Sebenarnya takde idea lagi nak menulis kerana kat sekeliling masih tak habis-habis lagi cerita politik. Nak cerita pasal politik mintak maaflah beb, saya tak mahu blog ni jadi blog politik pulak. Cukup-cukuplah dengan artikel pasal pilihanraya yang kat bawah-bawah tu. Tu pun dah jadi panas jugak tu dengan macam-macam pendapat. So marilah kita balik sembang pasal kehidupan semasa dan aktiviti bekas bebudak UitM Kuantan dulu.
Berita-berita pasal kengkawan budiMaN sebenarnya tak banyak sangat nak cerita pun buat masa ini. Mungkin semuanya sibuk selepas pilihanraya dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja dan perniagaan. Ada juga sessi mengeteh baru-baru ini antara saya, Kudeng dsS, Fadil Sutok dan Kudin Mekanik di Taman Seri Gombak. Tupun banyak cerita tentang politik juga dan teh tarik pun tak lama lebihkurang 3 jam jer dari pukol 9-00pm sampai 12-00am jer. Kalau ramai dan banyak cerita menarik, selalunya sampai 6-7 jam teh tarik ni.
Tengok suratkhabar pun tak habis-habis cerita politik lagi. Tapi baru-baru ni bila saya selak akhbar The Star ruangan Sukan kat bahagian belakang ternampak pulak satu bahagian menarik. Bahagian tu sebenarnya bukanlah bahagian sukan yang elok untuk di baca pun sebab kalau tiada pengetahuan pasal sukan tu, saya gerenti memang tak faham punye. Sebenarnya bahagian tu bukanlah tak nampak bila setiap hari membaca akhbar The Star tetapi "No Interest", jadi selalunya lalu je la kata orang tu, takde la nak menyinggah. Bahagian sukan tu sebenarnya ialah bahagian "Horse Racing" atau Lumba Kuda. Kalau akhbar The Star atau NST memang tiap-tiap hari ada kolum untuk sukan ini, selalunya memang satu muka surat la.
Tujuan saya bercerita ni bukanlah nak menggalakkan judi ke atau benda-benda tak baik dalam Horse Racing ni. Cuma pada saya, ilmu pengetahuan itu penting walaupun kekadang ianya bukanlah suatu ilmu pengetahuan bagi benda-benda yang elok. Namun ianya boleh dijadikan sempadan dan sekurang-kurangnya orang tak boleh tipu kita dan kita sendiri boleh menjadikan sesuatu itu sebagai iktibar. Jangan jadi sesetengah orang yang langsung tidak mahu ambil tahu kerana kononnya ia tidak membawa faedah dan tiada kena mengena dengan kehidupan dirinya. Sesungguhnya orang-orang begitu akan ketinggalan dan menjadi seorang yang kurang pengetahuan dan akhirnya akan bertindak mengikut emosi dan nafsu akibat kurangnya ilmu pengetahuan.
Balik kepada kolum dalam The Star pasal Horse Racing ni. Saya sebenarnya pun dapat pengetahuan pasal Horse Racing ni semasa bertugas di BPR dahulu dan terlibat dalam satu siasatan sindiket kongsi gelap Cina. Jadi daripada tak tahu pasal Horse Racing ni terpaksalah ambil tahu dari A sampai Z. Kalau tengok dalam suratkhabar tu, hari Ahad dan Isnin akan disiarkan keputusan perlumbaan di venue tertentu. Venue Horse Racing di Malaysia ni ada 4 venue. Satu di Selangor Turf Club di Sg Besi, Ipoh Turf Club di Ipoh, Penang Turf Club dan Singapore Turf Club di Batu Gantung. Race ni di jalankan secara bergilir-gilir setiap minggu. Sebab itu lah kita tengok kekadang kita jumpa Selangor Race atau Ipoh Race atau Singapore Race. (Kat kalendar Kuda ada jadual race ni)
Race ni pula hanya di adakan pada hari Sabtu dan Ahad selalunya bermula sekitar jam 1-00 tengahari. Setakat ni tak pernah lagi dalam sejarah la mana-mana race di tangguhkan kerana cuaca ke atau hal-hal kecemasan. Biar hujan ribut, petir sabung menyabung ker, race kuda ni tetap diteruskan. Kalau katakan race kuda tersebut berlangsung di STC di Sg Besi maka race course di tempat lain tu seperti di Ipoh, Penang, Singapore dan Kuantan (Kuantan ni siaran TV sahaja takde race course) akan menyiarkan secara langsung dikaca TV di tempat tersebut without delay walaupun satu second.
