tangkap pengundi yang undi dua kali, tapi dia tak tahan orang tu dari mengundi, dia lepaskan cuma dia buat bantahan satu salinan sahaja sebab ada satu borang saja. sepatutnya bantahan kena buat 2 salinan, 1 utk SPR dan 1 lagi kita simpan.

kira undi penat sikit. mula-mula dia kira jumlah kertas, pas tu dia tayang satu persatu kertas undi tu kat kita. so kita catitlah di column BN atau PAS. then kita kira. kendian dia kira sekali lagi berapa BN dan berapa PAS.

dah siap semua kita sign borang mengatakan itulah jumlah undi yg kita dapat. namanya borang 14. sepatutnya kita escort peti undi ke tempat perjumlahan undi, tapi saya tak ikut, sebab arahan kata tak payah escort. silap tu.

apa-apapun seronok sebab rakyat akan dapat benefit dari kerajaan baru

faktor kejayaan
1. Starbuck generation
2. Hindraf swing
3. rasuah BN
4. kelemahan calon BN - tak pas SRP pun boleh masuk calon -appa raa

Anonymous said...

Salam,
Nampaknya PakLah masih lagi tidak dapat menyelami aspirasi rakyat dan ahli-ahli UMNO yang mahukan beliau berundur secara terhormat. Pemilihan UMNO pada November ini akan menjadi medan pertempuran yang sewajarnya buat beliau.

Buat BUDIMAN dan rakyat Malaysia, syabas kerana berani membuat perubahan dan menyatakan isi suara hati anda semua.

PakLah telah mengangkat sumpah menjadi PM pagi tadi. Kini kita tunggu barisan kabinet beliau dan nama yang paling ditunggu tentunya menantu beliau yang akan memegang potfolio apa. Apakah Kem Kewangan atau Kem Pendidikan?

Yang nyata PakLah akan terus menjadi liabiliti kepada BN dan harapan untuk terus menggamit rakyat Malaysia untuk terus bersama BN akan kian pudar jika beliau masih terus bersama.

Yang tentu akan susah hati ialah kroni anak menantu beliau terutama di Penang seperti Patrick Lim yang telah menguasai sebahagian tanah di Balik Pulau serta Bayan Lepas bagi pembangunan Penang Mega City kerana di bawah DAP sudah tentunya ia akan di saring setelus-telusnya. Pembangunan2 lain di NCER seperti di Perlis rasa-rasanya tidak akan terjejas begitu juga di WPI di Johor. Begitu juga ECER di Pantai Timur.

Yang paling utama, apakah langkah-langkah BN seterusnya bagi memenangi hati rakyat marhaen yang tidak pedulikan pembangunan berbillion ringgit. Yang mereka dahagakan penurunan kos kehidupan dan peningkatan upah dan gaji untuk menempuh hidup sehari-harian. Jika BN masih tetap angkuh untuk menaikkan harga petrol (sekaligus menaikkan harga barangan), harga TOL dan lain-lain maka alamatnya rakyat akan terus menekan dan tidak mustahil BN akan terus menjadi tidak relevan lagi di PRU13 nanti. Bagi masyarakat perniagaan pula selagi semua kontrak kerajaan tidak dibahagikan sama rata dan hanya kepada puak-puak anak menantu sahaja, maka sekali lagi masyarakat professional dan perniagaan akan menidakkan BN lagi.

Sama-sama kita tunggu.

Anonymous said...

Urusniaga BSKL digantung pada pukol 2-30 petang tadi kerana kejatuhan indeks komposit melebihi 10%. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perniagaan dan pelabur sudah tidak yakin lagi dengan PakLah dan selagi PakLah bertegas mahu menjadi PM, selagi itulah ekonomi Malaysia akan terus merudum... apalah susah sangat PakLah oii...Tunku Abd Rahman dulu semasa kejatuhan Penang, Perak dan selangor ke tangan pembangkang pada tahun 1969 sehingga menjadi peristiwa 13 Mei telah meletakkan jawatan secara terhormat... apa kena dengan kamu ni PakLah? Nak orang jatuhkan cara hina ker?

Anonymous said...

