Wednesday, October 04, 2006

Hidup Sesudah ITM - Bhg 4 ( Phone No)



(Gambar Arash DPA

Bilal ada cadangkan kat aku untuk siarkan phone no. kawan2 kita semasa ITM dulu, so aku siarkan beberapa phone no. kat sini dan diharapkan tuan2 punya phone no. tak marah ye kerana aku siarkan tanpa bertanyakan korang terlebih dahulu.


Apamz : 019-9451043
Azman (Noni) DCS : 012-3391816
Hafaz (Charlie Koi) DIB : 0199861331
Aimi Jarr (Hantu) : 012-9860005
Khairul Salleh (Jepun) : 0193670549
Joe Malady : 016-9866005
Raman Shakri (Kerbau) : 0139189221
Kitang (DIB) : 019-7567799
Khairuddin (DBS) : 013-3411711
Ismail Rodzi (DIB) PDRM Kuantan : 013-3921178
Kamaruzaman (Mat Rapu) : 019-6958410
Puis : 016-9354546
Wan Rozain : 013-9326416
Sidi @ Che Dat : 0136843639
Padil @ Sutok : 013-2588012
Syed Hamid : 017-6709849
Nor Azlan @ Lan Kentel : 019-3852022
Sabri @ Cigak (DIA) : 0122386262
Mat Rock @ Nasrun : 019-3504171
Sarip Lanun (DPA) : 013-9600122
Bilal : 013-9864049
Wan Azhar (DIA) : 019-9165765
Zailan Abu : 019-2878788
Arash : 019-3827445
Zul Sani : 012-3963944
Mat Dwan (DBS) : 019-2200808
Clark Gable : 012-6735216
Hakim : 012-3980503
Apek DPA : 019-3365229
Chegeng (DBS) : 019-2107471
Adenan (DBS) : 012-9385711
Shamsul Amri @ Kla2 (DBS) : 019-9458747
Nizam @ Bob MG (DIA) : 013-9012241

Ini je la antara phone no. yang aku ada. Itu pun sesetengahnya aku tak tau masih boleh di pakai lagi atau pun tidak. No. phone ni sebenarnya aku dah siarkan dalam Artikel Hidup Sesudah ITM Bhg 1, 2 dan 3. Kalau ada pembetulan tolong beritau aku dan kalau ada kengkawan yang tau phone no kengkawan yang lain pun beritau aku ye supaya aku boleh siarkan.

Kisah Cinta


(Gambar Wan Mazlan @ Apek DPA)

Aku bila bini aku bubuh lagu My Heart dari filem Heart yang tengah meletup kat pawagam ni, sayu jugak aku dengar. Teringat jugak cerita jiwang-jiwang budak2 itm kita masa kat Kuantan dan Shah Alam dulu. Dulu nak tunjuk jiwang sangat, malu, kononnya heavy metal dan tak main la jiwang karat ni...heheheh. Tapi seperti kata pepatah Joe Malady (DIB).."Kenapa la aku tak jiwang masa dulu, kenapa la aku heavy metal masa tu, kalau tak mesti masa tu penuh dengan awek2 dan kalau pompuan dengan boyfren2 yang ceria dan zaman remaja yang indah." Hehehe...Joe, Joe...zaman dah berlalu Joe, ada lah hikmahnya kita macam tu, kalau tak maybe hanyut kot....

Masa kat Kuantan dulu, ramai jugak couple2 masa batch kita. Ada yang dalam senyap dan ada yang terang2. Bab yang terang2 dan kena kutuk dengan Sarip, kita tolak tepi la ye. Ada couple yang macam bendera Pahang, sorang putih melepak, sorang gelap (bukan Man Gelap ye) setia bersama2 dengan member dia satu DPA, ngurat budak DSS. Dating kat Taman Gelora, makan rojak ayam, peghhh...sedap tu beb.

