Sebelum bulan puasa menjelma ni, ramai kengkawan mengadakan berbagai acara untuk menyambut puasa. Antaranya seperti mengadakan Jamuan Makan Menyambut Puasa, Doa Selamat, Tahlil dan sebagainya. Bagi yang kaki golf pulak sebelum puasa ni, banyaklah tournament golf diadakan sebab bulan puasa nanti mungkin tidak berpeluang untuk main golf. Tambah pula selepas itu Aidilfitri, mau jadi 2 bulan berehat bermain golf ni. Jadi saya dan beberapa kawan-kawan golf saya sudah berpakat untuk mengadakan golf marathon 36 lubang pada Isnin depan bermula jam 8-00 pagi di Bukit Beruntong Golf Club. Sebenarnya kami bukan prefer juga untuk main di Bkt Beruntong ni kerana padangnya pun boleh consider average saja tetapi kerana murah dan ada 36 lubang di situ. Lagipun terlanjur main di sana boleh pergi perkena Nasi Lauk Kampung di Bukit Sentosa. Ada sayur labu dan pucuk labu, ikan patin tempoyak, daging gulai kawah, ikan bakar dan berpuluh2 jenis lauk kampung kat situ untuk makan tengahari. Jadi cadangnya lepas main 18 lubang, kami akan berehat sebentar dan perkena nasi lauk kampung ni. Lepas tu mandi dan sambung balik untuk 18 lubang lagi. Sebenarnya ini juga untuk balas dendam sebab kami tak dapat main untuk Golf Marathon Merdeka yang dibuat tiap-tiap tahun sebab lambat register. Golf Marathon Merdeka baru-baru ini 72 lubang bermula 8-00 pagi 30hb Ogos dan berakhir pada 8-00 pagi 31hb Ogos terus menerus antaranya di Tropicana dan Peransang Templer. Seronok sebab macam-macam gelagat, ada yang bawak satu family..bayangkan main golf pukol 4-00 pagi.
So kalau ada kengkawan yang nak join golf marathon Isnin ini di Bukit Beruntong, mai la. Setakat ini kami baru ada dalam 3 flight saja. Kalau nak main, just inform saya dan datang pada hari tersebut. Tiada spesific fees collection. Bayar sendiri semuanya. Golf Fees untuk 36 lubang hanyalah RM70 sahaja di Bukit Beruntong kalau cukup 4 orang satu flight. Kalau 3 orang pun bayarannya sama. Kalau 2 orang pun sama. Cuma kalau bertiga maybe seorang kena naik turfmate dan 2 orang lagi naik buggy. Saya memang dah freekan masa saya untuk ini dan kalau tak free pun, insyaallah akan saya freekan untuk marathon ni. Bergolf sambil bergelak dan nasi lauk kampung...perghhh...complete.
1 comment:
aduihh..masakan kampung..lapar nie...lu kida bak makan memang terror..bole jadi dictionary makanan hehehe
Post a Comment