Kami tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Pak Lah wlupun BN gagal utk mendapatkan 2/3 majoriti n juga kehilangan kuasa di 4 buah negeri.. Alhamdulillah, Allah swt masih sayangkan BN dan diberikan Federal n beberapa negeri lain utk terus berkuasa. Yang penting perjuangan membela bangsa Melayu tetap menjadi agenda utama UMNO. Kami akan melihat samada DAP, PKR & PAS dapat menunaikan janji2 mereka utk membuat perubahan seperti yang terdapat dlm manifesto pilihanraya mereka.. Selama ini pembangkang hanya tahu mencaci, mencerca, menghina, dll semasa pemerintahan BN. Mungkin ramai orang seperti saya yang suka memarahi pemain bolasepak bila mereka tak pandai nak gelecek, defence, score gol bila menonton bola.. habis semua pemain dipadang bola saya panggil bodoh bila mereka gagal.. tapi bila bola berada dikaki saya.. barulah saya tahu x senang nak bermain bola ni....Skrg Pembangkang dah menjadi Pemerintah utk 5 negeri.. Lakukanlah sepertimana yang dijanjikan.. Jangan cakap tak serupa bikin..Pada pemimpin yang beragama Islam jika x ditunaikan janji, Berdosa n Haram (mungkin dia orang tau).. Bgmana dgn pemimpin yang bukan beragama Islam.. Peduli apa mereka!! Yang paling penting, jangan menang sorak dan akhirnya kampung tergadai. Marahkan nyamuk sekor dua, habis kelambu dibakar.. DEB telah dihapuskan di Penang.. DAP memboikot acara angkat sumpah di Perak sbb PAS yang menang kerusi DUN paling sikit dilantik sbg MB... INI baru permulaan yang MALANG bagi Orang2 Melayu yang beragama Islam...Kami nak tengok apa lagi agenda DAP & PKR dlm meminggirkan orang2 Melayu sbb 2 parti ini terang2 nak membela semua kaum sama rata, kata mereka.. Adakah semua Melayu dah bersedia utk ditarik tongkat ajaibnya...?? Lebih2lagi EXCO dari DAP yang akan menjaga urusan Tanah di negeri jajahan mereka.. Siapa yang akan menentang mereka jika banyak tanah diambil utk didirikan temple mahupun gereja..?? Adakah orang PAS akan melihat shj sbb utk menjaga hati rakan2 kongsi mereka? Tunggu n Lihat lah bangsa Melayu Islam ku.....

Anonymous said...

HAA..HAA..
MELAYU.... BARU DAP KATA TAK NAK PAKAI DEB DAH TERKEDU....BELUM BUANG LAGI. CAMNO SERONOK TAK PERMAINAN INI. INGATLAH SIKIT KALAU DAH ADA KUASA TU, JAGALAH ELOK2. JANGAN BUAT MACAM PERJUDIAN ATAU PERCUBAAN. KITA TEST DULU SEPENGGAL DUA KE, NAMTI SILAP LANGKAH TERGADAI SEMUA! ORANG LAIN TUNGGU PELUANG JE NAK CILOK.ITULAH NASIB MELAYU APAKATA ORANG UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM MAKNANYA TAK ADA APE APE FAEDAH PUNGGGGGG
KALAU NAK GELAK GELAKLAH SEKARANG SEPUAS-PUAS HATI SEBAB NANTI KITA AKAN MENANGIS MENGENAGKAN UNTUNG SABUT & UNTUNG BATU.....

KUASA MELAYU KUASA ISLAM

Anonymous said...

Hahaha,
Dah tentu yang penakut apabila DAP dan PKR serta PAS memerintah ialah puak-puak Melayu seperti ini (macam kat atas tu...hehehe)... sebab kontrak yang Pak Lah bagi kat depa di Penang akan ditarik balik...hahaha...padan muka depa...kontrak yang Toyo bagi kat Selangor akan ditarik balik....hahaha...padan muka Puncak Niaga.... DEB takde...orang Melayu dah ketar lutut....apa punya orang Melayu la.... takde semangat nak bersaing langsung.... masa nilah kita test tengok orang Melayu pandai ke bodoh macam masa BN.... jangan jadi Melayu BN yang sentiasa mengharapkan subsidi dan harap orang jer basuh berak dia memanjang.... sedarlah wahai Melayu...inilah masanya untuk kita berusaha bersungguh dan menunjukkan kecekapan dan kepandaian kita dalam bersaing dengan bangsa-bangsa lain... AKU SEBAGAI MELAYU MENYOKONG PENUH PENGHAPUSAN DEB!!