Ada yang ngurat dan dating kat stesyen bas pokok buloh kat bandar Kuantan atau bawak dating kat Komplek Teruntum tengok wayang. Ada yang berani lagi naik motor sama2. Ada yang budget lebih sikit bawak dinner kat Restoran The Swan. Semuanya indah masa tu ye. Janji Sarip tak nampak....heheheh

Kes secret admirer hantar surat senyap2 juga banyak. Banyak jugak la surat2 jiwang ni beredaran disekitar asrama dan dibawah2 meja di bilik kampus kita dulu. DIA, DSS, DBS, DCS...semuanya pakai surat. Macam orang dulu2. Malu tapi mahu...hehehe. Tapi jangan surat sampai kat tangan Sarip....nahas....siap je la. Dah nasib badan. "Terserah lah samada (dalam loghat Kelantan yang pekat)....." (salah satu bunyi surat yang jatuh ke tangan Sarip)...Siot betuiiii.

Bila kita pergi kat Shah Alam, perghhh....lagi ramai beb. Tapi budak2 pahang maintain macam dulu. Yang couple terus setia dengan couplenya, walaupun banyak dugaan dan godaan yang mendatang. Mana taknya, secret admirer, surat2 rahsia masih terus beredaran di udara. Tapi Sarip kurang sikit boleh monitor kat Shah Alam...besar beb. Nak awek yang ranking top ten shah alam semuanya ada. Nak boyfren yang kaya raya dan hensem, semuanya ada... tapi budak pahang maintain macam tu jugak...Serius dan heavy metal...ke heavy mental?

Walaubagaimanapun, keindahan Taman Gelora, Telok Chempedak, menyusuri pantai di petang hari, makan rojak ayam, bas stand pokok buloh, semua tu kenangan indah yang tak mungkin dipadamkan. Baik tanpa kehadiran kekasih atau bersama kawan2 sahaja, semuanya terlalu indah untuk kita hilangkan dari memori kita. Semuanya kita lalui 21 tahun yang lalu dengan penuh kenangan, pahit, pedih, suka, duka, ketawa, hanya kita sendiri yang tahu, hanya kita sendiri yang rasai dan akan terus dirasai selagi nyawa kita berdetik......


Teh Tarik Gombak


(Gambar Padil DBS)


Aku baru balik dari teh tarik di Gombak dengan Padil dan Kudin. Kami pekena kerang rebus sampai 6 pinggan. Kenyang giler beb. Hari semalam, Selasa adalah hari yang tertinggi catatan counter hits blog ni. Lebih kurang 100 hits tertera di kaunter pada Selasa dan alhamdulillah blog ini terus mendapat sambutan dari hari ke hari.

Aku sebenarnya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada isteri aku yang banyak tolong repair blog ni bagi sempurna dengan chatbox, jam, counter dan latest sekali dia bubuh lagu kepada sesiapa yang melayari blog ni. Kalau nak request lagu lain pun boleh, tinggalkan saja permintaan kat chatbox tu, nanti aku try arrange untuk lagu tu dimainkan.

Aku call Sidi (DPA) tadi, dan dia pun baru sahaja melayari blog ni hari ni dan dia kata Clark Gable (DPA) pun baru dapat tahu pasal blog ni hari ni jugak. Aku dengar bukan main suka lagi Clark. Aku pun ada call Apamz (DIA) lepas berbuka tadi mintak beberapa info untuk masukkan dalam blog ni. Nanti artikel lain aku akan ceritakan.

Tengahari tadi aku juga dikejutkan dengan panggilan telefon dari Shaharuddin @ Chegeng (DBS). Dia terjumpa Padil kat Melawati. Rupanya Chegeng ni duduk kat Bukit Indah, Ampang dan dia buat bisnes dalam security system berpejabat di Dataran Prima, Ampang. Bini dia lawyer bukak ofis kat Melawati. Padil kata janggut dia dah panjang sampai ke perut tapi dia tetap kurus keding macam dulu. Anak 5 orang. Boleh tahan jugak Chegeng ni.

