Thursday, May 31, 2007

TaKziAh uNtuK ShEmA sEkeLuarGa

Salam sejahtera semua,

Baru sebentar tadi pukul 10 pagi, SK terima berita dari Shema (DBS July’85) mengatakan bahawa ayah Shema telah kembali kerahmatullah pagi semalam. Tidak pula dinyatakan sebab2 kematian dan tempat di semadikan.

Pada Shema dan keluarga SK ucapkan takziah dan tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

SK doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Alfatihah

Tuesday, May 29, 2007

geNG seNiOr ziARah aPamZ

Baru sekejap tadi lebihkurang pukol 8-00 malam Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa geng-geng Senior kita yang terdiri dari Slambe Sr, Zul Jengka, Norma dan Sheena (DSS) telah berkunjung ke rumah beliau di Taman Balok Makmor, Kuantan. Namun Apamz tiada di rumah kerana berniaga di pasar malam di Taman Tas. Mereka bergegas pula ke Taman Tas untuk menemui Apamz di sana. Walaupun jauh mereka datang sanggup untuk menziarah Apamz, begitulah pengorbanan kawan-kawan sejati. Sheena rasanya datang dari Sabah, manakala Slambe Sr dari Shah Alam sanggup datang dari jauh menziarahi Apamz di Kuantan. Terima kasih dengan keprihatinan kawan-kawan.

Monday, May 28, 2007

ziARah aPaMZ daN miZa

Semalam saya dan SK sekeluarga berpeluang menziarahi Apamz dan Miza di Kuantan di rumahnya di Taman Balok Makmor, Kuantan. Saya sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11-30 pagi Ahad dan kami sampai di Kuantan kira-kira jam 2-30 petang lalu terus menuju ke Gerai Rojak Ayam di Taman Gelora. Ummi dan anak pompuannya dah siap menunggu kami di sana dan kami bersama-sama menikmati Rojak Ayam sambil di buai deruan angin laut.

Selesai menikmati Rojak Ayam, kami bertolak pula ke rumah Apamz yang terletak di Taman Balok Makmor, Kuantan. Kami sampai di rumah Apamz lebih kurang pukol 4-00 petang dan di sana Kitang dan Lily sekeluarga juga sudah sampai setengah jam awal dari kami. Lily dan Kitang bergotong-royong membersihkan rumah Apamz, mop lantai, bersihkan dapur. Sementara itu Ummi pula menjerang air dan membuat air minuman. Apamz pula telah menyediakan Ice Blended Special untuk kami sambil menikmati kuih-muih yang kami bawa.

Keadaan Miza nampak segar sedikit walaupun beliau tidak boleh makan macam kebiasaannya. Cuma boleh makan bubur sahaja. Kelihatan kegembiraan yang jelas di wajah Apamz dan Miza dengan kehadiran kawan-kawan semua. Shafiq anak sulong Apamz yang duduk di asrama juga ada semalam tetapi demam manakala anak istimewa Apamz yang ke 2 juga ada.

Setelah berada lebih kurang 2 jam di rumah Apamz, kami semua beredar di mana Kitang dan Lily pulang ke Temerloh manakala saya sekeluarga di pelawa oleh Ummi untuk singgah di rumah beliau. Terus dari rumah Apamz, kami menuju pula ke rumah Ummi yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan dan sempat mandi dan menukar pakaian untuk program seterusnya iaitu Solat Hajat di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Isyak. Abang Nu suami Ummi tiada di rumah kerana bertugas di Tioman tetapi tak henti menelefon untuk memastikan kami selesa sepanjang berada di rumahnya.

Sementara saya pergi ke Masjid Besar Kuantan, SK dan anak-anak saya tinggalkan di rumah Ummi. Saya sampai di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Maghrib dan tidak lama kemudian Bilal dan anak-anaknya sampai, begitu juga Joe Malady DIB dan Puis (Khairusham DBS). Antu DPA juga sampai dengan anaknya manakala Apamz sampai sejurus sebelum Solat Isyak bermula. Sebaik memulakan Solat Isyak, lampu masjid terpadam semuanya dan di fahamkan seluruh bandar Kuantan telah mengalami blackout.

Walaubagaimanapun dalam kegelapan pekat malam dan cuaca panas, kami lebih kurang 10 orang tetap meneruskan Solat Hajat bagi mendoakan Miza agar dapat dipulihkan kembali dengan berimamkan Bilal. Bilal juga membacakan doa dengan mendoakan agar Apamz sekeluarga akan tabah dan cekal dalam menghadapi segala ujian Allah dan agar Miza dapat dipulihkan kesihatannnya kembali.

Selesai kami Solat Hajat, kami semua pergi pekena Sup Tulang di padang MPK berhampiran Masjid Besar dan bersembang berkaitan aktiviti BUDIMAN dan beberapa perancangan berkaitan eMay yang bakal berlangsung.

Selesai pekena sup tulang, kami semua bersurai dan saya kembali kerumah Ummi untuk mengambil SK dan anak-anak saya dalam keadaan hujan yang amat lebat. Saya di hidangkan oleh Ummi dengan satay Kuantan dan lebih kurang jam 11-30 malam barulah saya sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Meredah hujan lebat dengan kelajuan minima, alhamdulillah akhirnya saya sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 2-30 pagi. Dan pagi tadi Dona DSS menelefon saya memberitahu bahawa beberapa kawan-kawan beliau akan ke Kuantan hari ini untuk menziarahi Apamz dan saya maklumkan kepada Apamz tentang berita tersebut. Gambar-gambar semasa di Kuantan akan saya siarkan kemudian.