Aku sekarang pun bekerja dimana kat department aku ada 200 orang Cina dan 4 saja Melayu di Company yang 100% milik Cina dan aku sebagai Asst Manager kat situ....dah lama dah aku bersaing dengan Cina ni dan aku percaya insyaallah jika memang rezeki dah Allah tetapkan pada kita dan berusaha nescaya Allah swt akan limpahkan juga rezeki tersebut.

Jangan jadikan DEB sebagai alasan untuk di halang rezeki kononnnya, kerana Allah swt pemberi rezeki, bukan Cina, bukan India dan bukan kerajaan BN.

DEB itulah yang sebenarnya mencetuskan kronism, rasuah, kontrak tanpa tender dan macam-macam bentuk penyelewengan. Go DEB Go....U can Go to Hell!

Anonymous said...

Sokong....percaya ketentuan dari Allah sahaja dan bukan nasib orang Melayu dan Islam bergantung kepada DEB. Apa punya jenis orang Islam la yang kata DEB dan BN penentu nasib Melayu dan Islam...mengucap la bang! Allah penentu segala-galanya...Semua yang berlaku dalam PRU12 ni sudah ketentuan Allah. Dan Allah hanya memberi yang terbaik kepada umatnya. Orang BN je yang tak nampak lagi kebaikan yang Allah telah berikan kepada kita melalui PRU12 ini... orang BN sahaja yang masih tak boleh menerima ketentuan yang Allah telah jadikan untuk PRU12 ini.... bawak mengucap bang!

Anonymous said...

ada juga melayu yg tak kenang budi sedarlah sikit selama ni kita ni belajar pun atas ihsan DEB atau asst mgr ni kecik dulu belajar kat sekolah swasta kot tu yg anti DEB macam puak DAP tu....memang lah rezeki tuhan yg bagi kat kita tapi kalau tak ade fikiran pemimpin terdahulu (yg dikurnIakan ALLAH akal fikiran utk majukan bangsa melayu hingga lahirkan DEB yg sogok peibagai 'subsidi' tu) rasanya asst mgr tu skrg belum tentu lagi asst mgr kot tah tah kerja kampung kot hee...
DEB TU PUN REZEKI JUGAK YG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH KPD ORG MELAYU....TAPI SAYANG TELAH SALAH DIURUSKAN..
WAHAI ANTI DEB BAIK KAU ORANG BAKAR JE SIJIL KE DIPLOMA KE ATAU IJAZAH KAU TU KE KERANA IA HASIL DARI DEB LA.....

Anonymous said...

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA... BIARKAN.. BIARKAN.. MELAYU KAN MUDAH LUPA....MELAYU KAN BANGSA YANG BANGSAT... MELAYU KAN BANGSA YANG TERHINA.. ASYIK KENA JAJAH SBB HASAD DENGKI SESAMA BANGSA.. MELAYU AKAN TERUS LAYU DISBBKAN TERLALU MUDAH MENGIKUT MCM LEMBU DI CUCUK HIDUNG...TAKDE KEPALA HOTAK UTK BERFIKIR MELAINKAN MENGIKUT PERASAAN..KONONNYA KETURUNAN PENDEKAR...PANTANG DICABAR.. HEHEHEHE... MELAYU..MELAYU...INI SAJELAH KEPANDAIAN MELAYU..HAHAHA...

Anonymous said...

Saudara/i Budiman sekelian:
ingatlah, pemimpin yang hampeh akan melahirkan generasi yang hampeh...

sebab tu melayu di negara kita tak maju-maju kerana kita sendiri bersengkongkol dengan pemimpin yang korup yang mementingkan agenda politik perut sendiri...
sudah lah, dah berpuluh tahun aku tengok kerjaan melayu (kerajaan BN) memerintah negara....naik muak aku tengok pemimpin melayu sendiri yang menjual dan mengadai maruah bangsa mereka sendiri. bangsa lain tak buat begini kat bangsa mereka..
Sekarang, bila dah kalah kat pilihanraya, baru tersedar, baru terhegeh-hegeh nak bela rakyat, nak bela bangsa.. pegi mampos and go to hell, you idots !!
Percayalah, kita akan benar2 akan menjadi bangsa dan ugama yang maju didunia ini sekira kita tolak semua pemimpin yang korup dan low life dan berusaha ke arah tersebut dengan hanya dengan pemimpin yang benar2 berjuang untuk rakyat dan bangsa serta ugamanya sendiri.

Anonymous said...

