Sunday, March 30, 2008

aPaMZ

Dah lama saya tidak menghubungi Apamz, hampir sebulan rasanya, jadi pagi tadi saya cuba mengubungi beliau tetapi panggilan saya tidak berjawab. Namun begitu tidak lama kemudian Apamz telah menghantar sms kepada saya memberitahu beliau sedang mengikuti kursus produk HPA dan akan menghubungi saya kemudian. Rupa-rupanya Bilal telah bermurah hati mengsponsor Apamz untuk mengikuti kursus tersebut yang berupa kursus berkaitan satu produk kesihatan. Terima kasih Bilal, mudah-mudahan berlimpah-limpah lagi dimurahkan rezeki kerana sudi membantu Apamz.

Apamz juga memberitahu saya keluarga beliau berada dalam keadaan sihat sejahtera. Isteri beliau, Miza juga berada dalam keadaan sihat. Saya sebenarnya sudah mengetahui suatu berita tentang Miza dari Apamz kira-kira 2 bulan yang lalu tetapi saya rahsiakan dulu kerana Apamz meminta sedemikian. Namun saya rasa elok juga kalau di kongsi bersama dengan kengkawan di sini kerana ianya suatu berita yang baik. Sebenarnya Apamz ada memberitahu saya 2 bulan yang lepas bahawa Miza kini sedang mengandung anak mereka yang ke 3.

Apamz telahpun membawa Miza berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa keadaan Miza yang mengandung adalah sihat dan tidak memudaratkan baik kepada kesihatan beliau sendiri mahupun kandungannya. Miza di jangka due sekitar bulan Oktober nanti tetapi mungkin doktor akan mempercepatkan kelahiran sekitar kandungan berusia 7 bulan nanti. Apamz juga bercadang untuk membawa Miza tinggal di kampung mentuanya di Luit bila dekat-dekat tarikh kelahiran nanti. Miza pula menurut Apamz begitu bersemangat untuk menyambut kelahiran ini dan selera makan beliau makin bertambah baik demi kandungannya dan semangat beliau begitu tinggi. Kalau ada kengkawan terutama di Kuantan yang dapat menziarah Apamz mungkin akan memberikan mereka sekeluarga lebih bersemangat lagi.

Sama-samalah kita semua di sini mendoakan kesejahteraan Apamz sekeluarga dan semoga hari-hari mendatang dalam menunggu kelahiran anak ke 3 Apamz dan Miza, mereka sekeluarga terutama Miza berada dalam sihat sejahtera dan semoga kandungannya sihat juga dan semoga kelahirannya nanti akan dipermudahkan dan selamat.

Thursday, March 27, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Pada Selasa malam yang lepas, saya, Kudin Mekanik, Kitang, Bilal dan Arash sempat berteh tarik di Taman Seri Gombak jam 9-00 malam. Kebetulan Bilal menghantar kereta Volvo beliau untuk di perbaiki oleh Kudin Mekanik dan saya pula ingin mengirimkan 3 barangan Jam Waktu Solat bagi Surau Tanjung Belengu kepada Bilal. Insyaallah Bilal akan menyerahkan 3 barangan tersebut kepada surau Tg Belengu pada petang Jumaat nanti. Kudin Mekanik pula akan menempah crest tanda sumbangan budiMaN yang akan dilekatkan pada 3 frame tersebut sebelum Bilal membawa barangan tersebut ke Temerloh nanti. Insyaallah minta Bilal tolong ambilkan gambar apabila ianya di serahkan kepada surau Tg Belengu nanti. Mulanya kami berteh tarik di Taman Seri Gombak makan kerang rebus dan kemudiannya berpindah pula perkena sup di Jalan Doraisamy dan akhirnya lebih kurang pukol 1-30, kami semua bersurai.

Kudin Mekanik pula pada Isnin lepas telah pergi ke Kuantan kerana mendaftarkan anak perempuan sulung beliau yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 di MRSM Kuantan. Nampaknya Kudin Mekanik sudah tinggal 2 orang sahaja dengan isterinya di rumah kerana kedua-dua anaknya telah memasuki sekolah berasrama penuh. Seorang lagi anaknya yang ke 2 lelaki kini bersekolah di Sekolah Intergrasi di Gombak iaitu bersebelahan sekolah anak saya Maisarah.

Malam semalam pula (Rabu malam), saya berteh tarik lagi dengan Fadil Sutok dan Raman Kerbau pula yang datang ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Perkena sup lagi di Jalan Doraisamy. Lebihkurang pukol 2-30 pagi juga baru kami bersurai. Antu juga khabarnya berada di Kuala Lumpur semalam kerana urusan kerja.

Monday, March 24, 2008

haPPy beSday saRah

Hari ini 24hb Mac 2008, genaplah 16 tahun umur anak sulung saya Maisarah. Petang semalam sewaktu mengunjungi beliau di asrama sekolahnya, sempat kami semua suruh beliau potong kek yang telah di bawa oleh emaknya, SK. Tengok bukan main senyum lagi dengan kek dan present istimewa yang beliau dapat. Sarah kini bersekolah di sebuah sekolah teknik dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Baru-baru ni dalam peperiksaan penggal, matapelajaran Kejuruteraan Elektrik beliau memperolehi A. Moga-moga cita-cita beliau untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik tercapai, insyaallah.

