Wednesday, May 09, 2007

ekSpEdiSi meRAikAn aNaK2 yAtiM (eMAy)

Bila terbangun pagi tadi setelah demam panas yang teruk pada malamnya, saya teringatkan sebuah asrama anak-anak yatim yang terletak di Temerloh. Asrama ini terletak di sebuah jalan kampong yang menghala ke Kg Teluk Ira dan Kg Berhala Gantang. Saya pernah terlihat asrama ini sewaktu menghantar adik saya ke Sekolah Menengah Agama Al Wosto suatu waktu dahulu. Lalu saya terus menelefon Raman (Kerbau) meminta pertolongan beliau untuk berbincang dengan Ustazah yang mengendalikan asrama tersebut jika dapat kita hulurkan bantuan mana yang termampu.

Asrama anak-anak yatim ini ialah sebuah asrama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Darul Izzah yang berpusat di Bangi manakala di Temerloh adalah cawangannya. Asrama di Temerloh mempunyai seramai 23 orang anak yatim kesemuanya kanak-kanak perempuan berumur antara 8 hingga 14 tahun.

Setelah berbincang dengan Ustazah yang mengendalikan asrama tersebut, Raman memberitahu saya bahawa asrama tersebut amatlah mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai. Asrama tersebut pun bergerak selama ini adalah hasil sumbangan orang ramai sahaja tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Mereka amat mengalukan-alukan apa jua bentuk sumbangan seperti pakaian lama, pakaian sukan dan riadah serta lain-lain lagi. Memang banyak keperluan kanak-kanak tersebut sebenarnya tiada terutama sekali pakaian.

Di sini saya ingin mencadangkan BUDIMAN untuk menganjurkan satu program amal bersama anak-anak yatim ini dengan mengadakan acara makan-makan dan pemberian sumbangan. Menurut Ustazah, jika ingin mengadakan acara makan-makan dan pemberian sumbangan di asrama tersebut pun boleh juga. Namun begitu beliau amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang dapat meraikan anak-anak yatim itu di luar kerana anak-anak yatim tersebut hanya duduk terperap di asrama tanpa ada sesiapa yang pernah membawa mereka keluar. Asrama tersebut mempunyai van yang boleh mengangkut kanak-kanak itu jika program di adakan diluar.

Saya bercadang untuk mengadakan program ini pada cuti sekolah yang akan datang iaitu pada 2hb Jun 2007 bersamaan hari Sabtu jika kawan-kawan semua setuju. Acara tersebut bolehlah di buat dengan mengadakan makan-makan dan pemberian sumbangan pakaian lama, pakaian sukan, barangan mainan lama, buku cerita kanak-kanak lama dan sedikit pemberian alat tulis. Makanan rasanya kita boleh buat secara catering dan saya rasa kita boleh kontrakkan dengan Raman dengan harga yang minimal. Mungkin juga kita boleh adakan tahlil dan sedikit doa selamat (jika dibuat di asrama).

Bagaimanapun saya masih memikirkan tempat yang sesuai jika kita ingin mengadakan acara ini di luar asrama yang mana mungkin kita boleh buat game dan sebagainya untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut. Buah fikiran dan cadangan kawan-kawan semua amatlah diperlukan untuk menjayakan program ini dan saya harap ramai akan menyumbangkan pendapat di ruangan komen. Kutipan wang tunai juga akan dilakukan melalui Bendahari tidak rasmi kita saudara Kitang setelah persetujuan tarikh dan aturcara dapat kita selesaikan bersama-sama.

Mudahan-mudahan usaha murni kita semua ini akan beroleh kejayaan.

20 comments:

Anonymous said...

bagus cadangan tu... tapi kena plan betul-betul. jgn setakat "melepas batuk ditangga". apapun koi akan tunggu berita seterusnya....

LaN KidA said...

