Thursday, September 13, 2007

sELaMat mEnyAMbUt raMadHaN aLmUBaRak


Hari ini 1 Ramadhan 1428 bersamaan 13hb September 2007, maka bermulalah ibadah puasa kepada semua umat islam tidak kira dimana sahaja mereka berada. Di sini, di blog BUDIMAN ini menyaksikan sudah hampir setahun kita dipertemukan semula yang mana titik permulaan blog ini telah bermula pada Ramadhan kira-kira setahun yang lepas. Serasa masa berlalu begitu pantas sekali.

Dengan bermulanya Ramadhan maka kita semua akan berpuasa pada siangnya dan akan mengerjakan ibadah lain di sebelah malamnya dengan berterawikh dan bertadarus. Nampaknya aktiviti-aktiviti malam seperti teh tarik dan sebagainya akan berkuranganlah sepanjang Ramadhan ini. Aktiviti-aktiviti riadah seperti golf juga akan berehat sementara untuk sebulan ini.

Bagi BUDIMAN yang berniaga makanan pula seperti Raman Kerbau dan Apamz, selalunya akan beralih berniaga di Pasar Ramadhan pula demi mencari rezeki. Kudin Mekanik pula katanya akan terus membuka bengkel keretanya di sebelah malam kepada kengkawan yang ingin membaiki kereta atau hendak menukar minyak hitam untuk perjalanan jauh berhari raya nanti. Bagi yang berniaga lain mungkin akan tetap seperti biasa atau Ramadhan ini di jadikan bulan untuk berehat dan beramal seketika bersama keluarga. Bagi yang bekerja makan gaji, nampak gayanya akan tetap seperti biasa mungkin cuma majikan membenarkan mereka balik awal sedikit untuk persiapan berbuka puasa.

Ada sesetengah kengkawan dengar khabarnya sudahpun merancang untuk mengadakan berbuka puasa BUDIMAN di Kuala Lumpur. Bagi saya insyaallah akan cuba merealisasikan Berbuka Puasa BUDIMAN (BpB) jika boleh mungkin di pertengahan Ramadhan nanti. Dalam kita meraikan kedatangan Ramadhan jangan lupa kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan insan-insan yang tidak bernasib baik di sekeliling kita. Janganlah kita hanya memikirkan kesusahan diri kita sedangkan ada insan muslim lain yang lebih susah dan memerlukan kehadiran kita disisi mereka dalam Ramadhan ini. Jadikanlah Ramadhan ini bulan untuk kita melipatgandakan amalan kita dan memperbanyakkan sedekah jariah dan berkorban untuk mereka yang menderita. ( Gambar diatas dari blog Islamic Relief Malaysia yang melancarkan program sedekah dan memberi makanan untuk fakir miskin, anak-anak yatim, keluarga daif dan ibu-ibu tunggal sepanjang Ramadhan 1428 ini. Blog boleh dilawati di http://irmfeedthefasting.blogspot.com/ )

12 comments:

LaN KidA said...

Salam,

Pyan di NZ dan Amir/Fezah di USA...camne puasa di sana? Kalau boleh hantar berita sikit dan gambar2 berbuka puasa di sana tentunya ramai yang nak tahu perihal berpuasa di rantau orang.

LaN KidA said...

Lupa plak... Fadil di Pnom Penh dan Mizi di Songkhla pun hantar2 la berita berpuasa di sana juga yer... Apa makanan korang semasa berbuka dan sahur... cuaca kat NZ, USA, Pnom Penh, Songkhla camne time bulan puasa ni. Sahur pukol berapa, berbuka pukol berapa...siang pendek ker, malam panjang ker atau camne?

Anonymous said...

salam semua :
sedang anda bersahur saya masih lagi pekena kopi o panas dan sekeping roti bakar. NZ akan mula berpuasa pada hari jumaat 14 sep 2007. selalunya disini, rakan2 dr m'sia akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama2 (kebiasaannya dihujung minggu ). Di masjid2 acara berbuka puasa beramai-ramai selalunya diadakan pada hari sabtu dan ahad.( masa org bercuti dihujung minggu. )Umat Islam di NZ dianggarkan sekitar 40,000.

