Wednesday, June 13, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: GeJaLa taKUt biNi

Mata saya ni tak mahu lelap pulak lagi. Mungkin sebab dah dekat seminggu tak pukol bola golf dan badan jadi tak letih sangat. Tambah pula lepas kenduri hari Ahad tu saya mendapat demam selsema pula dan terpaksa berehat. Ni agaknya pasal dah terlampau cukup rehat, dah tak boleh tidur pulak. Nak tengok Golf Channel, di siarkannya BC Open yang dah saya tengok baru-baru ni. Jadi saya pun buka lah laptop ni mengarang-ngarang apa yang terfikir di kepala.

Gejala takut bini ni sebenarnya banyak berlaku di kalangan kawan-kawan lelaki. Ada yang kata bukan aku takut bini tapi sebenarnya bini tak takut aku dan macam-macam lagi. Berbagai ragam dan cara sebenarnya masing-masing menangani masalah rumahtangga masing-masing terutama cara nak handle bini.

Ada yang kata bukan aku takut bini tapi malas nanti bini aku bising-bising. Tu pun sebenarnya takut bini lah sebab takut bini bising. Ada yang kata sebab dah tua-tua ni malas nak bergaduh dengan bini. Tu pun takut bini jugak lah sebab takut bergaduh dengan bini walaupun atas perkara yang betul dan sahih. Takut kat bini.

Ada yang takut bini sampai nak keluar ngeteh dengan kawan-kawan pun tak boleh. Ada yang takut bini sampai nak balik jauh malam sekali-sekala pun tak boleh. Ada yang takut bini sampai nak berkawan pun kena ikut cakap bini. Nak keluar rumah pun kena ikut cakap bini. Nak main golf pun kena mintak kebenaran bini. Nak jumpa rodong pun kena tanya bini dulu. Macam-macam kes orang takut bini ni.

Ada kawan saya pernah cakap... apa yang dia buat, kalau dia beritahu bini dia, sebenarnya dia cuma inform bini dia saja, bukan untuk minta kebenaran bini, bini suka ke atau tak suka ke..itu hak dia... sebagai suami dia tak perlukan kebenaran isteri untuk melakukan sesuatu perkara. Kata kawan saya lagi kalau dia call isteri dia untuk beritahu dia balik lewat, dia cuma beritahu.. "I'm going out with my friends tonite at Concorde Hotel and I'm gonna be late." Kalau bini dia kata jangan lewat sangat balik dan dia akan jawab " I'm telling you not to get a permission but just to inform you, so I've already told you that I'm late."

Gejala takut bini ni sebenarnya saya rasa salah satu sebab adalah kerana masing-masing iaitu suami dan isteri tidak tahu tanggungjawab dan hak masing-masing mungkin kerana terlampau banyak pendedahan akibat dari pengaruh modenisasi dan lain-lain lagi. Zaman dulu rasanya seperti di zaman Sultan Melaka dulu jarang kita dengar gejala takut bini ni. Tapi kalau dah sampai nak jumpa kawan pun kena tanya bini, nak buat sesuatu pun kena tanya bini, nak keluar malam pun kena tanya bini pada saya itu dah melampaui batas. Nak derma anak yatim pun kena tanya bini..lagi melampau.

Dalam Buku Alamat As Saa'ah tulisan Al Hafiz Imam Ibn Kathir mukasurat 10 di bawah tajuk Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam di Akhir Zaman ada tertulis :

Dari Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda " Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka" Salah satu antara 15 perkara itu ialah : Lelaki mentaati isterinya dan mendurhakai ibunya. Jadi marilah kita semua termasuk diri saya beringat ke atas pesanan Rasulullah seperti diatas.

Gejala takut bini ni sepatutnya tiada dalam diri seorang suami. Perasaan takut kepada isteri tidak boleh ada di dalam hati. Isteri mestilah dididik dan tahu hak dirinya sebagai seorang isteri. Jangan lah sampai kita nak buat apa saja semuanya kena tanya isteri dulu, atau pun tak boleh nak melakukan sesuatu perkara kerana takut di marahi isteri. Kalau seorang suami sudah hilang kekuasaan sebagai khalifah kepada rumahtangganya, apa lagi kehormatan dan maruah yang ada dalam dirinya. Apatah lagi kalau nak bernikah satu lagi..... nak keluar ngeteh dengan rodong pun kena minta kebenaran bini...