ZM, bagi la cadangan detail sikit apa yang perlu kita buat..date tu sesuai ke tidak.. aturcaranya.. tempatnya, apa barangan yang kita nak beli dan bagi... Aku nak seberapa banyak idea dari kengkawan dan bukan ikut saja. Insyaallah kalau kerjasama elok..usaha macam kita buat di Johor dulu, ianya boleh berjaya.

Anonymous said...

salam.
kida..date tu leh ubah tak?..wa ada family day kat nilai...2 - 4 June...tapi if majoriti say 2 june..aku x dpt join la..tp sedih la aku x dpt bersama Budiman dlm event yg baik nie..
idea?..nanti walid fikirkan

LaN KidA said...

Walid.. date tu memang nak kena ubah..tapi kita tengok majority dulu camne...kengkawan yang lain tulun bagi suggestion date yg sesuai...

Salwani said...

Assalamualaikum

Grout DCS akan buat gathering di Kuantan pada 18-20 Ogos 2007. Kami amat mengalukan kalau sesiapa tahu cam ne nak contact Abdul Rahman DCS yg mata kuyu tu. Raman tau tak? nampak dulu dia baik ngan Raman

Salwani said...

cam ne lak nama kawan leh jadi pabiyen sitok, tu akaun yahoo yg lamaaaaaa dah. dia suh masukkan akaun google, tapi dia display pabiyen, ish

anyway ni wani

Anonymous said...

Salam...
Alhamdulillah Kida diberikan masa dan idea untuk memikirkan aktiviti BUDIMAN supaya semua sama-sama mengambil peluang berbuat kebajikan lagi.. Alangkah bagusnya jika penyertaan lagi ramai dari eMBJ dulu tu kan. Pasal tarikh, yes, ikut majoriti la..kalu nak kira sorang2 tu payah le..maklum cuti sekolah. Tp, InsyaAllah jika diizinkan kami sekeluarga akan mengambil bahagian.

Bagus jugak kalu adakan sikit aktiviti sukan, kuiz ke, IQ Test ke untuk anak2 yatim ni..alah kalu kuiz tu, buat soalan2 yg general aje..(*tp nk tgk gak usia budak2 ni)..Pastu, collection sediakan hadiah sikit (kena budget le..). Bagi sikit ceramah motivasi kat diaorang pun bgus..Itu kira aktiviti yg x memenatkan sgt tapi tetap bermanfaat jgk kan.. Sumbangan (mcm Kida cakap tu..) msg2 boleh bawa (siap bungkus/wrap elok2). Pasal majlis beryasin/ tahlil pun bgus. Kena cari orang lead...O ya, Kudeng boleh urus pasal ni...(*hehe..sori Kudeng, got to raise up yr name). Or orang lain pun bole gak kot. Anyway, terserah pd majoriti...cuma sedikit pandangan dari ummi.

Thanx..love u all!
P/s- Kida, tempat ni kat mana ek, yang mana satu, ummi selalu balik kg. awah n g ulangalik ke Tmloh pun, x perasan lak!..hehehe

Anonymous said...

ar® here...
aktiviti...?? kalo utk m'hiburkan bdk2, arr mmg volunteer nk jd tukang karut... hehehehe.... ckp je pe yg ar kena wat... ar ok je... kalo abg lan nk..., bleh dptkan p'tolongan dr geng arr... kitorang pun volunteer gak... salu wat keje2 camni... kalo wat aktiviti bersihkan tempat anak yatim tu pun ok gak... pastu bleh wat sukaneka skit (if ade ruang..)tp kan.., dulu ar & geng ade gak wat aktiviti jumpa anak yatim... tapi kami slalu bwk d'orng ni kuar jln2.., camping.., picnic.., etc.. coz if wat kat dlm tempat d'orng.., ruang utk org ramai limited... (kata pengurus d'org le) kalo pasal date plak..., biasanye pihak p'urusan x bg if kita ganggu waktu sekolah d'org... cuma bleh bersama d'org pd cuti sek or w'end... pernah le kitorang nk wat majlis yassin ngan ank2 yatim pd mlm jumaat but pihak p'urusan x bg coz katenye besoknye bdk2 ni nk sekolah... so..., terpulang le pada abg2 & akak2 sekalian decide... arr cuma nk join je...