Selamat menjalani ibadah Puasa.
Salam dari NZ
Pyan n family.
(9.10 a.m NZ time)

p/s : DISINI TIADA PASAR RAMADHAN....aduhai..:)

Anonymous said...

salam....pyan..pasar ramadhan xder...pasar hypermarket macam2 adaaaaa......selamat berpuasa dan berhariray lambat sehari.hehee

Anonymous said...

Salam.. giliran ana berehat dan beribadat.. hampir 2 bulan kena lanyak giler ke hulu ke hilir.. apa pun itu yang dipilih sebagai punca rezeki. Selalu skodeng tapi tak dan nak fwd artikel.
Ana cadangkan majlis bdb tu kita buat di Kuantan. Mgkn minta jasa baik Ummi, antu, atau poiz mengenal pasti rumah anak yatim atau kariah masjid yang daif. Reasonnya dalam masa yang sama kita boleh bantu apamz mana yang perlu sebab dia juga sewaktu dengannya.. Kot-kot ummi ada kenalan atau dengar-dengar ke.. Once setuju dan dah kenal pasti, ana dont mind to initiate from there and start the ball run..
Sekadar cadangan je.. Pyan.. apa special juadah berbuka puasa di sana yang tak leh dapat di sini.. share lah dalam bentuk artikel.. amik gambar sikit. Nak gak tahu suasana berpuasa di NZ. at least memeriahkan blog ni dgn artikel menarik..
Salam Ramadhan

Anonymous said...

RODDIB
PERKATAAN CANTIK IALAH ALLAH
LAGU YG MERDU IALAH AZAN
NOVEL YG MENARIK AL-QURAN
SENAMAN YG BAIK SEMBAHYANG
DIET YG MUJARAB PUASA

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA WARGA BUDIMAN TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA.
SEMOGA SELAMAT BERBUKA & BERSAHUR BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.

ROJAK AYAM VS CENDOL PULUT

Anonymous said...

JIKA SELURUH BULAN ADALAH NODA - RAMADHAN-LAH PEMUTIHNYA...SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA...MOGA DIBERKATI ILAHI

Anonymous said...

Kitang,
Sempat ke berbuka kat Temerloh...ke berbuka atas motor je

Anonymous said...

Salam Kida...bulan posa ni agaknya kurang sikit ride...x sempat wer berbuka kat T'loh...jawabnya cari Kedai Makan 'Mak Jan' kat KL lah utk berbuka...hehehe

Anonymous said...

Salam..
Alamak! Nak suruh ummi cari kg mana ke?:D Nnt ummi try dptkan listing ketua2 kg or Penghulu sekitar Pahang. Mungkin bole dapat dari Perb. Kemajuan Bukit Fraser masa diaorang conduct XPDC Berakit Sg. Pahang dari Lipis hingga ke Pekan sepanjang 4 tahun lepas. Peserta2 berakit biasanya singgah di kg2 terpilih untuk acara sambutan dan kebudayaan serta makan2..Pastu boleh someone bincang dgn Penghulu or Ketua Kg ttg hasrat murni BUDIMAN ni..I'll keep in touch soonest k.

Anonymous said...

Kida & Bilal,
Cek email ek. Dah forward list of Penghulu/Ketua Kampung sekitar Pahang (*setakat yang dapat). Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam merealisasikan Majlis Berbuka Puasa BUDIMAN.

Amir-Isa said...

kida:
nanti lah, ujung minggu ni kami ada buat buka posa untuk komuniti & students kat sini..
insyallah nanti boleh share cerita & gambar2..
Anyway, selamat meyambut Ramadhan dan selamat bertarawikh..semoga segala amalan & ibadah kita diterima Allah.

wassalam