Dari respon di ruangan komen artikel Kisah Ramadhan berkaitan dairi seorang guru PASTI dan pengorbanan seluruh guru-guru PASTI di Malaysia ini, yang mana sumbangan kepada PASTI amatlah dialu-alukan. Walaubagaimanapun saya pula tidak tahu cara sebenar bagaimana sumbangan harus di salurkan kerana artikel tersebut hanya saya petik dari sebuah laman web PASTI yang tidak menyatakan caramana sumbangan harus di buat.
Walaubagaimanapun ada banyak cara untuk kita menyumbang bukan sahaja kepada PASTI tetapi sebenarnya banyak pusat-pusat kebajikan kanak-kanak seperti PASTI yang sentiasa mengharapkan sumbangan orang ramai. Kalau di Kelantan dan Terengganu, hampir setiap kampung mempunyai tadika PASTI dan ianya juga terdapat di negeri Pahang, Kedah dan Johor.
Sewaktu menziarah Apamz semasa Miza sedang sakit dahulu, saya juga sempat berbual dengan beliau tentang sekolah anak istimewanya iaitu Amri yang di hantar ke sebuah sekolah khas berdekatan rumahnya. Sekolah Amri ini juga adalah hasil sumbangan orang ramai dan hanya bergantung kepada wang sumbangan untuk beroperasi. Namun yang sedikit baiknya, hanya gaji gurunya sahaja di bayar oleh JKM manakala belanja operasi sekolah adalah dari hasil sumbangan ibubapa dan orang ramai yang mana rata-ratanya adalah dari golongan berpendapatan rendah. Sekolah Amri sememangnya mengharapkan sumbangan dari penderma dan dermawan untuk beroperasi dengan sempurna. Sehingga kini menurut Apamz, sekolah tersebut selalunya beroperasi secara sederhana kerana kekurangan kewangan.
Jadi kepada kawan-kawan yang ingin menyumbang kepada sekolah-sekolah sebegini, saya rasa di sekitar Pahang juga terdapat sekolah-sekolah yang memerlukan.
Cadangan saya yang ke2 ialah, oleh kerana rancangan untuk mengadakan BpB ( Berbuka Puasa BUDIMAN) nampaknya kurang memberangsangkan dan mungkin saya teruskan secara individu sahaja, maka saya ingin mencadangkan kalau-kalau ada BUDIMAN yang ingin menganjurkan berbuka puasa bersama keluarga Apamz di rumahnya di Kuantan. Saya rasa ruang di rumah Apamz kalau di buat majlis berbuka puasa oleh BUDIMAN boleh memuatkan sekitar 20 orang atau lebih. Makanan saya cadangkan di buat catering maybe dalam RM10 atau RM12 sekepala, jadi tak payah masak dan menyusahkan Apamz sekeluarga. Di samping itu kita juga boleh mengadakan sedikit kutipan sumbangan untuk diserahkan kepada beliau nanti atau kutipan itu dibuat pada masa hari berbuka itu nanti. Saya rasa BUDIMAN sekitar Kuantan, Temerloh dan maybe KL mungkin lebih teruja lebih-lebih lagi demi membantu rakan BUDIMAN sendiri. Kita mungkin boleh buat berbuka puasa, kemudian pergi solat terawikh ke surau berdekatan dan kembali semula ke rumah Apamz untuk berkumpul kembali. Hari Sabtu adalah lebih sesuai. Rasanya Apamz mesti berbesar hati dapat berbuka bersama-sama kawan-kawannya.
Tapi itu hanyalah cadangan saya sahaja. Saya pun takde memberitahu kepada Apamz lagi berkenaan cadangan ini. Kalau rasakan ianya baik, harap-harap adalah BUDIMAN yang akan tampil untuk menawarkan diri bagi mengelolakan ini. Kalau rasakan ianya tidak perlu, maka saya tidaklah berkecil hati, ianya cuma cadangan saya yang ingin melihat BUDIMAN berkumpul sambil beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini seperti yang di suarakan oleh Lan Kentei yang menganjurkan agar kita semua membantu saudara kita yang terdekat seperti di dalam komen Artikel Kisah Apamz yang ditulis oleh Ummi baru-baru ini.
4 comments:
Aa..bagus jugak cadangan Kida tu.. Apamz semestinya berbesar hati kan. Tapi ya la,kena tanya Apamz gak dulu, kotlah dia ada hal lain..Kalu nak wat pun dalam masa 2 minggu ni la kan.
Caterer lak, kena tanya awal2 kalau nak yang di Ktn ni, takut schedule diaorang masak dah packed. Al maklumlah..
Xpalah kalu xleh jalan projek ni, kita buat majlis hari raya pulak le kat rmh dia nanti, boleh kan?
Salam...koi setuju sgt BUDIMAN buat majlis berbuka kat umah Apamz...buat ari Sabtu mlm minggu..agenda Kida tu dah cantik...sebelum berbuka kita buat sumbangan seberapa ikhlas,mana2 rerodong yg jauh & x dpt hadir,boleh hulurkan sumbangan terus masuk akaun koi...mintak2 projek kita ni dpt dijlnkan...
Baru td Apamz sms, dia memang harap program ni jadi..Dia x kesah korban 1 ari berniaga bila dengar BUDIMAN sudi nak berbuka dan bertemu di rumahnya..Eee..boleh bayangkan, meriah gitu..(Alangkah baiknya mencerikan orang yang sedang berduka seperti Apamz nih..)Kalu nak boleh ummi carikan caterer. Xpun, Raman lah masak kot. Cepat-cepat! fix date n kita tarik ramai2 suh join.. :D
p/s - Harap sgt ummi boleh join bila dpt tarikh nnt.
bg pihak LK..we all setuju..tp nk bbuke tu, x tau leh g lg..ujung minggu ni LK peksa, so, x leh nk confirm kedatangan. psst: nak balik berbuke kat umah parent/in law pon x sempat tahun ni, trus balik raye j la...tolong dr segi lain..insyaallah ..
Post a Comment