Inilah diantara kelemahan bangsa Melayu.. Asyik nak berbalah.. Pilihanraya dah lepas.. Mandat baru dah diberikan.. Sekarang masa utk bekerja.. Masing2 kena teruskan tanggungjawab n amanah yang diberikan. Bukannya nak terus bersengketa.. Dah jadi mcm bangsa Palestine pulak bila dah berpecah mcm ni.. Tapi tak tentu nak berjihad jika berlaku perang..Sbb masing2 takut mati.. Semangat nak bergaduh ada, tapi semangat nak mati belum tentu lagi.. Hentikanlah bersengketaan dan perbalahan ini sblm Budiman menjadi puak yang berpecah belah kerana fahaman politik masing2...

Anonymous said...

harap mana2 melayu yg tak suka kan DEB tu kalau buat bisnes jangan lah bila jumpa kawan2 mintak kontrak ye jgn gunakan istilah 'tolong kawan' ye cubalah masuk tender bersaing dgn cina taukeh tu tak yah mintak tolong sapa2 jgn cuba cari kroni atau geng pastu tu tengok sendirila ade masuk ke tarak masuk. aku sebenarnya respek kat si asst mgr yg sorang tu antara 4 ekor melayu yg bangga jadi kuli cina tu walaupun cina tu bagi kau pangkat asst mgr ke general mgr ke kau tu sebenar kuli batak cina atau paling sedap barua cina sebab dia akan gunakan kau sebagai proxy bumiputra utk cukupkan kota bumiputra dlm sykt dia je orang cina tak akan baik dgn kita tanpa sebab mesti ada sesuatu yg diingini dari kita jadi bersedialah utk membalas budinya, jadi berbangga lah kau sbg barua cina sampai ke mati......AKU KERJA KAT SYKT BUMIPUTRA DIKUASAI OLEH BANGSA CINA ITU SEBAB AKU MENYAMPAH DGN ORANG CINA DAN MELAYU YG PENYEMBAH.....

Anonymous said...

Anak kecil main api
terbakat hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

Sebelum dAP memerintah Penang pun bumi yang kita pijak banyak milik China. sana sini kita pergi premis perniagaan 80% milik China. berapa lama dah BN memerintah? 50 tahun beb! Berapa kerat yang milik Melayu? Sudahlah. Selama ni BN juga yang memerintah, UMNO gak yang jadi Perdana Menteri. Perdana Menteri mana yang hapuskan biasiswa? PM UMNO gak. Apa yang UMNO boleh buat? Sengih je, eh tu bagus tu..... tapi anak MElayu kita yang rugi, nak belajar kena bayar balik, sedangkan perjanjiannya masa nak merdeka dulu, kita akan dapat pendidikan percuma.

PM mana yang suruh buat exam dalam Bahasa Inggeris? PM UMNO gak. Kat Thailand tu dia punya tourist guide pun terkulat-kulat cakap omputih, tapi maju gak dia, pertanian dia lebih hebat dari kita. Kat Malaysia tak pandai cakap omputih payah nak dapat kerja. sebabnya bisnes banyak dikuasai oleh China.

Yang saya nampak selepas PRU 12 ni ialah kebangkitan raja-raja kecuali Sultan Pahang. yang tu payah nak cakapla, sultan celebriti. Pi iringi calon BN merayu undi. satu-satunya sultan yang menganjurkan sukan antara celebriti. sultan Perak dan Selangor pasti rasa berbangga sebab keputusan untuk melantik MB diserahkan kepada baginda berdua. Baru nampak peranan raja. selama ni rakyat bawahan bagi nama raja sign je. Sultan Perlis & Sultan Terengganu jeles, baginda sultan pun teringin juga nak tunjuk daulat. Maka terjadilah apa yang terjadi. Terkedu hamba rakyat bila Sultan tunjuk kuasa. Cubalah respek sikit kat sultan. Kata sultan ketua negeri, nape tak nak ikut cakap sultan?

Saya sebagai rakyat marhain, rasa seronok bila Sultan boleh bersuara. bersuaralah wahai sultanku. Tunjukkanlah daulat tuanku.

Anonymous said...

Balik-balik kalau orang BN ni bercakap..asyik2 nak kenang budi, kenang budi.... macam la BN tu berbudi sangat.... apakah pelajaran, jalanraya, subsidi yang sikit-sikit tu nak kena kenang budi BN ker? Tu kan dah tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk menyediakan segala prasarana kepada rakyat. Tulah gunanya kerajaan.