Thursday, March 20, 2008

seLaMat meNyaMbut mAuLiduR raSuL

Kepada semua muslimin dan muslimat samada budiMaN atau sesiapa sahaja yang mengikuti blog ini, saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul semoga kita semua dapat memperbanyakkan lagi selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w sempena hari kelahirannya dan sentiasa berselawat setiap kali kita menyebut namanya tidak mengira masa. Kalau dulu masa kecil-kecil rajin juga mengikuti ayah saya bersama satu keluarga berarak sekeliling bandar Temerloh sehingga ke padang besar Temerloh sempena perarakan Maulidur Rasul atau dulu di sebut Maulud Nabi. Tapi kini dah tinggal kenangan je la cuma tengok perhimpunan Maulidur Rasul kat TV1. Apa-apa pun berselawat la banyak-banyak pada hari ini dan antara kelebihan berselawat sepertimana yang saya petik dari sebuah website adalah seperti berikut :

Di antara kelebihan berselawat itu adalah seperti mana hadis Baginda, maksudnya :

"Dari Annas bin Malik, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Siapa yang berselawat ke atasku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya". (Riwayat Al-Imam An Nasai'e).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi dalam hadis yang lain, maksudnya :"Dari Ibnu Masuud ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada Hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada Hari Kiamat kelak) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku". (Riwayat Al-Imam Ibnu Hibban)

Kelebihan berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan

Moga-moga saya sendiri, kawan-kawan budiMaN dan semua yang mengikuti blog ini mendapat panduan, Insyaallah.

Wednesday, March 19, 2008

seMbaNG-seMbaNG LaGi

Sebenarnya takde idea lagi nak menulis kerana kat sekeliling masih tak habis-habis lagi cerita politik. Nak cerita pasal politik mintak maaflah beb, saya tak mahu blog ni jadi blog politik pulak. Cukup-cukuplah dengan artikel pasal pilihanraya yang kat bawah-bawah tu. Tu pun dah jadi panas jugak tu dengan macam-macam pendapat. So marilah kita balik sembang pasal kehidupan semasa dan aktiviti bekas bebudak UitM Kuantan dulu.

Berita-berita pasal kengkawan budiMaN sebenarnya tak banyak sangat nak cerita pun buat masa ini. Mungkin semuanya sibuk selepas pilihanraya dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja dan perniagaan. Ada juga sessi mengeteh baru-baru ini antara saya, Kudeng dsS, Fadil Sutok dan Kudin Mekanik di Taman Seri Gombak. Tupun banyak cerita tentang politik juga dan teh tarik pun tak lama lebihkurang 3 jam jer dari pukol 9-00pm sampai 12-00am jer. Kalau ramai dan banyak cerita menarik, selalunya sampai 6-7 jam teh tarik ni.

Tengok suratkhabar pun tak habis-habis cerita politik lagi. Tapi baru-baru ni bila saya selak akhbar The Star ruangan Sukan kat bahagian belakang ternampak pulak satu bahagian menarik. Bahagian tu sebenarnya bukanlah bahagian sukan yang elok untuk di baca pun sebab kalau tiada pengetahuan pasal sukan tu, saya gerenti memang tak faham punye. Sebenarnya bahagian tu bukanlah tak nampak bila setiap hari membaca akhbar The Star tetapi "No Interest", jadi selalunya lalu je la kata orang tu, takde la nak menyinggah. Bahagian sukan tu sebenarnya ialah bahagian "Horse Racing" atau Lumba Kuda. Kalau akhbar The Star atau NST memang tiap-tiap hari ada kolum untuk sukan ini, selalunya memang satu muka surat la.

Tujuan saya bercerita ni bukanlah nak menggalakkan judi ke atau benda-benda tak baik dalam Horse Racing ni. Cuma pada saya, ilmu pengetahuan itu penting walaupun kekadang ianya bukanlah suatu ilmu pengetahuan bagi benda-benda yang elok. Namun ianya boleh dijadikan sempadan dan sekurang-kurangnya orang tak boleh tipu kita dan kita sendiri boleh menjadikan sesuatu itu sebagai iktibar. Jangan jadi sesetengah orang yang langsung tidak mahu ambil tahu kerana kononnya ia tidak membawa faedah dan tiada kena mengena dengan kehidupan dirinya. Sesungguhnya orang-orang begitu akan ketinggalan dan menjadi seorang yang kurang pengetahuan dan akhirnya akan bertindak mengikut emosi dan nafsu akibat kurangnya ilmu pengetahuan.

Balik kepada kolum dalam The Star pasal Horse Racing ni. Saya sebenarnya pun dapat pengetahuan pasal Horse Racing ni semasa bertugas di BPR dahulu dan terlibat dalam satu siasatan sindiket kongsi gelap Cina. Jadi daripada tak tahu pasal Horse Racing ni terpaksalah ambil tahu dari A sampai Z. Kalau tengok dalam suratkhabar tu, hari Ahad dan Isnin akan disiarkan keputusan perlumbaan di venue tertentu. Venue Horse Racing di Malaysia ni ada 4 venue. Satu di Selangor Turf Club di Sg Besi, Ipoh Turf Club di Ipoh, Penang Turf Club dan Singapore Turf Club di Batu Gantung. Race ni di jalankan secara bergilir-gilir setiap minggu. Sebab itu lah kita tengok kekadang kita jumpa Selangor Race atau Ipoh Race atau Singapore Race. (Kat kalendar Kuda ada jadual race ni)

Race ni pula hanya di adakan pada hari Sabtu dan Ahad selalunya bermula sekitar jam 1-00 tengahari. Setakat ni tak pernah lagi dalam sejarah la mana-mana race di tangguhkan kerana cuaca ke atau hal-hal kecemasan. Biar hujan ribut, petir sabung menyabung ker, race kuda ni tetap diteruskan. Kalau katakan race kuda tersebut berlangsung di STC di Sg Besi maka race course di tempat lain tu seperti di Ipoh, Penang, Singapore dan Kuantan (Kuantan ni siaran TV sahaja takde race course) akan menyiarkan secara langsung dikaca TV di tempat tersebut without delay walaupun satu second.

