Saya tertarik dengan usaha satu team amal yang telah datang ke Kampung Nyak di Chenur, Pahang dalam ekspedisi kerja amal mereka dimana mereka beramai-ramai telah mengangkat rumah seorang penduduk kampung yang telah dihanyutkan banjir baru-baru ini. Rumah makcik tersebut telah di naiki air banjir sehingga ke paras bumbung dan merosakkan segala peralatan rumah termasuk mesin jahit yang menjadi punca pendapatan makcik itu. Makcik itu yang juga seorang ibu tunggal telah menitiskan airmata dengan bantuan yang diberikan oleh team amal tersebut. Team amal itu juga telah membantu membersihkan rumah dan pinggan mangkuk yang di saluti lumpur. Begitulah murninya usaha sesetengah pihak yang sanggup turun menjenguk ke kampung tanpa apa-apa motif politik tetapi dengan niat ikhlas untuk membantu sesama Islam dengan melupakan sebentar kesibukan tugas dan urusan duniawi yang sememangnya tidak akan selesai dan habis. Kisah ini sebenarnya saya ambil dari blog anak Temerloh "Dari gaung Hati" untuk tatapan dan tauladan kepada kita semua dan saya sendiri di tahun baru Maal Hijrah 1429 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Nampak gayanya takde orang la nak pergi ko punye Bersih Surau ni Kida. Budiman ni bukan minat buat-buat amal macam ni. Dia orang lebih minat berkumpul-kumpul, bergathering macam budak DSS buat tu, macam ko buat kat Maran tu, berhibur, bersuka-suka, bergelak ketawa... kerja-kerja amal ni takde pun terlintas dalam hati setan-setan ni semua...hanya segelintir je yang nak buat pun. Yang lain tu setan jerangkung mana ada buat kerja amal ni. Pikir pasal tekak dan perut dia orang jer... kesusahan orang lain mana ada dia orang pikir....sebab itulah banyak budak batch ko ni aku tengok miskin dan susah memanjang dan takde yang berjaya...hati hitam...takde nilai-nilai kemanusiaan dan prihatin kepada nasib ummah yang lain.
Agak2 si kekasih gelap ni dah jadi orang paling kurang ajar dan biadap dlm mengeluarkan kata2.. Awak perlu ingat yang kami ni dah 21 tahun keluar dari ITM dan dah jadi mak bapak kat anak2 yang dah seusia kami semasa kami belajar dulu... so nasihat saya berhati2 bila berkata2 dan jangan nak cakap sesuka hati.. kalau tak puas hati boleh reveal nama dan jangan jadi orang pengecut dgn nama samaran.. Buat amal ni tak semestinya dicanangkan ke seluruh dunia untuk mendapat perhatian dan puji2an.. Dengan bersedekah 10sen pun Allah lebih mengetahui dan orang yang menerimanya lebih bersyukur.. Belajarlah menjadi ummah yang bersopan dan berhemah dlm perbuatan dan percakapan.. kami bukan budak2 hingusan lagi..
Aku rasa kekasih gelap ni bukan sahaja kurang ajar dan biadap tetapi boleh dikatakan bingai, bahlol, sengal, bodoh dan apa sahaja perkataaan sewaktu dengannya. Kalau rasa tak puas hati berhadapan dgn kami yang sentiasa menyokong blog budiman ini. Kenapa nak mengutuk bekas pelajar DSS atau yang lain buat ghatering. Persoalannya adakah kau tu baik sangat. Selain daripada itu jika tiada data yang sahih jangan mengutuk batch kami miskin dan takde yg berjaya. Ada ramai yg berjaya dlm business, pensyarah, pengarah agensi dan sebagainya. Kalau dah kau kekasih gelap tu bahlol dan sengal tu duduk diam-diam aje. Go to hell si kekasih gelap.
E ei, apa gaduh2 niii..biarkanlah kalu orang lain xnak berbudi, kita ni (*ummi igtkan diri ummi) kalau yang pnya masa dan ruang dengan sedikit wang ringgit ni turun lah membantu mana2 bahagian yang kita boleh..biarpun sedikit wang, sedikit keringat yang dihulur. Cukup baik jika segalanya ikhlas! X perlulah tuding-menuding...bagi semangat sikit lah ek..
Kida, dah tetap tarikh gak ya 26hb. tu..emmm kalu camtu, ummi minta maaf byk2lah KALI NI x dapat hadir sebab DSS Gathering pun tarikh yang sama, lagi satu excited sebab ex-lecturer (*kesayangan class) insyaAllah datang. Rasanya..i really gonna miss this xpdtion...yalah, kat Tmloh pulak tu..Dulu kat Johor bole pergi, kena kat Temerloh x dapt lak!
Ummi masih jugak harap dan suka kalu dapat tukar tarikh xpdc ni..nak join sgt2..tapi kalu xda rezeki nk join, next time la nmpaknya..(*ish rasa ditelan mati emak, diluah mati ayah la pulak..dua2 nak)
*pssttt...Anim, Ani n Lily, tekong masak dgn makcik2 kg tu ek..=D
eh..eh... Ummi lagi mencelah.. kat mana2 blog mesti ada Ummi ekk... dari pagi sampai la ke malam... agak2nya kat rumah ke kat ofis ke asyik dok ngadap pc je la..sempat gak masak memasak lak tu..nak gak dapat keje mcm si Ummi ni la.. cukup bulan ngadap mesin kuar duit lak kan.....?? hehehee.. jangan mare ekk.. saje nak nyibuk....
Hehe..x marah pun sbb Allah swt. yang beri kat ummi kelapangan dalam segalanyaaa setakat ni, guna kemudahan di rumah dan di ofis seadanya saja..insyaAllah..mcm org lain gak, patut2. Alhamdulillah..Lagipun kalu nk marah biar jumpa orangnya..kalu yg ghaib duk balik asap "anonymous" ni..susah sikit lee..hehe. Xtau lak Ummi ni byk menyusahkan sesiapa/kaum kerabat atau ada org susah hati kat ummi??? Kalu camtu, ummi nk cepat2 mohon maaf byk2 sgt ni..
Ok la yaa, lain kali ummi x sibuk2kat sini..
Salam seme,
Hai anonymous, kalau awak selalu jumpa Ummi kat sana sini bermakna awak pun ke sana sini jugak. Selalu ke sana sini bukan bermakna orang tu takde kerja lain dan dok mengadap komputer jer.... tinggalkan pesan dan komen dalam sesuatu blog tu sebenarnya amatlah baik kerana ianya memberi peluang kepada setiap pengunjung untuk berinteraksi dan secara langsung memberikan maklumbalas terhadap artikel atau sesuatu isu kepada tuanpunya blog.
Ianya adalah lebih baik dan bermakna daripada skodeng sahaja dan tidak mahu berinteraksi langsung dengan sesiapa dan tidak berani mengeluarkan sebarang jejak atau pandangan.
Post a Comment