Seperti yang saya janjikan pada Isnin lalu maka dengan ini saya ingin menganjurkan suatu aktiviti amal budiMaN yang pertama untuk tahun 2009 iaitu dengan mengadakan Tabung Amal budiMaN (taB) 2009. Tujuan utama taB 2009 ini di anjurkan adalah untuk membantu rakan budiMaN kita saudara Apamz serta jikalau ada lebihan yang bersesuaian mungkin juga boleh di salurkan kepada beberapa badan kebajikan yang telah dikenalpasti seperti rumah anak yatim dan sebagainya.
Namun tujuan utama taB 2009 adalah untuk membantu saudara budiMaN kita Apamz sekeluarga. Bantuan itu nanti antara lain adalah bagi persediaan anak sulong Apamz, Shafiq yang telahpun di tawarkan kemasukan ke Tingkatan 4, MRSM Pekan pertengahan Mac ini. Dengan taB 2009 di harapkan rakan-rakan budiMaN dapat mengumpulkan kewangan bagi yuran dan perkakasan permulaan kemasukan ke sekolah tersebut. Bagi perbelanjaan yang perlu dibayar ke sekolah saya rasa tidak kurang dari RM1,300. Perbelanjaan persediaan ke sekolah pula seperti alatan keperluan seharian di asrama dan sebagainya belum di kira lagi.
Ini sebenarnya adalah sebahagian kecil sahaja dari bantuan yang mungkin kita dapat hulurkan kepada Apamz sekeluarga. Bahagian-bahagian lain yang lebih besar lagi yang ditanggung oleh Apamz sendiri, hanya beliau dan Allah swt saja yang mengetahui betapa beratnya apa yang dipikul oleh saudara kita itu. Kita sendiri kalau diletakkan di tempat beliau belum tentu lagi boleh setabah Apamz dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun ianya di tempuh sendirian oleh Apamz sekeluarga bersama Miza dan anak-anaknya.
Kiranya ada yang mempertikaikan kenapa setiap kali budiMaN membantu orang yang sama setiap tahun, sebenarnya inilah peluang setiap tahun untuk kita berbakti sambil beramal kepada saudara budiMaN kita. Peluang untuk bersedekah kepada insan yang ingin menuntut ilmu, fadilatnya selagi ilmu tersebut di gunakan. Fadilat meringankan beban seorang insan yang dalam kesusahan.
Oleh itu kepada rakan-rakan budiMaN yang prihatin kepada sahabat budiMaNnya, yang berniat ingin bersedekah dan membantu sahabat budiMaN kita itu, bolehlah berbuat demikian dengan cara menyalurkannya seperti di bawah :
Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799
EMail : zainordin@maybank.com.my
Di harap sesiapa yang bersedekah untuk tab 2009 dapat sms kepada Kitang setelah selesai bank-in kedalam akaun di atas.
Sedekah kepada Apamz, insyaallah akan di sampaikan dalam masa 2-3 minggu dari sekarang dan caramana ianya di serahkan akan saya sampaikan dalam artikel akan datang setelah meneliti beberapa cadangan dari rakan-rakan budiMaN nanti. Mungkin kita akan mengadakan suatu acara seperti gathering budiMaN samada di Kuantan apabila melakukan penyerahan tersebut, insyaallah.
1 comment:
BRO...
Allhamdullilah semalam saya telah menyampaikan sumbangan daripada kita semua kepada apamz(bendahari yg mintak sampaikan)sekadar utk menampung perbelanjaan anak beliau ke mrsm.terima kasih utk kite semua...wsalam
bob@mpk
Post a Comment