Sekarang ni bila PAS,PKR dan DAP memerintah...orang BN jangan lupa pula untuk kenang budi kerajaan Barisan Rakyat ni yer...

Bodoh punye orang yang kenang budi... kalau orang tu dah rogol adik ko pun ko nak kenang budi lagi walaupun dia tu sponsor ko belajar? Kenanglah budi kerajaan BN yang jadi perosak bangsa, agama dan negara tu wahai orang BN yang masih totok dan tak sedar-sedar tu...

Anonymous said...

Koi rasa sekarang Allah dah terbalikkan semua perkara yang pembangkang buat dulu kini dah jadi perbuatan orang BN pulok. Tengoklah orang BN sekarang dah pandai berdemontrasi, dah pandai buat petisyen suroh pemimpin berhenti... tak lama lagi pandai la dia orang ni buat molotov cocktail pulok. Blog UMNO pulok dah pandai kritik pemimpin itu, pemimpin ini...pandai minta kerajaan suruh tunaikan janji manifesto la....syiok jugak sekarang BN dah jadi pembangkang....kakaka...baru dia orang tahu betapa peritnya jadi pembangkang.

Tulah perangcangan Allah tu lebih hebat lagi dari perancangan BN....sekarang ambik rasa...dulu mengata orang sangat!

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KERANA ALLAH TELAH MEMBERIKAN SEBAHAGIAN KEMENANGAN KEPADA PERJUANGAN RAKYAT. LAKSANAKANLAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI SEBAIK MUNGKIN UNTUK PERSIAPAN MERAIH KEMENANGAN YG LEBIH BESAR LAGI PADA PRU 13 MUNGKIN LEBIH AWAL KALAU ADA YG SUDI MENYERTAI PERJUANGAN RAKYAT(MELOMPAT PARTI). KEPADA PENYOKONG BN HARAP BERSABAR, INI PILIHAN RAKYAT DAN DIIZINKAN OLEH ALLAH. TUAN2 TELAH DIBERIKAN PELUANG OLEH ALLAH SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH NEGARA INI DAN MASIH LAGI BERKUASA JADI GUNAKANLAH PELUANG INI UNTUK BERKHIDMAT KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BUKAN UNTUK ANAK BERANAK TUAN2 SAHAJA. JANGAN SUSAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT, BERUSAHA MAJUKAN NEGARA, JANGAN GADAI MARUAH TANAH AIR. KALAU NEGARA KAYA DAN MAJU BIARLAH RAKYATNYA TURUT MERASA KEMEWAHANNYA BUKAN SEKADAR DAPAT MEMANDANG DAN BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN NEGARA.
BERI PELUANG KEPADA KERAJAAN BARISAN RAKYAT MENTADBIR BEBERAPA BUAH NEGERI DAN KITA BUAT PENILAIAN APABILA TIBA MASANYA NANTI. JANGAN SABOTAJ KERANA TUAN2 KALAH TAPI KRITIKLAH KALAU IANYA DAPAT MEMBANTU MEMBERI MENAFAAT KEPADA RAKYAT TERBANYAK. TAK SEMUA CINA JAHAT DAN TAK SEMUA MELAYU BAIK. KITA MASIH ADA RAJA SEBAGAI KETUA NEGARA. RODONG2 BUDIMAN KENA RASIONAL DALAM PERKARA INI. JANGAN TERLALU EMOSI MACAM CALON2 BN YG KALAH. BERDOALAH SEMOGA NEGARA KITA INI AKAN SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DAN BARAKAH DARI ALLAH SWT.

TAKBIRRRRRRR.........

Anonymous said...

ALAHAI BUDIMAN SEMUA PRU13 NANTI KAU ORANG VOLUNTIER LA JADI MANA2 CALUN KALAU BN TAK YAH LAH KENA SEMBUR JE......

Anonymous said...

Sembang-sembang selepas pilihanraya...

Mengapa orang Melayu tinggalkan Umno?
Itulah persoalan yang perlu dibincang dan difikirkan oleh pemuka-pemuka Umno. Dulu orang Melayu tiada alternatif, tiada pilihan, sebagaiman pernah diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir, hatta letak tunggul kayu sekalipun orang Melayu akan memangkah Umno, tetapi kini bagaimana?