Jepun (DBS) pun ada call aku malam tadi, dia kata kalau malam minggu ke, nak jugak dia join teh tarik session ni. Jepun dalam senyap2 rupanya dah kembali bertugas di Shah Alam dari Jakarta. Selamat Kembali Bapak. Insyallah aku arrange kan untuk teh tarik session yang lebih meriah lagi lain kali dan maybe kita boleh panggil Syed Hamid, Apek, Arash, Karat, Chegeng dan lain-lain lagi.

Padil juga beritahu aku tadi, Suhaimi (Abg Mie) DIB sekarang ni kerja kat Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, bahagian kewangan. Padil selalu jugak jumpa Suhaimi ni sebab dia ada buat kontrek kecik2 kat MINDEF tu. Selain dari tu depa berdua ni pun pernah ambik kursus dan exam untuk jual insuran dulu.

Padil kata lagi dia banyak gambar2 masa orientasi kat ITM dulu. Ada satu album tapi dia tadak scanner nak download gambar2 tu kat komputer. Sesapa yang ada scanner tu boleh lah kontek Padil kot2 boleh la kita sama2 tengok kat blog ni nanti ye.

Aku jugak nak bagi tau kat korang, kalau korang ada website sendiri ke, blog sendiri ke, web page ke yang nak link kan kat blog ni pun aku boleh link kan. Macam Padil dia kata dia nak iklankan company dia yang specialize dalam renovation rumah tu mana tau kot2 kengkawan nak buat renovation atau nak buat bungalow ke, boleh kontek dia untuk dapatkan harga. Nanti aku akan link kan blog ni ke website Padil ye.

Tuesday, October 03, 2006

Hidup Sesudah ITM - Bhg 3 ( Cerita Budak Pompuan )



(Gambar Anim dan 2 anak gua)

Akhirnya, setelah puas aku merayu punya rayu punya rayu, akhirnya ada jugak lah kengkawan kita yang sudi bagi info pasal budak2 pompuan batch kita ni. Terima kasih Shema atas info anda dan sini saya ceritakan kisah budak2 pompuan untuk makluman kita semua.

Shema (DBS) - Shema ni bagi info pasal budak2 pompuan kat bini aku tapi info pasal dia, dia tak cerita pun. Tapi aku rasa dia duduk kat shah alam lagikan. Kerja aku tak tau la. Kahwin dengan Khairul Salleh @ Jepun (DBS). Anak 2 orang. Nanti kalau Shema jengok kat blok boleh la beritahu kengkawan ye.

Roslina (DBS) - Roslina aku dah cerita dlm HSItm Bhg 1, tapi aku ulang balik lah. Kerja masih kat Pendaftar Syarikat Kuala Lumpur sebagai Akauntan dan sekarang bertugas sebagai Juruaudit di ROC. Anak 2 orang pompuan.

Jameah (DBS) - Jameah duduk di Kuantan dan bekerja dengan subsidiari Petronas di jabatan Human Resource. Anak 4 orang semua lelaki.

Rozmah (DBS) - Dengar ceritanya masih duduk di Jerantut.

Normah (DBS) - Normah kerja di JBA Kuantan. Anak 4 orang rasanya. Kalau nak chat dengan Normah, dia selalunya ada kat chat box.

Normazidah (DBS) - Dia ni dulu kerja di Bumiputra Commerce kat Maran, Pahang. Kahwin dan anak tak tau berapa. Dah besar dah kot.

Norliza (DBS) - Liza aku pernah jumpa masa kenduri kat kampung aku kira2 3 tahun lepas. Katanya kerja kat Maybank Temerloh dan rumah pun kat Temerloh la.

