Segala persiapan menuju ReuNioN UitM Pahang yang akan di adakan di IntekMa Resort Shah Alam pada 29hb Mei ini sedang giat di usahakan oleh AJK ReuNioN. Kemungkinan pada malam esok satu lagi mesyuarat AJK ReuNioN akan di adakan di Restoran Tupai2 bagi finalising beberapa perkara.
Majalah ReuNioN sudahpun memulakan percetakan dan dijangka siap untuk diedarkan di Majlis Makan Malam tersebut. Terdapat beberapa rakan budiMaN juga sudah membuat pembayaran dan mengesahkan akan hadir di Malam ReuNioN itu nanti.
Golf ReuNioN Masters insyaallah akan di adakan pada 29hb Mei itu pada sebelah tengahari dan sudahpun mempunyai 4 flight. Team Batch Jan 85 hanya dapat mengadakan 1 flight sahaja manakala Team Julai 85 akan mengadakan 3 flight termasuk beberapa jemputan khas seperti Mizi Songhkla yang kebetulan bercuti selama seminggu di Kuala Lumpur. Penyertaan mungkin akan bertambah lagi kerana beberapa peserta akan mengesahkan kehadiran mungkin pada Selasa atau Rabu ini.
Sedikit berita budiMaN - Ayah kepada Hassan dcS telah meninggal dunia di Kuala Terengganu dan saya sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada beliau sekeluarga. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Hassan dcS kini tinggal di Bangi dan bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di NSTP. Insyaallah Hassan akan menjadi satu-satunya wakil dcS yang akan hadir di Malam ReuNioN nanti.
1 comment:
tuan lan kida
barangkali boleh diadakan video recording pada mlm tersebut. video ini boleh dijual dgn harga rm10-20 kpd yg hadir atau pun tidak. hasil jualan boleh dimasukkan kedlm tabung amal.
Post a Comment