Thursday, September 20, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: beRkat

Sewaktu membeli barang-barang keperluan untuk berbuka puasa di sebuah pasaraya berhampiran rumah saya petang tadi, saya terlihat beberapa orang yang saya kira berpangkat kakak yang bertugas sebagai jurujual dipasaraya tersebut, bercerita pasal gaji yang mereka terima. Saya yang memilih barangan berhampiran melihat ada beberapa slip gaji di tangan mereka. Topik yang saya dengari ialah berkaitan gaji pokok yang mereka terima iaitu sekitar RM500 sebulan dan berbagai potongan yang dikenakan. Terdengar keluhan mereka yang cuma mendapat sekitar RM400 sahaja sebagai gaji bersih dan keadaan sara hidup yang semakin tinggi di Kuala Lumpur ini.

Pada sebelah malamnya pula setelah selesai menunaikan solat terawikh, saya membuka TV dan melihat rancangan Bersamamu yang disiarkan di TV3. Cerita berkaitan sebuah keluarga yang mempunyai bapa yang terlantar sakit dan cuma mengharapkan pendapatan dari isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai runcit dengan gaji sebanyak RM15 sehari. Bermakna kalau bekerja setiap hari gaji beliau hanyalah RM450 sebulan untuk menanggung sebuah keluarga dengan 7 orang anak-anak.

Itulah realiti kehidupan yang perlu di hadapi di zaman ini. Dalam sesetengah antara kita masih lagi mengeluh walaupun berpendapatan melebihi RM6-8 ribu sebulan, cuba kita bayangkan bagaimanakah cara kehidupan mereka yang berpendapatan RM500 sebulan dengan kita yang berpendapatan melebihi RM5 ribu sebulan. Besar bedanya, caranya, pemikirannya dan perbelanjaannya.

Selalu saya terfikir di masa saya bekerja kerajaan dahulu dengan pendapatan tetap melebihi RM3 ribu sebulan pada tahun 1990an dahulu dan jika di campurkan pendapatan isi rumah hampir melebihi RM7 ribu sebulan. Berbelanja tinggi dan mewah. Namun apabila berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan, saya sangkakan saya akan terpaksa mengecilkan perbelanjaan dan gaya hidup kerana pendapatan semakin berkurangan maklumlah berniaga, tambah pula perniagaan yang tidak menentu seperti saya, kadang-kadang ada business, kadang-kadang 4-5 bulan tiada pendapatan. Namun begitu alhamdulillah, sangkaan saya meleset sama sekali. Dengan kadang-kadang pendapatan yang puratanya lebih kecil dari gaji masa saya bekerja tetap dengan kerajaan dahulu, setakat ini hidup saya lebih mewah lagi. Bila saya dampingi kawan-kawan dahulu yang sama masa saya bekerja kerajaan dahulu yang kini gajinya sudah mencecah hampir RM5 ribu sebulan, keperitan hidup yang dialami mereka masih macam dahulu lagi. Kadang-kadang saya tanya mereka kenapa jadi macam ni, saya ni pendapatan purata sedikit dari gaji kamu semua tetapi saya boleh berbelanja lebih dari kamu semua. Mereka tidak boleh memberikan jawapan.

Persoalan yang kerap bermain di benak saya adalah kenapa banyak manusia yang macam ini. Gajinya, pendapatan tetapnya, banyak setiap bulan, tetapi nak belanja kawan, nak belanja adik beradik, ibu bapa di restoran-restoran mahal sekali sekala, masih tidak mampu dilakukan. Apatah lagi jika di ajak untuk memberikan sedekah amal jariah dan sebagainya. Amat berat sekali kerana kewangan tidak mengizinkan. Kemanakah gaji yang banyak, pendapatan isi rumah yang besar, kemanakah ianya pergi setiap bulan?

Kadang-kadang itulah sebenarnya manusia yang berpendapatan RM500 sebulan dengan orang yang berpendapatan RM5 ribu sebulan. Yang berpendapatan RM500 sebulan masih mampu menyara keluarganya sedangkan yang gaji RM5 ribu sebulan masih terkial-kial berbelanja. Keberkatan pendapatan yang diperolehi dan amalan kadang-kadang menentukan keberkatan kehidupan. Bangun dari tidur dengan ketenangan fikiran, tiada masalah menyesakkan kepala dan boleh tidur lena dan sentiasa riang di samping keluarga dan rakan-rakan adalah keberkatan kehidupan tidak mengira berapakah pendapatan. Bersedekah, beramal jariah dan bersyukur sentiasa dengan apa yang ada dan tiada niat menimbunkan harta adalah jalan keberkatan.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sabda Nabi SAW (lebih kurang) maksud:-

"Sesiapa yang menjaga solat 5 waktu, Allah SWT akan memberinya 5 perkara:-

1. dimurahkan dan diBERKATI rezeki
2. diangkat azab kubur
3. diberi buku amalan melalui tangan kanan
4. melintas titian sirat sepantas kilat
5. masuk syurga Allah SWT tanpa hisab

The key here is, "SOLAT", as always.