Mizi said...

aku memang looking forward nak join, tapi pada 2 June tu aku ada Agong's Birthday reception. So kira malang la tak dapat ikut sama. Anyway, program di Naka atau di Kg. Perit tu biar la aku yang mulakan. Aku akan sediakan beberapa cadangan n u all decide mana yang sesuai. Mana tau satu hari nanti aku akan bertanding kat sana....he...he...he.

Anonymous said...

Hi wani...selalu2 lah dtg sini...

Anonymous said...

Abdul Rahman kerja kat Bank Islam, Menara Tun Razak KL

Anonymous said...

Geng DCS tak mahu ke join buat derma dengan anak yatim ni...

Aku tengok dari kita ITM lagi budak DCS dgn DSS memang ada unsur politik perkauman sikit sebab itu lah lepas ITM pun dia org masih bergayut dengan geng dia org jer..

Geng DPA,DBS,DIA dan DIB jer yang mix around. Nok buak camno..saing dio tu ke...

Anonymous said...

Salam Pagi Jumaat..
Tersentuh dan x puas hati betul baca komen anonymous (*..nape lah x kenalkan diri..). Ummi mewakili DSS batch Julai intake 1985 ingin nak bagitau..our class (dan yang i kenal seniors n juniors DSS pun) xda unsur perkauman punya..tapi tali silaturrahim class kitaorang dari dulu sampai sekarang memang kuat dan x penah putus..That's y, sepanjang 20thn klua ITM kitaorang dah 5 6 kali buat gathering..coz we always miss each other..paling2 pun, kalu ada yang nk team up (ngetei), not a big problem maa...

Segalanya bukan pasal perkauman, tapi pertalian yang wujud sejak hari pertama lapor diri di ITM lagi..Mungkin our class and our subjek was very fun n joyful..!! In fact, kitaorang selalu tolong taipkan thesis/paperwork budak2 course lain pun..(dpt belanja rojak ayam tu pun, jadilah..) Cuma mungkin subjek yg kitaorang ambil x dpat mendekatkan/menemukan kita sesama course..Maybe u all punya course ada byk persamaan subjek yang boleh menemukan u all..Kalu ada 1, 2 yang buat hal..itu biasalah.. Tolonglah, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semuanya terletak atas keikhlasan diri masing2, bukan atas course yang kita ambil. Dan saya percaya, kalau ikut course u all pun, x semua orang dlm class tu pun can mix around...Dan sejak kami tahu BUDIMAN ni wujud, saya dah info semua geng2 pasal blog BUDIMAN..Tapi terpulang pada masing2, mungkin sibuk dan tak berpeluang nak join di sini..Mgkin ada yg pasangannya x boleh ngam nak join aktiviti di sini..sape tahu?
Itu saja yang mampu saya buat dan terangkan...Terpulang..Mohon maaf bnyk2 jika tersinggung, sekadar cuba memberitahu sewajarnya..Bukan nak buat hal...

Salam..

LaN KidA said...

Sapa plak la anonymous ni... masuk plak tengah malam tadi ni... ni mesti dari Chongnung, Korea ni kot...

Ala..ummi.. pedulikan lah...yang penting skrg semua BUDIMAN bersatu padu dan setiap misi murni kita beroleh kejayaan.

Anonymous ni mesti takde kawan DCS dan DSS sebab tulah dia merapu camtu.... Dia tak tau budak2 DCS dgn DSS ada kelas beb dan banyak yang lebih berjaya dari DPA, DIB, DBS dan DIA.... Isu mcm ni tak masuk akal la beb. Lupakan dan mari semua kita tumpukan kat eMay ni. Gua baru buat artikel baru tu dan please tolong response cepat...