Fatonah (DBS) - Dia ni low profile dulu. Sekarang ni kerja di Mesir. Dengar dalam bidang kejururawatan. Katanya raya tahun ni dia balik kampung kat Pahang.

Siti Aminah (DPA) - Siti Minah kerja kat Hospital Segamat.

Zuraida (Golden) (DPA) - Dia la ni duduk Melaka. Kerja kat KUKTM. Ntah aku pun tak tahu apa KUKTM ni, maybe Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Melaka kot. Sidi pernah jumpa Golden ni, nanti aku tanya dia ye.

Norhuda (DPA) - Dikatakan dia ni sekarang kerja di Affin Bank di Johor, tak tau la JB ke, Muar ke, Batu Pahat ke.

Faraliza (Rambo) (DPA) - Rambo sekarang ni kerja kat PSDC kat Kuantan. Lembaga Kemajuan Negeri Pahang la kot.

Arfah Zakiah (DBS) - Arfah kerja HR Manager kat Environment Malaysia S/B. Kerja dia menyelesaikan masalah2 jerubu yang melanda negara kita dari dulu lagi sampai la ni. Kerja dia antara lain buat cloud seeding dll. Anak 1 orang lelaki, duduk kat Pinggiran Subang. Kahwin dengan doktor klinik kat Ampang.

Mahanim (DBS) - Ni gua tak berapa tau sangat pasal dia bini gua...heheh. Jangan marah ye Yang. Dia ni kerja kat Great Eastern Assurance Berhad kat Menara GE, Jalan Ampang tu la, kat bahagian IT, tu yang gua teror komputer la ni. Anak 2 orang je. Anak pompuan yang sulong dah tinggi dari dia dah. Dia masih dok lagu tu jugak, maintain beb, takut gua lariiii.

Okay lah, setakat ini tu je info yang gua dapat. Apa2 hal kalau ada info tambahan atau pembetulan tolong lah beritahu gua ye. Gua harap sangat kat lu orang. Gua nak kena teh tarik kejap kat Taman Seri Gombak dengan Kudin dan Padil. Balik nanti gua sambung satu artikel lagi.

Aku Penganggur


(Gambar Raman Sakri @ Kerbau DBS)

Masa kita baru grad tahun 1988 dulu, masa tu kan tengah inflasi teruk, so aku, Jepun (DBS), Selipar (DPA) dengan berbekalkan duit deposit masuk ITM lebih kurang RM180 + duit deposit lain adalah jumlah RM250, maka kami bertiga pun dengan beraninya melangkah ke Kuala Lumpur. Kami pun menyewa rumah kedai di tingkat 3 Jalan Pahang di depan General Hospital Kuala Lumpur. Kalau korang ada lalu situ, rumah kami betul-betul kat jejambat Jalan Pahang depan GH tu. Kami bertiga la pioneer kat rumah tu.

Konon2nya nak cari kerja la. Beli Malay Mail, satu hari kami pergi 10 interview, semua yang ada kerja salesman. Kalau tak pun jadi kerani, tapi semuanya nak pengalaman. Memang bahalul betul la dia orang masa tu, ada ke kami ni baru grad dia tanya ada pengalaman. Masuk 1 minggu, tak dapat kerja jugak, 2 minggu pun tadak kerja jugak. Last2 kami duduk melengung je la. Masa tu jangan cerita la bab makan ni. Tangan pun dah naik berbulu tebal sebab makan roti canai je hari2, minyak sapi banyak.

Lepas tu Mat Dwan(DBS) datang dengan HantuRaya (DPA), mencuba nasib jugak, sama jugak macam kami, jadi dah ada 5 orang duduk dalam rumah tu, sebenarnya bukan rumah pun, bilik saiz 10 kaki x 12 kaki, bilik air share dengan bilik sebelah. Lepas tu datang lagi, Zul Sani (DIB), Halim Lucah(DIB), Mat Taib (DIB) semuanya menumpang kat bilik tu. Lepas tu Karat (DIB) junior kita pun datang. Kadang2 kawan2 datang kejap pun ada. Azmi Mahmud(DBS) pun ada. Ada masanya berbaris tido dalam bilik tu 12 orang, muat2 je letak badan.

