Malam ni tak buat apa kat rumah. Tengok jugak Sports Channel Astro kejap tadi tapi rasa malas pulak nak layan TV ni. Kali ni nak bawak topik pasal branded. Branded ni selalunya di kaitkan dengan penampilan seseorang. Kalau dulu masa kat ITM tak pernah terfikir pasal branded-branded ni. Ialah sebab masa tu kalau pakai baju pun beli kat bundle depan stesyen bas pokok buluh kat Kuantan. Levis jeans pun pakai yang secondhand atau beli yang made in siam punya.
Rupa-rupanya bila zaman berlalu ni, banyak perubahan yang berlaku. Kalau tengok orang-orang zaman sekarang ni baik yang dah remaja, dewasa mahupun veteran, penampilan diri kini membawa suatu jawapan pantas untuk menggambarkan kualiti dan pencapaian seseorang. Kalau penampilan dengan seluar tak berjenama, T'shirt Cheetah atau Pagoda saja, pakai pulak kereta Proton Iswara buruk jer ( macam kereta saya lah tu) secara automatik orang akan dapat menggambarkan pencapaian diri seseorang itu.
Usah kata bagi kita yang dewasa ini, remaja sekarang pun bukan macam remaja masa kita dahulu. Jeans Levis mana nak pakai yang siam punye... original beb RM450 sehelai. Beg Guess harga RM550 satu, baju pulak Versace atau Cutter n Buck atau Bruberry harga RM700 sehelai. Handphone pulak N95 yang latest tu beb. Kereta paling kurang nak Honda Jazz atau Suzuki Swift. Tak main lah Iswara buruk atau Kancil.
Tapi kadang-kadang ada juga yang pakaian tak branded tapi kereta mesti branded. Kalau bawak BMW 328i coupe, pakai selipar jepun dengan T'shirt Pagoda pun takpe pulak sebab bila buka pintu BMW tu penampilan dia dah nampak mahal. Kena pulak Sport Rim size 20 kereta BMW tu, nak beli tayar sebiji jenis Continental pun dah sebulan gaji eksekutif beb.
Ada pepatah kata "Don't Judge The Book By Its Cover" tapi rasanya pepatah ni macam tak relevan je dah. Pepatah tu ada kebenarannya tetapi ramai rasanya dah tak menggunakan pepatah tu lagi. Dalam dunia yang penuh materialistik ni, penampilan mahal lebih di utamakan. Kalau setakat bawa kereta Perdana V6 atau Naza Citra jer tapi nak cerita pasal kontrak berjuta-juta rasanya orang susah nak percaya juga. Tapi kalau dah sahih dan nyata bawak BMW atau Mercedes V6 211 atau Brabus, apa je cakap gerenti orang akan pasang telinga dan angguk.
Tapi kadang-kadang tu susah juga la nak salahkan sesiapa. Contohnya pengalaman saya baru-baru ni, ada satu businessmen ni nak jumpa saya pasal nak beli pasir untuk projek satu public listed company di Kedah dan Penang. So, dia pun call saya menerusi seorang consultant dan ajak jumpa di sebuah Restoran Mamak kat KL ni. Ok, saya kata fine, Restoran Mamak no hal sebab saya ngeteh hari-hari kat Restoran Mamak pun. So kami pun berjumpa lah. Dia datang naik kereta Perdana V6 buruk yang dah nak roboh pun saya tengok. Takpe, saya pandang je dari jauh. Saya tengok pakaian dia, baju T'shirt biasa ala-ala Cheetah juga lah, seluar biasa, kasut biasa. Ok, takpe lah, maybe dia ni jenis low profile dan tak berapa suka bergaya. So, kami pun start sembanglah pasal nak beli pasir. Tahu tak berapa dia nak beli pasir saya. Dia nak ambil semua pasir dalam kawasan saya di tengah laut Perak dan Penang tu seluas 167 sq km ( 2 kali ganda Wilayah Persekutuan beb) yang saya anggarkan ada sejumlah 300 juta cubic meter padu bernilai RM900 juta. Tu dia, he must be a super rich person. Setaraf dengan Syed Mokhtar Al Bukhary dia ni.
Lepas tu yang tambah lawak lagi, sambil kami sembang tu dia ada tanya kawan dia, selepas ni dia ada function dengan CEO satu public listed company kat Restoran Cerana. Dia kata kita ni nak mandi kat mana sebelum dinner dengan CEO tu. Kawan dia kata mandi kat R&R atau stesyen minyak. Dia kata boleh juga atau mandi kat masjid je la. Dalam hati saya kata, kalau kawan saya yang kaya dari Johor tu setakat nak mandi ni dia akan sewa Executive Suite kat Concorde tu yang harga dia RM1,200 semalam untuk mandi sahaja. Ini dah la nak beli pasir harga RM900 juta tapi mandi dan nak bersiap pun punye lekeh tak nak sewa hotel, boleh percaya ke dia ni.