Race kuda ni sebenarnya bukanlah suatu sukan yang genuine, hanya semata-mata untuk tujuan perjudian sahaja. Disetiap race course akan di sediakan kaunter-kaunter untuk penjudi meneka kuda-kuda yang akan menang. Pembelian tiket judi kuda di kaunter ni mestilah dilakukan sebelum trumpet racing di tiupkan dimana kaunter akan ditutup untuk sebarang betting. Kaunter-kaunter di seluruh Malaysia di kendalikan oleh Malaysia Horse Racing Association. Selain dari kaunter rasmi, ada juga betting yang dibuat menerusi bookie-bookie haram yang sentiasa berkeliaran di Race Course. Bookie-bookie nilah yang berkait dengan sindiket dan kongsi-kongsi gelap haram yang kadangkala melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa. Sindiket dan kongsi gelap inilah juga yang sebenarnya kadang-kadang menetapkan mana kuda yang akan menang dalam sesuatu perlumbaan.

Harga satu tiket betting kalau kaunter rasmi ialah RM5 dan kita boleh teka kedudukan kuda tempat pertama sehingga ke tiga. Kalau melalui bookie haram, harga satu tiket ialah RM4. Kalau tekaan betul maka hadiah akan diberikan berdasarkan berapa nilai satu tiket di saat-saat akhir sebelum trumpet di bunyikan. Biasanya kalau penjudi yang kaya beliau akan betting sampai 100 tiket untuk satu kuda bagi satu perlumbaan. Biasanya sehari ada 8-10 perlumbaan di jalankan. Jadual perlumbaan pula biasanya di jual dalam bentuk buku dan boleh didapati sehari sebelum perlumbaan di kedai-kedai suratkhabar biasanya di area Petaling Street atau Jalan Pudu. The Star dan NST ada juga memberikan jadual perlumbaan pada suratkhabar mereka hari Sabtu dan Ahad. Selalunya penjudi akan mendapatkan Buku Jadual pada hari Jumaat untuk membuat analisa prestasi dan rekod kuda yang akan bertanding. Jadual tersebut akan menyiarkan prestasi kuda yang lepas-lepas serta rekod kemenangan kuda itu sebelum ini. Jika banyak menang maka automatik kuda tersebut akan menjadi favourite untuk perlumbaan tersebut dan hadiah tiket betting untuknya pasti akan menjadi rendah.

Bagi kuda yang tak favourite dan digelar outsider maka hadiah selalunya tinggi. Jockey atau penunggang kuda juga memainkan peranan penting. Jockey yang ternama biasanya akan menjadi favourite dan akan merendahkan nilai hadiah betting juga. Jockey tersohor di Malaysia kebanyakannya orang Melayu seperti Azhar, Ismadi dan Saimee. Saimee yang berasal dari Singapura menjadi jockey pertama Malaysia/Singapore yang dapat bertanding di Melbourne Cup. Melbourne Cup adalah suatu race kuda yang sangat terkenal di dunia di adakan di Australia sejauh 3500m (satu race sahaja) setiap tahun dan Australia bercuti umum(public holiday) kerana race tersebut sehingga ke hari ini. Seluruh kuda terbaik dunia dengan jockey terbaik yang terpilih akan bertanding di Melbourne Cup.

Selain dari Melbourne Cup, race kuda ini juga sangat terkenal di tanah-tanah Arab seperti di Dubai dan Abu Dhabi dimana World Cup of Racing di adakan setiap tahun di sana. Selain itu banyak jutawan-jutawan Arab inilah juga yang menjadi pemilik kuda-kuda racing yang tersohor di Amerika dan Eropah. Begitu jugalah di Malaysia di mana ramai jutawan dan hartawan Melayu juga memiliki kuda-kuda racing. Kalau pergi ke VVIP Galery di STC Sg Besi, maka tentunya kita akan terjumpa dengan ramai Tan Sri dan Dato'-Dato' yang selalu kita lihat wajah mereka di dada akhbar dan kekadangnya dengan girlfriend2 yang cun melecun.

Kalau anda lihat secara live race kuda ini di padang lumba kuda, pergerakan kuda tersebut amatlah pantas macam kita lihat kereta F1. Sebab itulah hanya jockey yang terlatih sahaja yang memiliki lesen dari MHRA saja di benarkan menunggang. Ada jockey yang mati akibat terjatuh dari kuda semasa perlumbaan. Jockey pula biasanya mereka yang mempunyai saiz tubuh badan yang kecil dan ringan.

Balik kepada apa yang tersiar di suratkhabar tadi, dari hari Selasa hingga Jumaat akan di siarkan berita tentang kuda yang akan berlumba pada hari Sabtu dan Ahad, Berita tersebut berkaitan jenis latihan dan prestasi kuda tersebut semasa latihan. Biasanya ia berkaitan dengan kuda-kuda favourite. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, suratkhabar akan menyiarkan jadual perlumbaan mengandungi data rekod kuda serta prestasinya. Pada hari Ahad dan Isnin juga di siarkan keputusan perlumbaan kuda dan nilai hadiah-hadiah betting. Sebenarnya kalau saya nak explain satu-satu pasal data-data rekod kuda dan setiap perkataan yang ditulis memang terlalu panjang. Jadi saya explain tentang data pada akhbar hari Ahad dan Isnin pasal keputusan perlumbaan sahaja dahulu. Contoh seperti di bawah:

Singapore Race- 2nd Day : Going-Good
Race 5: Class 4 Div 2 - 1200m (sc) - $33,550 to winner.

(15-6) 3 Beau Brummell 56 Gallagher (9) 2 2 1
(75-21) 10 Scenic Delight 51 Ong (5) 6 3 2 2(1/4)
(31-7) 5 Piercing 55 Kellady (8) 9 6 3 2
(14-5) 4 Postman Tales 56 Legrix (7) 1 1 4 2(1/2)
dan sambung senarai kuda lain-lain yang menyertai dengan kedudukannya.

