Sunday, March 30, 2008

aPaMZ

Dah lama saya tidak menghubungi Apamz, hampir sebulan rasanya, jadi pagi tadi saya cuba mengubungi beliau tetapi panggilan saya tidak berjawab. Namun begitu tidak lama kemudian Apamz telah menghantar sms kepada saya memberitahu beliau sedang mengikuti kursus produk HPA dan akan menghubungi saya kemudian. Rupa-rupanya Bilal telah bermurah hati mengsponsor Apamz untuk mengikuti kursus tersebut yang berupa kursus berkaitan satu produk kesihatan. Terima kasih Bilal, mudah-mudahan berlimpah-limpah lagi dimurahkan rezeki kerana sudi membantu Apamz.

Apamz juga memberitahu saya keluarga beliau berada dalam keadaan sihat sejahtera. Isteri beliau, Miza juga berada dalam keadaan sihat. Saya sebenarnya sudah mengetahui suatu berita tentang Miza dari Apamz kira-kira 2 bulan yang lalu tetapi saya rahsiakan dulu kerana Apamz meminta sedemikian. Namun saya rasa elok juga kalau di kongsi bersama dengan kengkawan di sini kerana ianya suatu berita yang baik. Sebenarnya Apamz ada memberitahu saya 2 bulan yang lepas bahawa Miza kini sedang mengandung anak mereka yang ke 3.

Apamz telahpun membawa Miza berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa keadaan Miza yang mengandung adalah sihat dan tidak memudaratkan baik kepada kesihatan beliau sendiri mahupun kandungannya. Miza di jangka due sekitar bulan Oktober nanti tetapi mungkin doktor akan mempercepatkan kelahiran sekitar kandungan berusia 7 bulan nanti. Apamz juga bercadang untuk membawa Miza tinggal di kampung mentuanya di Luit bila dekat-dekat tarikh kelahiran nanti. Miza pula menurut Apamz begitu bersemangat untuk menyambut kelahiran ini dan selera makan beliau makin bertambah baik demi kandungannya dan semangat beliau begitu tinggi. Kalau ada kengkawan terutama di Kuantan yang dapat menziarah Apamz mungkin akan memberikan mereka sekeluarga lebih bersemangat lagi.

Sama-samalah kita semua di sini mendoakan kesejahteraan Apamz sekeluarga dan semoga hari-hari mendatang dalam menunggu kelahiran anak ke 3 Apamz dan Miza, mereka sekeluarga terutama Miza berada dalam sihat sejahtera dan semoga kandungannya sihat juga dan semoga kelahirannya nanti akan dipermudahkan dan selamat.

9 comments:

Anonymous said...

Salam, ummi pun dpt tahu berita ni 2 bulan lepas...ntah org pertama Apamz bgtau rasanya..Masa sms tu, dia betul2 pening kepala dan sikit terkejut gayanya..then ummi suruh dia consult dgn Dr dulu, pastu dia sms bgtau dia lega sikit yg Dr akan pantau wife dia., tp masa baru confirm tu dia kata xnak bising lg sbb xtau lg kedudukan kesihatan Miza masa tu leh carry on ke x..Alhamdulillah, harap Miza akan sihat2 dalam situasi yang menggembirakan dan memberi semangat kepadanya menghadapi hari2 yang x sabar dinanti mereka sekeluarga dengan kehadiran orang baru..Aminnn..

InsyaAllah, ummi ada plan n try nk ajak geng kat Ktn ni hulur sumbangan barangan baby nnt..jom geng Ktn! Yg lain pun bole..

**bestnya, bila ada orang baru..sedapnya bau baby..yeap, umpama bau dari syurga kan..!!

Anonymous said...

salam.......
tak terkata n tercakap apa2 ponggggg....
Semuga diberkati sentiasa dgn kesihatan yg baik n semangat yg kuat.InsyaALLAH.

p/s umi..best bau baby ya?apa lagi...tambah la gerabak..jgn mara aaa....

Anonymous said...

Hello...cuba la korang citer hal yang sebenor.. apa masalah si Apamz ni..?? Apa masalah dgn isteri dia yang tgh mengandung ni..?? Korang berciter mcm la semua dpt informasi yang terkini.. Klu berterus terang, boleh gak tau hal yang sebenornya dan boleh gak hulurkan bantuan yang mana termampu.. Inilah masalahnya..Semua nak tau sendiri2 dan buat sendiri2.. Lepas tu canang kat orang, yang lain taknak tolong.. Pentingkan diri sendiri dan ingat dunia je..