Sunday, May 27, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Nampaknya tiada kawan-kawan yang menyahut panggilan untuk menziarahi Apamz sekeluarga pada weekend ni ke Kuantan. Takpelah nak buat macam mana. Mana yang rasa nak pergi sendiri-sendiri tu, eloklah ziarah kawan kita yang sedang kesusahan itu. Masa ni masa dia, masa kita nanti kita tak tau macam mana, redha je la...setiap niat dan perbuatan tu ada balasan baik buruknya, cuma masa sahaja yang akan menentukannya, terima je la.

Kawan kita yang selalu menguruskan kutipan kewangan kita nampaknya terus menyepikan dirinya, mungkin sedang menghadapi masalah berat agaknya. Untuk Tabung Bantuan Apamz yang saya cadang untuk di adakan maka Bilal telah bersetuju untuk menjadi Bendahari sementara. Maka segala sumbangan untuk Apamz sekeluarga bolehlah dihulurkan melalui Bilal menerusi akaun seperti di bawah ini :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503

Setakat ini tiada dateline untuk menyumbang cuma saya rasa eloklah kiranya dapat di kumpulkan dalam tempoh 2 minggu ini. Insyaallah kita akan umumkan berapakah jumlah sumbangan itu nanti semoga ianya akan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Apamz sekeluarga. Setelah sumbangan yang kita sarankan kepada Apamz secara terus tidak mendapat sambutan (cuma petang tadi ada seorang sahabat perempuan ada msg kepada SK bahawa beliau ada membuat sumbangan sedikit dan minta beritahu Apamz), maka saya amat berharap moga-moga Allah swt membukakan pintu hati tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat sedikit sumbangan kepada Apamz sekeluarga.

Jangan lupa pada malam nanti Ahad 27hb Mei 2007 bertempat di Masjid Besar Kuantan, Bilal dan Apamz ada menganjurkan sembahayang hajat untuk Miza. Semoga kawan-kawan terutama yang berada di Kuantan dapat meluangkan masa selepas Isyak untuk bersembahyang hajat bersama-sama Apamz moga-moga akan dipulihkan semula kesihatan Miza.

Malam Jumaat dulu saya juga ada menerima sms (tak tau sapa yang hantar sebab masa tu handphone saya rosak lagi) memberitahu bahawa Emak Mertua kepada Bob MG DIA telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat malam yang lalu kira-kira jam 8-45 malam. Tidak pula dinyatakan punca kematian.

Pada malam Jumaat itu juga saya menziarahi Kudin Mekanik yang kurang sihat kerana penyakit darah tinggi yang telah di alaminya sejak 3 hari yang lepas. Mungkin kerana agak kurang rihat tekanan darah beliau naik dengan tinggi. Beliau kini berehat di rumah dengan mengambil ubat-ubatan.

Hari Jumaat juga 25hb Mei 2007 merupakan harijadi kepada isteri Padil Sutoq. Saya mendapat tahu kerana Padil ada menelefon saya bertanyakan restoran yang sesuai untuk beliau membawa isterinya untuk candle light dinner sambil mendengar live band. Beliau ingin ke Bora-Bora di Ampang Point tetapi bertanyakan saya jika ada yang lebih sesuai. Saya beritahu beliau kalau nak rilek dan nyaman sikit pergi kat Alexis Bistro sambil dengar live music Jazz dari Sharizan, Sheila Majid, Luise Pragasam atau kadang-kadang Dave Koz. Kalau nak havoc sikit boleh pergi Planet Holywood atau Hard Rock Cafe. Pada malamnya bila saya telefon beliau semula tiada jawapan, maybe sedang lentok dinner sambil dengar live band sampai tak dengar telefon saya agaknya...hehehe.

Apa-apa pun walau apa saja yang kita buat weekend ni dan hari-hari seterusnya, sesekali pandanglah ke belakang sekejap, ingatlah ada kawan-kawan kita yang sedang dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kita... janganlah kita menjadi kawan di masa ketawa sahaja.... janganlah kita asyik mendongak ke langit sahaja sampai lupa apa yang ada di bawah....

Friday, May 25, 2007

taBuNg baNtUaN uNtUk aPaMZ

Alhamdulillah pagi tadi saya dapat sms dari Walid yang memberitahu bahawa Miza isteri Apamz telah selamat keluar dari Hospital Tg Ampuan Afzan di Kuantan. Ummi pun ada sms kepada SK memberitahu berita ini. Walaupun keadaan Miza masih lagi lemah dan terpaksa makan menggunakan tiub dan terdapat jangkitan kuman di paru-paru beliau, doktor membenarkan Miza untuk discharged dan pulang ke rumah. Bil perubatan beliau pula telah di settlekan oleh Antu yang berada di sana menziarahi Apamz. Terima kasih tidak terhingga kita ucapkan kepada Antu dengan sumbangan tersebut. Man Gelap DPA yang bekerja di kantin HTAA juga turut berada di sana semasa Miza discharged tengahari tadi. Rozain@ Niazor juga telah bersusah payah menguruskan urusan discharged Miza dan di sini kita ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menunjukkan sikap prihatin sebelum dan semasa Miza berada di HTAA. Bilal, Ummi, Niazor, Walid, Antu dan mungkin yang lain yang saya tak dapat sebutkan nama di sini, setiap hari menziarahi Apamz atau menelefon bertanyakan khabar Miza dan sentiasa memikirkan kesusahan yang di tanggung oleh Apamz sekeluarga.