Owner : Byerley Stable Trainer : David Hill
Won By : 2(1/2)-2-2(1/2) Time : 1-10
Malaysia Tote : $15, $6, $21, $7 Forecast : $58
Forecast 3 : $666 Forecast 4 : $1,064

Singapore Race bermakna race tersebut di adakan di Singapore Turf Club, Batu Gantung, Singapore. 2nd Day bermakna race yang dijalankan pada hari Ahad(hari ke-2). Going- Good bermakna cuaca dan keadaan padang lumba adalah baik dan tidak hujan atau berlumpur. Race 5 bermakna perlumbaan ke 5 pada hari itu. Class 4 Div 2 bermakna kuda tersebut kuda kelas ke 4 divisyen 2, macam bolasepak jugaklah, makin rendah kelas dan divisyen makin baik dan tinggi tarafnya lagi. 1,200m(sc) tu pulak bermakna perlumbaan tu sejauh 1,200 metre dan dalam short course (bukan long course - long course ni stretching panjang : straight lane) $33,550 to winner bermakna juara perlumbaan menerima Singapore Dollar 33,550.

Kuda yang teratas tu adalah juara. (15-6) tu menunjukkan hadiah satu tiket betting(satu tiket RM5) untuk Menang ialah RM15 sementara yang ambil tiket untuk Place (Placing la) dapatlah RM6 (untung RM1 satu tiket). 3 tu nombor kuda kat baju kuda tu. Beau Brummell tu nama kuda tu. 56 tu berat jockey kuda beserta dengan whip dan segala peralatan semasa menunggang (helmet, boot dan pelana kuda tu - berat badan jockey tu dalam 45 kg je). Gallagher tu nama jockey kuda tu. (9) tu lorong kuda atas padang lumba. 2 2 1 tu ialah kedudukan kuda tu semasa permulaan perlumbaan, pertengahan dan pecutan terakhir. Jadi mulanya kuda Beau ni duduk no 2, pertengahan pun no 2 dan last sekali no 1. Maknanya kuda ni memang power dari awal lagi dan tak penat. Kalau tengok kuda Piercing no 3 tu awalnya dia slow tapi last-last baru nak pecut. Kuda no 4 pulok iaitu Postman Tales, awal je power tapi rupanya semput last-last sebab tu dapat no 4 jer (jadi mungkin dia ni sesuai untuk lumba jarak dekat).

Saya rasa macam dah panjang sangat artikel ni. Baik berhenti dulu la setakat ni. Kalau nak cerita mahu satu minggu tak habis lagi. Saya pun masa BPR dulu nak mengkaji asal-usul dan memahami semua pasal Race Kuda ni mengambil masa 3-4 hari juga dan kena pergi sendiri kat STC tengok masa hari lumba dan siaran TV live kat situ. Siasatan pulak melibatkan ramai staff dan kami berkampung kat Race Course tu dekat 5-6 bulan jugak kerana nak identify sindiket dan kongsi-kongsi gelap kat situ. Kalau ada sesiapa yang tak faham tu, post la question kat komen tu dan mana yang saya boleh jawab nanti saya jawablah atau kalau ada kengkawan yang nak jawab pun tadak hal. (Tapi jangan bubuh anonymous dah yer sebab ini bukan artikel politik dah oii)

Sunday, March 16, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Hampir seminggu juga saya tidak menulis untuk blog dengan posting terakhir pada Isnin yang lepas. Tiada topik yang menarik serta kurang interaksi dengan rakan-rakan budiMaN yang lain akibat masa yang sentiasa terisi dengan pelbagai hal membataskan idea untuk menulis. Walaubagaimanapun rata-rata kalau bersembang sekarang ini, isu politik negara masih lagi menjadi perbualan hangat dan nampaknya apabila bertemu rakan-rakan, tiada topik lain selain dari isu politik semasa yang kini menjadi bertambah-tambah hangat dengan pelbagai isu dan kontroversi. Kat warong mamak cerita politik, kat pejabat pun cerita politik, kat Kelab Golf pun cerita politik. Memang dah takde topik lain di Malaysia ni kecuali politik, politik dan politik.

Jadi eloklah kita lari sikit dari topik politik ni sebab artikel politik yang ada kat bawah tu pun nampaknya makin hari jadi makin panas dengan pelbagai komen yang pro dan yang kontra. Kita redakanlah sedikit kepanasan isu politik ni dengan sembang-sembang sikit.

Ada satu hari tu, member saya ni pergi kat pejabat Menteri Besar sebuah negeri di Utara. Menteri Besar tu pun sekarang ni tengah bergelut lagi tak tahu samada beliau akan dapat menjadi Menteri Besar atau tidak. Member saya ni pun masuklah dalam bilik MB tu dan sambil tu sembang-sembanglah pasal projek yang nak buat. Macam biasalah pejabat MB ni penuh dengan orang-orang UMNO dan macam-macam orang lagi la. Ada yang datang nak minta bantuan, ada yang datang nak minta surat sokongan dan ada yang datang sengaja nak pow duit MB kot-kot dapatlah dalam RM50 ke atau RM100. Jadilah.

Jadi tengah syok-syok sembang dengan MB, datanglah satu Mamat ni (muka berpeluh-peluh dengan pakaian yang basah dengan peluh, style orang kampung la macam tu), dia ni memang runner MB tukang jual minyak diesel kecil-kecilan. Dengan muka selamba jer, dia pun mintaklah duit kat MB katanya nak isi minyak kereta dia nak pergi jumpa orang kat Penang. MB pun sergahlah dia, dahlah jual minyak, takkan nak isi minyak keta sendiri pun takde duit. Lawak juga Mamat ni. MB pun hulurlah duit RM50. Mamat ni kata mana cukup, tol lagi nak kena bayar. MB pun hulurlah RM50 lagi. Dapatlah RM100. Tapi MB kata kat Mamat tu, hang pergi bungkus nasi kat Kuala Perlis, MB kata dia nak makan masa mesyuarat kejap lagi. Mamat tupun chiow la.

