Sunday, May 16, 2010

meSyoRat reuNioN

Hari Jumaat lepas pada kira-kira jam 8-30 malam, suatu mesyuarat AJK ReuNioN telah di adakan di Restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur. Saudara Halim dpA yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan Shake telah meminta saya mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir pada malam itu ialah Shake dsS, Kitang diA, Razlan diA, Mila dpA, Kak Sit dsS dan juga Shukor dpA. Dona dsS yang sepatutnya hadir pada malam itu telah mengalami suatu kemalangan kecil di Kelang dan tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa pergi ke Balai Polis untuk membuat lapuran.

Untuk makluman rakan budiMaN semua, pengesahan penyertaan ReuNioN pada 29hb Mei ini sehingga malam tersebut berjumlah seramai 109 orang. Walaubagaimanapun ada kira-kira 27 orang lagi masih tidak mengemukakan pembayaran dan di harap mereka akan menjelaskan pembayaran tersebut secepat mungkin. Walaubagaimanapun dari jumlah 109 orang itu hanya 64 sahaja bekas pelajar UiTM. Selebihnya seramai 30 orang terdiri dari kakitangan HEP UitM Pahang termasuk Pengetua UitM Pahang sekarang akan turut menghadiri majlis itu nanti. 15 yang lain pula terdiri dari bekas pensyarah UitM Kuantan termasuk Dato' Nassudin, Puan Rozainun, Puan Hamidah, Puan Saadiah, Encik Sukhri dan beberapa orang lagi akan turut serta di malam tersebut, insyaallah.

Di sini juga saya ingin mengumumkan bahawa penyertaan masih lagi terbuka dan saya beri tempoh sehingga hari Jumaat 21hb Mei 2010 sebagai tarikh akhir penyertaan iaitu seminggu sebelum majlis tersebut. Ini kerana pada 22hb Mei, pihak AJK akan membuat pembayaran sepenuhnya kepada IntekMa Resort beserta jumlah penyertaan. Harap rakan budiMaN yang masih tercongak-congak samada akan hadir atau tidak, dapat membuat keputusan secepat mungkin. Saya juga berharap nanti kepada sesiapa yang hanya datang pada saat-saat akhir di mana majlis berlangsung supaya memahami bahawa tiada kerusi atau meja akan di sediakan dan juga tiada makanan atau minuman melainkan beliau sendiri mendapatkan dari pihak hotel pada masa tersebut. Bayaran penyertaan ReuNioN hanyalah RM60 seorang sahaja.

Berkenaan Majalah ReuNioN pula, Mila dpA memberitahu saya beliau juga masih akan menerima penyertaan dan penghantaran biodata sehingga 18hb Mei 2010 (Selasa) dan berharap kepada bekas-bekas pelajar untuk menghantar biodata. Kepada yang tidak dapat menyertai Majlis Makan Malam pun amat di harapkan untuk menghantar walaupun jika anda tiada gambar lama. Sila hantar menerusi email kepada Mila sendiri atau boleh juga emailkan kepada wakil-wakil kursus atau emailkan kepada saya dan insyaallah akan saya sampaikan kepada Mila nanti. Majalah ini nanti akan di cetak dan akan diedarkan kepada semua peserta ReuNioN secara percuma kerana pihak AJK berjaya mendapatkan penaja untuk membiayai majalah ini.

Setakat ini penyertaan peserta kebanyakannya terdiri dari batch Jan 85 dan penyertaan batch Julai 85 masih kurang memberangsangkan. Penyertaan dari batch Julai 85 mengikut kursus seperti yang dimaklumkan kepada saya pada malam itu ialah :

dcS - 1, dsS 0, dbS 1, diA 4, dpA 2, dib 3.

Pada saya jumlah tersebut amat mendukacitakan tidak seperti yang dicanangkan dalam komen-komen sebelum ini bahawa banyak yang teruja untuk bertemu rakan budiMaN serta pensyarah-pensyarah lama seperti Puan Saadiah, Rozainun dan Hamidah serta beberapa orang lagi pensyarah yang sedang diusahakan oleh Fazuna dbS seperti Puan Zakiah dan pensyarah diA dan dpA.

Usaha keras semua AJK terutama Shake, Mila, Norm, Kitang, Kak Sit dan lain-lain lagi tanpa mengira masa, wang ringgit sendiri seperti membayar deposit dan sebagainya begitu mengharukan saya dan pada saya sebagai rakan budiMaN semua sepatutnya menghargai usaha murni mereka ini dengan memberikan kerjasama sepenuhnya serta jika kelapangan beramai-ramai datang memeriahkan perjumpaan kita itu nanti. Janganlah kita bersikap tidak ambil endah dan peduli tetapi sekurang-kurangnya berikanlah bidodata jika tidak dapat pergi dan jika tidak pergi pun beritahulah atau maklumkan kepada wakil kelas atau Kitang supaya kita dapat mengumpulkan jumlah tepat kehadiran nanti.

Insyaallah perkembangan ReuNioN akan saya siarkan lagi selepas ini kerana countdown to ReuNioN cuma tinggal 13 hari saja lagi. Sekali lagi kepada rakan budiMaN yang belum menghantar biodata dan kepada yang masih tercongak-congak nak pergi supaya membuat keputusan segera.

11 comments:

Ummi said...

Hah? DSS Julai '85 xda wakil langsuunnn..?? Weeee..dgr haritu cam ada gak la wakil. Tila, Muslim, Amin, tuluuunn...kata haritu nak pergi kan...Dah la yang ada dalam contact pun dalam 15 orang je pun, pastu xda wakil...alahaiii...maybe semua dah ada commitment lebih awal dah kot..apa lah nak buat kan...Memang rasa terkilan...

matdwan said...

salam 1BudiMan

Saper DBS yang sorang tu lan.., takkan aku sorang je yang dah confirmed, yang lain2 pe ke hei nye?

