Wednesday, January 09, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 2

Setelah berbincang dengan Bilal dan Man Troq di Kuala Lumpur baru-baru ini serta menghubungi beberapa rakan budiMaN maka dengan ini secara rasminya eM2bP di lancarkan dengan butiran program seperti berikut :

Program : Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang (eM2bP)

Matlamat Program : Mengadakan gotong royong antara budiMaN dan penduduk kampung bagi membersih dan membaiki sebuah surau yang terlibat dalam banjir serta mengadakan kenduri kecil beserta tahlil dan doa selamat.

Lokasi Program : Sebuah surau ( akan ditentukan kelak samada di Kg Tg Belengu, Temerloh atau sebuah surau di daerah Maran)

Tarikh Program : 19hb Januari 2008 atau 26hb Januari 2008. Program sehari bermula sekitar jam 10-00 pagi dan dijangka berakhir selepas sembahyang Isyak.

Aturcara Program : Bergotong royong membersih surau, mengecat surau, membaiki kerosakan kecil, menggantikan beberapa peralatan surau yang rosak seperti permaidani, sejadah dsb. Mengadakan gotong royong memasak di surau untuk penyediaan makan tengahari, minum petang dan makan malam untuk semua peserta gotong royong yang di anggarkan berjumlah 200 orang terdiri dari budiMaN dan penduduk kampung.

Nota :
1. Berdasarkan matlamat program lebih tertumpu kepada kerja untuk membersih dan membaiki surau, maka sumbangan kewangan adalah lebih diperlukan bagi membiayai pembelian peralatan dan barang-barang untuk kerja membersih, membaiki surau dan menggantikan peralatan yang rosak. Di samping itu sumbangan kewangan juga akan digunakan untuk penyediaan makanan kenduri kecil di surau yang akan di jalankan dengan cara gotong royong memasak bersama penduduk kampung. Segala sumbangan kewangan hendaklah di salurkan melalui akaun yang saya siarkan dibawah nanti.

2. Sumbangan barangan pula lebih di utamakan untuk barangan yang hendak di sedekahkan kepada surau ( Contoh macam Slamber Jr yang khabarnya akan bersedekah pinggan mangkuk kepada surau). Sumbangan pakaian lama setakat ini tidak diperlukan lagi tetapi jika ada keperluan maka akan saya sampaikan di sini kemudian. Sumbangan barangan boleh lah diserahkan dengan menghubungi koordinator pungutan.

Di bawah ini saya siarkan senarai sukarelawan yang akan berkhidmat dalam potfolio masing-masing yang telah dihubungi oleh saya dan diharap rakan-rakan budiMaN akan memberikan bantuan dan kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

1. Koordinator Tempat : Hamdan Boly (ADO Bera), Che Dat (Pegawai Sukan Daerah Maran) dan Bilal
2. Koordinator Pungutan : Syed Hamid @ Walid diA (Tel : 017-2525800)
3. Koordinator Penyertaan : Amy Jarr @ Antu dpA (Tel : 012-9860005)
4. Koordinator Peralatan : Wan Azhar diA (Tel: 019-9165765)
5. Koordinator Operasi : Raman Kerbau dbS (Tel : 013-9189221)
6. Bendahari : Zainordin @ Kitang diA (Tel : 019-7567799)
7. Penyelaras Program : Mazlan @ Lan kidA

Kita juga memerlukan seorang koordinator wanita untuk menyelaraskan kerja-kerja gotong royong memasak dan penyediaan makanan bersama-sama penduduk kampung nanti. ( Saya tanya SK tapi dia kata dia tak berkebolehan, mungkin Ummi lebih sesuai atau Chef Jun, maybe Wani dcS pun boleh juga…. Kita tengok lah nanti siapa yang sukarela ingin membantu). Apa-apa pun tenaga wanita budiMaN sangat-sangatlah diperlukan nanti untuk memasak makanan bagi hidangan lebih kurang 200 orang.

Segala sumbangan kewangan dan sedekah tunai bolehlah di salurkan melalui akaun di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Tel : 019-7567799, 03-22972584 (O)
E-Mail : zainordin@maybank.com.my

Selepas anda membuat sumbangan dengan memasukkan wang kedalam akaun tersebut, silalah sms atau menelefon Zainordin @ Kitang dan nyatakan jumlah wang yang telah disumbangkan oleh anda.

Selain dari sumbangan kewangan yang sangat-sangat diperlukan, sumbangan tenaga anda semua budiMaN sangat-sangatlah diharapkan bagi menjayakan usaha amal kita ini. Penyertaan anda semua dalam ekspedisi ini bersama-sama isteri/suami dan anak-anak serta jika ada kawan-kawan/adik beradik yang ingin turut serta amatlah di alu-alukan. Jika ramai yang menyertai nanti mungkin kerja-kerja gotong royong itu akan lebih pantas di lakukan dan dapat disiapkan dengan lebih cepat. Inilah peluang kita untuk melakukan sedikit kerja-kerja amal yang mana manfaatnya akan di terima kita berkekalan selagi surau tersebut di gunakan, insyaallah. Untuk itu segeralah mengesahkan penyertaan anda nanti dengan menghubungi koordinator penyertaan iaitu saudara Amy Jarr @ Antu dan nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir.