Apamz juga ada menghubungi saya malam tadi dan beliau memberitahu saya beliau berada di rumah dan baru selesai menyuapkan Miza bubur yang dibuat oleh beliau. Terpaksa suap secara begitu berhati-hati dan habislah semangkuk bubur yang dimasak oleh Apamz. Keadaan Miza ada perubahan sedikit, nampak lebih segar sedikit dan Apamz berasa lega dan gembira sedikit. Apamz juga memberitahu saya bahawa beliau sudah 4 hari tidak berniaga. Saya juga bertanyakan beliau samada ada kengkawan yang menghulurkan bantuan melalui akaun BIMB yang no akaunnya ada kita siarkan dibawah. Menurut beliau sehingga petang tadi tiada sebarang bantuan yang kawan-kawan hulurkan melalui akaun tersebut. Tersentak juga saya mendengarnya.

Disini saya ingin untuk menyatakan bahawa bukanlah niat saya untuk mendedahkan segala masalah yang ditanggung oleh orang yang saya anggap sebagai suami, bapa dan lelaki antara yang terbaik dan mithali yang pernah saya temui sepanjang 42 tahun umur saya tetapi itulah realitinya. Kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh Apamz sukar untuk saya nyatakan di sini, untuk saya bentangkan di sini...kerana ianya terlalu panjang, terlalu sukar untuk dituturkan dan meleraikan airmata sentiasa. Dari keadaan Miza yang terlantar menderita setelah melahirkan anak ke 2 yang juga mendapat down sindrome (bukan authisme) sehinggalah ke episod untuk membawa Miza ke HTAA dan discharged tengahari semalam... tak henti-henti airmata mengalir bila dikenangkan. Mujurlah ada Ummi, Bilal, Walid dan Antu dan Niazor yang membantu. Dengan punca pendapatan dan perniagaan yang tidak menentu, dengan isteri yang sakit, dengan anak yang down sindrome.... banyak lagi ceritera sebenarnya tapi biarlah setakat itu sahaja list yang saya catatkan disini.....

Oleh itu saya dengan ini menubuhkan Tabung Bantuan Untuk Apamz yang saya minta tolong sekiranya saudara Kitang yang lama menyepi kalau-kalau masih sudi untuk berbakti sebagai Bendahari untuk menguruskan kutipan ini. Kalau Kitang setuju harap dapat siarkan di ruangan komen, nombor akaun untuk tabung ini. Sumbanglah seikhlas yang mampu, mungkin ianya dapat meringankan sedikit dari beban berat yang dipikul oleh kawan kita itu.

Apa yang terjadi kepada Apamz adalah ketentuan Illahi. Ujian yang ditanggung oleh Apamz adalah ujian untuk beliau. Namun begitu sebagai orang-orang yang mengenali dan tahu kesusahan Apamz, anda juga di uji. Inilah ujian untuk anda semua. Ujian Allah swt kepada anda untuk mengetahui apakah tindakan anda terhadap sahabat anda yang ditimpa kesusahan dan penderitaan. Cukupkah setakat menelefon sahaja, cukupkah setakat mendengar sahaja, cukupkah setakat melihat sahaja....... ( Tak payah rasanya saya ceritakan kisah pengorbanan Nabi dengan sahabat sebab ramai yang lebih arif dari saya)

Bilal bersama Apamz akan mengadakan Solat Hajat selepas Sembahyang Isyak di Masjid Besar Kuantan pada hari Ahad ini bersamaan 27hb Mei 2007. Harap kawan-kawan yang kelapangan sudi menghadirkan diri. Insyaallah Apamz akan juga turut serta. Insyaallah saya, SK dan Walid akan menziarahi Apamz pada weekend ini dan kalau kawan-kawan ada yang ingin turut serta bolehlah berhubung nanti. Maybe Ahad masa yang sesuai kerana Apamz sememangnya tidak berniaga pada hari itu. Kalau ramai yang nak turut serta mungkin kita boleh membawa makanan sedikit seorang dan berkumpul ramai-ramai sambil menziarahi dan bertanya khabar. Mungkin ianya dapat menceriakan sedikit Miza dan Apamz bahawa ramainya kawan-kawan BUDIMAN ini yang sangat baik hati dan amat prihatin kesemuanya kepada mereka biarpun sekejap. Terpulanglah kepada anda semua yer.....

Tuesday, May 22, 2007

jOM Pi kOnVoi tGk miZa

Bilal ada hantar sms pagi tadi beritahu wad dimana Miza, isteri Apamz berada. Ummi pun ada beritahu di ruangan komen di bawah. Malam semalam SK juga ada beritahu bahawa Ummi dan Rozain ada hantar sms beritahu keadaan Miza. Tengahari tadi Antu pun ada call aku beritahu bahawa beliau dah pergi tengok MIza malam tadi dimana doktor dah masukkan sedikit susu menerusi tiub kepada Miza. Tengahari ini mungkin Antu akan pergi melawat sekali lagi katanya.