So, MB pun mesyuarat la dengan member saya ni dan beberapa konsultan projek yang datang dari Kuala Lumpur dan luar negeri. Kira-kira nak selesai dah mesyuarat tu, Mamat tadi pun sampai la bawak nasi bungkus dengan baju basah kuyup dengan peluh dan siap pakai kasut boot plastik penuh lumpur (kata Mamat tu, gerai nasi tu becak dan lumpur habis), cukup-cukup untuk orang yang mesyuarat tadi. MB pun jemputlah semua orang makan nasi bungkus, kata MB lauk warong kat Kuala Perlis ni memang special dan sedap-sedap.

Geng-geng konsultan tu tengok keadaan Mamat tu dan dengar nasi tu dari Warong berlumpur dan becak habis, terus cakap kat MB, takpelah dia orang kenyang lagi, dah makan breakfast lewat tadi. Geng-geng konsultan ni dengan pakai kot, tali leher, datangpun dengan drebar pakai BMW 7 series dan Mercedes S500. MB kata tak mahu makan pun takpe tapi rasa lah lauk ikan ni, memang best giler kata MB. Prakkkkk! MB dengan dua belah tangannya patahkan kerat ikan yang dia sedang makan tu dan bagi kat seorang konsultan tu. MB kata hang makan ikan ni, syok woi. Konsultan yang pakai kot dan talileher kancing sampai kedagu tu pun dengan terkulat-kulatnya la jamah ekor ikan yang berlemuih dengan nasi dari tangan MB tu. Tengok konsultan tu makan nak telan ikan tu cukuplah susah tapi terpaksa telan jugaklah.

Member aku kata punya la lawak tengok muka konsultan tu nak telan makan ikan tu. Hahaha. Moral of the story, setinggi mana pun pangkat dan kekayaan, nasi kat warong ke atau gerai tepi jalan tepi longkang busuk ke.... jangan korang kata unhygenic la, apa la, MB pun makan beb.

Monday, March 10, 2008

apAbiLa rAkyAt beRSuaRA

Pagi Sabtu 8hb Mac 2008, saya sekeluarga memulakan perjalanan pilihanraya kami bertolak keluar dari rumah kira-kira jam 9-00 pagi dan terus menuju ke Sek Men Cochrane berhampiran Taman Maluri bagi SK menunaikan kewajipan melakukan pengundian. Sampai disana kelihatan ramai orang dan pihak Polis mengawal lalulintas. Pondok-pondok panas parti BN dan BA yang terletak agak jauh dari tempat mengundi menyebabkan peraih-peraih undi tidak begitu aggresif. Mungkin di KL, peraturan pilihanraya di terapkan dengan agak tegas sedikit. Bagaimanapun keadaan nampak teratur dan tidak sampai setengah jam, SK sudahpun siap melakukan pengundian.

Selesai SK mengundi, kami sekeluarga singgah sebentar untuk minum dan makan tengahari di sebuah restoran di Taman Maluri, sebelum melangkah menuju ke Pahang untuk destinasi pengundian seterusnya. Mengharungi Lebuhraya MRR2 yang penuh sesak bermula dari Kg Pandan menyebabkan saya mencari alternatif melalui jalan-jalan di Keramat dan pusat bandar. Rupa-rupanya kesesakan ke Lebuhraya Pantai Timur telah bermula sejak dari hari Jumaat lagi kerana banyak kenderaan yang ingin ke Kelantan, Pahang dan Terengganu. Hampir satu jam barulah saya dapat melepasi Kuala Lumpur dan sampai ke Tol Gombak untuk ke Temerloh.

Saya sampai di Sek Men Jalan Bahagia, Temerloh, Pahang kira-kira jam 2-30 petang dan kelihatan kenderaan begitu banyak di kiri-kanan jalan. Pondok-pondok panas BN dan BA di tempatkan betul-betul dipintu masuk ke pusat mengundi dan kelihatan ramai peraih-peraih undi berkeliaran. Suasana begitu meriah walaupun agak kelamkabut dengan kenderaan lalulalang. Sebaik sampai, saya di sambut oleh peraih-peraih BA yang bertanyakan khabar dan menyampaikan mesej mereka. Sementara itu di pondok panas BN, peraih dan petugas yang kesemuanya terdiri dari orang-orang kampung saya iaitu Kg Bukit Kelulut telah menyedari kehadiran saya dan mereka mula menjerit nama saya dari jauh. Saya meninggalkan peraih BA dan terus ke pondok panas BN berjumpa dengan semua petugas, kawan-kawan sekampung, kakak2 dan makcik2 yang semuanya orang-orang sekampung dengan saya dan mereka bertanyakan khabar dan mengerumuni saya.

Saya minta diri kepada mereka untuk ke tempat mengundi dan mereka mengiringi saya sehingga ke bilik pengundian. Selesai mengundi, hujan lebat turun dengan tiba-tiba dan saya terperangkap di tempat undian. Namun begitu 10 minit kemudian hujan tiba-tiba reda dan setelah bersalaman dengan orang-orang kampung saya, saya terus meninggalkan pusat pengundian kira-kira jam 4-30 petang.

Apabila keputusan pilihanraya di umumkan lewat tengah malam, Parlimen Temerloh telah dimenangi oleh BN sementara DUN Semantan pula di menangi oleh PAS. Alhamdulillah, tidak sia-sia juga saya balik ke Temerloh melakukan undian.

Sesungguhnya keputusan PRU ke 12 ini yang menyaksikan kejutan-kejutan yang menyebabkan BN cuma mampu meraih majoriti mudah sebanyak 140 kerusi Parlimen dan BA telah menyapu 82 kerusi sesuatu yang agak memeranjatkan dengan jangkaan pilihanraya ini di jalankan dengan penuh tipuhelah seperti tahun 1999. Namun ternyata perancangan jahat sesetengah pihak di gagalkan oleh Allah swt dan pengundian telah dapat menggambarkan isi hati rakyat. Kejatuhan 5 negeri di tangan BA mencerminkan suara rakyat yang inginkan perubahan. Kini telah ada suara-suara di dalam BN yang mahukan tindakan-tindakan drastik di buat untuk menyelamatkan BN dari terus menjadi tidak relevan dalam arena politik tanah air.