Ternyata PAS telah membuktikan yang mereka juga mampu. "Style" kepimpinan PAS lebih meyakinkan dan menarik perhatian dan sokongan orang-orang Melayu. Tokoh-tokoh seperti Tok Guru Nik Abd Aziz dan Hj Abd Hadi Awang, bersih, ikhlas dan jujur, telus, kualiti berharga yang tiada dikalangan pimpinan Umno. Tokoh-tokoh muda yang bertenaga dan berkelayakan seperti Nasharudin Mat Isa, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr. Hatta Ramli, Dr Mujahid Rawa, Ir Amiruddin, Takiyuddin jauh mengerhanai pimpinan muda dalam Umno.

Begitu juga dengan pimpinan Melayu dalam PKR. Ketokohan Dato Seri Anwar tiada tolok bandingnya. Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Tan Sri Khalid Ibrahim semuanya terserlah kalau nak dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang berada dalam Umno hari ini.

Orang Melayu sudah bosan dengan rasuah, salah-gunakuasa, kronisma, nepotisma. Keyakinan terhadap Umno semakin layu dan luntur apabila pimpinan yang ada terus lesu dan tidak bermaya disamping mempamirkan akhlak dan moral yang dibenci.

Lalu bila ada pilihan, bila ada alternatif, salahkah orang Melayu bertukar selera? Bagi orang Melayu yang berani membuat perubahan dalam PRU ke 12, mereka berubah dari yang buruk kepada yang jauh lebih baik. Jangan salahkan orang Melayu. Mereka tidak durhaka, Umnolah yang telah mendurhakai amanat yang diberi. Kata Laksmana Hang Tuah "Tak Melayu hilang di dunia", memang benar. Kalau Umno hilang sekalipun, Melayu insyallah tidak hilang, kerana Umno bukan Melayu dan Melayu bukan Umno.

Anonymous said...

ULASAN ATAU KOMEN YANG MEREPEK DAN TAK BERASAS ATAU LEBIH TEPAT BODOH. TAK TAHU TENTANG POLITIK NAK CAKAP HAL POLITIK. MELAYU SAMA MELAYU PUN NAK BERBALAH. LEPAS MELAYU JATUH SAPA NAK TOLONG MELAYU? AKU TENGOK DALAM PADA MENGUTUK BN ATAU KERAJAAN YANG MEMERINTAH ADA JUGA YANG MENGEMIS PADA KERAJAAN. CONTOHNYA ANAK KAMU SEKOLAH JUGA SEKOLAH KERJAAN. DAN AKU DENGAR KHABAR TUAN BLOG NI SANGGUP KE JOHOR UNTUK MENYERTAI WPI. TU PROJEK SAPA? PROJEK PAS, PKR DAN DAP? KALAU TAK SUKA KERAJAAN MAKA JANGAN SERTAI AKTIVITI KERAJAAN. KALAU RASA KERJAAN TU TAK BETUL MAKA MEREKA YANG CAKAP BESAR KONON KENAL VIP ATAU MENTERI TU PERGI NASIHATKAN PAK MENTERI TU MACAM MANA BENDA YANG BETUL. NI DEPAN VIP JADI PENGAMPU TAPI KAT BLOG NI JADI AYAM JANTAN NAK BERKOKOK. BILA KOMEN NI PEDAS DAN TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI, MAKA DENGAN PANTAS KOMEN ITU DI HAPUSKAN. AKAN DATANG KALAU NEGARA DI TADBIR DAP (HARAP IANYA TAK KAN BERLAKU) BARU MASA TU BANGSA MELAYU NAK MENANGIS DAN BERSATU. TAPI "SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT". PADA AKU BIARLAH JADI SEPERTI LEMBU KENA CUCUK HIDUNG PADA GEMBALANYA MELAYU DARIPADA LEMBU KENA CUCUK HIDUNG PADA GEMBALANYA CINA. APA PUN ASSALAMUALAIKUM WAHAI TUAN PUNYA BLOG YANG SUDAH MULA HILANG IDENTITI SENDIRI YANG SUKA TIMBULKAN KONTROVERSI. WASALAM...

Anonymous said...