Aku pulak dengan phone aku yang tenggelam dalam air dan hilang semua no kontek kengkawan memang susah betul. Memang aku tunggu je la sesiapa yang call. Nasib baik phone tu rosak sebaik saja aku sudah selesai call Apamz tapi masa tu Miza belum masuk hospital lagi la. Nak beli phone baru, dia orang kata boleh repair phone aku tu, jadi terpaksalah guna phone anak aku pinjam sekejap.

Aku cadang kalau ada kengkawan yang nak pergi petang2 lepas habis kerja ke Kuantan ramai2 menziarahi Miza dan Apamz. Boleh balik malam tu jugak. Pergi satu kereta pun takpe, boleh kongsi2 minyak dan tol. Driver pun ramai tak penat sangat. Sekurang2nya dapat beri sokongan moral kepada Apamz pun dah elok rasanya. Petang esok pun elok juga kalau takpun malam ni.

Monday, May 21, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Sedikit berita berkaitan Miza isteri Apamz yang telah dimasukkan ke Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan. Catatan ini dipetik dari shoutbox yang telah disampaikan oleh Ummi. Saya kurang pasti wad mana kerana saya tak boleh nak access sepenuhnya chatbox kerana line saya dah di block.

Kla-Kla juga ada menghantar sms kepada saya semalam memberitahu bahawa isteri beliau telahpun selamat melahirkan anak (saya tak pasti yang ke berapa sebab tidak diberitahu pula) pada 18hb Mei 2007 yang lalu. Anak lelaki.

seSSi teH taRiK beRSamA biLaL

Hari ini Bilal berada di KL kerana urusan kerja. Beliau ada memberitahu saya minta kawan-kawan yang sudi untuk sessi teh tarik di Restoran Pelita, Jalan Ampang pada jam 9-00 malam ini. Mungkin kita boleh bincangkan beberapa perkara seperti keadaan :

i. Cara Membantu Apamz dan keluarganya
ii. eMay - ekspedisi Meraikan Anak Yatim
iii. perkara-perkara lain berkaitan BUDIMAN

Setakat ini menurut Bilal, hanya Fadil Othman ada mengesahkan untuk menyertai teh tarik ini. Jadi kepada kawan-kawan yang sudi dan kelapangan bolehlah turut serta sekali.

eMay - siRi 3






Petang semalam Bilal ada menghantar gambar-gambar Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah yang dirakamkannya sewaktu beliau dalam perjalanan ke Kedah dan sempat singgah di situ untuk meneliti keadaan tempat tersebut. Dari maklumat yang saya perolehi dari Che Dat, rumah anak yatim ini telah dibina oleh seorang anak jati Temerloh iaitu Ustaz Idris dan asalnya sewaktu Ustaz Idris menetap di Bangi, Selangor tercetusnya usaha beliau membina rumah anak yatim di sana. Di fahamkan Ustaz Idris telah membina rumah anak yatim disetiap tempat yang pernah di diami oleh beliau. Sememangnya rumah anak yatim ini tidak mendapat peruntukan kerajaan kerana mungkin atas kedudukan Ustaz Idris sendiri yang menjadi Pesuruhjaya PAS Temerloh dan pernah bertanding untuk ADUN Semantan pada pilihanraya yang lalu.

Thursday, May 17, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN - aPaMZ (siRi 3)

Malam semalam ummi ada hantar sms kepada SK memberikan sedikit berita pasal Apamz. Kata ummi, Apamz ada beritahu beliau yang beliau sedang risaukan keadaan Miza kerana walaupun Miza dah nampak segar tapi rasa panas dalam badan dia buat dia menjadi tak tentu arah. Jadi sama-samalah kita terus mendoakan agar kesihatan Miza kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala. Harap kawan-kawan yang lain juga akan menelefon Apamz bertanya khabar dan memberikan semangat kepada beliau.

Wednesday, May 16, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN - aPaMZ (siRi 2)

Berikut petikan dari komen Ummi semalam. Ianya juga menyatakan nombor akaun bank Apamz kalau ada kawan-kawan yang nak menderma secara terus kepada Apamz sila lah berbuat demikian secara terus kepada beliau.

ummi said...
Salam....Kepada semua yang ikhlas hati ingin memberi bantuan/sumbangan kewangan kepada Apamz...hanya Allah swt jua lah yang akan membalasnya..Boleh lah on-line ke Account BIMB: 06-019-02-0651908.Ini bukan paksaan, kalu nak memberi biarlah ikhlas dan "sorokkan tangan kiri"...Memang Apamz x nak bagi mulanya... beriya benar dia xnak susahkan kawan-kawan BUDIMAN ni...tapi Ummi pujuk dan paksa gak dia bagi no akaun tu..Ummi cakap, Apamz jangan fikir apa2..xda apa nak dimalukan..Ummi kata kitaorang yang rasa malu dengan Apamz...Menurut Apamz, selepas masuk air tadi Miza semakin bertenaga sedikit.. dia pun rasa lega. Alhamdulillah..

