Insyaallah malam ini, saya sekeluarga akan balik ke Temerloh selepas sembahyang Terawikh nanti untuk buka puasa beramai-ramai dengan adik-adik, ayah dan makcik saya di Paya Pulai. Sabtu lepas dah berbuka dengan keluarga sebelah SK di Ukay Perdana beramai-ramai. Balik ke Temerloh malam ini salah satu sebabnya boleh bersahur di Temerloh dan pagi-paginya boleh tolong ayah dan makcik saya berniaga di Pasar Temerloh. Biasanya kalau bulan puasa, orangramai banyak yang pergi ke Pasar Temerloh pada sebelah pagi hingga tengahari untuk mencari keperluan berbuka puasa dan barangan dapur yang lain. Memang sibuk giler di kedai ayah dan makcik saya tu. Kadang-kadang bulan puasa ni, jualan kedai boleh mencecah sampai 5 kali ganda dari hari biasa. Lagipun duduk kat kedai di Pasar Temerloh tu kadang-kadang boleh jumpa kawan-kawan iTM atau kawan-kawan sekolah lama.
Semenjak ada kedai di Pasar Temerloh ni, memang kalau kami semua balik kampung selalu berkumpul di situ. Ayah dan makcik ( isteri ayah saya yang dikahwini selepas emak saya meninggal pada tahun 2003 lalu) akan berada di kedai setiap hari kecuali hari Ahad dimana Pasar Temerloh di tutup untuk Pekan Sehari di tepi Sg Pahang. Saya pun suka duduk kat Pasar ni sebab kalau hari biasa, ada kedai makan dengan macam-macam makanan seperti lompat tikam, satay, nasi himpit, nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih-kuih dan lain-lain lagi ada di jual di pasar. Nak cari ikan patin, talapia, tempoyak, ulam-ulam juga semuanya ada di Pasar Temerloh ni. Kalau dulu pasar ni terletak di jalan besar berdekatan Balai Polis Temerloh tapi kini ianya telah dipindahkan ke belakang sikit area Jalan Sudirman, setelah tanah pasar itu di ambil oleh Cina Chuan Thye tu. Dekat area pasar ni juga terletaknya office Zambran, Adenan epf dan Liza Maybank, semuanya DBS batch saya.
So, kepada sesiapa yang balik kampung ke Temerloh Sabtu ni, jomlah membeli-belah di Pasar Temerloh. Maybe selepas berbuka puasa dan berterawikh malam Sabtu nanti, boleh kita ngeteh kat Taman Temerloh Jaya sambil tengok bola EPL dekat area rumah Kitang plak.
7 comments:
amir, mizi n fadil dll (especially amir yg x dpt balik beraya)..lagu tangkap nangis...hehehe
Salam..
Aikk Kida dh pasang lagu raya syahdu syahdan lagi...huk huk.. :D. Rasa le le ni nak balik kg..Tapi xlepas la kot, 1 bln weekend ni Najwa tusyen/intensive class tuk SPM dia. Ni je lah masa yang dapat Ummi berikan last2 minute ni tuk dia..Nmpaknya tahun ni terpaksalah berkorban sikit rasa rindu nak balik berbuka n bersahur kat kg. Selalu, mesti dpt balik berbuka sebelum Aidilfitri(*ish, timing Najwa ni kena bulan puasa lak!)..Nsb parent pun faham..Tapi adik2 (12 beradik) ada je yang bergilir balik jengok orang tua..Minggu ni adik di Gombak n yang TUDM Ktn akan balik kg.
p/s - Xpun, boleh g tengok Kida berjual kat Pasar Temerloh..hehe.. SK pun tolong berjual gak ker? :)
Emm..nak try gak cari peluang balik nih! Ishh(*renung calendar duk fikir2..).
pyan,
mu dok balik mesia ker?
ummi,
sk tolong gak kat pasar tu.. tolong pantau jer ahaks!
sk suka dok kat kedai tu bkn apa bnyk majalah...sk baca majalah jer kat situ kwang3x
ck ..dok balik..kena bertugas bakaq lemang kat nz...dlm dingin subuh..hati ku terusik....aduh..nangis dihujung katil gini...ayaaaa..ammaaa...
Salam,
Bab puasa ni aku buka puasa seorang jea kat rumah ..sendiri masak loo. Lain lah pyan, amir dan mizi ..Raya pun bersendirian kerana keluarga akan tiba pada awal Nov. Bagi yang selalu berkhidmat di luar negara itu kira biasalah.
Anyway tak lambat nak ucapkan selamat berpuasa buat budiman.
Salam dari Kingdom of Cambodia
Kida
nanti balek malaysia kena pegi pasar temerloh ni...menarik..semua ada..aku teringin sesangat nak makan ikan patin tempoyak tu....perrrrgh...
Buat member lain di perantauan - Pyan, fadzil & Mizi ..selamat menjalani ibadah puasa ...jangan sedih2..ceria2 selalu...Rajin2 la call keluarga dimalaysia... Maaf zahir & bathin.
Amir
Ok Mir,
Set..nanti engkau balik sini, aku bawak makan Patin masak tempoyak dan jalan-jalan Pekan Sehari Temerloh. Aku rasa Pyang kat NZ tu pun meleleh ayaq liuq jugak tu.
Nanti insyaallah ada rezeki kita buat PotLuck kat Temerloh lagi bersama Amir, Pyang, Fadil dan Mizi...hehehe (kalau korang balik serentak la)
Post a Comment