Monday, June 11, 2007

mAi maKaN keNDuRi 2


Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan adik SK Mohd Noorkhairi dengan Zati Hulwani di Dewan Perkasa, Masjid Imam Ash Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Majlis menyambut kedua pengantin yang tiba dari Seremban telah berlangsung dengan meriahnya. Saya dan SK yang bertindak sebagai penyambut kepada rombongan pengantin dari Seremban telah tiba bersama pengantin di Dewan Perkasa lebih kurang jam 1-30 tengahari.

Beberapa kawan-kawan BUDIMAN turut hadir seperti Kudin Mekanik dan Lan Kentei sekeluarga. LK dan Jun tiba agak lewat pada kira-kira jam 4-00 petang semasa majlis telah tiba ke penghujungnya. Namun begitu mereka sempat juga dihidangkan dengan nasi minyak kenduri.

Beberapa kawan-kawan SK juga telah menghadiri majlis tersebut seperti novelis terkenal Noor Suraya bersama suami, Anis Ayuni bersama suami dan rakan-rakan blogger.

Anyway terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.

2 comments:

LaN KidA said...

LK n family sampai masa caterer dah tutup kedai jadi dia org hidang dalam pinggan plastik sahaja. Sorry la LK n Jun...

Anonymous said...

salam seme..
niat nak pegi tp apakan daya..ank dilenggong perlu diselenggarakan...takpe lain masa insyALLAH ketemu jua.