Friday, June 01, 2007

teRiMakaSih daRi aPaMZ

Apamz ada menghantar e-mail kepada saya semalam untuk memberikan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan BUDIMAN yang telah menunjukkan sikap prihatin kepada beliau sekeluarga.

Assalamualaikum semua,
Setelah sekian lama, baru hari ni aku dapat gi cc untuk menjenguk-jenguk kat kita punya blog. Aku sangat terharu dan berterima kasih atas keprihatinan serta sokongan dari kawan kawan semua. Tak sangka begitu sekali luasnya liputan terhadap masalah aku terutamanya masalah yang menimpa wife aku baru baru ni.

Untuk pengetahuan semua keadaan wife aku sekarang ni, beransur ansur pulih dari sehari ke sehari, walaupun kelihatan sekarang dia tak sekuat sebelumnya. Dah boleh makan bubur kosong dan menjamah nasi sedikit demi sedikit, makanan pejal yg lain belum berani lagi, alhamdulillah, harap ia berterusan meningkat dari hari ke hari, tiubnya pun dah cabut setelah habis tempoh antibiotiknya.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih, kepada semua kawan kawan Budiman yang amat budiman yang tak henti henti memberi sokongan dikala aku ditimpa masalah, Panggilan telefon tak henti henti diterima dari sahabat semua memberi sokongan moral, ada yang call tengah malam, yang call dari oversea pun ada, bagi semangat supaya aku terus tabah menghadapi semua ini. Yang datang melawat kat hospital Ummi & Abg Nu, Rozain, Man Gelap (meekari dia best) , Antu (yg tolg settlekan hospital bill),...sape lagi.. ye. Ramai juga yang bagi sumbangan dari segi kewangan, walaupun berat aku nak terima. Yang buat aku terharu jugak, yang menghulurkan bantuan tu masa kat ITM dulu tak pernah pun bertegur sapa tapi masih sudi membantu (banyak pulak tu). Belum lagi cerita yang datang ziarah ke rumah, dgn membawa bermacam macam buah tangan, bukan itu sahaja, siap dengan tolong kemas rumah aku yang berselerak tu... Kida/Anim & family, Kitang/Lily & family, Ummi dan anak, sorrylah dengan layanan yang tak seberapa di rumah hari tu, Apalah nilainya iceblended 5 6 cawan dengan ingatan serta sokongan dari korang semua. Tak lupa juga yg berusaha Bilal & family yang susah payah dapat mengumpulkan sebilangan sahabat untuk solat hajat, Wakil pioneer iaitu slumber sr, zul jengka, sheena & norma (DSS)yang datang kerumah waktu aku berniaga kat tmn tas then pegi pulak ke taman tas semata mata nk bagi sokongan moral dan sedikit sumbangan, Kla-Kla, Charlie Coy, Ucin Moh, Pyan yang call dr oversea, Walid yg kabo nk balik tp tak balik2, Kentei, Puis, Joe Malady, Zaibu, Fatimah & Mohaideen, Bob, Donna, ASP Mail Rozi, Tg Wazwan (yg tolong doakan depan Kaabah) dan ramai lagi la, tak dpat aku sebutkan nama satu persatu, sorryla klau tak tersebut nama. (macam ucapan menang award pulak ni....:-))

TERIMA KASIH sahajalah yang mampu aku ucapkan, semuga ALLAH SWT sahajalah yang dapat membalas segala budi baik korang semua.

2 comments:

Anonymous said...

wat apamz..
kabo mmg nak balik tp x kesempatan lagi....last week tender..minggu ni ada famili day kat PD...minggu depan celebrate pak dan mak mentoya nyer anniversary..ahad nak antar ank lik Lenggong...tp aku cuba gak lik minggu depan.

p/s tungguuuuu....

Anonymous said...

Dapat sms dari Apamz pagi tadi beritahu dia terlupa nak mentioned nama Rozain dan Kudeng yang banyak membantu semasa kat HTAA.

Anyway Apamz hari ini hari awak, hari kita orang ni tak tau pula macam mana... mana yang kami termampu untuk bantu.. itulah yang dapat kami berikan dari BUDIMAN.

Harap Miza akan terus pulih dan sihat kembali seperti dulu.