Amid1, amid2, kla2, mat brenseq, kay bee (double trouble), kudin mekanik, mat jepun, shema, anim ehh sk, timoh langat, simoh, jameoh, arpoh, zammberan (triple trouble), brinjal, zali totteq, man kubau, woh idris,chegeng dan sahabatku masskong... saper lagi ekk.., dan lain2 lagi yg tak sempat disebutkan disini..,

korang jangan la buat aku camni.., aku tak sanggup lagi nak menghadapi keadaan ini tanpa korang..,

Ada lauk dalam piring
Pilih daging tanpa kepala
Hancur hatiku berkeping-keping
Melihat wok meh tok lek nok ngembala

adious

Asta Lavista

Anonymous said...

Haa..ummi, kita sama je..dss jan'85 pun takde wakil..

Dalam senarai i, 2 orang dari dbs julai: fatimah dan radwan yang confirmed


regards.

Norm

JamaL dPa said...

Aku memang tabik ngan ajk semua..kekadang kesian pun ada...yelah sampai ada yg accident kerana nak gi meeting reunion...kita kena appreciate ngan diaorang ni...lagi pun aku rasa inilah peluang untuk kita bukan saja nak bertemu bertanya khabar tapi yang lebih penting peluang kita utk bermaafan dan menjelaskan apa-apa saje kekeliruan atau salah faham yg mungkin masih belum terungkai...maklumlah masa tu dulu mungkin kita belum cukup matang dlm pergaulan atau tak sedar akan kesilapan kita...bila dah berumur ni barulah nampak salah silap kita...so mari lah sahabat semua ...kita datang ramai-ramai....aku percaya kita semua memang excited sgt nak berjumpa semula...

SK aka Anim said...

Salam semua,

Lama sungguh SK tak corat coret kat sini yea.. SK doakan kwn2 semua sihat2 sejahtera sentiasa.

Ummi tak pi ke gathering? jom arr Ummi *tarik tgn ummi*

Matdwan, SK tgh dok adjust2 dgn officenya event ni bukan tak mo pi.

SK jwb pantun Matdwan ye :p

Lauk daging dalam piring
Santap bersama puteri jelita
Insyaallah, SK pi kot gathering
Panjang umur jumpa lah kita.

Tim, u pi kan? To those DBS Jul'85 girls(cewah girls tu ahaks!) Arfah,Shema,Kak Ina,Jameah,Normah,Normazidah, Norliza, Rozmah,Roslina.. jom arr pi gathering ntah bila lagi nak jumpa kan?

Arfah, Shema...u all dekat je kat SA tu.. jom arrr *tarik tgn arfah n shema*

LaN kidA said...

Dwan,
Betul..dbS takat ini hanya awok sorg jer dan Timah. Timah pegi sbb ada Mohideen pergi. Tapi semlm SK kabor ke koi dia nok pegi...jadi baru ada 3 org je la sedangkan ada 3 lecturer kita yg dtg iaitu Hamidah Junid, Saadiah dan Rozainun.

Jamal,
Macamana performance nnt... kalau ada lagu Panah Beracun...nostalgia tu.

P/S: Semlm Ronnie James Dio Holydiver meninggal dunia sbb kanser perut.

Anonymous said...

Fenin kepala aku, camana nak doakan Si Ronnie ni, Bukan mat roni.

matdwan said...

bro

Si Ronnie James Dio ni kalu tak silap gua pernah gaks jamming ngan Deep Purple, pas tu dia join Black Sabbath dan ikut bro Ritche Blackmore form up Rainbow sebelum DIO.., yang lawaknya masa mula2 Band Dio mula popular dulu sekitar akhir 80an ramai mat2 rockers kapak pakai baju tulih Dio yg bermotifkan Holy Divers.., tapi bila tanya depa kata kumpulan D 10.., ( macam polis plak ada D7, D9 dan D10) he3

Itulah kesahnya.., gua juga dibesakan oleh si ronnie ni..(tapi bukan mat ronnie DBS jan 85) banyak lagu2 dia gua ikut.., tapi cuma ikut lagu je la .. anak gua pun minat gaks, tapi kata dia 'Maroon 5' lagi gempak ayah.., tak pe la..kasi chance.

Ni gua nak tanya best fren gua (jan85) join ke tak. mat ronnie, zul punggkok aka zul tello aka zul jengka.., dengan ucapan.., 'bro kita street fighter bro.., tak dak mzin kecik hati' moh la kita bersama2.., kira cam raya la ,

ok bro..

adious

asta lavista

Anonymous said...

A'kum

Kesian saya, ada hajat nak ikut, tapi terlalu junior, tapi takpalah lain kali kalau ada buat saya nak ikut.

Ohya Abang Lan, abg senior geng2 abg lan macak abg sidi, abg sarip, abg muzafar, abg amy jar, abg clark, abg man, abg pian, abg bilal, abg selamber, abg husin, abg mat, dia orang ada pergi ke?

Entah camana rupa abang abang tu agaknya. Tolong kirim salam.

Nurulhuda

Anonymous said...

A'kum

Kesian saya, ada hajat nak ikut, tapi terlalu junior, tapi takpalah lain kali kalau ada buat saya nak ikut.

Ohya Abang Lan, abg senior geng2 abg lan macak abg sidi, abg sarip, abg muzafar, abg amy jar, abg clark, abg man, abg pian, abg bilal, abg selamber, abg husin, abg mat, dia orang ada pergi ke?

Entah camana rupa abang abang tu agaknya. Tolong kirim salam.

Nurulhuda

Anonymous said...

Muka tiga heroin dan satu hero tu langsung aku tak kenal.
siapa tu lan?.