15 comments:

Amir-Isa said...

salam kida..
nak tegelak juga baca kisah takut bini..hehehehe...
orang panggil bini men"yinga" suami menikus....
..macam ni susah lah nak minta derma kat anak yatim ..baru nak keluar duit sedekah kat anak yatim..bini dah menyergah...

kepada kawan2 yang kaya raya tu..sergah bini pulak kata kalau you asyik menyingga aja.. I kawin lagi satu...baru ada akal...

Anonymous said...

Hooi....
Sapa tak sayang bini...tak caya tanya kla-kla.

Salwani said...

Wani rasa bini bukan nak kontrol sangat mana suami nak g. Nak ke langit biru pun pergi le. Cumanya, kalau apa-apa jadi kan ke senang. Kalau tetiba dibuatnya suami kata, "Yang I nak g buat B*m ni, nak kasi lutup sama itu Parlimen" bukan ke haru tu?

Tanya kol berapa nak balik tu bukan apa. Kot dah tahu nak balik kol berapa senang cerita. Kang tetiba kena tahan kat gangster mana, kena lanyak sampai lembik, tau gak bini nak wat apa kalau dah lebih 2 jam dari timing lom balik lagi. Orang kat rumah tu risaunya lebih. Siapa tak sayang laki oooooi

Macam kawan saya, dok tunggu laki balik, dah 5 jam keluar dari ofis lom sampai rumah lagi, rupanya suami dia kena langgar lari. kol 5 pago org jumpa mayat kat tepi jalan

Anonymous said...

Hahaha..Betul tu Wani...tu la penting nya nak kena inform ni... tapi kekadang bila bini questioned banyak sangat tu yang tak patutnya tu...

Jun said...

hehe..kelako la kida. ramai k camtu? hik2...satu je, give n take, tu penting. sayang2 gak, bertempat ler!

Anonymous said...

Setuju dengan kida....amat memalukan suami takut bini. Tak sepatutnya berlaku. Si bini tu kena kadar diri dimana tempat dia jgn lebih2

Amir-Isa said...

kepada isteri2 yang kuat control dipanggil "Control Freak" ... hehe..

nasihat saya, rentikan lah aja... menghabiskan beras je..kena belajarlah sikit how to trust each other

p/s: zaman IT ni, suami kalau nak balek lambat pun buleh call aja pakai handphone...atau sms aja..no big deal..

Anonymous said...

Sebelum SK letak komen nak tanya lah sape pulak anonymous ni? nape tak kenalkan diri? takut pasangan anonymous baca ehhh *wink*.

Pada pendapat SK lah suami yang takut bini ni kena hati2 sket sebabnya takut depan jer ok tapi belakang sape tau? bak kata pepatah pijak semut tak mati. (agaknya yg dipijak tu semut api jadi pijak perlahan jerlah kang sakit plak kena gigit ahaks!)

Tapi SK lebih berat berpendapat masalah begini berpunca kelemahan diri suami itu sendiri. Sebagai ketua keluarga suami kena tegas.Islam sudah menggariskan tanggungjawab seorang isteri dan suami. Jadi ikut ajelah panduan tu insyaallah rumahtangga tenang dan ceria.

Pada isteri2 yang control tu mungkin tak bermaksud kot tapi mungkin takut suami cari lain agaknya. Hakikatnya kita tak dapat lari dari ketentuan Allah swt. buatlah macam mana pun kalau itu dah tertulis kita kena terima dengan redha. Setiap apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah di sebaliknya. Lagi pun wat per nak pening2 paler bukan paler jer berserabut hati pun tak tenang. Nanti banyak pulak penyakit ngeee. Take it easy beb!

Setuju komen Jun dan amir-isa tu give and take and trust each other penting dalam keharmonian rumah tangga. Melukakan hati suami sudah tentulah perbuatan yang berdosa. Jadi sentiasa gembirakan hati suami moga beroleh ganjaran pahala yang besar. Kan syurga isteri bawah telapak kaki suami. Pada isteri yang control suami, jadilah isteri yang disenangi, disayangi dan dicintai kerana Allah dunia dan akhirat.
*angkat kening ala2 ziana zain*

Anonymous said...

takut bini...wekekeke. kida, zaman dulu bini tak berani nak menyinga sebab education rendah, tak terbuka dgn budaya2 baru. skrg ni, yg bini selalu menyinga sebab banyak dah educated. ada diploma, ada degree, ada oberse graduate. jadi, ada la akal nak menyinga. klu laki tinggalkan dia, dia boleh idup, independent. Tu sebab gua nasihatkan, carilah bini2 yg rendah skit education dari suami, rendah gaji dari suami, ketinggian rendah dari suami. Jadi dia tau la yg dia tu sentiasa rendah dari suami, kalau garang2 boleh le sekeh sebab dia rendah...

sl jr

Anonymous said...

ada jugak yg setakat spm/stp, kereje kerani je tp perangai teruk dr yg educated..