Wallahu ta'ala a'lam.

Anonymous said...

Lebih byk kita memberi dgn tidak mengharapkan pemblasan, beserta hati yg ikhlas, maka Allah akan menurunkan lbh byk nikmat kpdnya..

Memberi bukan utk menunjuk, sbliknya utk berkongsi nikmat Allah SWT dgn mereka yang tidak mampu.. XD

Mizi said...

Assalamu'alaikum

Ini adalah lumrah penghidupan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh peralihan gaya hidup dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi apabila individu tersebut mencapai sesuatu tahap kemampuan.

Sebagai contoh, dulu gaji RM2K, kita cuma berani beli kereta Proton WIRA tapi skrg bila dah dpt income RM5k, terus upgrade ke W203.

Dulu sewa rumah teres setingkat tapi skrg dah beli teres 2 tingkat.
Dulu makan di warong tapi skrg di restaurante. Dulu tidur guna kipas tapi skrg mesti ada aircon.

Dulu pergi bercuti di Cherating tapi skrg holiday di Gold Coast. Dulu pakai baju jenama buatan Mesia, tapi skrg Feragamo, Vercase, Prada, Gucci, Armani, DG, Bally etc.

Dulu pakai jam SEIKO tapi skrg nak beli ROLEX, TAG HEUER atau ORIS. Dulu main bolasepak tapi skrg main golof. Dulu urut kat kampong tapi skrg pergi SPA.

kalau dicerita dalam bentuk graf xy, garis perbelanjaan/tanggungan ni bergerak selari dengan garis pendapatan. Semakin tinggi pendapatan, maka meningkat la juga tanggungan. Dulu seorang, lepas tu berdua, lepas tu ramai.....anak (bukan bini maa). Bila ada duit lebih, kita akan fikir apa yang diperlukan untuk upgrade penghidupan keluarga.

Kakak-kakak kerja supermarket tu kalau bulan ni diberi naik gaji RM2k, lama ke lamaan tak akan cukup, sebab raya ni depa dah drive VIVA baru. Jadi sambil bila pun duit tak akan cukup.

Anonymous said...

Salam semua,
Setuju Kudeng, solat paling penting dalam penentu amalan dan keberkatan. Solat sepatutnya menjadikan manusia itu lebih baik dari hari sehari sebaik sahaja setiap kali selepas beliau solat. Tetapi kalau setiap kali selepas solat, tak jadi semakin baik, kena renungkan diri sendiri, apa lagi amalan yang belum dilaksanakan.

Anonymous, setuju juga, memberi bukan untuk menunjuk dan tidak mengharapkan balasan. Jadi di setiap ajakan untuk mengadakan kegiatan amal, sila-silalah volunteerkan diri anda selalu dan sertai kami di sini kerana kata-kata tidak memberi erti tanpa sebarang tindakan.

Anonymous said...

Salam..sumenya betul dari pelbagai sudut/aspek!!

Sebab berkat ni ada banyak petunjuknya (pandang diri dan keluarga kita cuma..), kalau jarang2 ditimpa sakit/MC masa kerja, pokok yang ditanam berbuah/berbunga (ada hasil boleh orang lainpun merasa), kesihatan diri dan keluarga yang baik sepanjang hidup, rumahtangga yang rukun dan damai, dapat selalu balik jengok orangtua (*memandang wajah kedua ibubapa itu merupakan pahala untuk kita), dapat bantu orangtua ataupun adik2 sekolah, dapat anak yang bijak-pandai/x banyak bawa masalah pada ibubapa (darah daging yang berkat), boleh jalani hidup dengan sempurna pun berkat lah tu..Ada orang susah kita boleh keluarkan sikit untuk diaorang dengan ikhlas.

Bila kita jalani hidup x banyak menyusahkan orang, tapi banyak membantu orang, itulah berkat sebab jiwa kita bersih dengan hasil yang berkat (*halal pun kan), orang sekeliling sayang kita (diherkati lah tu)...X kira berapapun gaji kita..Xpa x berduit banyak, tapi kita boleh beramal bakti banyak dan kita disenangi dan menyenangi orang lain..Ishh, banyak kalau nak diulaskan.. Kita tengok diri dan keluarga kita je kan

p/s - hanya 1% pendapat ikhlas berdasarkan pengalaman selama bernafas di bumi ini..

Anonymous said...

Oops, sbnrnye, yang drop second comment tu ialah salah seorang drpd anak ummi... hehe~