Sehingga petang semalam jumlah sumbangan untuk eMay hanya dari 4 penyumbang sahaja berjumlah RM450. Sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya RM1,450 bagi membiayai ekspedisi ini nampaknya masih jauh lagi. eMay cuma tinggal 7 hari sahaja. Penyertaan untuk pergi ke eMay juga nampaknya masih tiada lagi. Harap-harap minggu depan keadaan berubah sikit. Namun pengesahan untuk pergi dan bayaran makanan RM15 seorang sehingga 20hb Jun 2007 iaitu pada hari Rabu minggu depan sahaja. Ini kerana pada hari Khamis itu kita nak bagi duit pada caterer untuk urusan beliau seterusnya.
Maklumat daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah pula bahawa tiada alat permainan samada outdoor atau indoor di situ. Kesian dengar anak-anak yatim tu takde peralatan untuk beriadah. Dah la mereka ni takde siapa yang bawak keluar berjalan-jalan pada hujung minggu atau masa cuti sekolah. Sedih beb. Yang ada cuma 2 biji bola netball sahaja menurut Ustazah di situ. Jadi saya bercadang jika ada sumbangan nanti untuk membelikan sedikit peralatan riadah untuk mereka seperti 2 papan carom, 4 raket badminton, scrabble, monopoly dan lain-lain jika termampu oleh kita nanti. Dah la mereka ni pakaiannya serba kekurangan. Mentang-mentanglah tempat tu di wakafkan oleh calun PAS Ustaz Idris, langsung pihak2 kerajaan ni tak ambik peduli. Memang kejam betul la. Serupa macam yang saya pernah pergi kat Rumah Anak Yatim di Kedah dan Perak pun sama macam ni. Iskh..Iskh.
Jumlah anak yatim dan staff yang akan kita biayai minum petang dan makan malam mereka nanti berjumlah 32 orang. Saya cadang untuk anak-anak yatim tu nak bagi KFC Kids Pack untuk minum petang dan BUDIMAN serta yang lain akan dihidangkan dengan kuih muih dan minuman. Sementara untuk makan malam pula saya rasa antara Nasi Tomato atau Nasi ala kampung lauk Ikan Patin bergantung kepada penyertaan anda semua nanti.
Untuk pertandingan mewarna dan game, kita akan beri cenderahati dan hadiah kepada anak-anak yatim itu. Kita juga akan bagi sehelai T'Shirt dan sehelai Track Bottom kepada anak-anak yatim itu kerana mereka kekurangan pakaian riadah. Selain itu kalau ada lebihan sumbangan, saya juga bercadang nak sedekahkan 10 naskah Al-Quran. Kalau ada sesiapa nak sedekah buku-buku cerita kanak-kanak lama pun elok juga. Pack elok2 dan bawa sekali masa eMay nanti. Pakaian lama pun begitu juga, pack dan bawa sekali pada hari tu nanti. Sebelum tu confirm dulu la nak datang dengan Bilal dengan bayaran makanan, jangan plak nanti mai terkejut lagu tu, susah juga la, tak nak bagi makan karang kata apa plak, bagi makan karang kata apa plak yang lain tu. Sendiri mau ingat la beb.
Kalau ada ramai nak pergi dari KL atau Kuantanl, kan ke seronok jugak tu. Boleh kita buat konvoi ramai-ramai bawak family dan anak-anak tunjuk kat dia orang kesusahan anak yatim ni. Sabtu tu kita kumpul kat Tol Gombak ker, konvoi ramai2 macam pi Pregtahering tu kan seronok buat kerja amal ni. Anyway..jom cepat confirm..sembang banyak2 kat sini pun tak guna jugak kan... kurangkan cakap, mai buat action, Towkey Maidin, Towkey Wire Harness, GM CIMB, GM Maybank, Manager Account Sanyo, GM Proton dan yang lain-lain tu..tunggu bapak apa lagi...mai jom cepat.
2 comments:
Memandangkan belum ada yang komen tentang artikel eMay biarpun dah siri 8, jadi SK nak komen sketlah kat sini. SK rasa semua pun perasankan ramai jugak yang beri komen dalam artikel gejala takut bini berbanding dengan artikel eMay *SK termenung kejap memikir* Adakah penyampaian artikel eMay kurang menarik atau isi artikel kurang menarik?
Bila baca komen anonymous posted
6/15/2007 10:37 PM dalam artikel gejala takut bini, SK rasa itu adalah luahan2 orang yang memberi pelbagai alasan untuk elak dari menderma.
SK sedih sangat bila kenangkan segelintir teman2 masih mempunyai tahap pemikiran sebegini. Adalah lebih baik bila usia sudah menginjak tua ini kita menjadi lebih 'wise' seiring dengan usia kita.
Kan tolong-menolong antara sesama kita adalah merupakan satu amalan yang paling mulia di sisi agama Islam. Tidak kiralah membantu dari segi bentuk wang ringgit, tenaga mahupun buah fikiran, apatah lagi menggembirakan hati anak-anak yatim.
To kida, sorry sebab SK lepas perasaan plak malam ni *wink* jangan marah aarrrr nanti kena jual ahaks! sayang kat kida... u r the best mmuaahhhh!
sorry la Kida & SK,
sekadar memberi pandangan.
Inilah lumrah manusia, bila senang hidup dah berjaya, kaya raya, tak secuit rasa hati pun nak merenung & memikirkan orang2 yang susah, anak2 yatim piatu..apalagi nak bersedekah & membantu. Bagi mereka ni..bantu membantu sedekah2 ni remeh, leceh, buang masa dia aja.. sebab dia rasa dia dia dah buat amal banyak dah...
Dia tak tahu suatu hari nanti andainya ditakdirkan Allah swt dia atau anak2 dia pulak pulak duduk ditempat anak2 yatim-piatu ni...baru kecoh satu dunia minta dibantu.
Menderma & bersedekah tu bukanlah kerja berat bukan kena angkat batu ke apa ..cuma hulur je duit..atau tulis aje check yang pentingnya seberapa ikhlas. Susah sangat ke?
Bukannya tak ada manaafat menderma ni ..didunia dapat tolak cukai lagi..diakhirat lebih lagi. Tapi masih payah dan berat nak menderma/membantu..sebab dah jenis kedekut hangit...sebab dia ingat hidup dunia ni dengan duit tu dia dapat menongkat langit ...padahal diakhirat esok duit dia ni tak nilai langsong disisi Allah swt, apa yang Allah tanya nanti apa yang dia buat dengan duit itu..ada bersedekah ke?, menderma ke? baru terhegeh2.. aku pun sama2 meningati diri akusendiri..everything is between you and Allah.
Post a Comment