Tuesday, January 01, 2008

2008

2007 telahpun meninggalkan kita dan kini menjelma pula 2008. Semoga 2008 akan membawa perubahan cemerlang lagi dalam hidup kita baik dalam kerjaya, perniagaan, taraf hidup, tingkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Moga seluruh keluarga kita dan kengkawan budiMaN kita akan lebih berjaya dalam kehidupan masing-masing di tahun 2008 ini. 2008 pada saya membawa bermacam-macam sinar harapan untuk kehidupan yang lebih cemerlang dan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. 2008 pastinya juga akan membawa cabaran yang paling getir yang akan ditempuhi dengan pelbagai event yang bakal di laksanakan baik dalam masyarakat dan diri kita sendiri.

Tidak banyak ucapan tahun baru yang saya terima kali ini berbanding tahun-tahun yang lepas. Ada satu ucapan dari ASP Zaman atau Mat Rapu dpA(batch Julai 85) di Seremban yang saya terima. Rupanya beliau sudah kembali ke Malaysia setelah bertugas hampir 2 tahun di Timor Leste menyertai misi PBB. Sebelum ini beliau di tempatkan di Ibupejabat Polis Kontijen di Seremban.

Minggu lepas juga saya sempat bergolfing dengan Antu dpA yang membawa keluarga beliau bercuti ke Kuala Lumpur selama seminggu. Saya bergolfing dengan beliau pada hari Jumaat dan selepas itu sempat teh tarik di cafe kelab golf berkenaan.

Pada hari Jumaat minggu lepas juga saya telah dihubungi oleh seorang lagi budiMaN batch 1992 (superduper junior betul) yang mengenalkan diri beliau sebagai Zil (pompuan) kursus diA. Saya difahamkan batch 1992 adalah batch terakhir yang sempat belajar di Kampus UitM Taman Gelora, Kuantan. Beliau beritahu saya ramai kawan-kawan batch beliau yang mengikuti perkembangan blog ini. Infact semasa gathering di Maran tempohari, banyak yang ingin pergi tapi berasa segan dan malu. Beliau beritahu saya jika ada sebarang aktiviti budiMaN, bolehlah beliau menghebahkannya kepada kengkawan batch beliau nanti.

Ahad lepas pula saya bersama keluarga beramai-ramai sempat juga melawat MISA (Malaysia International Space Adventure) di Percint 5, Putrajaya. Tiket masuk agak mahal jugak iaitu RM38 untuk dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak. Sangka saya dengan promosi besar-besaran di media dengan hebahan peralatan-peralatan yang di bawa oleh NASA semestinya menjanjikan suatu pameran yang hebat. Nyata tidak seindah yang digambarkan. Tak berbaloi pada saya dan anak-anak saya pun berpendapat begitu.

Hampir seminggu juga saya tidak membuat sebarang posting baru. Bukanlah kerana terlalu sibuk. Sibuk manusia dengan urusan dunia sebenarnya hanya kerana jadual manusia itu sendiri yang tidak tersusun. Sesibuk mana sekalipun manusia kena pandai mencari luang masa untuk beribadat, makan, minum, tidur dan sebagainya. Sengaja saya tidak membuat posting baru bagi memberi peluang kengkawan untuk respon kepada posting berkenaan Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang di bawah. Namun begitu, nampaknya respon yang diterima agak kurang memberangsangkan dan hanya melibatkan muka-muka yang sama. Tindakan susulan agak sukar untuk saya laksanakan kerana tidak ramai yang tampil untuk membantu secara sukarela. Jadi, kalau saya nak lantik AJK pun, saya takut mereka berkhidmat dengan paksarela pulak nanti. Tidak seperti semasa acara gathering dulu, banyak yang menghubungi saya untuk berkhidmat secara sukarela dengan menelefon saya sendiri. Mungkin ramai yang masih belum bersedia untuk membuat kerja-kerja amal sebegini agaknya.

7 comments:

Ummi said...

Amboiii sk n sarah..hehe..posing sakan ek..xnak drive ke kete antik ke apa ke kat belakang tu..kete tu pakai tolak ke pakai minyak? hehe..

Aa lah kida, xda respon lagi..agaknya org sume sibuk wat persiapan untuk anak2 sekolah n bercuti lagi tu..nnt balik keje thn baru ni, baru kencang sikit kot kat sini..harap2 laa...

Anonymous said...

Lujnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat di bawah pimpinan Dr Lo' Lo' ada pergi ke Peramu Jaya minggu lepas membantu mangsa banjir. Mereka membantu penduduk di rumah-rumah mereka dan membersihkan surau.

Penduduk mengadu mereka tidak mendapat bantuan banjir.