Last2 cuma Mat Dwan dengan HantuRaya dapat kerja. Itupun kat Company Money Market tak berlesen. Dapatlah gaji basic RM500 sorang. Itu pun mula2 tak bergaji jugak. Duit jangan cerita la, semua mangkuk2 yang duduk kat situ masa tu termasuk lah aku semuanya papa kedana belaka. Sampai aku ingat lagi ada satu hari tu, kami 10 orang yang duduk dalam bilik tu kumpul2 duit yang ada dapatlah 90 sen. Nak beli roti canai macammana nak makan dengan 10 orang, kalau beli pun dapat 2 keping je masa tu. Last2 kami beli rokok gudang garam 2 batang, hisap sikit sorang, minum telan air paip je la. Lepas tu kami bantai tidur.

Sampai petang tak boleh tidur, perut dah meragam, bukan pasal apa, pasal minum air paip banyak sangat. Kira2 pukol 8 malam, dengan berbekalkan duit 10 sen yang tinggal, kami pun menelefon Azmi Mahmud yang duduk dengan abangnya kat Kelang masa tu. Aku ingat lagi perkataan yang kami telefon hari tu " Mie, ko tolong lah pinjam duit dengan brother ko, datang sini malam ni kalau ko tak nak tengok 10 orang budak ITM mati kebuluran". Nasib baik la abang Azmi kasi pinjam RM10. Dengan duit tu Azmi Mahmud naik bas dari Kelang sampai kat Flat Jalan Pahang kira2 pukol 12 malam tu jugak.

Kami pun bergegas berjumpa Azmi dan Azmi terus membawa kami pergi makan kat gerai brother belakang jalan pahang tu yang nak pergi stesyen bas Pekeliling tu. Oleh kerana takut duit tak cukop, maka kami dibenarkan order nasi separuh dengan telur rebus sebiji sorang sahaja. Tapi lega dapat makan. Aku ingat lagi Achid @ Rashid (DIB) sekarang kerja photographer dengan The Star, masa tu selalu datang flat kami cakap, " La ni baru aku tau betapa berharganya seulas nasik, masa kat ITM dulu nasik kawah dewan makan kadang2 kita tak lalu, la ni".

Masa tu sebelah bilik kami ialah Mendiang Peter Lim, Pengarah Audio TV3. Dia cukup baik dengan kami, selalu jumpa dia malam saja. Banyak cerita menarik dengan dia, tapi kalau nak siarkan kat sini kena sensor, untuk 18sx sahaja.

Kami masa tu tadak kerja, tapi jangan tanya lah jalan dari GH ke Pertama Complex, aku rasa yang paling teror sekali Jepun, hari2 dia ukur jalan dari GH ke Pertama Complex, siang dan malam. Satu lagi Jepun expert ialah kat tempat jual ubat kat Chow Kit. Kekadang dia jadi part time dengan orang tukang jual ubat tu. Demonstrator. Belakang flat kami ada flat jugak, rumah kedai jugak la tapi di diami oleh pekerja2 Lorong Haji Taib. Meriah. Depa kalau nak balik kampung cukop sopan, boleh buat menantu.

Kekadang kami tolong ada brother yang duduk atas flat kami, Abang Mat. Dia berniaga pasar malam. Selalunya kami tolong dia kat pasar malam Jalan Tuanku Abd Rahman, depan Coliseum tu, meriah, ramai orang, malam minggu.

