Thursday, March 20, 2008

seLaMat meNyaMbut mAuLiduR raSuL

Kepada semua muslimin dan muslimat samada budiMaN atau sesiapa sahaja yang mengikuti blog ini, saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul semoga kita semua dapat memperbanyakkan lagi selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w sempena hari kelahirannya dan sentiasa berselawat setiap kali kita menyebut namanya tidak mengira masa. Kalau dulu masa kecil-kecil rajin juga mengikuti ayah saya bersama satu keluarga berarak sekeliling bandar Temerloh sehingga ke padang besar Temerloh sempena perarakan Maulidur Rasul atau dulu di sebut Maulud Nabi. Tapi kini dah tinggal kenangan je la cuma tengok perhimpunan Maulidur Rasul kat TV1. Apa-apa pun berselawat la banyak-banyak pada hari ini dan antara kelebihan berselawat sepertimana yang saya petik dari sebuah website adalah seperti berikut :

Di antara kelebihan berselawat itu adalah seperti mana hadis Baginda, maksudnya :

"Dari Annas bin Malik, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Siapa yang berselawat ke atasku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya". (Riwayat Al-Imam An Nasai'e).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi dalam hadis yang lain, maksudnya :"Dari Ibnu Masuud ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada Hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada Hari Kiamat kelak) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku". (Riwayat Al-Imam Ibnu Hibban)

Kelebihan berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan

Moga-moga saya sendiri, kawan-kawan budiMaN dan semua yang mengikuti blog ini mendapat panduan, Insyaallah.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sesungguhnya hanya dengan jalan Rasulullah SAW akan dapat menjamin kejayaan dunia & akhirat.

Kejayaan kita adalah dalam agama; "Sejauh mana dapat taat perintah Allah SWT, sejauh mana dapat ikut sunnah Rasulullah SAW".

Wallahu Taala A'lam