Bilal juga ada menghantar sms kepada saya petang semalam :
Salam. Koi kerumah Apamz atas tiket sahabat BUDIMAN. Isterinya nampak segar sikit selepas dimasukkan air. Sudah nampak perubahan positif. Walaubagaimanapun Apamz akan pantau. Esok sepatutnya berniaga di Pasar Malam Balok. Bergantung kepada keadaan isteri dia. Sama2lah kita berdoa dan membantu beliau.

Tuesday, May 15, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN - aPaMZ

(Artikel ini telah dikirmkan oleh Ummi semalam)

Salam Kida...Salam BUDIMAN...

Semoga semua BUDIMAN dan family beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalani kehidupan ini selagi nyawa masih di badan. Beruntungnya kita kerana masih bernafas dalam keadaan segar ceria bersama orang-orang di sekeliling yang kita sayangi... Di sini Ummi ingin memberi sedikit perkhabaran tentang keluarga Apamz yang mana kita tahu tentang kemelut/keperitan hidup yang beliau sedang lalui selama hampir 9 tahun kebelakangan ini.

Petang semalam Apamz ada datang ke ofis ummi untuk menyerahkan Borang Yayasan Pahang anaknya yang telah lengkap dan baru diserahkan oleh Pengerusi Rukun Tetangga kawasan beliau tinggal. Memang agak lama borang tersebut melalui proses mendapatkan tandatangan YB kawasan beliau dan terperap pulak oleh Pengerusi RT tu. Sian Apamz... Ummi dah call pejabat YP, mereka masih boleh menerima borang tersebut dan anak beliau masih dalam senarai penerima Bantuan Sekolah Menengah (BSM). InsyaAllah, borang tersebut akan ummi hantar ke Pejabat YP esok pagi.

Di kesempatan pertemuan semalam, Ummi ada bertanya khabar tentang keadaan isteri beliau. (*Bila nak menjenguk dalam van, Apamz kata dia tinggalkan kat rumah sekejap....yang ada hanya Anak Istimewa beliau). Apamz dengan riak muka agak sedih memaklumkan bahawa dia agak risau dengan keadaan isterinya yang telah 3 hari ini tidak makan dan tak lalu langsung menjamah makanan. Ini cukup merisaukan beliau. Menurut Apamz, dalam tempoh sekejap itu saja, isterinya telah kelihatan susut dan dari lampin pakai buang isterinya juga menunjukkan tanda air kecil yang berlainan daripada biasa. Bila ditanya, berapa banyak lampin pakai buang yang biasa digunakan oleh isterinya, Ummi difahamkan satu hari 5 - 6 keping. Memang nampak sangat kebimbangan beliau....hingga dua tiga kali beliau menyatakannya. Ya lah, bila isteri beliau tidak sihat, susah jugalah untuk beliau bawa bersama pergi berniaga di pasar-pasar malam....so faham-faham sahajalah.....Ummi pun ada menyarankan beliau membawa isteri ke hospital dan bertanya apakah ubat yang biasanya diberi. Jelas beliau, biasanya pemeriksaan dibuat dan isterinya hanya diberi vitamin sahaja.

Jadi di kesempatan ini, Ummi mohon kita toleh sebentar kepada sahabat yang seorang ini.....rasanya beliau patut didahulukan dalam kita merangka aktiviti kita yang seterusnya. Ummi pun rasa terkilan sedikit kerana belum berkesempatan untuk menjengah ke rumah Apamz di Balok Makmor sana selama Ummi berada di blog ini. Kadang-kadang rasa macam tak nak mengganggu persiapan beliau untuk berniaga ke, atau Ummi sendiri yang cari alasan...(*tak habis-habis urusan duniawi nih!)...

Setelah memaklumkan hal ini kepada Kudeng petang semalam, beliau ada menyarankan tindakan paling baik yang boleh dihulur adalah kita masing-masing membuat Solat Hajat memohon seikhlas hati kepada Allah s.w.t. agar kesihatan isteri Apamz sentiasa baik dan bertambah baik. Semoga Apamz juga terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan ini. Rasanya, inilah satu-satunya cara terbaik di samping bantuan wang ringgit yang ingin dihulurkan. Ayuhlah kawan-kawan......semoga kita semua masih belum terlambat untuk berbuat apa yang perlu untuk sahabat kita ini Semoga beliau mendapat ganjaran pahala yang setimpal. Amiiinnn....

Friday, May 11, 2007

eMay - siRi 2

Malam semalam, saya, Bilal dan Padil Sutoq telah mengadakan perbincangan berkaitan eMay yang bakal kita adakan di Temerloh nanti. Kebetulan Bilal mempunyai urusan di KL disamping nak test drive Volvo 850 GLE yang di belinya baru-baru ini. Nampaknya tak lama lagi BUDIMAN boleh tubuh Volvo 850 Club sebab ramai yang berminat dengan kereta tu.

