Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429 kepada semua umat Islam khususnya kepada warga budiMaN. Dengan meningkatnya tahun dan meningkatnya usia kita, diharap akan lebih mematangkan diri kita serta mempertingkatkan ilmu dan pengalaman kita semua di sini. Perubahan tahun tanpa di susuli dengan perubahan diri, sikap, amalan, kematangan, kedewasaan, ilmu pengetahuan dan perkara-perkara yang lebih baik tidak akan bermakna dan membawa erti dalam kehidupan. Selalu saya tanya diri sendiri, apakah dengan meningkatnya usia dan masa, kita menjadi lebih wiser lagi atau kita semakin memundurkan diri kita sendiri. Adakah dengan meningkatnya usia, kita menjadi lebih berilmu lagi atau setiap kali anak-anak kita bertanyakan kita, kita masih tiada jawapannya lagi. Semoga 1429H akan membawa lebih kebaikan kepada anda dan keluarga anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam seme,
Terimakasih kepada kengkawan budiMaN yang telah menghantar sms ucapan tahun baru Maal Hijrah kepada saya iaitu Apek, Mat Rock, Wan Azhar, Dona dan Lan Kentei.
salam BUDIMAN.
Lpd seme BUDIMAN dan kenalan..walid sefamili mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah' semuga kehidupan kita lebih keberkatan didunia dan diakhirat.
Amin.
Post a Comment