Sekejap tadi saya buka email dan dapati ada email dari Wani dcS berkaitan Reunion UitM Pahang 25 Tahun yang akan di adakan pada Mei 2010. Saya rasa dari senarai penerima email tersebut mungkin rakan budiMaN pun ada menerimanya. Dalam email tersebut ada memberitahu bahawa mesyuarat AJK akan di adakan Khamis ini di UitM Shah Alam. Selain itu ada juga diberitahu tentang aturcara Reunion yang khabarnya akan di adakan Jamuan Makan Malam serta trip ke Jakarta dan Bandung. Kalau dalam blog Dona dsS pula yang baru saya lihat sebentar tadi, khabarnya, belanjanya lebih kurang RM1,200. Tapi takde pulak di nyatakan samada kos tu untuk seorang ke atau satu family. Dan Kak Zah pun turut sekali menguruskan Reunion ini.
Saya sebenarnya tidak tahu menahu langsung tentang perancangan Reunion ini sehinggalah email Wani yang saya baca sebentar tadi. Walaubagaimanapun saya minta maaf kepada Wani kerana saya rasa saya tidak dapat menyertai Reunion ini jika dengan bayaran seperti yang dinyatakan di dalam blog Dona tersebut. Banyak tu pada saya untuk kegunaan lain lagi dan tak mampu saya nak habis sebanyak itu setakat nak berseronok dengan kengkawan. Kalau berseronok dengan family lain cerita jugak la. Dan jumlah besar tu kalau kita kumpulkan dan beramal sesama budiMaN, bersemangat jugaklah saya.
Tapi, insyaallah saya akan tetap membantu jika mereka perlukan bantuan dan saya mampu membantu. Apa-apa pun terima kasih kepada Wani kerana sudi menghantar email dan saya minta maaf sekali lagi kerana tidak dapat menyertainya.
8 comments:
Salam..
Bagus inisiatif mereka.. namun seperti kata Kida.. kalau boelh biarlah perhimpunan dalam keadaan yang sederhana tapi mesra.. mcm kat Maran dulu.. belanja tak samapai pun rm 300 tapi puas dapat bertemu dan bersembang.
Kwn turut setuju dgn Kida.. kita buat aktiviti reunion berasas atau bertema kan aktiviti amal.. maksudnya selain dari kita dapt bertemu.. kita dapat juga beramal..
Kida.. apa kata kali ni kita buat kat selangor pulak.. Kita target raya china.. kita realisasikan car wash.. bootsale, kwn boleh buat aktiviti motivasi dll.. Bilal
Salam,
Insyaallah Bilal... Ada rezeki dan kerjasama rakan budiMaN semua moga ianya beroleh kejayaan.
Artikel inipun sebenarnya dah mengundang banyak kontrovesi dan insyaallah akan saya panjangkan untuk penjelasan kemudian.
Kontroversi?????.... Bagi koi setiap orang mempunyai pandangan atau pendapat sendiri. Ini blog awok Kida, so awok berhak untuk menulis apa sahaja walaupun mungkin membuat orang lain kecil hati. Itu sebab koi ambil jalan mudah iaitu mana yang koi rasa boleh atau mampu koi akan sertai atau sebaliknya. Kalau orang nak kutuk sebab lokek atau sombong, itu hak mereka sebab koi tahu siapa diri koi dan tak perlu nak berpura-pura.
Salam kida... kak shake ada email pada salwani mohon dipanjangkan email ke junior july intake 85 berkenaan reunion jubli perak 25 tahun (tahun depan) tarikh ialah pada 29mei (sabtu) ... 30mei (ahad) ke jakarta/bandung 4hari 3mlm hanya utk yg berminat sahaja (Rm1,200).. program reunion akan diberitahu selepas persetujuan dari semua sahabat...di sini kak shake juga mohon kida panjangkan ke sahabat2 yg lain... dan kalau boleh kida jadi sebagai 'focal point' bagi urusan dgn sahabat2 kida (yr batch)...mohon juga kida dan sahabat2 dpt memberi idea or cadangan yg bernas... semoga dgn reunion ini akan memgeratkan tali silaturrahim sesama sahabat... salam dari kak shake...
maknanya reunion nite dulu, pas tu baru Bandung trip, ya kak shake?
Ada satu trip yang kawan saya anjurkan, Trip Solat Indah ke Bandung. Dalam trip ni kita akan ke kursus Solat Khusyuk bimbingan Pak Abu Sangkan. Kursus tu selama sehari. Kursus ni dianjurkan oleh Solat Center Bandung.
Wani dah pergi kursus Solat Khusyuk anjuran Solat Centre Malaysia. Best sangat, hilang sakit pinggang, tak payah makan ubat. Katanya banyak lagi penyakit lain boleh sembuh dengan mengamalkan cara solat yg betul.
Salam.... bagus cadangan tu wani... boleh masukkan sekali dlm trip tu... next meeting harap lan kida/wani attend boleh? ... utk reunion 25 tahun jubli perak pd 29mei (sabtu) pendaftaran pagi, tghari ada motivasi talk, ptg aktiviti (nnti bincang), mlm-reunion perjumpaan... tapi ni semua cadangan ... utk penempatan jgn risau, kak zah akan sediakan asrama (tak perlu bayar).. boleh check-in jumaat ptg/mlm or sabtu... reunion buat kat area uitm shah alam or hotel area situ .. kalau ada apa2 cadangan/pandangan dari yr batch amatlah dialu2kan... harap kida/wani wakil batch july intake, boleh kan? salam dr kak shake
Salam Kak Shake,
Insyaallah jika mana yang boleh saya bantu akan saya hulurkan. Kata Khamis lepas ada meeting... apa resolutionnya dan proposalnya?
ZM, betul cakap awok tu, masing-masing punya pandangan sendiri dan memang susah nak dapat consensus terutama melibatkan perkara Reunion... banyak sakit kepala daripada menyenangkan terutama berhadapan dengan orang-orang tua yang dah berumur 40an ke atas ni...banyak cekadaknya...(termasuklah koi sendiri...hahaha)
Salam...nak mencelah sikit..actually Rm 1,200 tu bukan tuk Reunion punyer event, it is actually utk trip ke Jakarta the following day for those yg interested for 4 days 3 nites. Cost utk reunion belum lagi difinalisekan sebab ada team untuk fund riser so that dia org bleh cari sponsors in order for us to pay less. I hope that clarify...pls go to my website for further info...tq
Post a Comment