Balik kepada eMay yang di bincangkan semalam maka cadangan aturcara yang bakal di adakan adalah seperti berikut :

2.30pm – 5.00pm : Seminar Motivasi yang akan dikendalikan oleh Bilal
5.00pm – 5.15pm : Solat Asar
5.15pm – 6.30pm : Indoor Game oleh AR
7.15pm – 8.45pm : Solat Maghrib, Tahlil dan Solat Isyak
9.00pm : Jamuan Makan Malam dan Pemberian Sumbangan

Itu adalah cadangan aturcara yang bakal di adakan. Bagi barangan pula di samping pakaian lama atau barangan lama yang akan di sumbangkan, sehelai T’shirt dan sehelai Track Bottom yang baru akan dibeli untuk disumbangkan kepada kanak-kanak tersebut. Kita juga bercadang untuk memberi sumbangan alat-alat tulis sebelum sessi Seminar Motivasi. Kalau ada lebihan sumbangan mungkin kita boleh bagi sumbangan tunai kepada setiap kanak-kanak atau membeli barangan lain untuk mereka.

Bagi makanan pula, kita akan mengadakan minum petang dan Jamuan Makan Malam yang akan di buat secara catering. Bagi kawan-kawan BUDIMAN yang ingin menyertai haruslah membayar untuk setiap ahli keluarga yang ikut serta. Manakala untuk anak-anak yatim, kos makanan dan pembelian barangan akan di bayar melalui kutipan sumbangan tunai dari kawan-kawan BUDIMAN yang di lakukan pada minggu depan.

Masalah yang utama di sini ialah tarikh yang sesuai. Saya mencadangkan pada 2hb Jun 2007 tetapi feedback dari kengkawan masih kabur lagi. Jadi saya amat memerlukan jawapan anda di ruangan komen tarikh yang sesuai dan samada anda ingin menyertai program ini dan berapa orang yang akan pergi kerana untuk mengira bilangan bagi catering makanan. Jawapan anda yang SEGERA teramatlah diperlukan. Alternatif tarikh lain ialah pada 26 dan 27 Mei, 2, 3, 9 dan 10 Jun 2007. Pilihlah tarikh yang sesuai dan berikan jawapan dengan SEGERA.

Wednesday, May 09, 2007

ekSpEdiSi meRAikAn aNaK2 yAtiM (eMAy)

Bila terbangun pagi tadi setelah demam panas yang teruk pada malamnya, saya teringatkan sebuah asrama anak-anak yatim yang terletak di Temerloh. Asrama ini terletak di sebuah jalan kampong yang menghala ke Kg Teluk Ira dan Kg Berhala Gantang. Saya pernah terlihat asrama ini sewaktu menghantar adik saya ke Sekolah Menengah Agama Al Wosto suatu waktu dahulu. Lalu saya terus menelefon Raman (Kerbau) meminta pertolongan beliau untuk berbincang dengan Ustazah yang mengendalikan asrama tersebut jika dapat kita hulurkan bantuan mana yang termampu.

Asrama anak-anak yatim ini ialah sebuah asrama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Darul Izzah yang berpusat di Bangi manakala di Temerloh adalah cawangannya. Asrama di Temerloh mempunyai seramai 23 orang anak yatim kesemuanya kanak-kanak perempuan berumur antara 8 hingga 14 tahun.

Setelah berbincang dengan Ustazah yang mengendalikan asrama tersebut, Raman memberitahu saya bahawa asrama tersebut amatlah mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai. Asrama tersebut pun bergerak selama ini adalah hasil sumbangan orang ramai sahaja tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Mereka amat mengalukan-alukan apa jua bentuk sumbangan seperti pakaian lama, pakaian sukan dan riadah serta lain-lain lagi. Memang banyak keperluan kanak-kanak tersebut sebenarnya tiada terutama sekali pakaian.

Di sini saya ingin mencadangkan BUDIMAN untuk menganjurkan satu program amal bersama anak-anak yatim ini dengan mengadakan acara makan-makan dan pemberian sumbangan. Menurut Ustazah, jika ingin mengadakan acara makan-makan dan pemberian sumbangan di asrama tersebut pun boleh juga. Namun begitu beliau amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang dapat meraikan anak-anak yatim itu di luar kerana anak-anak yatim tersebut hanya duduk terperap di asrama tanpa ada sesiapa yang pernah membawa mereka keluar. Asrama tersebut mempunyai van yang boleh mengangkut kanak-kanak itu jika program di adakan diluar.

Saya bercadang untuk mengadakan program ini pada cuti sekolah yang akan datang iaitu pada 2hb Jun 2007 bersamaan hari Sabtu jika kawan-kawan semua setuju. Acara tersebut bolehlah di buat dengan mengadakan makan-makan dan pemberian sumbangan pakaian lama, pakaian sukan, barangan mainan lama, buku cerita kanak-kanak lama dan sedikit pemberian alat tulis. Makanan rasanya kita boleh buat secara catering dan saya rasa kita boleh kontrakkan dengan Raman dengan harga yang minimal. Mungkin juga kita boleh adakan tahlil dan sedikit doa selamat (jika dibuat di asrama).

Bagaimanapun saya masih memikirkan tempat yang sesuai jika kita ingin mengadakan acara ini di luar asrama yang mana mungkin kita boleh buat game dan sebagainya untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut. Buah fikiran dan cadangan kawan-kawan semua amatlah diperlukan untuk menjayakan program ini dan saya harap ramai akan menyumbangkan pendapat di ruangan komen. Kutipan wang tunai juga akan dilakukan melalui Bendahari tidak rasmi kita saudara Kitang setelah persetujuan tarikh dan aturcara dapat kita selesaikan bersama-sama.

