Wednesday, September 02, 2009

dOakaN kitaNG

Tengahari semalam lebih kurang jam 1-30, saya sampai di Pantai Medical Center, Bangsar untuk menziarahi Kitang. Sewaktu sampai di bilik wad beliau di D428, saya dapati Syed Hamid diA dan isteri Puan Raja sudah ada di sana bersama dengan Puan Lily dan juga Kitang. Bersalaman dengan Walid dan Kitang, saya lihat wajah Kitang begitu murung sekali. Jelas susut tubuh badannya dan kesan pembedahan yang saya lihat memilukan.

Puan Lily, isteri Kitang menceritakan kepada saya, Walid dan Raja keadaan Kitang. Kitang masih tidak dapat bertutur dengan sempurna dan hanya terbaring sahaja memerhatikan kami.

Menurut Lily, Kitang dimasukkan ke Hospital Pantai dengan di bawa oleh beliau menaiki kereta dari Temerloh pada hari Selasa minggu lalu setelah sekian lama sejak beberapa bulan yang lepas, Kitang mengadu kesakitan yang amat sangat di bahagian perut beliau dan perut beliau menjadi membusung. Sebelum itu sudah beberapa kali di buat pemeriksaan di Hospital Ampang Puteri termasuk membuat MRI scanning dan sebagainya tetapi punca kesakitan tidak dapat dikesan. Pengubatan secara tradisional juga di cuba di Temerloh tetapi hasilnya masih tidak berubah.

Di Pantai Medical Center, doktor memberitahu Kitang bahawa terdapat komplikasi di usus besar beliau dimana di sesetengah tempat seakan-akan seperti membengkak dan hampir pecah. Akhirnya pada Rabu minggu lepas, Kitang telah di bedah. Pembedahan yang dijangka hanya untuk 3 jam telah berlarutan sehingga 8 jam. Akhirnya Kitang di bawa keluar dari bilik pembedahan dengan usus besarnya terpaksa di potong lebih dari 2 kaki panjangnya.

Dengan seluruh hampir seluruh badannya di cucuk dengan drip di kiri kanan lengan dan di belakang bahagian badan untuk mengalirkan ubat-ubatan. Sementara kesan pembedahan pula lebihkurang 7 inci panjangnya dari dada sehingga ke perut dengan di kiri kanan perutnya di tebuk 2 lubang dengan usus yang tinggal di surfacekan keluar untuk pembuangan sehingga kini. Di kiri kanan perutnya yang berlubang itu di letakkan beg plastik bagi menakung pembuangan yang keluar.

Dan semalam setelah hampir seminggu barulah semua drip di cabut dari badan Kitang dan beliau boleh makan secara normal dengan makanan yang lembut seperti bubur. Lily memberitahu usus besar yang telah di potong itu masih tidak disambungkan lagi oleh doktor dan ianya memerlukan pembedahan ke 2 yang akan berlangsung mungkin dalam masa 6-7 minggu lagi. Sementara itu keadaan Kitang hanya akan terbaring sahaja dan selepas pembedahan ke 2 tidak tahu lagi berapa lama beliau akan pulih sepenuhnya.

Keadaan fizikal Kitang sememangnya begitu memilukan di tambah dengan keadaan dirinya yang pucat, murung dan tidak bermaya. Spritual beliau masih dalam keadaan lemah mungkin mengenangkan dirinya yang terbaring tidak tahu berapa lama lagi dan mungkin perkara-perkara yang menghantui beliau apabila mengenangkan dirinya yang sakit terbaring tidak bermaya.

Saya berharap rakan budiMaN dapatlah menziarahi Kitang dan memberikan semangat dan keyakinan kepada beliau dalam menempuh dugaan yang mencabar ini. Sokongan moral yang kuat dari keluarga dan rakan-rakan amatlah diperlukan oleh beliau yang saya kira begitu down sekali ketika ini. Selain itu marilah kita semua mendoakan agar Kitang akan kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala secepat yang mungkin dan keluarga beliau sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh situasi ini.

Mungkin beliau akan berada dalam keadaan begini 2-3 bulan lagi tetapi di harap rakan budiMaN akan sentiasa mengingati beliau dan terus memberikan perangsang dan semangat kepada beliau.

11 comments:

lan kida said...

Salam,
Pagi tadi kira-kira pukol 9-00, Lily ada sms kepada saya memberitahu bahawa doktor telah membenarkan Kitang balik ke rumah sementara menantikan rawatan seterusnya dan pembedahan ke 2 yang dijangka dalam tempoh 7 minggu lagi.

Insyaallah kepada sesiapa budiMaN yang berada di Temerloh, boleh lah menziarah Kitang di rumah beliau di Taman Temerloh Jaya semasa bulan puasa dan Hari Raya nanti.

Teruskan doa untuk Kitang.

Unknown said...

Kitang...
Kental kan semangat & jangan tinggal sembahyang...

Samrael Hasan
DIA - Jan 86

hairie @ zm said...

Harap kitang dan keluarga bersabar. Semoga kitang cepat sembuh.

hairie @ zm said...

Harap kitang dan keluarga bersabar. Semoga kitang cepat sembuh.

Anonymous said...

Saya turut mendoakan agar saudara Kitang kita cepat semboh dan tabah menghadapi dugaan.

Fadzil
Cambodia

zula said...

Salam Kitang,
saya doakan moga Kitang cepat sembuh...
untuk Pn Lily, banyak2 lah bersabar semasa menjaga suami yang sakit... insyaAllah, besar ganjarannya...

amir-isa said...

Salam Kitang
Insyallah, semuga cepat sembuh & back to normal routine.

Rasidi said...

Lama tak masuk blog.. Tahu2 bro Zack sakit.
Semoga cepat sembuh. InsyaAllah...

k. xi said...

Salam,

Sesungguhnya Allah tidak timpakan ujian itu melainkan mengikut kemampuan hamba Nya . Mudah-mudahan Allah nak permudahkan penghapusan dosa-dosa kita. Apa yang penting, bersabar dan banyakkan istigfar.

wasalam

Anonymous said...

Salam,
Semoga Zack segera sembuh dan tabah menghadapi dugaan Allah s.w. t. sesungguhnya terdapat kebaikan disebalik kesusahan.

Mintak tlg kwn2 bagi no talipon dia

Aru
Johor Bahru
019 717 6607

Anonymous said...

Kitang
Never give up..caiyo caiyo..!
Get well soon!

Sl jr