Jika terdapat sebarang cadangan, komen atau masalah berhubung dengan eM2bP, silalah berhubung dengan koordinator yang berkaitan atau tulis terus di ruangan komen atau berhubung terus dengan saya sendiri. Semoga segala usaha murni kita ini beroleh kejayaan dan diberkati Allah swt dan semoga segala urusan eM2bP akan dipermudahkan Allah swt jua. Amin.

9 comments:

Anonymous said...

Maaflah kalau jadi koordinator memasak ni memang SK tak boleh sebab SK memang tak cekap bab masak memasak lagilah pulak nak masak banyak2. Nak budget beli barang masak pun SK tak reti. TAPI SK akan bantulah dalam apa2 aje aktiviti eM2bP i.e masak ke, bersihkan surau ker...

psstt kida halusnya bahasa tak berkebolehan *wink*

Ummi said...

Kalu date 19hb tu insyaAllah ummi join kalu abg Nu xda keje luar (*dah tnya dia td), tp 26hb. xleh la kot, ada DSS gathering le pulak! Nk pi sana laaa..=D, tp sumbngan insyaAllah..

SK- amboiii3x, awal2 lagi dh hands up ek...entah2 dia lg terror saja je xnk tnjuk kuku..(*yalah bru lepas manicure..hehe). Ummi pn mana tau nk masak byk2 oiii..itu kena pggil caterer wooo.) Sk, kta tolong potong bawang n hidang je lah ek..Kida tekong tiup kayu api.. hehe)

(*psstt..kalu ummi wat msk lemak epal hijo kang, org kg xlalu makan lak! wakakaa..)

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Lan...2007? 2008 da...ahaks...Mmg nak sgt join tp kena tanya big boss dulu la..lgpun bebudak ni dah start koko on saturday la...will try...

Jun said...

salam, lama x tinggai jejak kat sini. maaf kida, as email yg dulu..still cant participate...

Anonymous said...

Salam seme,
Ummi, iye la kalau 26hb Jan tu gathering DSS. Geng DSS seme berkumpul kat Wangsa Maju.

Dona, buat artikel pun mata nak tertutup dah beb..4-30 pagi beb..nanti gua betulkan.
Dona, layan perasaan nampak kat lu punya blog...jangan paeling lebih2...hehehe

Jun, no hal la..

Anonymous said...

Lupa plak, semalam Bilal ada sms beritahu Hamdan ADO Bera check dan beritahu surau Kg Tg Belengu dah ada team dari Johor buat cleaning kat situ.

Iskh, iskh.... orang pahang sendiri payah nak pegi buat cleaning...orang Johor jugak bantu...malu beb...team jauh datang dari Johor sanggup bantu orang Pahang...anak2 Pahang yang kat perantauan ni slows betul la

Walaubagaimanapun minta Hamdan Boly untuk check lagi surau2 sepanjang jalan Triang kerana banyak lagi surau yang kena banjir teruk. Dan juga minta beliau check surau Kg Tg Belengu tu cleaning yang di buat team Johor tu setakat mana...kalau setakat cleaning sahaja then maybe kita boelh pergi second round buat cat dan ganti carpet ker...lebih memudahkan kerja kita juga.

So kepada semua budiMaN dan especially anak-anak Pahang yang sibuk memanjang tu... nak biarkan saja ke orang negeri lain bantu tempat lahir kita tu?.... luang2kan lah masa untuk bantu tempat kita sendiri... agaknya kalau kena rumah mak bapak sendiri banjir baru boleh luangkan masa...kalau kena rumah orang..pegi mampus lah beb.

Ummi said...

Hehe..Lan dah sound dah tu..cepat le bgun n bukak mata sume..!!! Ish awat korang ni..semangat tahun baru le sikit!!

Sk & Lan - nnt masa gathering DSS tu leh le datang n join kitaorg kat tempat tu! Nk pekenalkan toke blog BUDIMAN ni kat budak2 DSS tu..nnt leh kasi meriah sikit bila dh kenal kan..

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Hi Ummi...x nak ajak kita2 org ni ke? *hehehe..ngan muka tak malunya bertanya*

Anonymous said...

Ummi,
Maybe selepas habis program di Temerloh kalau ada undangan dan kesempatan mungkin juga boleh singgah. Tapi rasanya Gathering dsS ni eksklusif untuk dsS sahaja berdasarkan penerangan di blog Muslim. So rasanya tak payahlah kot...