Mudahan-mudahan usaha murni kita semua ini akan beroleh kejayaan.

Tuesday, May 08, 2007

Assalamualaikum sume,

SK ada berita sedih ingin di kongsi bersama kengkawan.

Malam tadi SK dapat berita dari seorang teman juga seorang penulis mengatakan novelis Fazie Hana telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 8pm semalam (7 Mei) di hospital Taiping setelah ditahan di dalam wad ICU selama 4 hari. SK tak pasti samada nama pena Fazie Hana itu adalah nama arwah yang sebenar. Karya arwah yang pernah SK baca ialah Badai di Hati dan Rindu Yang Pergi terbitan alaf21.

SK doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Alfatihah

faNtaSi atAu rEaLiti

Akhirnya gua terpaksa mengalah jugak dengan cuaca panas dan tak cukup tido. Tekak gua pun dah rasa perit dan gua dah rasa seram sejuk macam nak demam. So gua makan bubur yang SK buat dan telan panadol dan ubat batuk untuk cuba melegakan sikit rasa demam gua ni. Sambil duduk-duduk mengadap Golf Channel 83 Astro yang anak-anak dan bini gua dah mula bising sebab gua asyik buka channel tu saje, datang pulak idea gua nak merapu dan gua bingkas bangun ambik laptop SK.

Gua sebenarnya terbayangkan keadaan BUDIMAN 10-15 tahun lagi. Masa tu umur kita semua dalam lingkungan 50-60 tahun. Maknanya sekitar tahun 2017-2022 kalau di izinkan Allah sampai kita semua ke tahun-tahun tersebut. Masa tu rasanya ramai antara kawan-kawan kita dah berjaya dalam bidang masing-masing. Slambe Jr mungkin dah jadi pemegang saham terbesar Mydin dan mungkin dah bergelar Tan Sri Nizam. Mat Dwan pula mungkin dah jadi tokoh konglomerat yang berjaya dan bergelar Datuk Seri Radwan. Mungkin masa tu Datuk Seri Radwan dah pun memegang saham beberapa syarikat yang tersenarai di BSKL. Lan Kentei pula mungkin dah pun menjadi CEO CIMB dan bergelar Tan Sri manakala Puan Sri Jun mungkin dah menjadi seorang chef seleberiti yang berjaya dengan program masakan di TV3 dan Astro Ria. Man Troq pula mungkin dah jadi Panglima Angkatan Tentera (PAT). Antu, Ummi, Jepun, Kudin mekanik, Padil Sutok, Mizi, Kitang, Che Dat, Niazor, Muslim, Syed Hamid, Bilal, Apek, Kudeng dan lain-lain pula semuanya telah berjaya membentuk konglomerat masing-masing atau dalam jawatan masing-masing. Begitu juga dengan kawan-kawan BUDIMAN yang lain.

Masa tu kalau nak ajak kawan-kawan BUDIMAN ngeteh pun mungkin semuanya datang dengan driver masing-masing dengan X5, 525i, S320, SLK 230, Brabus, Lambhorgini, Ferrari dan mungkin juga Proton Iswara 1.5i tahun 1992 yang dah berumur 25 tahun pada masa itu (kereta antic gua tu beb). Ngeteh pun mungkin lah tidak di restoran mamak lagi. Sessi teh tarik BUDIMAN masa tu maybe dekat Pasific Regency, Melting Pot, Cabana Café atau Alexis. Sekali sekala mungkin lah dekat Suzy Corner sekadar nak mengenang nostalgia tempat tu.

Masa tu nak minta projek pun senang sebab kawan-kawan kita semua dah top position macam Slambe, Mat Dwan, Man Troq dan lain-lain lagi. Kontrak MINDEF dah ok sebab ada PAT Tan Sri Datuk Syed Azman. Jadi kengkawan boleh tumpang senang bersama. Masa nilah nak guna kroni, proksi dan sebagainya. Jadi mana kengkawan yang masih susah tu bolehlah kita bantu untuk senangkan mereka. Lagipun projek banyak, sedara mara pun dah tolong, apa salahnya bantu kengkawan plak. Lagipun kalau bubuh proksi kengkawan, BPR tak siasat, kalau bubuh sedara gerenti kena beb.

Dalam bidang pendidikan pula kita ada Bilal yang pada masa itu sudah setaraf dengan Prof Dr Fadzillah Hj Kamsah dengan khidmat dan program motivasinya. Bilal pun dah bergelar Prof Datuk Dr Azmi masa tu. Kita juga ada Prof Amir dan Prof Afezah yang pada masa itu mungkin dah jadi Naib Canselor USM, UPM atau universiti2 lain. Senanglah anak-anak kita nak masuk universiti.

Kehidupan kengkawan pun masa tu dah naik taraf sesuai juga dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga. Mungkin ada yang dah pasang 2 atau 3 mengalahkan sahabat kita di Temerloh dan Jengka. Mungkin masa tu kita boleh tengok kawan BUDIMAN kita di suratkhabar dengan tajuk Datuk R berkahwin dengan artis terkenal AF siri 20. Kelas beb. Mungkin kita akan terima kad undangan perkahwinan yang kita sangka anak kawan BUDIMAN kita punye kenduri tetapi rupa-rupanya kawan kita sendiri yang nak kahwin lagi. Biasalah beb, tokoh korporat, peminat keliling pinggang, tak payah cari, dia datang sendiri.

