2 orang geng budiMaN sedang bersembang sambil pekena teh tarik kat mamak di Jalan Bukit Bintang baru-baru ni. Saya dengar dan saya olah balik kat sini.
A : Aku tak sangka betul la budak sekor kawan budiMaN kita ni. Kelaku nampak elok. Tapi rupanya kaki pinjam duit. Dekat aku jer dah boleh bayar downpayment Myvi SE 10% dia pinjam. Dah tu janji nak bayar tapi sampai sekarang 1 sen pun takde, macam-macam alasan dia bagi.
B : Aik, dekat engkau pun dia pinjam. Aku ingat aku seorang jer. Aku pun dia pinjam jugak. Kalau bayar Viva 10% downpayment pun boleh dah duit dia pinjam kat aku tu. Aku ingat malas la nak bising sangat sebab tengok dia tu pun nampak teruk sekarang ni, kesian jugak.
A : Tak payah kesian la macam tu. Aku ni sebab kesian la jadi macam ni. Ni kita berdua je, dah ribu-ribu dia pinjam...dengan orang lain tak tau la berapa banyak lagi.
B : Tu la kata orang kampung aku ... don't judge the book by its cover.
A: Tu la payah...kita kekadang nak buat kebajikan, tolong kengkawan yang dalam kesusahan tapi ada pulak yang ambil kesempatan. Dia tu main janji yang tak betul tu. Kita berdua ni bukannya orang kaya juga.... tu la duit nak simpan buat belanja anak-anak nak masuk universiti, nak beli buku, nak bagi orang tua kita kat kampung. Pening dan sakit hati fikir pasal budak budiMaN tu.
B : Aku pun tengah kering giler ni tapi nak buat camne, sepatutnya orang macam dia tu lebih mengetahui hukum hakam. Kita beserah kepada Allah je la.
6 comments:
Salam..Emmm..bawak2 bertaubatlah orang tu ya Kida..sapa lah agaknya..nanti kat akhirat duk kandar duit cari orang yang dia pinjam duit tu nak bayar...hehee..masa tu, xda sapa pun nak duit dah aiiihh...Uiih banyak tuh, kalu boleh bayar muka Myvi or Viva..ingat pulusss ratusss..hehe..ni puluss ribuu..!!Ya la, kalu dah nama nak pinjam kena la bayar...Lainlah kalau mintak tolong kat sini, kita bantu sama2 ringankan beban..lain cerita kan! Ni kata nak pinjam, rata-rata pinjam, rata-rata tabur janji, pastu x tunai, satu sen pun x bayar lagi, xkan senang jugak orang macam ni! X berkat! Bawak-bawak lah bersabar orang2 yang teraniaya tu ya...Betullah Kida, jangan cepat menilai luaran saja kan..!
Salam semua.
Akhir kata..berhati-hati dgn sesapa jua yg kita kenali ataupun tidak...semuga ini menjadi panduan untuk kita dimasa depan.
wallahualam
p/s walid terkenang rakan sekolah derjah 5 dulu...kata pinjam RM10, nak beli seluar bola..spai skrg x byr...tapi sudah walid halalkan.THINK yang terbaik buat kita dan dia.
allahhuakbar hamid
RM10 je... dah berpuluh tahun dah tuh,,,
auk nok masuk syurga lambat sebab orang utang RM10 nak tunggu selesai.. subhanallah..
Tak baik...halalkan jer laa. Ada satu cerita....saya ada kawan dan saya ada duit. Satu hari kawan saya nak pinjam duit. Saya dengan rela hati meminjamkannya. Malangnya sampai hari ni dia tak bayar. Persahabatan kami terputus. Tak sangka....saya hilang duit, saya juga hilang kawan. Pengajarannya....kalau tak sanggup hilang kawan....jgn sesekali pinjamkan duit. Gaduh tak bagi pinjam kejap jer...tapi gaduh bab2 hutang ni takut sampai ke mati.
Itu Nana Maskouri...(nana mana la pulak?)cakap ada betoi la... kalu susah2 sangat nak buat keputusan samada nak kasi pinjam atau tidak, kasi aje rm50 atau rm100 kata tak pulang dah, anggap aje ianya hibah sbb hibah boleh di kasi pada sispa sahaja, compare dgn sedekah untuk yang memerlukan sahaja... tul tak kida? Rodong pun boleh berpanjangan.. tarak gaduh punya.
Salam Maal Hijrah. Begitulah kehidupan di dunia ini. Kadangkala kerana duit, harta dan sewaktu dengannya boleh membawa putusnya hubungan persahabatan ataupun persaudaraan. Apa nak buek dah macam tu. Terima aje qadak dan qadar. Janji jgn putus hubungan dengan Allah.
Post a Comment