Race kuda ni sebenarnya bukanlah suatu sukan yang genuine, hanya semata-mata untuk tujuan perjudian sahaja. Disetiap race course akan di sediakan kaunter-kaunter untuk penjudi meneka kuda-kuda yang akan menang. Pembelian tiket judi kuda di kaunter ni mestilah dilakukan sebelum trumpet racing di tiupkan dimana kaunter akan ditutup untuk sebarang betting. Kaunter-kaunter di seluruh Malaysia di kendalikan oleh Malaysia Horse Racing Association. Selain dari kaunter rasmi, ada juga betting yang dibuat menerusi bookie-bookie haram yang sentiasa berkeliaran di Race Course. Bookie-bookie nilah yang berkait dengan sindiket dan kongsi-kongsi gelap haram yang kadangkala melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa. Sindiket dan kongsi gelap inilah juga yang sebenarnya kadang-kadang menetapkan mana kuda yang akan menang dalam sesuatu perlumbaan.
Harga satu tiket betting kalau kaunter rasmi ialah RM5 dan kita boleh teka kedudukan kuda tempat pertama sehingga ke tiga. Kalau melalui bookie haram, harga satu tiket ialah RM4. Kalau tekaan betul maka hadiah akan diberikan berdasarkan berapa nilai satu tiket di saat-saat akhir sebelum trumpet di bunyikan. Biasanya kalau penjudi yang kaya beliau akan betting sampai 100 tiket untuk satu kuda bagi satu perlumbaan. Biasanya sehari ada 8-10 perlumbaan di jalankan. Jadual perlumbaan pula biasanya di jual dalam bentuk buku dan boleh didapati sehari sebelum perlumbaan di kedai-kedai suratkhabar biasanya di area Petaling Street atau Jalan Pudu. The Star dan NST ada juga memberikan jadual perlumbaan pada suratkhabar mereka hari Sabtu dan Ahad. Selalunya penjudi akan mendapatkan Buku Jadual pada hari Jumaat untuk membuat analisa prestasi dan rekod kuda yang akan bertanding. Jadual tersebut akan menyiarkan prestasi kuda yang lepas-lepas serta rekod kemenangan kuda itu sebelum ini. Jika banyak menang maka automatik kuda tersebut akan menjadi favourite untuk perlumbaan tersebut dan hadiah tiket betting untuknya pasti akan menjadi rendah.
Bagi kuda yang tak favourite dan digelar outsider maka hadiah selalunya tinggi. Jockey atau penunggang kuda juga memainkan peranan penting. Jockey yang ternama biasanya akan menjadi favourite dan akan merendahkan nilai hadiah betting juga. Jockey tersohor di Malaysia kebanyakannya orang Melayu seperti Azhar, Ismadi dan Saimee. Saimee yang berasal dari Singapura menjadi jockey pertama Malaysia/Singapore yang dapat bertanding di Melbourne Cup. Melbourne Cup adalah suatu race kuda yang sangat terkenal di dunia di adakan di Australia sejauh 3500m (satu race sahaja) setiap tahun dan Australia bercuti umum(public holiday) kerana race tersebut sehingga ke hari ini. Seluruh kuda terbaik dunia dengan jockey terbaik yang terpilih akan bertanding di Melbourne Cup.
Selain dari Melbourne Cup, race kuda ini juga sangat terkenal di tanah-tanah Arab seperti di Dubai dan Abu Dhabi dimana World Cup of Racing di adakan setiap tahun di sana. Selain itu banyak jutawan-jutawan Arab inilah juga yang menjadi pemilik kuda-kuda racing yang tersohor di Amerika dan Eropah. Begitu jugalah di Malaysia di mana ramai jutawan dan hartawan Melayu juga memiliki kuda-kuda racing. Kalau pergi ke VVIP Galery di STC Sg Besi, maka tentunya kita akan terjumpa dengan ramai Tan Sri dan Dato'-Dato' yang selalu kita lihat wajah mereka di dada akhbar dan kekadangnya dengan girlfriend2 yang cun melecun.
Kalau anda lihat secara live race kuda ini di padang lumba kuda, pergerakan kuda tersebut amatlah pantas macam kita lihat kereta F1. Sebab itulah hanya jockey yang terlatih sahaja yang memiliki lesen dari MHRA saja di benarkan menunggang. Ada jockey yang mati akibat terjatuh dari kuda semasa perlumbaan. Jockey pula biasanya mereka yang mempunyai saiz tubuh badan yang kecil dan ringan.
