Thursday, December 24, 2009

jaMMinG iN bRaiNstORMinG - livE

Petang semalam saya dan Fadil Sutok dbS melayan kengkawan teh tarik di pejabat Sutok di Batu Caves bermula pukol 4-00 petang. Mulanya Apek dpA datang dan dia berikan kami satu software canggih petua mengenali diri. (Apek ni memang dari dulu masa kat itM Kuantan pun memang teror bab petua ni...dulu dia ajar kami jampi serapah...tapi ni dah moden sikit dia ajar pakai laptop pulak la...software canggih...ribu-ribu harganya) Sambil tu kami jamming 2-3 lagu dengan gitar letrik kat ofis Sutok tu. Sempat telefon Mat Dwan tanya khabar berita. Pukol 5-00 petang, Apek pun blah pasal dia kena kerja syif start pukol 5-00 petang sampai pukol 10-00 malam.

Pukol 6-30 pulak Walid pun sampai dan kami brainstorming pulak pasal nak cari pendapatan lebih. Banyak idea Walid ni. Walid pun katanya akan memulakan Gerai Makan di Kampung Baru bermula Januari 2010 nanti. Lokasinya nanti kita minta Walid cerita lebih lanjut la. Jadi sesiapa geng budiMaN mungkin boleh singgah untuk makan tengahari atau makan malam di Gerai Walid di Kampung Baru. Khabarnya ada makanan special dari tukang masak patner Walid dengan resepi formula rahsia yang power. Go Walid Go!

Lepas solat Maghrib, kami pekena teh tarik kat bawah ofis Sutok. Pekena teh setengah jam, kami sambung lagi perbincangan kat ofis Sutok. Sambil tu jamming jugak 2-3 lagu. Oops! lupa plak nak cakap, khabarnya Walid untuk Gerai Makannya nanti akan mempersembahkan konsep muzik terbaru...tungguuuuuuu!

Pukol 10-00 malam, Walid pun mintak diri sebab nak ambik isteri dan anak-anaknya kerana hari ini beliau akan ke Lenggong untuk mengambil keputusan PMR anak beliau. Abg Ker (Kerbau) pulak ada sms kata nak sampai dah kat KL bersama emaknya. Saya dan Sutok ajak beliau ke ofis Sutok di Batu Caves untuk pekena teh tarik tapi beliau kata dah lewat. Jadi lebih kurang jam 12-00 tengah malam, saya dan Sutok pun beredarlah pulang. Sekian, Wassalam.

5 comments:

Mat Dwan said...

Musim2 tgh duit susah nie jamming jer la kita, kalu tak jam kat jalan, jam kat kedai mamak... kalu dak teruk sangat jam kat umah je la..' Hidup JiB'
When Going Get Tough,
The Tough Get Going

apamz said...

tahniah walid,
opening ceremony nanti kena invite seme member budiman... kena panggil vip rasmi....
errr.... iceblended tak jual ke?

waleed said...

Salam
InsyALLAH...akan diwar2kan nanti.setakat ni menu Nasi Ayam Dara..SUp Utara Kow...ayam kampung goreng berempah...mari2...
Ice blend...blum lagi apam tapi teh tarik spesel kayu manis..
Muzik?....aduss..yg tu lambat lagi kot..heeheeee LIVE BAND?....hehee kena tanya apam..kla2....kida..bob MG..dia org free ker nanti nak jamming?

KiTanG said...

Salam...Walid, Nasi Kukus Mak Jan x ada jual ke?

Man Teruq said...

Tahniah Amid, awok bagi alamat kedai awok koi boleh tolong promote kat member koi di KL. Adik ipar koi pun ada keje di Kg Baru tu sebagai Salesman Kereta boleh dia war-warkan kedai awok pada kawan-kawan dia dgn customer dia skali.