SBG ANAK MELAYU (BANGGA SIKIT)TAK KISAH UMNO KE PAS KE YG MEMERINTAH..
JANJI MELAYU ISLAM WALAUPUN PUN PEMIMPIN ITU TAK IKUT ISLAM SEPENUHNYA TAPI KITA MASIH BOLEH MENEGURNYA SAMAADA DGN MULUT , KAKITANGAN ATAU DOA TAPI KALAU DAH PUAK KAFIR YG PERINTAH SPT PENANG TU DAH TAK MAKAN NASIHAT... MEMANG TENDER SEMUA TERBUKA MAKNANYA TIADA KUOTA IKUT RAS KAUM TAPI TERBUKA UNTUK SEMUA KAUM....TAPI BERAPA KERAT ORANG MELAYU YG MAMPU (BANYAK HARTA WEH) YG BOLEH AMBIK PROJEK JUTA JUTA SETAKAT BAWAH 10 JUTA ADALAH TAPI BERAPA KERAT JE. SIAPA PEGANG BANK2 KAT MALAYSIA NI ORANG MELAYU KAN (PADA NAMA JE LA) TAPI YG BERKUASA ORANG CINA YG MENENTU SEGALA URUSAN KALAU TAK PERCAYA TANYA LA SAPE2 YG YG ADA DALAM MAYBANK ATAU CIMB TU COMPANY BUMIPUTRA TAPI BAGAIMANA POLITIK DALAMAN NYA DIKUASAI OLEH PUAK CINA DIA ORANG ADA STRATEGI DIA SUAP MULUT KAMU SURUH DIAM BELAKANG DIA TARAH TAPI ORANG MELAYU NI MUDAH LUPA..... KALAU ADA PILIHANRAYA IKUT KAUM GERENTI MELAYU KALAH BERAPA PERATUSKAH MELAYU AKAN KELUAR MENGUNDI TAPI BANGSA LAIN??? SEMUA AKAN KELUAR KALAU BOLEH YG DALAM KUBUR PUN NAK KELUAR MENGUNDI KRN APE .....NAK BANGSA DIA PERINTAH DIA TAK KISAH PUN DAPAT HABUAN KE TIDAK JANJI KUASA.... TAPI ORANG MELAYU NAK TENGOK DULU STATUS ORANG TU PAS KE UMNO KE WARAK KE DAPAT TAK PROJEK LAST KALAU APE2 HAL JIHAT.... RASA2NYE PERATUS MELAYU ISLAM DI MSIA NI DGN BUKAN MELAYU CUMA 51% ATAU 49% JE ATAU KURANG KOT RASANYA TUAN PUNYA BLOG BOLEH BERIKAN PERATUS YG TEPAT KRN DIA BEKAS GOMEN STAFF TAKKAN TAK TAHU KOT.....WAHAI MELAYU BANGUN LA KUSAI EKONOMI TU DULU BARULAH NAK SEMUA TERBUKA JGN SAMPAI LANGIT DAH TERBUKA KORANG MASIH BERBALAH DAH TAK GUNA.
NOTA; NAK TENGOK LIM ENG GUAN PAKAI TAK BAJU MELAYU BERSONGKOK BILA BERARAK MAULIDUR RASUL TAHUN DEPAN

Anonymous said...

AKU TERAMAT HAIRAN ADA SEORANG MAMAT TU BERBANGGA KONONNYA KERJA SEBAGAI ASSISTANT MANAGER YANG DIKELILINGI OLEH CINA. TAK KAN TAK SEDAR YANG AWAK TU HANYALAH BONEKA UNTUK MENCUKUPKAN QUOTA SAHAJA. ADAKAH KAU BOLEH BUAT DASAR? JGN HARAPLAH. SAMPAI DUNIA KIAMATLAH KAU AKAN TETAP DI BAWAH MEREKA (CINA). MEREKA ADA REMOTE CONTROL UNTUK MENGGERAKKAN KAU. KALAU HENDAK BERURUSAN DGN KERJAAN MAKA KAU AKAN DIPERLUKAN. KALAU SEKADAR JADI HAMBA CINA MACAM TU YANG HENDAK DIBANGGAKAN. DAH TU BODOH NAK MAMPUS MENGAKU MELAYU TAPI SANGGUP SOKONG DEB DIHAPUSKAN. APA KEJADAH JADI MELAYU MACAM TU.

ANONYMOUS (22HB JAM 2.17 PM), KAU TAK PERLU TANYA PADA TUAN BLOG INI TENTANG PERATUSAN MELAYU ISLAM TU SEBAB BUAT MEMENAT JE TANGAN MENAIP. DIA TU KAN AYAM JANTAN YANG HANYA BERKOKOK DI DALAM BLOG INI SAHAJA.

APA-APA PUN AKU TETAP BANGGA JADI ANAK MELAYU ISLAM YANG MANA PENDIDIKAN AKU SELAMA INI DIBAYAI OLEH KERAJAAN BN. AKU TAKKAN KHIANATI BANGSA AKU SENDIRI.

