Seminggu saya dan SK bercuti duduk di rumah dan menguruskan beberapa urusan keluarga, sekolah Aimin dan sebagainya. Bagaimanapun pagi tadi jam 11-00 saya dan SK sempat ke Kawanku Kopitiam milik Ezzah Aziz Fawzy (bekas pengacara TV3) di Bandar Baru Bangi untuk pelancaran novel terbaru karya Noor Suraya kawan baik SK dari Jemari Seni Publishing bertajuk Jaja & Din. Sakan pula Ezzah bersembang dengan SK tak berhenti dekat 2 jam. Letih gua tunggu beb. Insyaallah nanti minta SK siarkan gambar beliau dengan Ezzah n the gang.
Petangnya saya terima sms dari Bilal memberitahu beliau ada mengirimkan e-mail catatan beliau ke tanah suci menunaikan ibadah haji tempohari. Terima kasih Bilal kerana sudi berkongsi pengalaman beliau suami isteri bersama kita semua seperti Wani dcS yang berkongsi pengalaman haji dalam blog beliau. E-Mail Bilal seperti di bawah :
Salam buat semua SAHABAT BUDIMAN
Alhamdulillah 3hb Disember jam 1.00 pagi, saya dan isteri telah selamat kembali ke Tanah Air melalui KT01 Saudi Airline. Meskipun penerbangan pulang tertangguh hampir 4 jam, kami bersyukur yang amat kerana selamat kembali. Keadaan kesihatan meskipun masih terdapat batuk namun secara keseluruhan Alhamdulillah. Hampir 45 hari saya di tanah suci ( 9 hari di Madinah dan 36 hari di Mekah) berkat Doa semua, kami dapat menyempurnakan semua amal ibadat tanpa sebarang kerumitan dan kesulitan yang kritikal. Meskipun di uji dengan hujan lebat dan kemah yang basah lencun ketika tiba di Arafah pd 8 Zulhijjah, namun sebagi tetamu Allah kami redha dan bersyukur dgn rahmatnya. Secara keseluruhan, Menunaikan rukun yang ke lima ini memberikan keinsafan akan kekerdilan kita sebagai hamba Allah apatah lagi melalui setiap proses tarbiah ibadah dan displin diri. Apa yang boelh kami katakan dan seru pada rakan-rakan.. pergilah ketika usia muda tatkala emosi dan fizikal kita masih kuat.. khususnya ketika melakukan ibadat tawaf serta saei dan juga melontar..
Kami mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang datang ziarah, hantar sms, hantar email, telefon dan sebagainya yang turut mendoakan pemergian kami. Alhamdulillah.. semua doa dan hajat rakan-rakan telah saya sempurnakan sepanjang saya berada di Madinah, Mekah, Arafah dan Mina.. selebihnya tawakkal dan yakin bahawa Allah akan memakbulkannya InsyaAllah..
Thanks buat Salwani atas maklumat dalam blognya.. dan sms kwn sehingga saat akhir semasa kwn kat kelana jaya. InsyaAllah selepasni jika sesiapa yang memerlukan nasihat dan panduan akan 'travelog' haji khususnya persiapan, tips dan nasihat serta sebagainya boleh menghubungi saya insyaAllah. Akan saya kongsikan sedikit pengalaman dan pengamatan untuk renungan semua dalam facebook saya insyaAllah.
Tahun lepas, salwni dan suami, thn ni, saya dan isteri dan moga setiap tahun mendatang pasti ada saja secara bergilir rakan rakan kita dipilih menjadi tetamu Allah insyaAllah.. Aammiiin.

Bilal @ Azmi dan Isteri.
5 comments:
AlhamduLillah, Sekalung tahniah buat bilal dan isteri, (aku membayangkan bagaimana Bilal Bin Rabah memanjat dinding Kaabah untuk melaungkan azan buat pertama kali di Kota Mekah)
JazakaLLah Khair..
Salam
buat bilal n isteri...
Syukur kerana telah selamat menyempurnakan ibadah Haji dan semuga mendapat Haji yg mabrur.
Semuga hari2 yg mendtg akan dipenuhi dgn keihklasan dan kebaikan dlm hidup anda sekeluarga , di dunia juga dihari terakhir kelak.
AMin
Alhamdulillah....mudah2an lepas ni kita seme akan menyusul untuk menjadi tetamuNya...
Salam...
Buat Bilal dan Rohani- Alhamdulillah, akhirnya telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima dan kembali ke tanah air. Semoga mendapat haji yang mabrur dan kehidupan dilimpah rahmatNya..Moga akan ramai lagi para BUDIMAN menyusul menjadi tetamu Allah di tahun mendatang...Aminnn..
Bilal, apa nama dalam FB? Saya punya Salwani Ali.
Gunakanlah masa 4 bulan yg pertama ni dengan sebaik2nya sebab Saidina Omar kata, doa orang yang mendapat haji mabrur akan makbul dalamasa 4 bulan selepas haji.
Ha, kawan2 bolehlah minta Bilal doa macam2 kalau pergi ziarah dia
Post a Comment