Salwani said...

HA HA HA .... wani tak kecik ati eh dgn komen anonymous. wani bukan maksudkan Rahman tu. ada dua Rahman dalam DCS. satu sorry to say Rahman yg agak bulat dan satu lagi Rahman Jaafar, yg kurus tinggi. yg ni join tabligh kalau tak silap.

Actually budak CS bukan sombong tapi pemalu. ce-wah. perasan. tu yg pakat kawen lewat tu, pemalu giler :-)

yg berjaya betul takat ni mungkin cuma sorang. Nik Fatmawati. dia dah jadi usahawati berjaya. dia ngan suami dia jadi kontraktor TNB buat transmission line. suami dia le yg kerja lebih, dia tukang tenyeh cek je.

wani try gak konon nak wat bisnes, tapi kantoi. so kerja je la makan gaji sampai pencen

takat ni dalam CS tak de lagi kot yg pakai Volvo mahupun merc

LaN KidA said...

Salam Wani,

Pakai volvo atau merc tu bukan kaya la. Kalau dah pakai Posche atau Ferrari tu ye kaya..

Kat BUDIMAN tak kira susah ke senang ke..semuanya kawan-kawan kita yang sama je masa kita mula kenal 22 tahun dulu di Kuantan.

Kalau yang dah rasa diri dia bagus dan tak mahu lagi bercampur dengan kita lagi... nak buat camne ... maknanya dia bukan kawan kita lagi la.

Sepatutnya bila dah berumur 40 tahun ni.. takde timbul dah benda-benda macam ni... senior, junior, miskin, kaya... tu semuanya dah ketinggalan zaman dah..zaman Mat Salleh belum merdeka dulu boleh la..sebab mat salleh memang bezakan antara TUAN dgn PEKERJA..

Apa2 pun mari kita sama2 jayakan 2 misi kita skrg ni iaitu :

1. Bantuan utk Apamz
2. eMay

Insyaallah.

Anonymous said...

Salaam wani, Rahman DCS budak tabligh tu ada di PKNP Komplek teruntum tapi koi takde contact no dia. Ada sekali dua koi jumpa dia sembahyang zohor di surau belakang komplek teruntum..cuba lah call Pknp dan tanyakan..

Salwani said...

Bilal, anta ni yg mana satu? 1st batch DIA ke? thanks 4 d info. koi akan cuba call dia. bila dengor rumah anak yatim darul izzah, sejuk hati. yg kat bangi kura dekat gak la ngan rumah kami. sahabat2 kat sini memang involve ngan rumah ni.

Baguslah niat nak menggembirakan anak yatim ni. kawan-kawan saya kat wargakilang.com selalu buat program utk anak-anak yatim. seperkara kalau boleh jangan mewahkan anak yatim. Kat Lembah Klang ni banyak rumah anak yatim yg masyarakat mewahkan. Kalau boleh kita bantu admin dia. Kalau depa perlukan toilet baru, kita buat tolilet, kalau depa perlukan tambahan katil, kita beli katil. Kalau boleh jangan bagi duit direct ke anak yatim, takut dia orang guna utk benda tak berfaedah. Kos penyelenggaraan rumah anak yatim ni sebenarnya tinggi.

Kalau mampu usahakan secara tetap agar anak-anak yatim ni boleh dapat tuisyen secara percuma. bayar sorang cikgu ke utk mengajar kat rumah anak yatim ni. education is more important than giving them presents

Salwani said...

Bilal, wani dah call PKNP, tapi tak de orang yg bernama Abdul Rahman Jaafar kerja kat PKNP. anyway thanks

Anonymous said...

Salam Wani.. nanti ana cuba bantu jejak beliau. Ana satu batch ngan lan kida course dpa.. satu geng ngan marina, siti minah, faraliza dll. Bagus gak anti bagi idea pasal darul izzah tu.. akan kami pertimbangkan dan usahakan. Jazakallah..