Monday, May 03, 2010

reuNioN uItM pAhaNg - saPe peGi

Jumaat lepas ialah tarikh tutup penyertaan ReuNion. Saya belum sempat lagi menyemak dengan Kitang kehadiran yang telah mengesahkan penyertaan dengan bayaran. Namun begitu minggu lepas semasa bersembang dengan beliau menerusi fB, beliau ada memberitahu bahawa lebih kurang 30 orang telah mengesahkan penyertaan. Kebanyakannya batch Jan 85. Setahu saya batch Julai 85 yang sahkan pergi hanya beberapa orang seperti Fatimah/ Mohideen dbS, Charlie Koy dan beberapa yang lain.

Namun begitu mungkin dengan adanya Golf ReuNioN nanti beberapa pemain golf akan turut menyertai sama. Petang nanti, saya, Mizi Songhkla, Antu serta Raman Kerbau akan berada di Kelab Golf Kinrara dan mungkin boleh berbincang sedikit tentang persiapan Golf ReuNioN nanti.

20 comments:

wani said...

Nazri Kangsar kata nak pergi, masa dia cal ari tu saya tengah drive. Kawan kita tu kat Peace Hill

Anonymous said...

Nazri tu dah memeluk agama islam ker.

wani said...

awat hang tak pi dakwah kat dia?

Juragan. said...

Dulu masa kat asrama bahaman dia duduk satu dom dengan aku, bila bulan puasa dia pun nak puasa, kadang2 makan maggi menyorok dalam bilik.

Betul engkau cakap wani, kenapa aku tak dakwah kat dia. Dulu aku terkejut sebab...yelah tahun 1985 ada anak orang asli masuk IPT, ambil course DCS pulak, musti pandai berfikir apa itu Islam. Nak harap sarip dakwah dia, sarip pun engkau orang panggil sarip setan, patut panggil sarip rasul ke, tapi tak ler sampai rasul melayu.

Satu lagi aku bayangkan macam mana kalau si nazri ni berkhatan, aku rasa tentu liat daging burung dia ni, doktor musti charge lebih sebab pakai lebih bius, tapi takpa kalau pasal duit boleh minta kitang kutip derma ikhlas khas untuk nazri bersunat.hahaha. Lagi pun ada isteri2 budiman ni doktor, boleh buat kerja amal, doktor gigi pun boleh bantu.

OK lah wani, semoga Allah memberi dia hidayah dan terbuka hati nak memeluk agama Islam. Sama2 kita doakan. Amin.

wani said...

masalah dalam masyarakat Malaysia ialah dakwah. Kita ramai Islam, tapi kita tak gunakan peluang dakwah. Macamana nak dakwah? Kita sendiripun tak yakin Allah tu wujud.

Kalau kita yakin Allah wujud, kiamat itu ada, syurga neraka itu ada, pasti kita solat awal waktu

Dan pasti kita memilih PAS sebagai wadah perjuangan. :-)

Anonymous said...

EEEEwah wani... politik lapulak.

Anonymous said...

Macammana nak berdakwah, aku ni weekend father, menyewa kat rumah murah, depan rumah aku ada couple muda, anak satu masih kecil,bila aku balik kerja dia sapu sampah depan rumah, pakai kain batik and singlet, dada dia besar, orangnya kecik saja, terbeliak mata aku, tapi aku control, siaplah jumaat nanti aku dapat habuan ler.

LaN KidA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Lan Kida,

Apa cerita pasal ahli DAP tu..?? Tolong siarkan komen beliau...

Tksh.

LaN KidA said...

Sini bukan tpt org tak bernama nak verita pasal politik...kalau berani bubuh nama betul macam wani baru aku siarkan...tidak korang boleh blah pi blog politik.

Aku nak main golf kat sini oiii dan nak jumpa rodong jer... politik2...boleh go to hell...tambah pengecut yang tak berani bubuh nama.
\
Ko boleh berambus.

matdwan said...

Rakan BudiMan..,

Politik dan manusia memang buat kata rakanku dulu 'BERPISAH TIADA'

Tetapi rakan2 agak kurang manis berpolitik di pentas orang lain, agak kurang gentleman berpolitik tanpa nama.

Kita bina satu anjakan paradigma iaitu kita kena ada integriti dan authoriti atas apa yang kita politikkan seperti yg kita dah bincang dulu.

