Thursday, May 31, 2007

TaKziAh uNtuK ShEmA sEkeLuarGa

Salam sejahtera semua,

Baru sebentar tadi pukul 10 pagi, SK terima berita dari Shema (DBS July’85) mengatakan bahawa ayah Shema telah kembali kerahmatullah pagi semalam. Tidak pula dinyatakan sebab2 kematian dan tempat di semadikan.

Pada Shema dan keluarga SK ucapkan takziah dan tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

SK doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Alfatihah

4 comments:

Jun said...

takziah dari kami sekuarge..muga bersemadi ngan aman n rohnya dilimpahi rahmat dariNya..aminn..

Anonymous said...

Salam Takziah dari Kami sekeluarga. Moga Allah merahmati roh beliau dan memberikan ketabahan dan kecekalan bagi Shema sekeluarga.

Anonymous said...

Salam Shema..

Takziah dari Ummi sekeluarga buat Shema, semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan semoga Shema tabah menghadapi saat-saat kehilangan ini. Bahawasanya Allah swt. lebih menyayangi dari kita yang selama ini berdampingan di dunia ini dan semua insan akan melalui saat-saat begitu.. Banyak2kan doa untuknya.

Anonymous said...

salam takziah dari walid sekeluarga buat shema n famili diatas pemergian arwah ayahanda semuga ALLAH swt merahmati roh arwah serta digolongkan didalam orang2 yg soleh dan beriman. Amin.