SaYanG kidA said...

salam anonymous...ish tak baik melenting2 ni... sebenarnya kisah apamz ni banyk dah kuar dlm blog ni.. jadi kalau anonymous ingin tahu tentang apamz dan keluarga sila baca artikel2 terdahulu yang dah posted dlm blog ni...atau type je apamz kat search (top left corner) main page blog ni...atau bleh jugak gi ke link Directory budiman (http://budakitmpahang.blogsome.com)kat situ ada contact no apamz. rasanya lebih manis lagi kalau anonymous bertanyakan khabar pada apamz sendiri... kan.. kan.. kan..

*wink*

LaN KidA said...

Salam semua,
Anonymous, lain kali kalau masuk sini jangan bagi hello....bagi salam beb. Dan jangan la lu buat lawak pasal kisah Apamz ni... nanti nampak lu tak cerdik beb...ramai gelak kat lu ni beb.

Sepanjang hampir 1 tahun setengah gua buat blog ni dah ada 524 artikel kesemuanya beb. Dan kalau lu search nama Apamz kat search engine blog ni...lu akan jumpa 110 artikel berkaitan Apamz beb. Bermakna hampir 20% artikel di sini ada menceritakan kisah berkaitan Apamz. Selebihnya tak payah la gua jelaskan lagi, SK pun dah perjelaskan sikit kat atas tu.

Satu lagi gua warning lu beb, lu jangan nak pakai anonymous lagi nak buat komen. Bagi Salam...perkenalkan diri lu...barulah betul kengkawan dan nak berkawan namanya. Ni macam orang ada hutang je takut nak kenalkan diri...apahal lu beb.

Pesan gua beb, Biar Kurang Duit Jangan Kurang Ilmu. Tapi kalau lu masih tak puas hati pasal kisah Apamz ni, no telefon gua ada kat tepi blog tu...e-mail gua pun ada...call me anytime beb, dont worry, u will find me most helpful to you, insyaallah.

Salam persahabatan beb.

Anonymous said...

Salam..
Sori lah anonymous..bukan niat nak tolong apamz sendiri2...tapi sebab geng Ktn yang dekat, jadi ummi ajaklah geng Ktn dulu lantaran Kida ada sarankan yang mana dekat tu leh jengok2 dulu n selalu2 tanya khabar..sori ya, kot mungkin ada silap paham kat komen ummi tu macam nak buat sendiri2 pulak, x aihh (*kalu wat sendiri xyah canang-canang kan.. :D)

Satu lagi, nanti kalu plan nk sumbang tu menjadi..collection boleh buat jugak kan dari BUDIMAN, bagi setakat ikhlas..xpun mungkin ada yang sudi bawa keluarga sendiri n jenguk sendiri n sumbang sendiri kat family Apamz. Ni pun baru plan je..apa kata BUDIMAN?

Anonymous said...

salam
anynomos...tgk eja pun salah.Tu la..perkenal kan diri...kita nak gak tau sapa u nie..bukan nak marah atau nak kondem u..takde paedah nya.
anyway...kita doakan keselamatan n kesejahteraan apamz sekeluarga lebih2 lagi dgn keadaan wife dia yg tgh mengandung nie.

aman dan damai semua nya.Amin.

Anonymous said...

Terpanggil rasanya nak balik ke Kuantan. Tapi wani sekarang ni teramatlah busynya. Hari sabtu kursus haji sampai bulan julai. tp ada 2 date yg ustaz bercuti, nanti wani tanya hubby kot-kot dia nak balik Kuantan.

Kalau balik Kuantan nanti wani call ummi. bak mai no telefon

Anonymous said...

Salam Wani..
Ok leh call ummi, insyaAllah kita g sekali..my phone no ada kat Directory Budiman tu kaan...anyway, xpa..019-9799182.

Ummi pun x pergi lg jenguk ni..hubby dah 2 minggu berturut2 msuk ke Tioman, nipun dri Selasa ari tu msuk smpai Ahad ni baru balik..dia kata nk pergi sekali..

C u..