Dalam beberapa hari ini sewaktu bertemu atau bersembang dengan beberapa rakan budiMaN, kebanyakannya bercerita tentang anak-anak yang nak masuk Universiti dalam masa terdekat ini. Antara yang saya sempat jumpa atau berbual seperti Kudin Mekanik di mana anak sulong beliau katanya akan mengambil Jurusan Fisioterapi di UitM Shah Alam. Mizi Konsulat Songhkla pula memberitahu anak beliau akan memilih Kursus TESL di UitM Shah Alam juga. Anak Fatimah Mohideen katanya akan mengambil Asasi Sains di Universiti Malaya. Sementara anak Fadil Sutok insyaallah akan memilih antara kursus di UitM atau di Politeknik.
Anak sulong saya pula setakat ini alhamdulillah, mendapat beberapa tawaran dari Kursus Foundation di UniteN, Matrik Kementerian Pelajaran di Kolej Matrik Selangor, Banting, Kursus Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di UitM Bukit Mertajam dan German-Malaysia Institute dalam bidang Network Security di bawah tajaan MARA. Besar kemungkinan anak saya akan memilih German-Malaysia Institute dalam bidang Network Security di bawah tajaan MARA.
Semoga anak-anak budiMaN yang akan melanjutkan pelajaran selepas SPM ini tidak kira di mana, akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa dan keluarga. Amin.

5 comments:
HI SALAM BUDIMAN
TAHNIAH ANAK2 BUDIMAN YG BERJAYA KE 'U' ANDA MENERUSKAN JEJAK LANGKAH IBUBAPA ANDA (BUDIMAN). TERUSKAN LANGKAHMU BIAR SEIRING DGN BANGSA2 DIDUNIA TAPI JGN LUPA ADAT DAN UGAMAMU. BAGI YG TAK BERJAYA CUBALAGI DISESI HADAPAN JGN MENYERAH KALAH. INSYAALLAH ESOK PASTI HARI UTK KITA.......
TERUSKAN SEMANGAT 'BERILMU DAN BERAMAL'
JOHAN (KITA JAURA)
Tahniah Bro BudiMan..,
Aku berbanggan dgn kalian yang tidak memproduksi benih-benih yang sambang.., sbb benih yg sambang telah dinyahkan dari susuk kalian..
Aku tidak boleh tidak.., bersetuju dgn komen abgjemm hari tu., (sila scroll) yang mana pabila anak2 kita dah dewasa nanti bisa mampu membuat kita tersenyum jadik la..,
Terubat juga luka dan penat jerih ketika membesarkan mereka.
Adious
Asta Lavista
Salam Budiman..
Tahniah buat Sarah dan anak2 Budiman yang lain...Semoga semuanya sukses dan cemerlang di dunia dan akhirat..
Salam semua,
Ini hanya satu bab dalam kehidupan membesarkan anak-anak kita. Masuk Universiti bukan titik penentu lagi kejayaan anak-anak di masa depan. Masih banyak bab-bab kehidupan yang akan di tempuh.
Pada saya samada masuk universiti atau tidak bukanlah satu perkara pokok yang penting. Jalan-jalan kehidupan yang kita didik dan bentuk itulah yang akan melakar corak kehidupan anak-anak di masa hadapan.
Kepada anak-anak budiMaN yang mungkin tidak berjaya ke universiti, bukan ini akhirnya tempoh pembelajaran. Masih banyak tempat-tempat yang sesuai untuk menimba ilmu seperti di IKBN dan IKM yang mana peluang untuk berjaya sebenarnya kadangkala lebih cerah lagi daripada mereka yang masuk universiti.
Mentaliti memiliki segulung ijazah dan menjawat jawatan tinggi sebagai pengukur kejayaan hidup seharusnya sudah lama ditinggalkan oleh generasi kita. Ukuran sebenar harus di kira dari kejayaan mengambil berat tentang ibubapa, keluarga serta menjadi manusia yang beriman, berguna dan berbakti kepada masyarakat secara jujur dan ikhlas.
Semoga anak-anak budiMaN bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran dan dunia pekerjaan nanti tapi yang lebih penting cemerlang dan terbilang dalam keprihatinan kepada ibubapa, keluarga, agama dan bangsa. Amin.
Assalamualaikum,
Waduh- waduh wak duan, memang bener kalian tidak memproduksikan benih2 yang sambang, kerna kalian telah banyak membuangnya ketika di itm dulu, tapi wak duan mungkin benih2 yang lalu bisa menjadi angkasawan, gue ingin menunggu khabar anak wak2 budiman menjadi angkasawan.
Permisi pak.
Joko Suprianto.
Post a Comment