Aku ingat lagi, ada satu awek anak tokey kedai kat bawah flat yang kami duduk tu. Dia berniaga restoran. Kalau kami masuk kedai dia je, dengan muka seposen je dia layan kami termasuk lah tokey kedai tu. Depa tau ni budak2 haprak duduk tingkat atas tadak kerja, semua penganggur. Sebelah mata pun depa tak layan kami padahal kami bayar apa makan nasi. Depa macam nak tak nak je bagi kami makan nasi. Meluat sungguh tengok penganggur kot.

Kami punya la geram, kami pakat satu hari nanti kalau kami dah dapat kerja elok, pakai kereta elok, kami akan pi makan singgah kat kedai ni, tunjuk kat anak towkey tu dengan towkey tu sekali. Kami buat sungguh tak silap aku dalam tahun 1994 macam tu la, kami pi sungguh kat kedai tu. Terbeliak biji mata depa, kami datang kereta sebijik sorang siap parking bersusun depan kedai tu, siap semua pakai tie, baju kancing tangan panjang...hehehe...baru hangpa tau.

Bila ingat2 balik kenangan macam tu, nak tergelak pun ada, lawak pun ada, sedih pun ada, tapi sikit sebanyak kenangan macam tu banyak jugak la mengajar kami erti kehidupan kat Kuala Lumpur ni...

Monday, October 02, 2006

Gathering Ex ITM Pahang Batch Kita


(Gambar Khairuddin @ Kudin DBS- tgh gunting rambut anak ke2 nya)

Dari feedback yang aku dapat dari kengkawan yang masuk dalam blog ni, ramai yang bertanyakan samada kita boleh buat gathering untuk batch kita. Almaklumlah setelah 21 tahun bertemu dan 18 tahun meninggalkan ITM tentu banyak cerita2 menarik dan perkembangan kengkawan yang kita ingin untuk tahu dan berjumpa kembali.

Setakat ini aku sendiri ada 2 kali pengalaman menganjurkan gathering ni. 1st time tahun 1994, aku anjurkan gathering untuk batch aku DBS di Shapadu Training Centre di Hulu Langat, Selangor. Nasib baik masa tu aku kerja kerajaan, jadi aku gunakanlah segala kemudahan kerajaan untuk menganjurkan gathering tu. Gathering tu aku buat 2 hari 1 malam dan tempatnya seperti aku cakap tadi siap dengan kemudahan tempat tidur dan kompleks sukan. Jadi sempatlah aku buat sukaneka, dinner, karaoke dan semua boleh tidur disitu dengan bayaran yang amat berpatutan. Seingat aku bayaran hanya RM150 satu family siap everything. Tapi dengan jumlah lebih kurang 40 orang budak kelas aku dulu ditambah dengan family masing2 adalah lebih kurang 80 orang, untuk menghubungi dan menguruskan gathering tu walaupun dengan committee seramai 6 orang, memang memerlukan komitmen dan kesungguhan yang sebenar.

Kali ke 2 aku buat gathering ialah dengan penganjuran Kejohanan Golf Ex ITM Pahang 85/86, Dinner dan Karaoke bertempat di Bukit Beruntong Golf & Country Resort, Selangor pada Julai 2004. Kali ini committee aku hanya 5 orang sahaja dan aku dah tak kerja kerajaan, jadi tak dapat nak guna kemudahan kerajaan. Alhamdulillah gathering tersebut berjaya juga dengan penyertaan untuk golf seramai 5 flight atau lebih kurang 20 orang dan non-golfer pula menyertai dalam dinner di Bukit Beruntong. Seterusnya aku adakan karaoke di News Ampang, Plaza Yaow Chuan, Ampang kat bilik VVIP dimana aku ingat yang datang untuk karaoke lebih kurang dekat 70-80 orang. Masa tu aku juga berjaya mengenakan bayaran yang amat berpatutan iaitu golfer RM100 dan non-golfer RM50 siap everything. Setiap seorang mendapat cenderamata kenangan dan hadiah untuk kejohanan golf.

