Tuesday, May 01, 2007

faMiLy diNNeR



Malam semalam saya dan SK sekeluarga menghadiri family dinner sebelah keluarga SK sempena Birthday emak SK yang ke 59 di Restoran Kunang-Kunang di tepi highway sebelum Tol Gombak. Meriah kerana semua adik beradik SK ada dengan riuh rendah anak-anak saudara SK. Sebelum ini saya tak pernah dengar pun nama restoran ni tetapi apabila tiba di situ saya dapati ok jugaklah tempatnya. Konsep restoran ni macam Nailis Sentul. Khabarnya restoran ini di miliki oleh Yazid, bassist kumpulan Search dan malam ini ada persembahan oleh Ramli Sarip dan Man Kidal dengan cover charge RM60 per person.

7 comments:

LaN KidA said...

Hari ni gua balik Temerloh beb dan ada temujanji dengan Antu n Kerbau di Maran Golf Club petang ini pukol 1-30 tengahari. Nanti gua ambik gambar dan siarkan di sini.

Jun said...

balik kg rupenyer....best tu...
sedap nampak makan tu sk..anyway, hepi besday kat mak sk...muga panjang umur n murah rezeki...

Anonymous said...

Salam Kida...balik T'loh tak alo kat koi...kalu tak bole gak ajok ngeteh..
Anim ...tengok Kida posing kat baby tu sayu pulok koi nengok...terserlah sifat seorg aboh!...hehehe

Anonymous said...

Buat Bonda SK...moga dipanjangkan umur,murah rezeki,sihat sejahtera adanya dan selamat dunia akhirat....

Anonymous said...

salam.
buat bonda SK.semuga dikurniakan kesihatan terbaik dan dipjgkan umur serta dilimpahkan keberkatan hidup.
Kida..kunang2 tu mmg Yazit search tokeh nya. Ramli sarip/man kidal kerap kat sana...tpt dia tersorok skit..tp ok gak

p/s walid x pernah pegi tp dulu ari2 lalu depan dia n ada dgr citer sal tpt tu.

Anonymous said...

Salam Kitang,
Maaf banyak2 kerana tak alo kat awak masa balik Temerloh baru-baru ni. Koi ni kekadang terpaksa buat macam tu bila balik Temerloh.
Selalu bila balik Temerloh memang aku terpaksa setkan masa sebab selalunya aku balik 2 hari..biasanya Sabtu dan Ahad. Selalu sampai Temerloh pun dah tengahari Sabtu... sampai2 biasanya geng Maran dah tunggu aku kat Maran Golf Club, malam lepas golf biasanya group Mentakab pulak dah tunggu nak jumpa.. tu belum lagi geng budak2 kampung aku lagi...kadang2 tu aku balik rumah Ayah aku sempat duduk 3-4 jam jer.. dah nak balik semula KL.

So biasanya memang aku kena setkan masa aku dengan betul bila balik Temerloh. Tu sebab kadang-kadang aku balik senyap-senyap dan tak beritahu sesiapa. Tapi masalah jugak sebab geng2 Maran dan Temerloh, Mentakab aku tu sms aku hari2 tanya bila nak balik...

Tapi Kitang, takpe, next time aku balik kita ngeteh sambil tengok bola, insyaallah.

Anonymous said...

Salam untuk Kida and sk...

Sorry, i was on leave baru-baru ni..lama gak lee...Banyak terlepas citer..

Hopefully belum terlambat untuk mengucapkan selamat ulangtahun untuk emak sk..semoga semakin sihat dan berbahagia kerana mempunyai anak-anak dan menantu macam kalian semua....