Penguasaan BN keatas Terengganu dan Perlis agak memeranjatkan saya juga kerana dijangka 2 buah negeri tersebut akan mengalami perubahan undi yang ketara. Namun akhirnya rakyat negeri tersebut masih memilih BN untuk terus memerintah walaupun kedengaran terdapat penipuan dalam pengundian. Pahang pula masih tidak berubah dengan sentimen BN masih lagi begitu kuat dikalangan rakyat Pahang terutama di kampung-kampung dan suatu tindakan yang istimewa perlu dilakukan oleh BA jika ingin menambat hati pengundi di Pahang.

Kini PRU12 telahpun selesai dan kita semua telah memilih kerajaan untuk 5 tahun akan datang. Namun debaran kita semua masih belum berakhir lagi kerana pembentukan kerajaan di negeri-negeri masih dalam proses tindakan. Barisan Exco dan nama Menteri Besar baik di negeri yang dikuasai BN atau BA di tunggu-tunggu. Desakan-desakan dan tekanan pihak-pihak tertentu ke atas pucuk pimpinan negara di kalangan BN begitu kuat dan barisan kabinet baru BN juga di tunggu. Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan November nanti tentunya akan menjadi gelanggang halatuju pemerintahan negara jika tiada tindakan drastik di lakukan sekarang dalam pembentukan kabinet negara.

PRU12 pada saya telah mencapai sebahagian matlamat rakyat dan kini perubahan drastik dalam operasi pemerintahan negara begitu di tunggu2. Itu cerita saya berkaitan PRU12 dan terima kasih kepada kengkawan seperti Walid, Fadil, Kudin, Niazor, Kitang, Wani dan yang lain-lain yang telah call dan mengirimkan sms kepada saya di malam keputusan pilihanraya untuk menyuarakan pandangan mereka. Apa pandangan anda pula? ( Nak guna anonymous lagi pun boleh juga)

Friday, March 07, 2008

uNdi eSok

Esok 8hb Mac 2008 akan berlangsunglah Pilihanraya ke 12 di negara kita. Sebagai rakyat yang layak dan berdaftar untuk mengundi, marilah kita semua budiMaN melaksanakan tanggungjawab kita kepada negara, bangsa dan agama untuk mengundi bagi memilih sebuah kerajaan yang kita rasakan boleh membawa kemakmuran, kesejahteraan dan meninggikan syiar Islam sebagai tunggak utama segala bentuk tindakan kita.

Walau di mana sahaja kita berada, baik di Kuala Lumpur atau di Kuantan, tanggungjawab untuk mengundi di tempat yang kita berdaftar, haruslah dilaksanakan tanpa mengira jauh atau dekat tempat tersebut. Satu undi dari kita semua belum tentunya boleh merubah suatu keputusan tetapi satu undi yang dicampur dengan undi-undi yang lain, akan membawa perubahan dan suara kita sebagai rakyat yang menjadi penentu kepada masa depan negara dan anak cucu kita nanti.

Kita juga berharap agar pilihanraya ini akan dijalankan secara telus dan bersih tanpa ada sebarang penipuan, tanpa ada kotak-kotak undi yang entah dari mana akan muncul secara tiba-tiba, tanpa kertas-kertas undi yang pernah ditemui bersepah-sepah di kotak sampah dan dari segala bentuk ketidakjujuran semata-mata untuk terus berkuasa atau mengambil kuasa.

Selain dari saranan-saranan yang mungkin rakan-rakan budiMaN telahpun ketahui, saya juga ingin memanjangkan saranan agar setiap dari kita baik dari penyokong Barisan Nasional dan juga Barisan Alternatif untuk mengadakan solat hajat di malam sebelum pilihanraya ini, memohon agar Allah swt memberikan kemenangan dan kejayaan kepada angkatan muslimin yang benar-benar ikhlas, jujur, beriman, beramal soleh, tidak rasuah, tidak melakukan dan membenarkan maksiat serta yang benar-benar ingin meninggikan syiar Islam dalam pemerintahan negara Malaysia ini nanti. Doakan juga agar pilihanraya kita akan dapat di jalankan dengan penuh jujur dan tiada penipuan dan agar segala bentuk rancangan penipuan di dalam pilihanraya akan beroleh kegagalan dan mereka-mereka yang menipu itu mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt. Semoga segala perancangan jahat akan menemui kegagalan kerana perancangan Allah swt jugalah yang akan terlaksana akhirnya.

Insyaallah, saya akan pulang untuk mengundi di Sek Men Jalan Bahagia, Temerloh nanti bagi memilih calun untuk DUN Semantan serta Parlimen Temerloh, manakala SK pula akan mengundi di Sek Men Jalan Cochrane, Kuala Lumpur bagi memilih calun Parlimen Titiwangsa. Cadangan asal pada malam Sabtu nanti saya akan berada semula di Kuala Lumpur kerana beberapa kengkawan mencadangkan untuk berkumpul beramai-ramai di pejabat salah seorang rakan kami di Pusat Bandar Wangsa Maju bagi mengikuti keputusan pilihanraya sampai ke pagi. Namun begitu tiada ketetapan lagi bagi rancangan tersebut tetapi kalau ada kengkawan budiMaN yang rancang untuk berkumpul beramai-ramai bagi mengikuti keputusan pilihanraya di suatu tempat, maka lebih elok lagi.

