Friday, February 06, 2009

seMbaNG sAkaN

Petang semalam saya ke workshop Kudin Mekanik kerana nak tukar pembuka pintu Iswara saya yang patah baru-baru ni. Setelah selesai Kudin Mekanik membaiki pintu kereta saya, datanglah pula Fadil Sutok kerana urusan nak membaiki kereta beliau juga. Kebetulan ramai kawan-kawan Kudin yang tinggal di sekitar rumah beliau yang ada sama-sama membantu Kudin kerana beliau agak sibuk menggantikan enjin sebuah Perodua Kancil dengan enjin recond halfcut Daihatsu Mira 16valve injection. Fadil Sutok pula di minta oleh Kudin memformat komputer beliau yang di hinggapi virus sehinggakan tidak dapat berfungsi dengan betul. Patutlah Kudin dah lama dah tak tengok blog.

Jadi bila dah ramai tu, banyaklah topik yang disembangkan. Tapi kebanyakannya tak larilah dari isu politik yang hangat di Negeri Perak sekarang ini. Saya pula sebenarnya malas nak sembang sangat pasal politik-politik ni sebab pegangan politik seseorang individu termasuklah di kalangan rakan-rakan budiMaN nampaknya sangat berbeza-beza. Lagipun berparti-parti politik ni sebenarnya takdelah pekdah besar mana sangat pun. Sebab kawan saya yang pakai Porsche Panamera tu tak masuk politik pun tapi duit dalam akaun saving dia ada dekat RM20 juta yang saya tahu. Yang saya tak tahu, tak tahulah banyak mana lagi. Yang dia tahu party kat Hard Rock, The Loft, Sunshine dan latest tempat baru buka, Blanc yang kat Heritage Row tu. Dia pun saya tengok tak pernah pun bawak entertain orang politik nak dapat projek-projek mega ni. Ada cara-caranya tanpa melibatkan orang-orang politik ni beb rupanya.

Tapi Negeri Perak ni saya rasa memang penuh kontrovesi dari dulu lagi dan banyak insiden kat sana. Kira geng samseng pun asalnya dari Ghee Hin dan Hai San pun kat Perak. Dato Maharaja Lela bunuh Residen Inggeris JW Birch pun kat Perak. Ada penyanyi pompuan asal Perak pun tak di benarkan masuk Perak pun ada dulu. Bijih Timah pun asalnya jumpa kat Perak. Pokok getah pun asalnya di bawa dari Brazil pun di tanam pertama kali di Perak. Kira dahsyat jugak asal-usul Perak ni. Darah Pahlawan semuanya.

Tapi biarkanlah insiden di Perak ni, biar masa yang menentukannya. Perancangan manusia ni kalau nak di ibaratkan sebesar zarah pun tiada nilainya di bandingkan dengan perancangan Allah swt. Jangan lupa, tiada yang kekal melainkan Allah swt jua. Usaha menegakkan agama Allah swt di mukabumi ini bukan dengan jalan politik sahaja dan bukan pula dengan usaha yang setiap kali beroleh kemenangan saja.

Islam di penghujung zaman sedikit demi sedikit sememangnya menuju kelemahan dan kehinaan seperti yang telah ditakdirkan dan di peringatkan kepada kita. Jika kita teliti tanda-tanda As Saa'ah, kita boleh lihat banyak ciri-ciri begitu sedang terjadi tanpa kita sedari. Kelemahan kita bukannya datang dari musuh-musuh Islam sahaja tetapi punca utamanya adalah kerana umat Islam sendiri yang tidak pernah menjadikan Islam itu sebagai Addin dan meyakini bahawa Al-Quran dan Hadith itu sebagai telah lengkap dan boleh mentadbir, menguasai dan menyatukan seluruh umat manusia serta memenuhi segala keperluan manusia di atas muka bumi ini. Yakin itu cuma di bibir sahaja tapi yakin dengan sepenuh-penuh percaya bahawa segala-galanya adalah dari Allah swt dengan sebenar-benarnya, itu kebanyakan antara kita termasuk saya yang masih kurang. Sebab itu ada di antara kita mengada-adakan sebab musabab, alasan-alasan, fatwa-fatwa dari ahli bukan arif tentang agama yang mana mereka ini disanjung sesuai seperti alamat As Saa'ah dan lain-lain lagi.

Panjang pulak artikel ni macam kutbah Jumaat pulak sedangkan gua ni bukanlah ahli juga dan bukan pun alim juga. Ianya sekadar kepercayaan saya yang mungkin boleh diperbetulkan lagi oleh orang-orang yang lebih arif dan ahli dari saya. Tapi bagaimanapun kalau nak komen, tolong jangan sentuh kefahaman politik sebab gua akan delete terus ye beb. Kat sini gua takde parti, cuma party PotLuck dan party kat HRC tu gua ok jugak....

2 comments:

Anonymous said...

Kudin, macam mana komputer kena virus. Ni mesti tgk benda lain. Tu lah dah pandai loyar buruk dgn koi maka tu lah padah. Hehe..

Kida, cakap pasal artis tu teringatlah kisah artis 80an tu yg bermula nama 'M' kan. Awok dgn Anim jgn perasan lak sebab nama bermula dari 'M'. Gurau je... Ermm.. FG mesti lebih tahu artis yg dimaksudkan.

Pasal org Islam semakin lemah sebenarnya menakutkan koi. Ada email terbaru koi terima pasal church Melayu Kristian sedang dibina di Bukit Jalil. Betul ke email gambar yg koi terima tu. Hope org KL dpt beri maklumat. Si Kitang tak dapat maklumat ke?

Anonymous said...

Kida awok dah layak jadi imam ni... imam nikahkan anak awok

kida, camne che det leh filter anonymous dari blog dia?