Balik kepada apa yang tersiar di suratkhabar tadi, dari hari Selasa hingga Jumaat akan di siarkan berita tentang kuda yang akan berlumba pada hari Sabtu dan Ahad, Berita tersebut berkaitan jenis latihan dan prestasi kuda tersebut semasa latihan. Biasanya ia berkaitan dengan kuda-kuda favourite. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, suratkhabar akan menyiarkan jadual perlumbaan mengandungi data rekod kuda serta prestasinya. Pada hari Ahad dan Isnin juga di siarkan keputusan perlumbaan kuda dan nilai hadiah-hadiah betting. Sebenarnya kalau saya nak explain satu-satu pasal data-data rekod kuda dan setiap perkataan yang ditulis memang terlalu panjang. Jadi saya explain tentang data pada akhbar hari Ahad dan Isnin pasal keputusan perlumbaan sahaja dahulu. Contoh seperti di bawah:
Singapore Race- 2nd Day : Going-Good
Race 5: Class 4 Div 2 - 1200m (sc) - $33,550 to winner.
(15-6) 3 Beau Brummell 56 Gallagher (9) 2 2 1
(75-21) 10 Scenic Delight 51 Ong (5) 6 3 2 2(1/4)
(31-7) 5 Piercing 55 Kellady (8) 9 6 3 2
(14-5) 4 Postman Tales 56 Legrix (7) 1 1 4 2(1/2)
dan sambung senarai kuda lain-lain yang menyertai dengan kedudukannya.
Owner : Byerley Stable Trainer : David Hill
Won By : 2(1/2)-2-2(1/2) Time : 1-10
Malaysia Tote : $15, $6, $21, $7 Forecast : $58
Forecast 3 : $666 Forecast 4 : $1,064
Singapore Race bermakna race tersebut di adakan di Singapore Turf Club, Batu Gantung, Singapore. 2nd Day bermakna race yang dijalankan pada hari Ahad(hari ke-2). Going- Good bermakna cuaca dan keadaan padang lumba adalah baik dan tidak hujan atau berlumpur. Race 5 bermakna perlumbaan ke 5 pada hari itu. Class 4 Div 2 bermakna kuda tersebut kuda kelas ke 4 divisyen 2, macam bolasepak jugaklah, makin rendah kelas dan divisyen makin baik dan tinggi tarafnya lagi. 1,200m(sc) tu pulak bermakna perlumbaan tu sejauh 1,200 metre dan dalam short course (bukan long course - long course ni stretching panjang : straight lane) $33,550 to winner bermakna juara perlumbaan menerima Singapore Dollar 33,550.
Kuda yang teratas tu adalah juara. (15-6) tu menunjukkan hadiah satu tiket betting(satu tiket RM5) untuk Menang ialah RM15 sementara yang ambil tiket untuk Place (Placing la) dapatlah RM6 (untung RM1 satu tiket). 3 tu nombor kuda kat baju kuda tu. Beau Brummell tu nama kuda tu. 56 tu berat jockey kuda beserta dengan whip dan segala peralatan semasa menunggang (helmet, boot dan pelana kuda tu - berat badan jockey tu dalam 45 kg je). Gallagher tu nama jockey kuda tu. (9) tu lorong kuda atas padang lumba. 2 2 1 tu ialah kedudukan kuda tu semasa permulaan perlumbaan, pertengahan dan pecutan terakhir. Jadi mulanya kuda Beau ni duduk no 2, pertengahan pun no 2 dan last sekali no 1. Maknanya kuda ni memang power dari awal lagi dan tak penat. Kalau tengok kuda Piercing no 3 tu awalnya dia slow tapi last-last baru nak pecut. Kuda no 4 pulok iaitu Postman Tales, awal je power tapi rupanya semput last-last sebab tu dapat no 4 jer (jadi mungkin dia ni sesuai untuk lumba jarak dekat).
Saya rasa macam dah panjang sangat artikel ni. Baik berhenti dulu la setakat ni. Kalau nak cerita mahu satu minggu tak habis lagi. Saya pun masa BPR dulu nak mengkaji asal-usul dan memahami semua pasal Race Kuda ni mengambil masa 3-4 hari juga dan kena pergi sendiri kat STC tengok masa hari lumba dan siaran TV live kat situ. Siasatan pulak melibatkan ramai staff dan kami berkampung kat Race Course tu dekat 5-6 bulan jugak kerana nak identify sindiket dan kongsi-kongsi gelap kat situ. Kalau ada sesiapa yang tak faham tu, post la question kat komen tu dan mana yang saya boleh jawab nanti saya jawablah atau kalau ada kengkawan yang nak jawab pun tadak hal. (Tapi jangan bubuh anonymous dah yer sebab ini bukan artikel politik dah oii)
No comments:
Post a Comment