Jadi, untuk menganjurkan gathering untuk semua kursus bagi batch kita disini, gua rasa memerlukan satu kerja yang amat besar samada gathering untuk dinner sahaja atau gathering dengan aktiviti2. Walaubagaimanapun, feedback kengkawan amatlah diperlukan untuk menentukan tempat dan tarikh gathering yang sesuai. Jika ingin diadakan pada tahun ini seperti yang diinginkan oleh beberapa orang kengkawan kita dalam chatbox di sebelah, saya rasa awal atau pertengahan bulan Disember 2006 adalah sesuai. Tempatnya ada beberapa cadangan samada di Kuantan atau di Kuala Lumpur. Saya serahkan kepada kengkawan untuk memberi pandangan. Saya juga inginkan sesiapa yang sukarela untuk menjadi committee dan kalau boleh lagi ramai lagi elok. Saya rasa Bilal, Hantu (Aimi Jarr) dan Syed Hamid bersedia untuk membantu.

Oleh itu saya memerlukan pandangan anda semua yang masuk ke blog ini untuk memberikan cadangan di dalam ruangan Comment di bawah dan tolong siarkan nama atau nick yang boleh dikenali ( pilih identity Others ) supaya senang kita tahu dan kumpulkan cadangan tersebut. Gathering yang akan diadakan ini bukan sahaja bertujuan untuk mempertemukan semula diantara kita kengkawan semua tapi disebalik itu ianya adalah juga peluang untuk kita membuat aktiviti amal bagi tujuan membantu kawan2 kita yang memerlukan bantuan dan sokongan dari kita semua. Semoga perancangan kita semua menjadi kenyataan berkat usaha dan kesabaran, Insyaallah.

Ahad dan Budak Pompuan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah dalam masa 5 hari blog ni di lancarkan dah ada 256 hits dah pada counter. Maknanya average ada lebih kurang 50 pengunjung ke blog ni tiap2 hari, Dan bermakna ada lebih kurang 50 orang kengkawan ITM kita dulu yang masih sudi lagi memanjangkan tali silatulrahim dengan kengkawan lamanya dulu, alhamdulillah. Cuma kalau jengok ke blog ni, singgah2 la kat chatbox sebelah ni, senang je nak operate chatbox tu, clear kan name, buboh nama kamu, lepas tu clearkan message, buboh message kamu, senangkan. Lepas tu tekan Go. Nak tengok msg baru tekan refresh. Nak tengok msg lama, scroll chatbox tu sampai bawah sampai kepada old message, tekan kat situ, nanti new window buka dan boleh tengok kengkawan punye msg lama yang singgah kat sini.


Ahad semalam, gua tak sempat nak posting artikel pasal gua bz giler dengan acara2 keluarga dan berbuka puasa dari pagi sampai malam. Jadi lepas berbuka, terawikh tu gua sandar tengok MU lawan Newcastle, last2 MU tengok gua la. Pagi tadi gua tengok meriah jugak blog ni dengan kunjungan Syed Hamid, Bilal DPA, Shima dan bini gua. Tapi gua tak dapat nak join sebab gua sibuk sikit, almaklum la, cari duit raya, duit tol, duit minyak, tak gitu Bang Hamid kita, jauh kita nak balik ni ye... Mid, jangan lupa singgah Padang Besar, kita jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa.


Cerita2 pasal budak2 pompuan amatlah diperlukan dalam blog ni. Ada 2-3 orang budak pompuan complain kat aku pasal blog ni banyak cerita pasal budak2 lelaki aje. Jadi kalau ada budak pompuan yang baca blog ni, tolonglah hantarkan kat aku cerita2 pasal budak pompuan batch kita tak kira la course apa. Hantar ringkas2 pun takpe nanti aku olah balik. Hantarkan kat e-mail aku kat bawah profile tu ye. Aku rasa ramai yang nak tau pasal budak2 pompuan DPA, DBS, DIA dan DIB kan. Jadi tolong lah yee....