Pilihanraya Umum ke 12 ini sebenarnya begitu mendebarkan dan keputusan-keputusan bagi sesetengah negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Wilayah yang agak panas begitu di tunggu-tunggukan. Keputusan bagi negeri-negeri lain mungkin tidak begitu mendebarkan kerana suasana di negeri-negeri panas itu yang telah saya ziarahi sesetengahnya begitu condong untuk membawa perubahan baru. Rata-rata yang saya temui yang selama ini sebagai penyokong kuat kepada kerajaan sedia ada telah berubah arah dan bersedia untuk menjalani suatu perubahan baru yang drastik. Kalau pilihanraya ini di jalankan secara telus dan adil serta tiada penipuan seperti di tahun 1999, maka saya berpandangan suatu kejutan perubahan mungkin akan berlaku.

Jadi malam Sabtu nanti, siapkan kopi O banyak-banyak, senarai keputusan pilihanraya untuk catat keputusan, kalau ramai-ramai mungkin boleh buat PotLuck, barbeque atau makan-makan dan sembang-sembang dan boleh bersorak kuat sikit, lebih seronok dan taklah ngantuk sangat. Jadi kalau ada geng budiMaN yang nak cadang suatu tempat untuk kumpul ramai-ramai, memang elok sesangat lah. So macam biasa kat ruangan komen bagi cadangan atau kalau tiada, sila call atau sms saya sebab saya ada cadangan kalau tiada cadangan daripada kengkawan semua.

Thursday, March 06, 2008

jOM tRy uNdi

Banyak blog dan site politik yang saya layari menerusi internet mengadakan undi secara percubaan menerusi blog atau site masing-masing sempena pilihanraya yang bakal berlangsung pada 8hb Mac 2008 nanti. Fikir-fikir tadi rasa macam nak buat jugak undi percubaan ni kat blog ni tapi nak mencari software pilihan undi macam site politik tu malas la pulak nak cari rasanya. Tapi boleh juga rasanya nak try buat dengan mengadakan percubaan undi menerusi komen dan tak payah sebut nama, cuma gunakan anonymous sahaja atau kalau tak kisah tu nak identify nama sendiri di alu-alukan juga lah. So, tulis je kat ruangan komen tu seperti contoh :

1. Anonymous said : Gua undi Pembangkang.
2. Anonymous said : Gua undi BN

Ni sebenarnya suka-suka jer untuk mengetahui pendirian ahli-ahli budiMaN dalam politik negara kita ini. Itu pun kita tak dapat nak sahkan kerana penggunaan anonymous tidak menjamin bahawa beliau adalah budiMaN. Tapi saja untuk seronok kata orang Kedah, at least nanti kita boleh teka-teka sikit macam mana keputusan pilihanraya umum pada 8hb Mac 2008 nanti. Dengan hampir 100 hits sehari di blog ini maybe kita boleh dapat 100 undi percubaan ini... ok kengkawan...mari mengundi.

Wednesday, March 05, 2008

ziARah RaMaN


Setelah mendapat panggilan telefon dari Raman Kerbau kira-kira jam 6-55 pagi dan mendapat berita kematian ayah beliau, saya telah menghubungi beberapa rakan-rakan di Temerloh dan Kuala Lumpur untuk memberitahu berita tersebut. Saya juga telah menghubungi SK dan meminta beliau menyiarkan berita tersebut di dalam blog. Pada mulanya saya bercadang untuk ke Temerloh berseorangan bagi menziarahi jenazah memandangkan tiada kengkawan yang ingin turut serta. Namun begitu lebihkurang pukol 9-00 pagi sewaktu saya ingin bertolak, Fadil Sutok menghubungi saya dan memberitahu beliau ingin pergi tetapi lebih kurang jam 11-00 pagi. Akhirnya saya menunggu Fadil selesai urusan beliau dan kamipun bertolak dari KL kira-kira jam 12-00 tengahari.

Sewaktu kami sampai di rumah aruah ayah Raman Kerbau di Kg Baru, Chenor kira-kira jam 1-30 tengahari, orangramai baru sahaja pulang dari perkuburan kerana jenazah di kebumikan lebih awal kerana di khuatiri hujan pada sebelah petang walaupun beberapa saudara mara yang terdekat yang datang dari Kuala Terengganu masih tidak sampai lagi. Mengikut perancangan asal jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Saya dan Fadil telah menemui Raman Kerbau dan menyampaikan ucapan takziah kami serta salam dari beberapa rakan budiMaN yang lain. Raman memberitahu saya bahawa beberapa rakan budiMaN telah menziarahi jenazah sebelum kami sampai iaitu Bilal, Che Dat dan Wan Azhar. Raman yang masih dalam keadaan terkejut menceritakan bahawa ayah beliau tidak mempunyai sakit apa-apa dan kelihatan amat sihat. Ayah beliau tiada sakit seperti darah tinggi, kencing manis atau penyakit-penyakit serius yang lain walaupun umurnya sudah mencecah 66 tahun. Ayah beliau Aruah Cikgu Md Chik sebagai GuruBesar di beberapa buah sekolah sekitar Chenor amat terkenal di kalangan penduduk-penduduk kampung disitu. Pemergian beliau amat memeranjatkan rakan-rakan, saudara mara serta jiran-jiran.

Menurut Raman, ayahnya telah bangun awal seperti biasa dan seperti selalu akan bersembang dengan emaknya di verandah rumahnya sementara menanti azan Subuh yang agak lewat sekarang ini. Setelah azan, ayah beliau telah mengambil air sembahyang dan sebaik keluar dari bilik air, telah jatuh dan mengerang kesakitan di dada ( khabarnya akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba). Ianya berlaku sekitar jam 6-24 pagi dan emak beliau telah bergegas mendapatkan Raman yang tinggal di rumah bersebelahan. Kira-kira 10 minit kemudian, ayah beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke rahmatullah.