Mungkin juga antara kawan BUDIMAN kita ada yang jadi tokoh politik dan menjawat jawatan penting dalam parti. Senanglah kita semua nak minta tolong. Nak minta surat sokongan dan sebagainya. Mungkin masa tu Mizi atau Fadil Othman dah jadi KSU Wisma Putra atau mungkin dah jadi KSN, senanglah nak masukkkan anak kita dalam perkhidmatan kerajaan. Che Dat pula dah jadi KSU Kementerian Belia dan Sukan.

Seronok betul bila fikir-fikirkan kalau dapat tengok kawan-kawan sekeliling kita semua berjaya. Mungkin kita yang tidak berjaya pun akan dapat tumpang sekaki. Kalau kita lihat mereka-mereka yang sudah sampai ke peringkat itu sekarang ini, pada masa ini, semuanya dengan di kelilingi oleh kawan-kawan lama mereka. Baik KSU, Ahli Politik, Tokoh-tokoh Korporat dan Konglomerat, semuanya menaiki tangga kejayaan bersama-sama kawan-kawan masing-masing. Sebab itulah kita lihat yang rapat dengan mereka-mereka itu adalah kroni dan kawan-kawan. Malah kalau kita nak berjumpa dengan mereka kita akan lebih selesa dipertemukan melalui kawan rapat mereka daripada mengadakan pertemuan melalui Setiausaha Politik, Setiausaha Eksekutif dan sebagainya. Dan sememangnya negara kita sudah tersemai dengan sifat-sifat mendahulukan kawan atau orang-orang yang rapat dalam segala hal baik untuk perlantikan jawatan, pemberian projek atau apa saja perkara yang dirasakan penting kerana melalui kawanlah perbincangan dapat dijalankan secara lebih mesra, penuh kepercayaan dan direct supervision.

Harap-harap fantasi ini menjadi reality.

Sunday, May 06, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Sebenarnya takde berita apa-apa yang saya ada untuk disiarkan di sini berkaitan kawan-kawan. Ini kerana tiada sebarang berita dikirimkan kepada saya baik melalui e-mail, sms atau mms kepada saya kebelakangan ini. Mungkin ramai yang sibuk dengan masalah masing-masing atau tiada masa untuk menghantar khabar kepada saya untuk di siarkan di sini. 'Penyegan'. Saya sekeluarga alhamdulillah sihat sejahtera, sibuk dengan kerja dan beberapa aktiviti sosial, SK pula yang sibuk dengan Pesta Buku PWTC dah selesai nampaknya dan dah mula tumpukan perhatian balik kepada peperiksaan Fellow American Insurance yang akan dihadapinya dalam tempoh 2 minggu lagi. Budak-budak pula akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester sebelum cuti sekolah selama 2 minggu penghujung Mei nanti. Anyway, buat saya make your life the most enjoyable life everyday, plan your day, be positive and allocate the time for family n frens. Laugh a lot with your kids and frens and you'll see the difference. Money is not everything and money cannot make u happy. Money cannot gather frens although it seem that it can buy anything. Stay cool.

Thursday, May 03, 2007

pRogRaM cUti sEKoLah

Rasanya hujung bulan Mei nanti sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Rasanya kalau ada kengkawan yang nak anjurkan PotLuck di Kuantan ker, Golfing Reunion ker atau apa-apa acara melibatkan kengkawan rasanya sesuai bebenor. Tapi kena adalah seseorang untuk initiate benda-benda macam ni. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam jer dan tunggu kengkawan yang lain memang tak menjadi punye. Jadi sesiapa yang sudi nak bertemu kengkawan tu moleklah menjadi host bagi acara yang nak di adakan itu. Modal tak banyak... artikel e-mail jer kat saya, bolehlah saya siarkan kat blog... sms..call barang 5-6 kali kat setiap kengkawan..kerap follow-up, boleh jadilah..insyaallah. So ada tak sesiapa yang nak menyahut cabaran ni untuk menjadi host acara-acara sebegini... Ramai sebenornya yang nak jumpa kengkawan tapi dia orang ni malu tapi mahu..bab kata orang Kedah..depa ni ramai yang 'penyegan'...

Tuesday, May 01, 2007

faMiLy diNNeR



Malam semalam saya dan SK sekeluarga menghadiri family dinner sebelah keluarga SK sempena Birthday emak SK yang ke 59 di Restoran Kunang-Kunang di tepi highway sebelum Tol Gombak. Meriah kerana semua adik beradik SK ada dengan riuh rendah anak-anak saudara SK. Sebelum ini saya tak pernah dengar pun nama restoran ni tetapi apabila tiba di situ saya dapati ok jugaklah tempatnya. Konsep restoran ni macam Nailis Sentul. Khabarnya restoran ini di miliki oleh Yazid, bassist kumpulan Search dan malam ini ada persembahan oleh Ramli Sarip dan Man Kidal dengan cover charge RM60 per person.