Alhamdulillah pagi tadi saya dapat sms dari Walid yang memberitahu bahawa Miza isteri Apamz telah selamat keluar dari Hospital Tg Ampuan Afzan di Kuantan. Ummi pun ada sms kepada SK memberitahu berita ini. Walaupun keadaan Miza masih lagi lemah dan terpaksa makan menggunakan tiub dan terdapat jangkitan kuman di paru-paru beliau, doktor membenarkan Miza untuk discharged dan pulang ke rumah. Bil perubatan beliau pula telah di settlekan oleh Antu yang berada di sana menziarahi Apamz. Terima kasih tidak terhingga kita ucapkan kepada Antu dengan sumbangan tersebut. Man Gelap DPA yang bekerja di kantin HTAA juga turut berada di sana semasa Miza discharged tengahari tadi. Rozain@ Niazor juga telah bersusah payah menguruskan urusan discharged Miza dan di sini kita ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menunjukkan sikap prihatin sebelum dan semasa Miza berada di HTAA. Bilal, Ummi, Niazor, Walid, Antu dan mungkin yang lain yang saya tak dapat sebutkan nama di sini, setiap hari menziarahi Apamz atau menelefon bertanyakan khabar Miza dan sentiasa memikirkan kesusahan yang di tanggung oleh Apamz sekeluarga.
Apamz juga ada menghubungi saya malam tadi dan beliau memberitahu saya beliau berada di rumah dan baru selesai menyuapkan Miza bubur yang dibuat oleh beliau. Terpaksa suap secara begitu berhati-hati dan habislah semangkuk bubur yang dimasak oleh Apamz. Keadaan Miza ada perubahan sedikit, nampak lebih segar sedikit dan Apamz berasa lega dan gembira sedikit. Apamz juga memberitahu saya bahawa beliau sudah 4 hari tidak berniaga. Saya juga bertanyakan beliau samada ada kengkawan yang menghulurkan bantuan melalui akaun BIMB yang no akaunnya ada kita siarkan dibawah. Menurut beliau sehingga petang tadi tiada sebarang bantuan yang kawan-kawan hulurkan melalui akaun tersebut. Tersentak juga saya mendengarnya.
Disini saya ingin untuk menyatakan bahawa bukanlah niat saya untuk mendedahkan segala masalah yang ditanggung oleh orang yang saya anggap sebagai suami, bapa dan lelaki antara yang terbaik dan mithali yang pernah saya temui sepanjang 42 tahun umur saya tetapi itulah realitinya. Kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh Apamz sukar untuk saya nyatakan di sini, untuk saya bentangkan di sini...kerana ianya terlalu panjang, terlalu sukar untuk dituturkan dan meleraikan airmata sentiasa. Dari keadaan Miza yang terlantar menderita setelah melahirkan anak ke 2 yang juga mendapat down sindrome (bukan authisme) sehinggalah ke episod untuk membawa Miza ke HTAA dan discharged tengahari semalam... tak henti-henti airmata mengalir bila dikenangkan. Mujurlah ada Ummi, Bilal, Walid dan Antu dan Niazor yang membantu. Dengan punca pendapatan dan perniagaan yang tidak menentu, dengan isteri yang sakit, dengan anak yang down sindrome.... banyak lagi ceritera sebenarnya tapi biarlah setakat itu sahaja list yang saya catatkan disini.....
Oleh itu saya dengan ini menubuhkan Tabung Bantuan Untuk Apamz yang saya minta tolong sekiranya saudara Kitang yang lama menyepi kalau-kalau masih sudi untuk berbakti sebagai Bendahari untuk menguruskan kutipan ini. Kalau Kitang setuju harap dapat siarkan di ruangan komen, nombor akaun untuk tabung ini. Sumbanglah seikhlas yang mampu, mungkin ianya dapat meringankan sedikit dari beban berat yang dipikul oleh kawan kita itu.
Apa yang terjadi kepada Apamz adalah ketentuan Illahi. Ujian yang ditanggung oleh Apamz adalah ujian untuk beliau. Namun begitu sebagai orang-orang yang mengenali dan tahu kesusahan Apamz, anda juga di uji. Inilah ujian untuk anda semua. Ujian Allah swt kepada anda untuk mengetahui apakah tindakan anda terhadap sahabat anda yang ditimpa kesusahan dan penderitaan. Cukupkah setakat menelefon sahaja, cukupkah setakat mendengar sahaja, cukupkah setakat melihat sahaja....... ( Tak payah rasanya saya ceritakan kisah pengorbanan Nabi dengan sahabat sebab ramai yang lebih arif dari saya)
Bilal bersama Apamz akan mengadakan Solat Hajat selepas Sembahyang Isyak di Masjid Besar Kuantan pada hari Ahad ini bersamaan 27hb Mei 2007. Harap kawan-kawan yang kelapangan sudi menghadirkan diri. Insyaallah Apamz akan juga turut serta. Insyaallah saya, SK dan Walid akan menziarahi Apamz pada weekend ini dan kalau kawan-kawan ada yang ingin turut serta bolehlah berhubung nanti. Maybe Ahad masa yang sesuai kerana Apamz sememangnya tidak berniaga pada hari itu. Kalau ramai yang nak turut serta mungkin kita boleh membawa makanan sedikit seorang dan berkumpul ramai-ramai sambil menziarahi dan bertanya khabar. Mungkin ianya dapat menceriakan sedikit Miza dan Apamz bahawa ramainya kawan-kawan BUDIMAN ini yang sangat baik hati dan amat prihatin kesemuanya kepada mereka biarpun sekejap. Terpulanglah kepada anda semua yer.....
2 comments:
Salam...
Eloklah kalau kita renung2kan dan bertindak segera setelah membaca apa yang ditulis oleh Kida. Memangpun, semasa menziarah dan menelefon Apamz hari tu.. memandangkan beliau tidak berniaga, ummi minta dia tengok2 dalam akaun bank kemungkinan ada sumbangan yang dibuat..Tapi Apamz pun malu nak sebut "tak ada". Apalah yang boleh dikatakan, maksudnya memang tiada..Terkilan dengar, tapi ingat malas nak diucapkan di sini..Lantaran Kida dah keluarkan article ni..tak perlulah ummi citerkan lagi..
Marilaaaa...BUDIMAN, kita pakat-pakat tolong sikit-sikit sorang.. Kalu kita kesempitan pun rasanya, kita diberi kesihatan dan ruang untuk cari lagi, tapi Apamz walaupun sihat (*entahlah, tengokpun macam dah x sihatpun..), tapi susah dia nak bekerja dengan keadaan Miza yang terlantar tu...
Salam..
P/s: Airmata mengalir sendiri bila tengok keadaan Apamz 1 family di saat-saat ini.
salam seme.
penah saya utarakan kat apamz bila a/c dia x masyuk lagi.tp apamz cakap x yah citer la kat kengkawan seme...jadi saya akur dgn permintaan nya yg serius..tp kida telah menyatakannya lam artikel ini. So kita buatla yg termampu...itu je.
anyway marilah kita berdoa akan kesejahteraan dan keberkatan kpd apamz, miza dan ank2 beliau unutk menjalani kehidupan yg lebih baik dan sempurna dihari2 mendatang.
Post a Comment