Yg menyedihkan banyak barang-barang keperluan mangsa banjir tidak diagihkan. Mungkin kekurangan petugas di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Pekan. Sesetengah barang dijual kepada orang awam.

Anonymous said...

Salam semua,
Ummi, kereta kat belakang gambar tulah yang digunakan dalam misi Apollo ke bulan. Ianya dibawa khas oleh NASA untuk MISA ke Malaysia.

Anonymous, betul Dr Lo'Lo ada pergi melawat dan menyampaikan bantuan bernilai RM2,500 kepada penduduk Peramu Jaya sambil membersihkan rumah dan surau. Saya lihat gambar2 beliau dalam ekspedisi itu dalam satu blog "Dari Gaung Hati" blogger dari Temerloh, Pahang.

Actually dah banyak kumpulan-kumpulan amal baik dari syarikat swasta, universiti, NGO, parti2 politik yang dah pergi. Even ada yang buat satu group sendiri dari KL pun ramai yang pergi membuat kebajikan.

Mereka-mereka ini nampak peluang untuk membuat sedikit amal sesuai dengan seruan Islam untuk membantu sesama saudara seIslam yang didalam kesusahan. Dalam dunia yang penuh materialistik, mementingkan kekeluargaan dan manusia yang dikhayalkan dengan urusan keduniaan, memang sukar mencari insan yang sanggup berjuang dan beramal ke jalan Allah swt dengan mengenepikan seketika segala urusan dunia.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum bekas pelajar ITM 1980's di Pahang dulu yang pernah saya ajar. Saya terpanggil untuk menulis sepatah dua kata apabila ternampak nama saya (dalam pada ramai2 pensyarah yang mengajar kamu) di dalam blog awal ini. Terkenang2 pahit-manis zaman silam; it's been more than 20 years now. It is really good to hear you are all doing well. When I looked at your photos, I cannot remember most of you but the names are familiar. Rasanya semuanya dah berubah rupa dan saiz. It is good though to see all of you are now with your families and you still keep in touch with one another. Sedih juga saya bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita semua. Life is too short. Make full use of it. You don't know what you are missing until you lose it. Anyway, if you happened to be in Shah Alam, I am still at the Faculty of Accountancy, Shah Alam. rozainun@salam.uitm.edu.my. Sehingga kita berjumpa lagi di satu hari, Insya'Allah, be good to yourselves and others. Other ex-Pahang lecturers who are in Shah Alam are Puan Hamidah Junid, Puan Laily Umar, Puan Noraini Nasir, Puan Che Aminah, Puan Rohana Alias, Dr Norashikin Ismail, Puan Norlida (transport),Dato' Nasuddin, etc. If you know Puan Nor Izzah, she is in UiTM Johor. Not too sure if you know this but Ustazah Halimahton dan suami beliau telah meninggal dunia few years ago, meninggalkan anak-anak mereka seramai 6 atau 7 orang, kini berada di KL dengan adik Arwah Ustazah. Wassalam and sincerely, your 'Cik' Rozainun.

Anonymous said...

Ermm.. tak sangka Cik Rozainun sudi tatap blog ni. Teringat aku ketika dia mengajar accounts pelajar DPA dulu. Dia ambil "Pentel Correction Pen" sebab aku selalu gunakannya utk membuat pembetulan sbb dlm sistem accounts x bole guna. Skrg dah kerja dlm bidang Accounts teringat kisah ni. Skrg kena cancel dan sign kalau data salah. Malas nak layan auditor byk soal. Hehehe... Thanks Cik Rozainun.

LaN KidA said...

Salam ZM,
Lama tak nampak muncul di sini. Mesti sibuk hujung tahun nak tutup akaun ni. Maklumlah boss kat bahagian kewangan. Kalau nak tambah investment, nanti jangan lupa beli kondo Lido Boulevard kat JB yang dah launching baru-baru ni. (hehe..iklan sikit projek pak mentua gua) Ada luxury kondo, office suite, snow park, shopping mall and green lung area facing towards Singapore dari Tambak Johor sampai ke Danga Bay- reclamation sampai sempadan Singapore. Sesiapa yang kat Johor, bagus untuk investment sebab termasuk dalam WPI.

Anonymous said...

Kelas CS dulu yg mengajar accounting lecturer lelaki. Dah lupa la pulak nama dia. Lecturer tu lembut je orangnya.

Untuk subjek lain, budak lelaki conquer sebelah, budak pompuan conquer sebelah. Tapi masa accounting tu, minta maapla.... budak pompuan dok depan semua. budak lelaki kena dok belakang. bukan nak tackle pun lecturer tu dah kahwin, tapi nak menatap wajahnya yg handsome hitam manis