Tengok .., sekarang kida dah hangin satu badan.., akupun lum pernah tgk kida hangin cam nie.

jadi., rentikan la buat keje tak tulih nama nie.., banyak masalah dari pekdah.

ok.., adious

asta lavista

Anonymous said...

Woiii kida jangan marah, marah itu api, api itu syaitan, tapi takpa marah itu hak anda, so keep on marah.

Anonymous said...

Perhatian buat penulis tak bernama.

1. Abg jemn
2. Juragan
3. Hang Buah
4. Tamarulan
5. Tegak melintang
6. Sirap
7. Juanda
8. Anonymous

Harap anda semua boleh blah, hidung tak mancung pipi tersorong, termasuk Aku jugak.
Alamak kena lagi...

So goodbye.

Anonymous said...

Assalamualaikum Lan Kida,

Kenapa tiba2 marah pasal cerita politik ni?
Saya pengikut blog rodong ni sejak mula penubuhan lagi.
Cuba rujuk artikel rodong bertarikh
1. 10.03.2008 Apabila rakyat bersuara(24 komen)
2. 14.02.2008 Pilihanraya lapulok
(5 komen)
Saya lihat semua komen agak pro dan kontra dan berapi juga.
Tapi rodong layan dengan baik malah pengomen juga tak letak nama.
Rodong juga janji tidak akan padam komen2 tersebut.
Agaknya masa dah berubah, rodong pun sibuk dengan bergolfing kot.
Atau rodong tengah tension or....

Manusia berubah.

Dari,
Nurul Huda.

LaN kidA said...

Salam Nurul Huda,
Betul masa dah berubah sbb ramai yang suarakan kat saya menyampah dan meluat tengok ramai pengecut2 tak bernama beri komen dalam blog ni sedangkan semuanya rodong sesama UiTM. Apa yang nak ditakutkan sampai tak mahu beri nama.

Akibatnya ramai yang biasa beri komen langsung tak mahu beri komen dalam blog ini sebab pengecut2 ni. Kalau Nurul Huda tak percaya sila telefon saya dan saya akan berikan nama2 mereka yang suarakan perkara ini kepada saya.

Satu lagi masa dah berubah dan saya tak berminat lagi pasal-pasal politik di bicarakan di blog ini. Sebab blog ini untuk silatulrahim, beramal dan berbudi sahaja insyaallah. Perkara2 yang membuat kengkawan bergaduh sesama sendiri rasanya perlu di elakkan.

Saya tak rasa rugi apa2 dengan tiadanya pengecut2 tak bernama ni sebab mereka ni jenis baling batu sembunyi tangan dan mereka yang jenis macam ni, takde lagi elok.

Lebih baik saya tumpukan dengan aktiviti golfing budiMaN dan juga perkara2 yang boleh mengeratkan silatulrahim budiMaN.

Dan Nurul..memang saya banyak golfing sekarang...Awak pun patut golfing sama...Jom!

Anonymous said...

Lan, jom kita nyanyi rama2.
Lagu Black Dog Bone.

Geram jangan engkau geram
geram bermacam ragam
jika kau suka jika marah
tentunya kau geram

Bila melihat gadis yang cantik
tentunya kau kan menggoda
tetapi jikalau dia tak layan
tentunya kau kan marah....

Aku
Abu Samah
(Member Lama)

Anonymous said...

Terima kasih Abg Lan,

Macam mana saya nak main golf, tangan kecik aje, tak sama dengan kederat kaum adam ni.

Ok, Bye.

Nurul Huda.

ummi said...

Salam...

Ish, ish x reti nak komen sini sebab dah macam2 citer pulak keluar, hehee..jadi Ummi pembaca dan pemerhati setia di Budiman dan sentiasa akan menyokong aktiviti silaturrahim dan gotong-royong yang bakal dijalankan..insyAllah!

Anonymous said...

Ummi...masak jangan tak masak.

abgjemm@gmail.com said...

nurul..,

golfing ni nurul sebenarnya kederat 10-20% aje, lagi 10-20% ialah equipment .., yang lebih dari 60% ialah precise, yang mana precise ni buleh didapati dari driving range.,

kalu kena tepat club ngan bola, ia akan berbunyi 'kelenting' dan bola akan naik dan ketepatan inilah selalunya akan membezakan handycapp seseorang player.

Tu la sahaja dek nurul.., kalu ada masa ikut la abe lay tu golfing.

Tq

Abgjemm@gmail.com