Saya dan Fadil telah berada sehingga selepas waktu Maghrib di rumah Raman bertemu dengan emak dan adik-beradik beliau. Akhirnya menyusuri perlahan-lahan, saya dan Fadil selamat sampai ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11-00 malam. Takziah untuk Raman Kerbau sekeluarga semuga roh Allayarham ayah beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tuesday, March 04, 2008

TakZiah unTuk RaMan SeKeLuarGa

Salam sejahtera semua,

Sebentar tadi SK terima berita dari kidA mengatakan bahawa ayah Raman @ Kerbau telah kembali kerahmatullah pagi tadi selepas subuh. Jenazah akan dikebumikan di Kg Baru Chenor selepas zohor.

Pada Raman dan keluarga, SK ucapkan takziah dan tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang. SK doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah...

seMbaNG-seMbaNG

Perjalanan yang bermula sebelum Subuh Sabtu yang lalu ke Kedah dan Perlis berakhir apabila saya selamat sampai ke rumah di Kuala Lumpur kira-kira jam 7-00 petang semalam. Kali ini insyaallah rasa-rasanya tak kena saman sebab bawak kereta pun slow giler (Slow?) di bawah 110km sejam tak macam masa pergi 2 minggu yang lepas. Walaupun tujuan saya ke Utara bersama bapa mertua saya untuk menghadiri majlis pecah tanah dan mesyuarat yang tiada kaitan dengan politik namun suasana pilihanraya tidak dapat di elakkan di mana-mana di sebelah Utara.

Perang poster begitu hebat apabila melintasi Butterworth sehinggalah ke Kuala Perlis. Rata-rata poster BN, PAS dan Keadilan begitu meriah di kiri kanan jalan. Topik perbualan juga hanya tertumpu kepada keadaan politik semasa. Nampaknya suasana politik di sebelah Utara agak berlainan daripada pilihanraya 2004 yang lalu. Gambar di atas saya ambil dari dalam kereta sewaktu melalui jalan dari Kulim ke Mahang, kalau tak silap saya selepas Karangan di mana penyokong-penyokong Barisan Alternatif berkumpul beramai-ramai di kiri kanan jalan. Memang suasana berbeza dari tahun 2004.

Saya bermalam di Kuala Perlis dan suasana malam minggu di hadapan Hotel Putra Brashmana rupa-rupanya amat meriah pada malam minggu. Berbagai-bagai aktiviti di adakan di tambah dengan gerai-gerai makanan di tepi pantai. Mungkin akan datang apabila kerja-kerja penambakan pantai dari Kuala Perlis sehingga ke Kuala Sanglang berharga RM6 billion seluas 6 ribu ekar sebagai sebahagian dari Wilayah Pembangunan Koridor Utara siap nanti, tempat tersebut akan menjadi lebih meriah lagi dari Langkawi kerana pelbagai tempat riadah dan pelancongan akan di majukan di kawasan tersebut. Ianya juga akan menjadi pusat akademi di Utara di mana beberapa universiti dan Pusat Kajian Bio Halal akan di bina. (Itupun kalau still kerajaan BN memerintah la..hehe) Dengar khabarnya peruntukan kewangan dari sebuah negara timur tengah telahpun diperolehi untuk memajukan kawasan tersebut.

Begitu juga di Selatan iaitu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), dengar khabar juga akan di majukan semeriah koridor-koridor yang telah di isytiharkan baru-baru ini. Dan kerja-kerja pembangunan sepanjang Pantai Lido bermula dari Tambak Johor sehingga ke Danga Bay akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ianya juga akan meliputi kawasan-kawasan riadah dan rekreasi seperti Green Lung Area dan Snow Park berharga lebihkurang RM3 billion serta kawasan perumahan yang akan mengadap ke laut lepas dan Singapura. Bertambah-tambah meriah la nampaknya orang-orang di Utara dan Selatan negara kita ini nanti.

Saya sampai di Kuala Perlis kira-kira jam 4-00 petang setelah singgah sebentar di Sungai Petani dan Alor Star untuk urusan kerja. Selesai check in, kawan-kawan saya di Utara telah siap menunggu dan saya di bawa makan Laksa Beras, Cucur Ketam dan Pasembor di sebuah warung berhampiran Kompleks Kastam Kuala Perlis. Warung ni nampak lekeh tapi memang cukup famous kat Kuala Perlis. Malamnya pula mereka bawa saya pula ke sebuah kedai makanan seafood iaitu Restoran Hock Thein kat tepi pantai Kuala Perlis. Famous jugak tempat tu. Memang best giler makanan kat situ. Satu keistimewaan seafood Kuala Perlis ni, murah di bandingkan dengan tempat-tempat lain. Murahnya harga makanan seafood kat Kuala Perlis ni kalau makan lebih kurang 12 -15 orang dan mintak nasi putih, 2 ekor kerapu besar, ikan kembung bakar, sotong, ketam, lala, belitung (siput sedut) ada masanya tak sampai RM100 pun campur minuman. Memang murah dan berpatutan.

Kalau pagi-pagi pula, mesti pekena Nasi Ganja. Orang Perlis memang cukup kenal dengan nasi ni. Paling best sekali kat Bus Stand Kangar atau dekat Pasar. Kalau nak heavy lagi, boleh sarapan dengan nasi putih dan lauk-lauk macam makan tengahari. Solid dan heavy. Sebab orang-orang kat sini memang dah kebiasaan, pagi-pagi ke bendang jadi kena makan heavy untuk dapat tenaga yang cukup untuk bekerja. Nak tambah tenaga lagi, air biak (ketum), baru betul-betul power nak buat kerja.

Hai, tulah, saya ni kalau outstation belah Utara ni bersama bapa mertua saya, urusan pulak selalunya ada jamuan makan, kawan-kawan saya yang kat Utara tu pun asyik-asyik ajak makan, makan ni makan tu la, Pulut mempelam, Somtam, Pulut Ayam, Tepung Talam, Pulut Durian, Serawa Durian, Pulut Ikan Masin, naik 3kg beb.... hampeh! ( Walid pun mesti pengalaman sama ni)