Anonymous said...

ANONYMOUS 7.04 AKU SOKONG PENDAPAT ANDA......JANGAN LAH KIANATI BANGSA SENDIRI DEMI UNTUK KESELESAAN BANGSA LAIN....KONONNYA NAK KONGSI KUASA & KEKAYAAN BERSAMA.....NAK BAGI SAMARATA ITU DAH MACAM KOMUNIS MO ZI TONG.....MELAYU KEMBALI LAH KEPANGKAL JALAN BERSATU SEPERTI ZAMAN PENJAJAH DULU....SEKARANG PUN KITA DIBUMI SENDIRI PUN DAH DIJAJAH OLEN BANGSA LAIN....SEDAR TAK PELUANG EKONOMI DAN PEKERJAAN DAH DITAKLUK OLEH BANGSA YG SATU TU.....TINGGAL PELAJARAN JE YG KITA PEGANG TAPI..TAK GUNA BERAPA RAMAI GRADUAN2 MELAYU DAPAT KERJA YG TIDAK MENASABAH DGN KELULUSAN MEREKA...BANGSA LAIN DIPLOMA KOLEJ YG TAK ADA NAMA PUN DAPAT GAJI & JAWATAN YG MEGALAHKAN LULUSAN IJAZAH IPTA.....LULUS IJAZAH IPTA AWAM HANYA LAYAK JADI PEGAWAI JE ITU KIRA NASIB BAIK LA...KALAU TAK JADI KERANI JE....ENTAH LA NASIB KAU MELAYU YG LAYU DI PINGGIR KALI....

LaN KidA said...

Salam semua,
Rupa-rupanya komen kat sini dah banyak sampai 23 komen dan saya langsung tak perasan sehinggalah pada malam ini (28 Mac 2008). Minta maaf banyak2 kepada anda yang memberi komen.

Kepada anonymous yang tak berapa suka dengan pendirian saya dalam politik, saya minta berbanyak maaf jikalau tulisan saya menyinggung perasaan anda. Janganlah kerana politik ianya memecahbelahkan kita dan persahabatan kita semua di sini.

Saya sendiri dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang berbeza pandangan politik namun ia hanyalah pegangan politik individu dan ianya tidak memecahbelahkan kami semua.

Memang saya katakan secara terbuka di sini bahawa pandangan politik peribadi saya lebih memihak kepada pembangkang namun saya sentiasa boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pegangan politik mereka. Oleh kerana itu saya tidak mencampurkan urusan politik saya dengan urusan pekerjaan.

Memang seperti anonymous ada memberitahu bahawa saya juga terlibat dalam projek-projek kerajaan seperti di WPI dan NCER dan projek-projek tersebut adalah projek kerajaan BN. Namun begitu ianya adalah family business saya dan sebagai ahli keluarga seharusnya saya kena membantu. Pegangan politik saya tidak ada kena mengena dengan urusan perniagaan family saya dan saya seorang yang boleh bekerja dengan mengenepikan urusan politik peribadi.

Dengan urusan perniagaan keluarga saya, memang saya berpeluang berjumpa dengan ramai VVIP dan untuk pengetahuan anonymous, saya tidak takut untuk menyuarakan pandangan saya kepada mereka dan terpulang kepada mereka untuk menerima atau sebaliknya. Pandangan saya bukanlah hanya di suarakan di blog ini sahaja dan saya tidak berkokok di sini sahaja. Pandangan2 saya juga ada di siarkan di beberapa blog lain samada blog nasional atau blog peribadi. Dan saya juga tidak memadamkan atau delete mana-mana pandangan politik dalam komen ini atau komen terdahulu.

Setiap yang saya rasakan tidak kena dan tidak betul, saya suarakan malahan kritikan juga saya suarakan kepada beberapa pemimpin pembangkang yang saya temui. Saya berasakan saya tidak akan rugi apa-apa kerana mengkritik baik pemerintah atau pembangkang kerana pada saya bukan mereka yang menentukan kehidupan saya tetapi Allah swt jua.

Saya tidak takut kerugian projek2 WPI dan NCER kerana bukan saya punya projek tetapi family saya punya dan bukan saya yang kena lobi untuk dapatkan projek tu... takde kena mengena dengan saya...tugas saya buat kerja dan bantu family business bila projek berjalan.

Sekian penjelasan dari saya.