Unknown said...

teringin nak komen la pulak...he3
yang pertama si anonymous tu tulih la nama...'takut bini ker'?..

SK kata tu quite true.., kalu kat depan bini jer menikus, kat belakang macam pelesit pun tak guna..kira takut bini gaks ler...

tapi difikirkan pun semula... apa hal yang kau nak 'berani' sangat dengan bini? tak kemana pun... balik malam dia jugak yang awak 'kerjakan', makan awak dia yang masak, sakit pening awak dia jaga... lainla kalu dia dak tak nak kat awak lagi...

kadang2 kita tengok... masa tak der duit dulu, tak de la menyinga sangat dengan bini.. bini tu la satu2 sayang abang..(ye la kan ATM).. tapi bila dah kaya, hari2 maki bini, simpan kodok sana sini, telan arak mabuk sampai pagi.. awak la hero...tu suami mithali ke?

soklan sket.. brapa ramai antara bini2 kita yang tahu apa laki dia buat kat luar tu? Keluar kata meeting client, ada conference, dinner dan tah apa lagi lar.. duit abih kat dodok jangan kira la.. tapi nak kluar tambang anak pun berkira..'apa tokey bas ni nak kaya cepat ke?'... tahu tak per..
tu la pasal... bila nak derma anak yatim, bini ingat nak belanja kodok.. salah siapa beb..

Ini la hakikat sebenarnya.. tak leh salahkan bini control laki.. tu sayang laki namanya... tak leh salahkan laki kalu takut bini... mungkin ada sobab tu... atau pernah kantoi kot..
Kita amik jalan tengah la.. bini jangan la nak jadi macam 'polis pencen'... asik sibuk tanya.. nak pergi mana, dengan siapa, kul brapa balik, makan sapa bayar, minyak brapa isi dan tok tek tok tek... letih la laki awak hari2 kena interogate.. kasi la dia freedom, dia akan lebih creative dan berwawasan bila mendapat galakan dan blessing dari bini yg tersayang...
Laki pun jangan la eksen sangat, tak kemana eksen awak tu.. balik peluk bini gaks, inform la bini kadar yang patut... kalu tergolek tepi jalan senang kerja polis.. tengok handpone ada nama bini..
bagi 'pencinta wanita'.. mengkodok la ala kadar.. kita ni jejaka berwawasan dan macho.. kena jaga status beb...

Anonymous said...

Berjela mat dwan.... sokong2...sayang kena berpada2... kata orang sayang bini tinggal2kan... kodok mana sama dengan bini... tak setaraf pun...kekekeke

Apa2 hal mai berderma cepat kat anak yatim ni pada sape yang tak takut bini tu..dan ajak bini pi sekali..cepat..jangan sembang je lebih..mai cepat confirm..pi contact Bilal tu, Dwan, Selamber, Wani dan semua la...mai cepat

Anonymous said...

wooi..sembang je lebih ramai boleh.
bila part derma, bantu orang susah, minta tolong kerana Allah pun berbagai-bagai, begitu begini
action habok pun tarak.

Bukankan menderma tu menyuburkan harta? dan sesungguhnya bersedekah itu tidak menjadikan kamu papa-kedana. Jangan marah bang, itulah realiti.

Anonymous said...

wow.. meriahnya kite..
Kida berjaya melontar isu konroversi dan provokasi yg memikat hati rakan-rakan.. jrg dapat bersembang begini ramai dan meriah..

Koi tumpang senyum jer...

Anonymous said...

ada yg suka menerima
tapi tak suka menderma
ada yg suka menderma
tapi mahu mendapat nama
ada yg mahu mendapat nama
tapi tak buat apa apa
ada yg tak buat apa apa
tapi lebih sudu dari gula

derma bukan kerana terpaksa
derma bukan bila dipinta
buat apa menderma jika bermuka muka
derma dari hati baru bersih nurani