Tulah masalah kekadang dalam membawa ketrampilan diri. Branded dan penampilan dalam alaf baru ni dah menjadi suatu budaya dalam menilai seseorang. Akibat dari pengaruh materialistik, kita sudah lupa bahawa nilai dalaman seseoranglah yang lebih penting daripada hanya mengukur melalui penampilan dan ketrampilan. Tapi iyalah siapa yang mahu kelihatan selekeh sebenarnya. Semua orang inginkan kecantikan dan penampilan yang bergaya. Kadang-kadang penampilan dengan barangan Branded ni pun membawa kesan psaikologi yang mendatangkan semangat confident apabila bertemu seseorang. Cuba pakai baju Versace harga RM1,200 sehelai, seluar Cutter N Buck, wallet Prada, kasut Christine Dior, talipinggang Guess dan beg Gucci serta jam tangan Rolex Oyster Perpetual. Naik pulak BMW 525i dengan Sport Rim size 20... sape je kat KL dan Malaysia ni kita berani jumpa.
Tapi tulah kekadang Branded ni pun membawa sifat yang tidak baik seperti perasaan riak, bongkak dan sombong. Maklumlah dah pakai branded punye barang. Tapi satu kebaikan barang branded ni, ianya cantik, berkualiti dan tahan lama. Kalau orang yang memakai barang branded ni pulak tampak hensem memanjang walaupun barangan branded tu kekadang colour ntah apa-apa pun. Kalau wanitanya pulak tampak cantik dan bersih je, macam tak comot jer dan nampak bagus-bagus jer. Berbeza dengan yang pakai tak branded, nampak reput je dan comot semacam. Takpe la..nampak gayanya kena tunggu sale diskaun 95% la baru saya boleh beli barangan branded ni supaya nampak hensem sikit.....sementara tu pakai je lah baju Cheetah ni...hehehe
7 comments:
Wallet Prada tu je la satu2nya brang branded yang gua ada...tu pun beli masa diskaun 70%...hehehe. Kata orang wallet kena yang mahal baru duit pun banyak dalam wallet tu...tapi nampak macam tak betul je..tipah tertipu jugak beb.
SK memang suka barang branded tak kiralah orang cakap apa pun.. kalau tak sale berkenan pun sk beli (tapi kida yang bayor) ahaks!. Tu pasal kida pakai t-shirt chetah gegegege.. Kida weekend ni dah janji nak bwk sk shopping kat one utama. *dok byg baju yg sk idam2kan*.
mungkin berbeza2 pendapat org ttg pakaian branded ni. Pada SK tak de riak pun nak pakai yg branded. SK puas hati sebab sedap pakai dan yang paling penting ada size sk yang kecik nih. kalau tak de size adults leh cari teenagenye size hehehe.
SK cuba gak tgk baju2 yg bese kat kedai biasa tapi rata2nya sume size besar. so nak wat camno...
p/s SK pilih kida pun sbb kida ni lelaki branded ngeh ngeh ngeh
salam.
adakalanya yg branded ni baguih...sbb quality..beli sekali tahan nya lama.
if beli brand PRADA tp kat uptown ke..pasar mlm ke...murah tp sekejap je dah barai..tp bole slalu beli..hehee.
walid bab branded ni x reti sgt..sbbmmg jenis sempoi je...tp bab2 makan kena branded...baru kenyang n berbaloi...heheheeeee.
Anyway tepuk dada tanya selera...alah beli menang memakai..ANDA MAMPAU MENGUBAHNYA. (apa kena mengena nie??)
p/s sbb tu ada jual jus ayam BRAND..kan branded tu...
assalamualaikum
The only branded thing that i have is my wrist watch, a Tissot V8 with a brown leather strap. Bought it during sale 2 years ago for RM850.00, using my Celcom VSS money. Only wears it on special occassion. Otherwise I'll stick to my RM85 Timex Indiglo...hehehe
My wardrobe? Well, full with pagoda tees, jubah, kurta, and a few cargo pants. That's all. I guess I'm way passed the brand-mania era.
Working attire? My uniforms.
That's all.
Salam..
At one time.. masa kerja jadi Sr.manager dulu espcially selalu attended regional meeting memang giler habis pasal branded.. tapi laa ni apabila semua dah merasa apatah lagi semakin berusia.. hanya barang tertentu saja untuk maintain image as a consultant like jam tangan, kasut lebih-lebih pn baju dan seluar.. itu pun masa sales.. kalau tak ada sales rasanya dah tak gi lagi.. sebab semua dah merasa.. simpan duit untuk barang yang branded tak da jual kat mana-mana - kesihatan.
bila dah meniaga beb kena ada satu atau dua set, jam rolex, baju jojo armani, tie ceruti1881, LV, bukan apa, macam kida kata tu kena la nampak macho... baru senang nak komunikasi.
Kalu nak yang berbaloi beli kat s'pore masa sale bulan 12...
perfume pun kena branded sket, ketrampilan amat penting dalam business...
tapi kalu masa ngan famili atau kengkawan, tak kisah sangat la... asal kemas dah.. kida boleh buat 'grooming course for budiman bisinessman'
Menarik cerita si pembeli pasir tersebut.....apa dah jadi setelah 3 tahun.....jadi ker projek tu...atau en Budiman dah kaya raya dlm transaksi tersebut??hanya ingin tahu....sebab kalau betul maknanyer dont judge a book by its cover.....sebab saya nie memang menilai seseorang dari penampilannya.....saya cuba untuk menukar perangai saya nie tapi tak boleh.....kalau cerita En berjaya saya tumpang gembira....
Post a Comment